You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Panitia Sains Tahap 1 Panitia Sains sekolah telah mengadakan aktiviti panitia Sains Tahap 1 pada

27 Mei 2010 bersamaan hari Khamis. Aktiviti panitia disertai oleh murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 di dalam kelas .Aktiviti telah diketuai oleh wakil guru setiap tahun seperti Pn Salsabila Tahun 1, Pn. Norhayani Tahun 2 dan Pn. Rozita bagi Tahun 3. Tujuan diadakan aktiviti adalah untuk melatih dan menguji kefahaman murid-murid dalam subjek sains yang telah mereka pelajari mengikut sukatan pelajaran. Bagi murid tahun 1 mereka diuji di dalam bentuk soalan perbagai tajuk yang telah dipelajari seperti mengisi tempat kosong dengan jawapan dan mewarna gambar. Murid Tahun 2 pula, mereka menjawab soalan teka silang kata berdasarkan petunjuk diberikan. Sementara tahun tiga pula mereka diuji dalam bentuk kuiz dan soalan objektif dan subjektif. Seramai sepuluh pemenang terbaik dipilih bagi setiap tahun. Hadiah disediakan oleh pihak panitia seperti tuala muka yang telah dicopkan dengan nama Panitia Sains dan Matematik. Hadiah telah disampaikan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada hari Isnin. Murid-murid telah mendapat banyak kemahiran secara tidak langsung dan dapat digunakan ilmu pengetahuan tersebut untuk persediaan peperiksaan Pertengahan Tahun.

Laporan disediakan oleh, 2010 (HAZLIN BT BABJAN) Setiausaha

20

Jun

You might also like