You are on page 1of 11

BAB 9 : WHEEL ALIGNMENT & WHEEL BALANCING

9.1

Pengenalan

Tujuan utama penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah untuk memberikan kawalam maksimum kenderaaan serta membenarkan semua roda berguling betul dan sempurna dalam semua keadaan jalan. Ketika merekabentuk sebuah kereta, kedudukan sudut jajaran diambil kira. Rekabentuk rangkaian sisitem stering membantu meminimumkan kadar haus tayar. Penjajaran roda ialah semakan dan larasan sudut ke penentuan sesebuah kenderaan.

Pengimbangan roda pula ialah satu proses untuk membetulkan roda yang berguling dari bergetar semasa pemanduan. Untuk menyedari kedaaan ini, stering akan bergetar ketika pemanduan kereta, oleh kerana itulah pengimbangan roda harus dilakukan bagi menghilangkan getaran yang berlaku semasa pemanduan.

102

9.2

Sebab-Sebab Penjajaran Roda & Pengimbangan Roda Harus

Dilakukan

Pejajaran roda :

i. Pakaian tayar tidak sama atau pesat ii. Menarik atau hanyut pergi dari satu garis lurus iii. Berkelana pada sebatang jalan yang paras terus iv. Berjejari stereng pergi ke satu pihak ketika terus memandu sebatang jalan yang lurus dan paras.

Pengimbangan roda :

i. Getaran dalam stereng pada kelajuan lebuh raya tertentu. ii. Getaran dalam kerusi atau floorboard pada kelajuan lebuh raya tertentu. iii. Membuat sulam biku.

9.2.1

Gambarajah Keadaan Tayar Yang Tidak Melakukan Penjajaran Roda

Rajah 9.2.1.1

Rajah 9.2.1.2

103

Rajah 9.2.1.3

Rajah 9.2.1.4

9.2.2

Diantara Sudut Toe Dan Camber

Jenis Kenderaan Viva

Toe Depan : - 000 Belakang : Tiada Depan : - 005 Belakang : + 006 Depan : + 000 Belakang : Tiada Depan : + 000 Belakang : Tiada Depan : + 000 Belakang : + 008

Camber Depan : + 000 Belakang : Tiada Depan : + 015 Belakang : + 013 Depan : + 000 Belakang : Tiada Depan : + 000 Belakang : Tiada Depan : + 000 Belakang : + 010

Kancil

Kelisa

Proton saga

Proton wira

Jadual 9.2.2.1 : Sudut Toe Dan Camber

9.3

Proses Kerja Yang Dilakukan

9.3.1

Tajuk : Wheel alignment (proton saga).

Tujuan : Melaras sudut toe yang betul


104

Rajah 9.3.1.1 : Lubang alignment.

Peralatan :

i.

Mesin penjajaran roda.

ii. Spanar saiz 12, 17. iii. Lubang wheel alignment.

Rajah 9.3.1.2 : Mesin penjajaran roda

Langkah keselamatan :

105

i.

Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang wheel alignment.

Langkah kerja :

i.

Letakkan kenderaan di lubang wheel alignment dengan berhatihati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya tidak terjatuh dalam lubang itu.

ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.

Rajah 9.3.1.3 : Sensor pada roda

iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam menu mesin. iv. Pilih front view kerana kereta proton saga hanya ada penjajaran roda di hadapan sahaja. v. Hidupkan enjin kenderaan dan pusingkan stering beberapa kali seterusnya letakkan sangga pada stering supaya stering berada pada center position. vi. Dengan menggunakan spanar saiz 12 dan 17 laraskan sudut toe mengikut pada paparan di skrin komputer. vii. Laraskan sudut toe sehingga +000.

106

viii.

Tidak perlu ketatkan nat pelaras dahulu, hidupkan enjin dan

pusingkan stering beberapa kali dan letakkan kembali pada center position. ix. Laraskan semula sudut toe +000 dan ketatkan nat pelaras. x. Tanggalkan peralatan (sensor) pada semua roda. xi. Tanggalkan sangga pada stering. xii. Jalankan road test.

Komen :

i.

Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya penjajaran roda menjadi.

Kesimpulan :

i.

Penjajaran roda senang dilakukan tetapi harus ingat, pelarasan sudut yang tepat penting.

9.3.2

Tajuk : Pelarasan sudut camber (proton saga).

Tujuan : Menukar nat camber.

Rajah 9.3.2.1 : Pelapik dan nat camber

107

Peralatan :

i.

Jek.

ii. Air gun. iii. Soket saiz 17. iv. Spanar saiz 17. v. Timbang air camber.

Rajah 9.3.2.2 : Timbang air camber

Langkah keselamatan :

i.

Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang wheel alignment.

Langkah kerja :

i.

Letakkan kenderaan di lubang wheel alignment dengan berhatihati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya tidak terjatuh dalam lubang itu.

ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda. iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam menu mesin.

108

iv. Lihat pada paparan skrin sudut camber. Tulis sudut camber itu tadi pada sekeping kertas. v. Tanggalkan mesin pada roda hadapan sebelah kiri dan jek kenderaan. vi. Buka roda dan letakkan timbang air camber pada piring cakera. vii. Buka dan tanggalkan nat camber yang lama dan gantikan yang baru. viii. Berdasarkan sudut camber yang ditulis tadi, laraskan sudut

camber dengan menggunakan timbang air camber. ix. Ketatkan nat camber itu. x. Pasang roda dan peralatan (sensor) semula. xi. Penjajaran roda mesti dilakukan semula. xii. Selepas siap penjajaran roda tanggalkan semua peralatan mesin dan jalankan road test.

Komen :

i.

Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya pelarasan sudut camber menjadi.

Kesimpulan :

i.

senang dilakukan tetapi memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja ini.

9.3.3

Tajuk : Wheel balancing.

Tujuan : Mengimbangkan roda supaya tidak bergetar semasa memandu.

109

Rajah 9.3.3.1 : Mesin wheel balancing

Peralatan :

i.

Jek.

ii. Sangga. iii. Air gun. iv. Soket saiz 21. v. Mesin wheel balancing. vi. pliers. vii. Timah pemberat.

r jh a a

Rajah 9.3.3.2 : Timah pemberat & Pliers

Langkah keselamatan :

110

i.

Gunakan peralatan dengan berhati-hati.

Langkah kerja :

i.

Jek dan sangga kenderaan.

ii. Tanggalkan roda hadapan. iii. Timbang roda dengan menggunakan mesin penimbang. iv. Sebelum itu setting mesin terlebih dahulu :

Jarak rim dari mesin. Lebar rim. Saiz rim/tayar.

v. Tambah pemberat mengikut paparan pada skrin. vi. Lakukan sehingga paparan skrin menunjukkan bacaan kosong. vii. Pasang semula roda pada kenderaan dan alihkan sangga serta turunkan jek.

Komen :

i.

Proses kerja yang senang dilakukan, tetapi harus dilakukan dengan teliti.

Kesimpulan :

i.

Tambah pemberat mengikut paparan pada skrin dengan teliti supaya roda dapat pengimbangan yang baik.

9.4

Komen Dan Cadangan

111

Dalam proses kerja penjajaran roda dan pengimbangan roda, banyak peralatan yang sudah lama dan hampir rosak. Pihak syarikat/firma harus meneliti perkara ini supaya kerja yang dilakukan nanti akan lebih lancar dijalankan. Saya mencadangkan agar peralatan yang baru dapat dibekalkan supaya senang ketika melakukan kerja-kerja ini.

9.5

Kesimpulan

Kesimpulannya, penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah sangat penting dalam penjagaan tayar. Ini kerana jika penjajaran roda dan pengimbangan roda tidak dilakukan tayar akan cepat rosak malah ia juga boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan.

112

You might also like