P. 1
sejarah

sejarah

|Views: 11,520|Likes:
Published by aizurina

More info:

Published by: aizurina on Jan 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2015

pdf

text

original

SMK SEMERAH PADI JALAN DEPO , KUCHING FOLIO SEJARAH NAMA : ZURFARINA FARAHIN BINTI JAMHARI NO.

IC : 920202-13-5736 KELAS : 4 AMANAH GURU MATAPELAJARAN : ABG ARIF

ISI KANDUNGAN
1

BAB1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia…m.s 1 – 15

BAB2 Peningkatan Tamadun…m.s 15 - 24

BAB3 Tamadun Awal Asia Tenggara…m.s 24 - 32

BAB4 Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah…m.s 32 - 39

BAB5 Kerajaan Islam Di Madinah…m.s 40 - 46

BAB6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya… m.s 46 - 53

BAB7 Islam Di Asia Tenggara…m.s 46 - 53

BAB8 Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat…m.s 53 - 57

BAB9 Perkembangan Di Eropah…m.s 57 - 62

BAB10 Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara…m.s 69 - 75

2

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
1.1 Pengenalan

3

1. Bagaimanakah masyarakat prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada Zamana Neolitik? Manusia pada zaman Mesolitik , hidup secara nomad , iaitu berpindah randah. Mereka tinggal samada di kawasan tepi tasik , tepi sungai atau di dalam gua dan hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Apabila mereka menyedari kesukaran hidup berpindah randah dan keperluan hidup beramai-ramai. Mereka mula hidup menetap dalam kelompok yang besar , iaitu masyarakat. Pada Zaman Mesolitik juga , mereka menyara hidup dengan memungut hasil hutan , memburu binatang serta menangkap ikan. Akiviti yang membezakannya dengan Zaman Neolitik ialah mereka mula menternak binatang. Disamping itu , manusia Zaman Mesolitik juga mencipta alat-alat batu. Mereka lebih mementingkan fungsi daripada nilai estetika atau seni. Pada Zaman Neolitik penciptaan alatan batu telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi dan juga bahan tenbikar.

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka. Masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka dengan cara bercucuk tanam dan menternak binatang.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam. Masyarakat pada zaman tersebut hidup menetap di sesuatu tempat. Keupayaan mereka dalam menghasilkan bahan makanan melebihi keperluan telah melahirkan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai system barter. Penggunaan alat daripada logam khususnya besi , telah menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mereka cipta perahu dan rumah. Dengan perahu manusia dapat menerokai lautan dan mempertingkatkan kegiatan perdagangan maritim.

Perdagangan ini bermula dikalangan masyarakat pesisir di kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke masyarakat yang jauh. Pada zaman ini jugaterdapat petempatan besar dan kota pertahanan di sesetengah kawasan. Petempatan tersebut kemudiannya berkembang menjadi bandar atau kota.

4

1.2 Makna Tamadun

1.Apakah yang dimaksudkan dengan “Tamadun”? Terdapat istilah arab bagi perkataan tamadun iaitu madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun alah civilization yang berasal daripada bahasa Greek , iaitu citivas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.

2.Nyatakan maksud tamadun menurut islam. Menurut islam , tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas , tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

1.3 Ciri-ciri Tamadun

1. Senaraikan ciri tamadun. Terdapat enam ciri-ciri tamadun iaitu petempatan kekal , kehidupan berorganisasi , sistem pemerintahan , pengkhususan pekerjaan , agama dan kepercayaan ,bahasa dan system tulisan.

2.Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap penting untuk

5

memastikan kelangsungan bekalan makanan. Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian , iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta perternakan binatang. Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial , ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mamapu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Pada peringkat awal , organisasi social atau masyarakat yang wujud adalah pada tahap yang ringkas , iaitu system keluaraga. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada prose’s pembahagian masyarakat yang lebih kompleks. Untuk mengendalikan masyarakat yang lebih besar system pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pertadbiran. Kewujudan system pemerintahan membawa kepada kelahiran sistemperundangan yang menjad panduan kepada masyarakat demi menjagaa keamanan dan kemakmuran sebuah tamadun. Pembentukkan organisasi social dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebaabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Keadaan ini boleh menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik yang secara langsung akam membawa pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tertsebut. Ini kemudiannya akan menghasilkan pertukaran barangan yang juga dikenali sebagai system barter. Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait rapat dengan pengikhtirafan terhadap golongan pemerintahan , pembahagian sosial masyarakat , perkembangan ilmu pengetahuan , kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukkan tamadun awal. Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling. Penciptaan bahasa dan system tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam prose’s pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini. Bahasa dan tulisan memainka peranan yang

6

sangat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Penghasilan system tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod , penulisan undang – undang dan hal-hal keagamaan.

3.Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun? Petempatan kekal penting dalam proses pembentukkan tamadun kerana untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.

1.4 Proses Pembentukan Tamadun

1.Senaraikan tamadun awal yang terbentuk di lembah sungai. Antara tamadun awal yang terbentuk di lembah sungai ialah bagi tamadun Mesopotamia ia terletak di Lembah Sungai Euphrarates (3500 S.M) , tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil (3100 S.M) , tamadun Indus di Lembah Sungai Indus di Lembah Sungai Indus (2500 S.M) dan tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho (1800 S.M) .

2.Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai? Tamadun awal bermula di lembah sungai kerana kesuburan tanah di sekitarnya untuk pertanian. Disamping itu ,terdapat juga kemudahan untuk mendapatkan bekalan air , makanan , pengangkutan dan perhubungan.

7

1.4.1 Tamadun Mesopotamia

1.Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia? Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi. Kawasan ini juga dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut , dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

2.Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia? Raja dalam system pemerintahan beraja di Mesopotamia berperanan sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya. Disamping itu , beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah , cukai , hasil pertanian dan perniagaan.

3.Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi. Kod Undang-Undang Hammurabi digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Undang-undang ini , bertaraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mengikut kod ini , hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat besar , oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga dikalangan susun lapis masyarakat itu ssendiri. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut. Seterusnya , kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang , iaitu dari tahun 3500 S.M hingga tahun 539 S.M.

8

4.Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia. Kegunaan system tulisan dalam masyarakat Mesopotamia ialah untuk mencatat dam merekod segala urusan pentadbiran dan perniagaan.

1.4.2 Tamadun Mesir Purba

1.Senaraikan nama Bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba. Giza , Heliopolis , Memphis , Sakkara , Aswan , Thinis , Abydos dan Thebes.

2.Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama. Firaun berperanan untuk menjalankan pentadbiran , menjaga keamanan serta mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam Negara.

3.Terangkan fungsi tulisan hierolif. Fungsi tulisan hierolif ialah untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Disamping itu , tulisan ini juga berperanan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

4.Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tiggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untk firaun dan juga masyarakat . Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik , kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbanganbesar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

9

1.4.3 Tamadun Indus

1.Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk? Tamadun Indus terbentuk apabila pendudk dari barat laut India berpindah dan membina petempatan di Sungai Indus. Petempatan kekal wujud kerana Sungai Indus yang bukan sahaja menyediakan sumber air tetapi juga menyuburkan tanah.

2.Apakah keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus? Keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus ialah ia merupakan sebuah bandar terancang dan untuk mewujudkan Bandar tersebut memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut perletakkan bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.

3.Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat membina Bandar yang terancang. Masyarakat Indus dapat membina Bandar yang terancang kerana mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pentadbiran mahupun bidang lain. Disamping itu , hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesur Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya samada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.

1.4.4 Tamadun Hwang Ho

1.Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho. Dinasti Shang ,dinasti Ching dan dinasti Chou.

2.Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan? Dinasti Shang mengalami kejatuhan kerana pemimpin yang dilantik untuk memimpin tamadun tersebut tidak berwibawa.

10

3.Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho? Fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho ialah untuk meramal sesuatu keadaan.

4.Nyatakan fungsi tulisan ideogram. Fungsi tulisan ideogram ialah untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian , perdagangan , cukai , urusan pentadbiran dan kesusasteraan.

5.Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian. Sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian ialah pembinaan sistem pengairan.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif

1.Masyarakat tamadun awal mempunyai organisasi sosial yang terbentuk berteraskan I Agama II Budaya III Pekerjaan IV Keturunan

A.I dan II B.I dan IV

C.I dan IV D.II dan III

2

.
sistem pemerintahan di Mesopotamia berbentuk teokrasi kerana konsep pemerintahan beraja bersifat ketuhanan. 11

SS Antara yang berikut , yang manakah membuktikan kuasa raja di Mesopotamia tidak terhad kepada hal-hal sekular sahaja?

I Raja melantik paderi II Raja manentukan pentadbiran rumah ibadat III Raja mengawasi sistem tulisan. IV Raja menguasai hasil sewa tanah yang dimiliki rumah ibadat

A. I,II dan III B.I,II dan IV

C. I,III dan IV D.II,III dan IV

3.

Di bandar Anyang , istana , rumah golongan bangsawan dan rumah ibadat dikelilingi oleh tembok termasuklah bandarnya.

Apakah fungsi tembok dalam pernyataan di atas?

A . Membahagikan kawasan . B . Memanatapkan pertahanan. C . Memudahkan pentadbiran. D . Menstrukturkan masyarakat. Sungai Indus 4. Sungai Tigris Sungai Nil Hwang Ho

12

Apakah sumbangan sungai di atas kepada ketamadunan manusia?

A. Pelabuhan entrepot. B. Pusat tamadun awal. C. Penubuhan bandar terancang. D. Pusat penyembahan tuhan.

5. Apakah alasan yang digunakan oleh pemerintah Mesir Purba untuk membina pyramid?

A. Menunjukkan kegemilanagan kerajaan. B. Melambangkan kekayaan negara. C. Membuktikan ketinggian teknologi. D. Mendapatkan kebahagian selepas mati.

B. Soalan Esei

1. Sebelum terciptanya tulisan , manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod.

a. Dengan mengambil contoh tamadun awal duia , nyatakan jenis system tulisan yang telah dicipta. Jenis system tulisan yang telah dicipta ialah Hieroglif 13

(tamadun Mesir Purba) , Cuneiform (tamadun Mesopotamia) dan Ideogram (tamadun Hwang Ho).

b. Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu. Tulisan amat penting ketika itu untuk perhubungan dalam sesebuah masyarakat , hubungan antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain , untuk merekod segala urusan pentadbiran dan perniagaan serta menyampaikan idea pemikiran manusia pada zaman dahulu.

2
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Hadiah daripada Sungai Nil” Buktikan penyataan diatas dengan memberikan contohcontoh yang sesuai. Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Hadiah daripada Sungai Nil” kerana pada awalnya kawasan Mesir Purba adalah sebuah kawasan yang mempunyai tanah gersang serta berpadang pasir namun dengan adanya limpahan air Sungai Nil ia bertukar kepada sebuah tanah dataran yang subur. Disamping itu , dengan adanya Sungai Nil perkembangan ilmu algebra , geometri dan astronomi yang digunakan untuk mengawal banjir Sungai Nil semakin berkembang lalu akhirnya Mesir Purba menjadi kerajaan teragung.

3.

“Pemimpin cemerlang , negara gemilang.”

Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan sesebuah tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil contoh peranan raja dalam tamadun awal dunia. Raja pada zaman tamadun awal dunia sentiasa memberi dorongan kepada rakyatnya untuk berdagang dan berlayar contohnya kerajaan maritim.

14

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN
2.1 Pengenalan

1. Nyatakan ciri-ciri istimewa pemerintahan Negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun Yunani. Ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Negara kota atau polis ialah ia memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.

2. Jelaskan peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom. Peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom ialah manjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

2.2 Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun

2.2.1 Pemerintahan dan Pentadbiran

1. Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens. Dalam sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan maljis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan sehingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan . Segala keputusan Dewan dikendalika oleh Majlis . Ahli Majlis , Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.

2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam tamadun Rom. 15

Dewan Senat berperanan sebagai tempat perbincangan halhal pentadbiran Negara dan merangka perundangan . Manakala Dewan Perhimpunan pula meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.

3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka. Pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka ialah kita hendaklah mementingkan perpaduan , kemajuan sosial dan kedamaian dalam mentadbir.

4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China. Dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China raja ditakrifkan sebagai maharaja.

2.2.2 Perundangan

1. Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan oleh :

(a) Tamadun Rom -Rom pada mulanya menggunakan Hukum Kanun 12 . Pada tahun 527 undang-undang tersebut diubah kepada Kod Undang-undang Hammurabi.

(b) Dinasti Maurya -Dinasti Maurya menggunakan undang-undang maharaja.

(c) Dinasti Chin -Dinasti Chin menggunakan undang-undang yang berteraskan legalisme.

2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang16

undang berasaskan ajaran Confusius dalam tamadun China. Berdasarkan undang-undang legalisme , hukuman yang dijatuhkan tidak harus wujud rasa belas kasihan . Undangundang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia , dan dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh. Manakala ajaran Confusiuspula menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyrakat.

2.2.3 Perluasan Kuasa

1.Nyatakan sumbangan Alaxendar the Great dalam perluasan empayar Yunani. Alaxendar the Great telah menyebarkan suatu kebudayaan yang dikenali sebagai Hellenistik. Disamping itu , beliau juga telah menguasai banyak wilayah.

2.Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chanragupta Maurya Berjaya meluaskan kuasanya. Dinasti Maurya Berjaya meluaskan kerana dinasti tersebut mempunyai pasukan tentera yang besar.

2.2.4 Peningkatan Ekonomi

1.Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan? Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan kerana berlakunya kekurangan bahan makanan

17

akibat kekurangan tanah untuk pertanian.

2.Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam tamadun India? Penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam tamadun India bertujuan untuk mengawal aktiviti perniagaan.

3.Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian. Dalam pertanian tamadun China telah memperkenalkan cara untuk membuat batas pertanian. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan turut dilaksanakn untuk memperoleh sumber air dalm pertanian terkawal.

2.2.5 Peningkatan Sosial

1.Apakah usaha-usaha oleh pemerintah Athens untuk mengembangkan bidang pendidikan? Pemerintah Athens amat mementingkan pendidikan ,sukan , muzik ,kesusasteraan , seni berpidato , membaca , menghafal dan menulis dalam mengembankan pendidikan.

2.Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah? Beliau merupakan bapa sejarah dan telah menghasilkan karya berjudul ‘History Persian Wars’.

3. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dari zaman Dinasti Chin (tahun 221 S.M) hingga zaman empayar Han (tahun 200 S.M). Perkembangan ilmu astronomi dan ilmu perubatan.

4.Terangkan sistem sosial dalam tamadun berikut:

18

(a) Yunani -Sosial dalam tamadun Yunani terbahagi kepada 3 golongan iaitu warganegara , penduduk bukan warganegara dan golongan hamba. Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik Negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut. (b) Rom -Di Rom sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom dan bukan warganegara dan hamba. Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada Orang Rom dan bukan warganegara ialah penduduk yang ditakluki.

2.3 Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia

1. Jelaskan maksud Hukum Karma dalam agama Hindu. Hukum Karma bermaksud kelakuan seorang manusia ketika hidup dan kelahiran semula selepas mati.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif

1.

Pertandingan Olimpik bermula pada tahun 776 S.M. Bagi menghormati upacara Olimpik semua orang Yunani bersetuju memberhentikan semua peperangan sehingga pertandingan Olimpik selesai.

Mengapakah pertandingan Olimpik Dianggap penting dalam sejarah Yunani?

19

A. Untuk memilih jaguh olahraga. B. Untuk memperingati Dewa Zeus. C. Untuk menentukan kekuatan negara kota. D. Untuk mengukuhkan hubungan

2.

Berdasarkan Hukum Karma dan Dharma seseorang penganut Hindu akan mencapai Moksya.

Penganut Hindu berusaha mencapai taraf moksya supaya mereka

A. Dilahirkan semula B. Berharmoni denngan alam C. Bersatu dengan tuhan D. Dilantik sebagai Brahmin

3. Socrates (470 S.M) Plato (427 S.M) Aristotle (384 S.M) Apakh persamaan tokoh di atas?

A. Memperkenalkan idea demokrasi. B. Memperluas empayar. C. Mencipta system tulisan. D. Merupakan ahli falsafah.

20

4.

Seni bina Aqueduct

Binaan di atas adalag antara binaan termasyhur dalam sejarah tamadun manusia. Binaan tersebut dikaitkan dengan tamadun.

A. Rom B. Yunani

C. China D. India

5. Mengapakah wujud perbezaan struktur social antara masyarakat. Athens dengan masyarakat Sparta walaupun kedua-duanya merupakan Negara kota dalam tamadun Yunani?

A. Wujudnya perbezaan pekerjaan . B. Wujudnya perbezaan agama. C. Wujudnya perbezaan bahasa. D. Wujudnya perbezaan budaya.

B. Soalan Esei
1. Alexander the Great – Empayar Yunani Julius Caeser – Empayar Rom Shih Huang Ti – Dinasti Chin Asoka – Dinasti Maurya

21

Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia kerana sumbangan mereka dalam bidang perluasan kuasa dan pembentukan empayar.

a. Huraikan ketokohan dan kewibawaan seorang daripada mereka. Alexander the Great telah berjaya meluaskan kawasan jajahan dan akhirnya seluruh kawasan laut maditerranean jatuh di bawah kekuasaannya. Pada zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan perkembangan kebudayaan Hellenistik ke seluruh timur.

b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahannya. Untuk mengukuhkan pemerintahan Shih Huang Ti telah menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Beliau juga telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China untuk mempertahankan China dari serangan orang gasar.

2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Yunani dengan Rom. Pemerintahan Yunani mengalami monarki , oligarki , aristokrasi , diktator (tirani) dan demokrasi. Manakala bagi Rom pula pemerintahannya bermula daripada system beraja.

3. Kemuncak kegemilangan Dinasti Maurya adalah Pada zaman pemerintahan Asoka. a. Huraikan kemunculan empayar Maurya. 22

Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka iaitu pad tahun 273-232 S.M. Selepas Perang Kalinga , Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan social serta menjalankan penaklukan melalui penyabaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

4.

Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua buah dinasti yang terkenal dalam tamadun China.

a. Bincangkan sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han dalam bidang falsafah dan pendidikan. Sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han bagi bidang falsafah dan pendidikan ialah Kung-fu Tze atau Cofucius dengan ajarannya serta peperiksaan awam.

b. Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China. Tamadun China mula berkembang dalam seni bina melalui pembinaan tembok.

5.

Setiap tamadun mempunyai organisasi sosialnya tersendiri.

a. Bandingkan organisasi sosial bagi masyarakat Athens dengan masyarakat Sparta. Organisasi sosial bagi masyarakat Athens ialah terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba. Manakala bagi Sparta pula turut terbahagi kepada tiga iaitu warganegara Sparta yang tulen , yang kedua pekerja ,artisan dan pedagang dan yang ketiga ialah Helot (yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti)

23

b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik? Organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik kerana wujudnya sistem kasta.

6. Pada pendapat anda , apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus berkembang? Faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus berkembang ialah kerjasama yang wujud diantara rakyat dan pemerintah serta semangat juang yang tinggi yang wujud dalam diri pemerintah dan rakyat.

BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

3.1 Pengenalan

1. Berdasarkan sumber dari China , nyatakan pendapat anda kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara. Pada pendapat saya , kewujudan seni arca berunsurkan Hindu dan Buddha yang ditemui sudah cukup membuktikan kewujudan awal kerajaan di Asia Tenggara.

2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima Sebelum Masihi? Bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima Sebelum Masihi 24

ialah dengan penemuan gendang gangsa Dongsong.

3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara. Faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara ialah kedudukan geografi Asia Tenggara yang strategik.

3.2 Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal

1. Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria. Tiga ciri utama kerajaan agraria ialah kerajaan ini bergantung pada kegiatan pertanian , petempatannya terletak di lembangan sungai utama dan kerajaan ini juga membina sistem pengairan untuk pertanian.

2. Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria. Hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria dalam sektor pertanian ialah padi , jagung, pisang , keledek , sayur-sayuran, dan rempah ratus.

3. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria ialah pembinaan sistem pengairan yang baik disamping kewujudan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong.

4. Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor? Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor kerana tasik ini membekalkan sumber air minuman kepada

25

masyarakat Angkor. Disamping itu , pada musim kemarau kawasan sekitar Tasik Tonle Sap akan menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur.

3.3 Kerajaan Maritim

1. Nyatakan tiga ciri utama kerajaan maritim. Tiga ciri utama kerajaan maritim ialah kerajaan ini bergantung kepada kegiatan kelautan , terletak di persisiran pantai dan menjalankan aktiviti menangkap ikan.

2.Jelaskan peranan pelabuhan kerajaan maritim. Pelabuhan kerajaan maritim berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.

3. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat? Penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat kerana mereka mempunyai semangat untuk meneroka dan berdagang yang tinggi. Disamping itu , mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

4. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim utama di Asia Tenggara ialah menubuhkan bala tentera laut yang besar dan mewujudkan pelabuhan .

5. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan agraria? Kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan agraria kerana untuk menjaga

26

kepentingan ekonomi masing-masing.

3.4 Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

1. Jelaskan bagaimana pengaruh India sampai ke Asia Tenggara. Pengaruh India sampai ke Asia Tenggara melalui perdagangan.

2. Senaraikan pengaruh India dalam masyarakat di Asia Tenggara. Pengaruh India dalam masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat melalui seni bina dan peningalan artifak. Selain itu , dari segi kepercayaan iaitu agama turut dipengaruhi.

3.5 Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan
1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal. Pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara melalui perdagangan.

2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ialah seni bina dan kebudayaan.

3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara. Gelaran raja hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India . Dibawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu , pembesar termasuk 27

ahli agama iaitu Brahmin . Kemudian terdapat pula rakyat daripda pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1.

Kerajaan Kedah Tua Srivijaya Majapahit Masihi

Abad Kelima Sebelum Masihi Ketujuh Sebelum Masihi Keempat Belas Sebelum

Jadual di atas menunjukkan kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara. Kegemilangan kerajaan ini adalh hasil daripada kegiatan

A. Pertanian B. Perikanan 2.

C. Perdagangan D. Perlombongan

28

Peta lokasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Apakah factor yang menyebabkan kerajaan-kerajaan maritime yang ditandakan ini terkenal dan kuat?

A. Kekayaan hasil bumi. B. Penguasaan lalu lintas perdagangan. C. Kekukuhan pengaruh Hindu dan Buddha D. Bilangan penduduk yang ramai.

3.

671-685 S.M. – Srivijaya menakluki kerajaan Melayu Jambi 682-685 S.M. – Srivijaya menakluki kerajaan Kedah

Tindakan diatas membolehkan kerajaan Srivijaya

A. Menyekat perluasan kuasa luar. B. Menjadi pusat pengumpulan hasil. C. Mengawal laluan perdagangan. D. Menghapuskan ancaman lanun.

4.

Raja dalam kerajaan awal Asia Tenggara berusaha Untuk menjadi raja seluruh alam yang berdaulat.

Berdasarkan penyataan di atas , apakah langkah yang diambil oleh raja untuk mengukuhkan kedaulatannya?

I

Membina banyak monumen

II Mengamalkan konsep dewa-raja 29

III Menggunakan unsure mitos dan lagenda. IV Mendapatkan perkhidmatan Brahmin

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

5. Candi Borobudur Bahasa Sankrit Epik Ramayana dan Mahabharata

Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan rajah di atas?

A. Pengaruh Hindu Buddha. B. Kepakaran seni bina. C. Kepentingan pendidikan. D. Pemimpin berwibawa.

B. Soalan Esei

1. Kerajaan agraria Funan Angkor Kerajaan 30 Kerajaan maritim Srivijaya Kedah Tua

awal di Asia Tenggara dikategorikan kepada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

a. Jelaskan konsep kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kerajaan agraria bergantung kepada aktivti pertanian untuk membangunkan kerajaan manakala kerajaan maritim pula bergantung kepada aktiviti pelautan.

b. Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan ekonomi kerajaan masing-masing . Contohnya kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga untuk menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkan ia kepada kerajaan maritim . Kerajaan agraria juga bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan bekalan barangan merah dari China dan India.

2. Andaikan anda ialah raja kerajaan Angkor pada abad kesembilan.

a. Huraikan langkah-langkah anda untuk memajukan pertanian padi sawah. Untuk memajukan pertanian padi sawah saya kan membahagikan pekerja saya beberapa kumpulan untuk memudahkan lagi pekerjaan . Disamping itu , saya akan memperbanyakkan lagi kawasan pertanian untuk membangunkan sektor pertanian ini.

b. Sebagai raja yang berfikiran strategik , berikan alasan anda menukar status Angkor daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim. Saya mahu menukar status kerajaan Angkor daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim kerana kerajaan ini mempunyai Tasik Tonle Sap yang amat berguna kepda penduduk disitu . Disamping itu , ia mengandungi hasil protein

31

yang amat tinggi.

3.Sistem kerajaan awal merupakan campuran system tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Antara pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ialah melalui seni bina dan tinggalan arca. Disamping itu , terdapat juga pengaruh agama dan kebudayaan dalam tamadun awal.

BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
4.1 Pengenalan
1. Apakah maksud ‘Jahiliah’? Jahiliah barmaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

2. Nyatakan corak kehidupan social yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Mereka mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti minum arak , berzina dan berjudi. Mereka uga mengamalkan sistem kabilah yang berasakan cara hidup berkelompok dan bepuak-puak.

3. Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyrakat Arab Jahiliah? Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyrakat Arab Jahiliah kerana dengan adanya system tersebut munculnya semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya 32

peperangan di kalangan masyarakat.

4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

1. Berdasarkan salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada halaman 103 , senaraikan nama moyang dan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Nama moyang Nabi Muhammad s.a.w. ialah Hasyim manakala nama bapa saudara ialah Al-Haris , Abu Talib , Abu Lahab , Abbas dan Hamzah.

2. Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut Tahun Gajah? Tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut sebagai Tahun Gajah kerana berlakunya serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap kota Makkah.

3. Nyatakan penngalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan. Pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan diperolehi sejak bainda berusia 12 tahu iaiatu dengan megikut rombonan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam , sebuah kawasan yang terletak di Semenanjung Tanah Arab.

4.3 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w
1. Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. Empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. ialah siddiq (berkata benar) ,amanah (dipercayai) , tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). 33

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin? Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.

4.4 Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

1. Apakah wahyu pertama yan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan apakah kandungannya? Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat islam supaya membaca.

2. Nyatakan alasan mengapa amalan membaca dikatakan sangat penting dalam Islam. Amalan membaca dikatakan sangat penting dalam Islam kerana dengan membaca kita akan memperoleh ilmu pengetahuan atau menambah ilmu pengetahuan.

4.5 Penyebaran Islam di Makkah
1. Senaraikan tokoh yang telah memeluk Islam sebelum dakwah Islam selepas dakwah Islamiah dilaksanakan. Tokoh yang telah memeluk Islam sebelum dakwah Islam ialah Khadijah binti Khuwalid , Ali bin Abu Talib , Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq manakala selepas dakwah Islamiah dilaksanakan ialah sebahagian daripada penduduk Makkah dan Madinah.

2. Mengapakah golongan bawahan merupakan golongan awal yang memeluk Islam? 34

Golongan bawahan merupakan golongan awal yang memeluk Islam kerana mereka tertarik kepada ajaran islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.

3. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Makkah? Semasa di Makkah baginda berdakwah secara rahsia pada awalnya. Apabila turunnya wahyu daripada Allah s.w.t. barulah baginda berdakwah secara terbuka.

4. Rumuskan sebab-sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran islam. Orang Arab Quraisy menentang ajaran islam kerana perbezaan dari segi kepercayaan , penyaranan prinsip persamaan taraf sesama manusia , menggugat ekonomi masyarakat tersebut dan berlakunya salah faham mengenai tugas rasulullah.

5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah. Masyarakat Arab Quraisy telah menentang keras dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif
1. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar “al-Amin”?

A. Bersifat amanah dan dipercayai B. Suka membantu golongan miskin C. Pemaaf dan pengampun D. Bergaul dengan semua orang

35

2. Zaid bin Harithah Ali bin Abu Talib Khadijah binti Khuwalid

Apakah kaitan tokoh di atas dengan dakwah Islamiah di Makkah?

A. Mereka berhijrah ke Taif B. Mereka merupakan orang yang awal memeluk Islam. C. Mereka di seksa dengan kejam D. Mereka berhijrah ke Habsyah.

3. Mengapakah dakwah Islamiah pada peringkat awal di Makkah dilakukan secara rahsia?

I Tindakan itu adalah suatu strategi dalam penyebaran Islam. II Ini adalah untuk mengelak daripada diketahui oleh orang ramai III Ajaran Islam masih belum lengkap. IV Bilangan umat Islam masih kecil.

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

4. Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka?

I Ajaran Islam menggugat perusahaan mengukir patung.

36

II Ini berlaku kerana tanggapan yang salah terhadap tugas nabi III Sikap dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w tidak disenangi ole mereka. IV Islam mengamalkan prinsip persamaan taraf

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II ,III dan IV

5. Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan Islam setelah baginda menerima tentangan daripada orang Arab Quraisy Makkah?

I Baginda meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah II Sekumpulan orang Islam diarah berhijrah ke Taif III Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat berhijrah ke Habsyah IV Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah selepas mendapat keizinan Allah

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

B. Soalan Esei
1. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhamad s.a.w digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah? Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhamad s.a.w digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman , Nabi Ibrahim , Nabi Ismail , Nabi Musa , Nabi Isa dan lain-lain.

37

2. “Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah ialah semangat asabiah.”

a. Apakah maksud semangat asabiah? Semangat assabiah bermaksud semangat setia kawan yang diamalkan oleh orang Arab Jahiliah berdasarkan darah keturunan.

b. Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah? Semangat ini terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah apabila wujudnnya system system kabilah.

c. Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah? Kesan utama amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah ialah tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

3. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya. Ada orang Arab yang menerima Islam dan ada juga yang menolaknya. Ada orang Arab yang menerima Islam dan ada juga yang menolaknya.

a. Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya. Orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudah kerana kemurnian ajaran dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwah.

b. Mengapakah pula sebahagian daripada masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam? Orang Arab Quraisy tidak dapat menerima ajaran islam kerana perbezaan dari segi kepercayaan , penyaranan prinsip persamaan taraf sesama manusia , menggugat ekonomi masyarakat tersebut dan berlakunya salah faham mengenai

38

tugas rasulullah.

4. Mengapakah pelantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besar kepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia umumnya? Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besar kepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia umumnya kerana baginda banyak membawa perubahan dalam hidup masyarakat dahulu dan perubahan tersebut kekal hingga kehari ini.

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
5.1 Pengenalan

1. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dengan kandungan Perjanjian Aqabah Kedua. Perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dengan kandungan Perjanjian Aqabah Kedua ialah Perjanjian Aqabah Pertama suku kaum Aus dan Khazraj dikehendaki membantu perjuangan rasulullah dan dilarang melakukan amalan jahiiliah manakala Perjanjian Aqabah Kedua pula ialah mereka dikehendaki

2. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimeteraikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan orang Madinah? Kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua ialah berlakunya penghijrahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah.

5.2 Hijrah
1. Apakah maksud “hijrah” dalam konteks Islam? Hijrah dalam konteks Islam bermaksud perpindahan orang 39

Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.

2. Mengapakah hijrah berlaku dari Kota Makkah ke Madinah? Hijrah berlaku dari Kota Makkah ke Madinah kerana ia merupakan perintah Allah s.w.t menerusi wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa konsep “hijrah” boleh diamalkan dalam kehidupan pelajar. Sebagai seorang pelajar , kita boleh mengamalkan hijrah dalam konteks merubah sikap malas kepada rajin , tidak bertanggungjawab kepada bertanggungjawab dan berfikiran tidak matang kepada matang.

5.3 Piagam Madinah

1. Apakah Piagam Madinah? Piagam Madinah bermaksud perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 M. berpandukan wahyu Allah s.w.t

2. Bina peta minda untuk menggambarkan kandungan Piagam Madinah.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH (47 Fasal)

(23 Fasal) Membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka.

40

(24 Fasal) Membincangkan tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap Negara Madinah

5.4 Perjanjian Hudaibiyah
1. Apakah tujuan utama rombongan orang Islam ke Makkah pada tahun 628 M.? Tujuan utama rombongan orang Islam ke Makkah pada tahun 628 M. ialah untuk menziarahi sanak saudara dan pada masa yang sama Rasulullah ingin menunaikan umrah.

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah? Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah kerana beliau mempunyai banyak saudara mara di Makkah , beliau sahabat yang matang dan tua berbanding dengan sahabat yang lain serta beliau bersifat lemah lembut dan bertolak ansur.

3. Apakah sebabnya Perjanjian Hudaibiyah dimeterai? Perjanjian Hudaibiyah dimeterai kerana orang Quraisy mendapat tahu umat Islam telah berikrar untuk membela kematian Uthman bin Affan , lalu mereka menghantar Suhail bin Amru untuk berunding. Apabila persepakatan dicapai lalu termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Qiraisy di Hudaibiyah pada tahun 628 M. bersamaan 6H.

4. Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah penting untuk memastikan program 41

dakwah Islamiyah ke seluruh Semenanjung Tanah Semenanjung yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berjalan dengan lancar.

5.5 Pembukaan Semula Kota Makkah
1. Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 M.? Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 M. kerana pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama. Disamping itu ia merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.

2. Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka oleh tentera Islam? Kota Makkah mudah dibuka oleh tentera Islam kerana keempatempat pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Nabi Muhammad s.a.w telah diarah oleh beliau untuk memasuki Kota Makkah melalui empat arah iaitu dari arah utara , selatan , barat dan barat daya Makkah.

3.Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah? Pembukaan semula kota Makkah penting untuk memelihara Kaabah daripada unsur Jahiliah. Disamping itu , pembukaan Kota Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat dan kota ini juga telah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk melakukan ibadat.

42

Ujian dan penilaian
A. Soalan Objektif

1. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.? A. Taif B. Syam C. Yathrib D. Madain

2.Antara yang berikut , yang manakah janji orangArab Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Perjanjian Aqabah Pertama? I II III IV Beriman kepada Allah dan Rasul Taat kepada Rasulullah sepenuhnya Sanggup berperang dengan orang Arab Qurasy Tidak melakukan amalan–amalan jahiliah

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

3. Apakah factor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah? A. Jemputan dan sokongan peduduk Habsyah terhadap mereka. B Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah C. Raja Habsyah adalah seorang muslim yang baik D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam

4. Wahyu pertama mengandungi suruhan “membaca kepada Nabi Muhammad s.a.w”. Pada pandangan anda apakah kesan penting daripada perintah itu?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman 43

B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.

B. Soalan Esei
1. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan ke arah berlakunya hijrah dari Makkah ke Madinah dan perkembangan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab” . Adakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Berikan alasan-alasan anda. Ya , saya bersetuju dengan penyataan ini. Saya bersetuju kerana berdasarkan Perjanjian Aqabah kedua suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah

2. Perkara yang penting dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah berhijrah ke Madinah ialah penubuhan sebuah kerajaan Islam yang pertama di dunia.

Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga terbentuknya masyarakat Islam yang sempurna. Kerajaan Islam yang telah diasas oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat . Perlembagaan tersebut meliputi aspek politik , agama , sosial , perundangan , ekonomi , pertahanan dan Kedudukan Yahudi. Dengan adanya kewujudan piagam ini maka terbinalah sebuah kerajaan Islam yang unggul.

3. Peristiwa “Hijrah” sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam. 44

a. Apakah yang anda faham tentang konsep hijrah? Berdasarkan kefahaman saya hijrah ialah suatu perubahan yang negatif kepada yang positif dari pelbagai aspek. b. Pada pandangan anda , mengapakah peristiwa hijrah dikatakan sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam? Pada pandangan saya , hijrah sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam kerana tanpa hijrah perkembangan Islam akan terbantut. c. Apakah teladan yang anda peroleh daripada peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah? Teladan yang saya perolehi daripada peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah ialah kita haruslah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan. Disamping itu kita janganlah mudah berputus asa.

4. “Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islamiyah dan bukan melalui peperangan”. Berikan alasan-alasan anda. Hal ini berlaku kerana Nabi Muhammad s.a.w telah menggunakan kebijaksanaannya dalam berdakwah disamping beliau juga turut mendapat hidayat daripada Allah s.a.w dalam menjalankan dakwahnya.

BAB 6 PEMBENTUKKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
6.1 Pengenalan

1. Nyatakan maksud khalifah. Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

45

2. Bagaimanakah Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah? Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Umar mencadangkan beliau sebagai pegganti rasulullah dan cadangan inu telah dipersetujui oleh golongan Muhajirin.

3. Nyatakan maksud syura? Syura bermaksud perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara .

4. Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam pentadbiran beliau telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikkan pegawai manakala dalam bidang ketenteraan beliau telah membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

5. Apakah sumbanagan Khalifah Uthman bin Affan dalam memelihara al-Quran? Untuk memelihara al-Quran beliau telah mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

6.2 Kerajaan Bani Umaiyah

1. Apakah maksud sistem warisan dalam kerajaan Bani Umaiyah? Sistem warisan bermaksud jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki.

2. Senaraikan sumbangan Khalifah Muawiyah dalam bidang pemerintahan dan ilmu pengetahuan .

46

Antara sumbangan Khalifah Muawiyah dalam bidang pemerintahan dan ilmu pengetahuan ialah sistem ketenteraan telah diperkemas dan Diwanul Jundi ditubuhkan. Bagi pendidikan pula , pusat pengajian tinggi telah ditubuhkan.

3. Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah? Peranan baitulmal ialah untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan Negara .

4. Apakah sumbangan penting kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang keilmuan? Sumbangan penting kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang keilmuan ialah dalam bidang keilmuan ialah kewujudan sistem mandarasah.

6.3 Kerajaan Bani Abbasiyah
1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan? Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun yang sama.

2. Apakah peranan baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan? Peranan baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan ialah sebagai tempat penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani.

3. Senaraikan ilmu pengetahuan yang muncul pada zaman Abbasiyah. Pada zaman Abbasiyah kegiatan penulisan dilakukan secara tiga peringkat iaitu mencatat segala idea atau percakapan yang kedua mengumpulaka idea yang serupa atau mengumpulak hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah buku dan yang ketiga mengarang.

47

6.4 Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Bagaimanakah kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk? Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk apabila Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine dan perlusan kuasa telah diteruskan oleh anaknya Orhan I.

2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah Berjaya menyebarkan ajaran Islam. Faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan ajaran Islam ialah pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam . Disamping itu , tentera Islam pada zaman Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari? Janissari bermaksud kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok belok peperangan.

4. Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah ialah berasaskan undang-undang Kanun Suleiman.

6.5 Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

1. Nyatakan cara-cara tamadun Islam berkembang? Tamadun Islam berkembang dengan cara perdagangan dan perniagaan , hubungan diplomatik , serta penaklukan dan ketenteraan.

2. Bagaimanakah tamadun Islam zaman Umaiyah

48

bertembung dengan tamadun lain didunia melaui perniagaan? Tamadun Islam zaman Umaiyah bertembung dengan tamadun lain didunia melalui perniagaan ialah dengan cara penjualan barang dagangan dan pertukaran barang dagangan.

3. Apakah kesan kemasukan Islam ke Sepanyol? Kesan kemasukan Islam ke Sepanyol ialah penduduk orang bukan Islam di Sepanyol bercakap dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.

4. Nyatakan sumbangan tamadun islam dalam bidang sains. Sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains ialah penghasilan buku-buku perubatan yang merangkumi formula dan kaedah perubatan.

5. Senaraikan sumbangan Ibn Sina. Sumbangan Ibn Sina ialah beliau beliau telah menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang undang-undang dan pemikiran politik.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terkenal sebagai penyelamat umat Islam.

Mengapakah beliau digelar sedemikian? I Berjaya menghapuskan nabi-nabi palsu 49

II

Menyelesaikan masalah pelantikkan khalifah

III Membasmi golongan murtad IV Menyelamatkan Negara daripada bencana alam

A. I ,II dan III B. I ,II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

2.

Abu al-Abbas al-Saffah Abdul Rahman al-Dakhil

Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas? A. Khalifah terakhir kerajaan Islam B. Pengasa kerajaan masing-masing C. Tokoh ilmuwan Islam yang terkenal D. Ketua tentera yang handal

3. Apakah factor yang menyebabakan kerajaan Turki Uthmaniyah memperoleh kejayaan dalam bidang ketenteraan? A. Kedudkan ekonomi yang stabil B. Akidah dan moral yang tinggi C. Perpaduan dikalangan rakyat D. Pemimpin yang berwawasan

4.

Perluasan Kuasa

Perniagaa n

50

TAMADU N ISLAM

Ilmu Pengetahu an

Hubungan Diplomatik

Rajah di atas menunjukkan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lan di dunia melalui aktiviti perniagaan , perluasan kuasa, ilmu pengetahuan dan hubungan diplomatic. Apakah kesan daripada pertembungan tamadun itu? A. Pusat pengajian tinggi mula bertambah. B. Ekonomi dan social berkembang pesat. C. Berlaku interaksi antara orang Islam dengan bukan Isalm. D. Sempadan Isalm bertambah luas.

B. Soalan Esei
1. Zaman keagungan kerajaan Islam di Baghdad dan Sepanyol telah melahirkan tokoh-tikoh dalam bidang ilmu penetahuan.

a. Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu matematik paada zaman Abbasiyah dan Umaiyah. Pada zaman Abbasiyah dan Umaiyah ilmu matematik amat penting untuk digunakan dalam bidang pertanian dam astronomi. Dengan adanya kepentingan tersebut manusia pada zaman itu sentiasa menjalankan kajian.

b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi dalam bidang ilmu pengetahuan. Ibn Sina telah banyak menghasilkan karya dalam bidang politik dan perubatan manakala al-Khawarizmi telah banyak menyumbang kepada perkembangan intelektual dunia.

51

2. Pertembungan antara tamadun isalmdaenngan tamadun lain di dunia telah berlaku seejak zaman awal islam lagi. a. Jelaskan bentuk pertembungan itu. Pertembungan itu berlaku dalam perdagangan dan perniagaan, hubungan diplomatik , serta penaklukan dan ketenteraan.

b. Apakah implikasi terhadap tamadun islam dalam pertembungan tersebut? Tamadun Islam semakin berkembang apabila pertembungan tersebut berlaku.

3. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dan Timur.

a. Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang keilmuwan. Tamadun Islam telah melahirkan banyak ilmuwan-ilmuwan dan ilmuwan-ilmuwan tersebut belajar melalui al-quran. Disamping itu , banyak karya telah dihasilkan dan hadis yang telah diterjemahkan sebagai panduan.

b. Bagaimanakah ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam. Ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam ialah bersifatkan keilmuwan dan berniat kerana Allah s.w.t

BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA
7.1 Pengenalan

1. Senaraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah Islam datang 52

dari Semenanjung Tanah Arab , Islam datang dari China dan Islam dating dari India.

2. Senaraikan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Antara bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petampatan di Canton dan Amoy sejak tahun 300 M dan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanajung Tanah Arab.

7.2 Penyebaran Islam di Asia Tenggara

1. Senaraikan cara islam berkembang di asia tenggara. Antara cara-cara islam berkembang di asia tenggara ialah perdagangan, perkahwianan , pengislaman raja dan golongan bangsawan , kelahiran kerajaan Islam , peranan pusat kebudayaan dan peranan mubaligh .

2. Berdasarkan peta pada halaman 182 , senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara. Acheh , Samudera Pasai , Perlak , Singkei , Barus , Siak , Pattani , Melaka , Palembang , Cheribun , Demak , Gerisik , Pontianak , Tanjungpura , Banjarmasin , Brunei dan Makasar.

3. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ialah dengan menunjukkan akhlak yang baik , berdakwah secar berhemah dan lemah lembut dan hubungan baik yang terjalin antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.

7.3 Pengaruh Islam di Asia Tenggara

1. Nyatakan peranan surau dan madrasah untuk 53

memberi pendidikan awal kepada masyarakat Islam Asia Tenggara . Peranan surau dan madrasah untuk memberi pendidikan awal kepada masyarakat Islam Asia Tenggara ialah sebagai tempat menyampaikan dakwah .

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif
1. “Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia Tenggara.” Apakah pengaruh yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas? I Wujud konsep persamaan taraf bagi menggantikan system kasta II Islam merupakan agama rasmi bagi kerajaan Islam III Konsep raja bayangan tuhan ditukar kepada sultan IV Kesemua adt dan ajaran Hindu terhapus.

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D.II , III dan IV

Periak Melaka

Samudera-Pasai Acheh

2. Kerajaan Islam di atas menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara sejak abad kesembilan hingga abad ke 17. Selain menjadi pusat penyebaran Islam , apakah peranan kerajaan ini? I II Pusat pendidikan dan keilmuwan Pusat kebudayaan dan keseniaan 54

III IV

Pusat pentadbiran kerajaan Islam serantau Pusat pengumpulan rempah ratus

A. I dan II B. II dan III

C. II dan IV D. I dan IV

Kerajaan Melayu Melaka Kerajaan Acheh

3. Apakah persamaan kedua-dua buah kerajaan di atas? A. Dinaungi oleh kuasa Barat. B. Menjadi pusat pengajian Islam. C. Terkenal pada abad ke 16 dan ke 17 D. Menghapuskan kuasa Barat.

4. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam datang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah bukti yang dikemukakan untuk menyokong pendapat ini? I II III IV Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab. Kesusasteraan awal mengikut gaya kesusasteraan Arab. Kitab-kitab yang ditulis bersumberkan Arab. Wujud petempatan orang Arab di Melaka dan Acheh

A. I . II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

B. Soalan Esei

55

1.Pada pandangan anda , mengapakah agama Islam dapat disebarkan dengan meluas di Asia Tenggara dari Abad ke 13 hingga ke 16? Pada pandangan saya , agama Islam dapat disebarkan dengan meluas di Asia Tenggara dari Abad ke 13 hingga ke 16 kerana adanya kerjasama dan strategi yang bijak dalam menyebarkan dakwah Islam.

2. Dengan memberikan contoh tertentu , bincangkan pengaruh yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat Asia Tenggara. Islam banyak mempengaruhi masyarakat Islam terutamanya dalam dalam perniagaan. Riba adalah dilarang sama sekali. Keadilan dan hak seseorang amat dititik beratkan dalam Islam.

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
8.1 Pengenalan
1. Senaraikan nama pelabuhan di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pedagang Islam sejak abad ke-13 hingga abad ke-14. Pelabuhan Perlak , Parsi , Acheh , Sulu , Pattani dan Brunei.

2. Nyatakan penngaruh Islam dalam institut kesultanan di Negara kita. Islam telah mewujudkan panggilan sultan bagi raja , perlaksanaan konsep daulat , pengelaran sultan sebagai Amirulmukminin dan perlaksanaan undang-undang Islam (syariah).

3. Apakah yang dimaksudkan dengan daulat? Daulat bermaksud pengikat antara golongan rakyat dan golongan pemerintah.

56

4. Nyatakan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung? Perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung ialah:

Adat Perpatih

Adat Temenggung

1. Berasal dari Pagar Ruyung , Sumatera.

1. Berasal dari Palembang , Sumatera

2. Diasakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang

2. Diasakan oleh Datuk Ketumanggungan

3. Bersifat matrilineal (nasab keturunana yang lebih mengitamakan jurai keturunan ibu )

3. Berasaskan system patrilineal iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa.

8.2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu Tradisional? Pendidikan formal ialah pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung atau menerusi perantaraan institusi yang tertentu.

2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat , seni persembahan dan seni bina. Contoh pengaruh Islam dalam seni khat ialah tulisan khat thuluth , diwani (ad-diwari) , kufi , diwani Jali (al-Jali ad-diwari) dan nasakh. Bagi seni persembahan pula , unsur keislaman turut diterapkan dalam pergerakkan tarian. Contohnya tarian dabus. Manakala bagi seni bina pula ialah motif ukiran telah berubah daripada motif haiwan kepada motif tumbuhtumbuhan.

57

3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Apabila pengaruh Islam muncul dalam zaman Kerajaan Melayu Melaka penulisan karya telah berkembang.

4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? Fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah sebagai tempat pertemuan dan perkumpulan masyarakat , pusat pengajian dan tempat beribadat.

8.3 Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi
1. Bagaimanakah pengaruh Islam dalam aspek perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka? Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan penting pada abad ke-15. Pada ketika itu Islam telahpun wujud. Dengan adanya Islam maka wujudnya undang-undang Kanun Melaka dan jawatan laksamana turut diadakan.

2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor abad ke-16? Ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor ialah mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan alAdil.

3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang-pedagang yang berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang-pedagang yang berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah mereka mestilah membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum memulakan urusan perniagaan dilakukan.

58

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep dewa-raja ?

A. Raja dianggap suci dan sebagai dewa di bumi. B. Raja yang memerintah diamggap sebagai bijak. C. Raja daripada keturunan dewa. D. Raja yang memerintah mengikut peraturan dewa.

2. Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan peratura yang erdapat dalam Adat Temenggung?

I Anak lelaki diberikan keutamaan dalam hal pewarisan harta. II Sultan yang mangkat mesti digantikan dengan putera sulongnya. III Seseorang lelaki boleh berkhwin dengan sesiapa sahaja yang asalkan tiada pertalian darah. IV Seseorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan ahli-ahli sukunya.

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

59

B. Soalan Esei
1. U Undang-undang Melaka Kesultanan Melayu Melaka ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Hukum Kanun Melaka Dua jenis undangundang yang telah diamalkan oleh Undang-undang Laut Melaka

a. Mengapakah undang-undang diatas digubal oleh pemerintah Melaka? Undang-undang diatas digubal oleh pemerintah Melaka kerana kerajaan –kerajaaan Melayu aktif dalam kegiatan maritime dan perdagangan.

b. Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam. Antara kandungan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam ialah mengenai hukum pembahagian hak dalam perniagaan.

2. Bincangkan pengaruh Islam dalam Bidang bahasa dan kesusasteraan di Tanah melayu pada abad ke-15 dan ke16. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan , pengaruh Islam yang paling ketara ialah tulisan jawi. Kedatangan Islam juga memperkenalkan huruf-huruf Arab dan ianya mudah diterima oleh masyarakat Melayu setelah dibuat penyesuaian dalam tulisan Melayu. Pembendaraan kata bahasa Melayu turut bertambah dengan bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab atau bahasaal-Quran.Kesusasteraan juga turut berkembang. 60

3. Adat istiadat orang Melayu dari zaman dahulu hingga kini masih mempunyai persamaan. Senaraikan persamaan adat istiadat tersebut di kalangan rakyat jelata. Adat istiadat perkahwinan . adat istiadat cukur jambul dan adat pertabalan raja.

BAB 9 PERKEMBANGAN EROPAH
9.1 Pengenalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah? Zaman Gelap di Eropah bermaksud zaman kemunduran.

2. Nyatakan ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah. Ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah ialah Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan dan kehidupan perbandaran , pada zaman itu pentadbiran pusat tidak berkesan dan pada waktu yang sama dunia Islam mengalami zamn kegemilangan Islam.

3. Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional. Antara ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah golongan raja menjadi golongan penaung utama dalam sesebuah Negara , raja mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak Istana dan golongan pembesar akan memberikan perkhidmatan kepada pihak raja.

9.2 Zaman Renaissance

61

1. Apakah maksud Renaissance? Renaissance bermaksud “kelahiran semula”.

2. Apakah ciri-ciri yang terdapat di Negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ? Antara ciri-ciri yang terdapat di Negara Itali ialah kedudukan Itali yang strategic iaitu dikelilingi oleh Laut Maditerranien.

3. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan “Monark Baru” “Monark Baru” bermaksud kemunculan semula iaitu daripada zaman kegelapan kepada zaman Renaissance.

4. Nyatakan kesan Renaissance. Dari segi politik , perkembangan yang paling penting pada zaman Renaissance ialah kemunculan monarki baru. Kewujudan Monarki baru in telah diperkuatkan lagi denagan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Dari segi ekonomi , kegiatan ekonomi sara diri kian pupus pada zaman Renaissance. Dari segi sosial , zaman ini telah membawa perubahan gaya hidup dan pemikiran manusia.

9.3 Gerakan Reformation
1. Apakah maksud Reformation? Reformation ialah suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16.

62

2. Apakah idea-idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther? Martin Luther percaya bahawa manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohani dalam ibadat.

3. Jelaskan kesan-kesan Zaman Reformation terhadap Eropah. Kesan dari segi agama , zaman ini telah menyababkan Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing. Disamping itu , kuasa Gereja juga telah dicabar. Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom.

9.4 Penjelajahan dan Penerokaan

1. Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada zaman penjelajahan dan penerokaan. Portugal , Sepanyol dan Belanda.

2. Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke Timur. Kerana orang Eropah mahu memperoleh barangan seperti emas , sutera dan rempah ratus dari Timur. Disamping berlakunya desakan ekonomi dan semangat keagamaan.

9.5 Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

63

1. Apakah sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian di Britain? Sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian di Britain ialah kerana terdapat perubahan dalam system penggunaan dan pemilikan tanah dan terdapat penggunaan kaedah atau teknik sainstifik serta terdapat pemasaran produk (hasil) pertanian secara meluas dan berkesan.

2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada Zaman Revolusi Pertanian di Britain. Antara kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah ialah wujudnya kawasan pertanian yang luas (ladang) bagi penanaman secara besar-besaran dan rakyat biasa dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka telah kehilangan punca rezeki.

9.6 Perkembangan Bidang Perindustrian

1. Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain? Faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain ialah kesediaan para peladang untuk melaburkan modal dan kewujudan Revolusi Pertanian yang telah menyediakan bahan makanan untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat.

2. Apakah persamaan yang terdapat dalam prose’s Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian? Persamaan yang terdapat dalam proses Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian ialah kaedah dan penciptaan barangan terbaru.

64

9.7 Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
1. Mengapakah Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan ke-19? Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan ke-19 kerana mereka telah telah mempertingkatkan system pengangkutan dan mengeksport modal keseberang laut untuk kegiatan ekonomi.

2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa berlakunya Revolusi Perindustrian. Kewujudan kereta api mampu mengangkut barangan dan juga pekerja kilang dalam kuantiti yang banyak.

3. Mengapakah akta tertentu diperkenalkan dalam bidang perindustrian khususnya tentang penggunaan buruh? Akta tertentu diperkenalkan dalam bidang perindustrian kerana untuk memastika pekerja tidak bekerjasama menentang pihak kerajaan yang wujud pada ketika itu.

9.8 Imperialisme Barat di Asia

1. Apakah maksud Imperialisme? Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah Negara yang lebih kuat terhadap Negara lain yang lebih lemah.

2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara. Kuasa Barat datang ke Asia Tenggara kerana ingin mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi memasakan barangan industri masing-masing .

3. Apakah kesan imperialisme dari aspek pendidikan?

65

Kemunculan imperialisme telah mewujudkan system pendidikan inggeris.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif

1. Apakah ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah?

I II

Tiada peningkatan ilmu pengetahuan. Ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot.

III Kedudukan tuan tanah di pandang rendah IV Tiada kerajaan pusat yang kukuh

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

2. I Zaman Renaissance dan Zaman Reformation. II III IV Zaman Yunani dan Rom Zaman penerokaan dan penjelajahan Zaman Pertengahan

Susun kedudukan zaman-zaman di atas mengikut kronologi.

A. II , I , IV dan III B. II , III, IV dan I

C. IV , III , II dan I D. II , IV , I dan III

66

3. Apakah kesan Zaman Reformation di Eropah?

I II

Negara Eropah berperang menurut mazhab masing-masing. Kuasa Gereja terhadap kerajaan berkurang

III Penganut mazhab Kristian , menjalankan kegiatan pendidikan IV Agama Kristian diketepikan oleh masyarakat Eropah

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

4. Mengapakah orang-orang Eropah melakukan penjelajahan ke Timur?

I Ingin mendapatkan barangan dari Timur khususnya rempah ratus. II Semangat cinta dan bangga kepada bangsa dan Negara.

III Ingin melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat Timur. IV Galakan , sokongan dan bantuan daripada pemerintahan Negara.

A. I , II dan III B. I , II dan IV

C. I , III dan IV D. II , III dan IV

5. Apakah kesan kedatangan Barat ke Asia Tenggara dalam bidang politik?

I II III

Pemerintahan Asia Tenggara menerima penasihat Barat. Sistem pentadbiran masyarakat setempat dihapuskan. Sistem pemerintahan beraja dipinggirkan

67

IV

Sistem perundangan Barat diperkenalkan

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

B. Soalan Esei
1. Bincangkan peranan golongan seni pada Zaman Renaissance. Golongan seni pada Zaman Renaissance sering berkunjung dari Bandar ke Bandar. Oleh itu , secara tidak langsung penyebaran idea Renaissance sering berlaku.

2. Bincangkan sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian. Sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian ialah terdapat perubahan dalam system penggunaan dan pemilikan tanah dan terdapat penggunaan kaedah atau teknik sainstifik

3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrrian. Kita sebagai rakyat hendaklah sentiasa berusaha dalam meningkatkan produktiviti Negara kita dan meempunyai semangat serta perpaduan dalam meembangunkan Negara kita.

4. Pada pendapat anda , bagaimanakah kemajuan bidang pengangkutan dapat meningkatkan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain? Pada pendapat saya dengan adanya kemajuan dalam pengangkutan urusan pentadbiran , perniagaan dan sebagainya lebih mudah dan cepat untuk dilaksanakan.

BAB 10 DASAR BRITAIN DAN KESANNYA
68

TERHADAP EKONOMI NEGARA
10.1 Pengenalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional? Ekonomi tradisional ialah aktiviti ekonomi yang melibatkan pemasaran barangan tempatan dengan skala yang kecil.

2. Bagaimanakah masyarakat Melayu trdisisonal menjalankan aktiviti pertanian? Masyarakat Melayu trdisional menjalankan aktiviti pertanian dengan bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.

10.2 Ekonomi Dagangan

1. Apakah yang dimaksudakan dengan ekonomi dagangan? Ekonomi dagangan ialah aktiviti pertanian atau perlombongan yang melibatka lebihan pengeluaran yang bertujuan untuk pemasaran.

2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelm kedatangan British? Peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelm kedatangan British ialah untuk mengawal aktiviti yanh terdapat di lombong tesebut.

3. Senaraikan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu. Antara aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu ialah melombong , bercucuk tanam, memungut hasil hutan menternak binatang dan

69

menangkap ikan secara kecil-kecilan.

4. Nyatakan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan getah di Tanah Melayu. Sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan getah di Tanah Melayu ialah beliau telah meyakinkan para peladang untuk menanam getah dan memperkenalkan system menoreh getah secara ibidem.

10.3 Dasar British Terhadap Pertanian
1. Apakah kesan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu? Kesan daripada dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu ialah wujudnya undang-undang berhubung tanah dan wujudnya jurang dwi-ekonomi antara masyarakat Melayu dengan masyarakat lain.

2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu? Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu ialah berdasarkan undang-udang ini pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.

3. Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British? Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British kerana bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka sahaja.

4. Apakah tujuan British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917? Tujuan British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917 ialah untuk mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.

70

10.4 Kesan-kesan Dasar Ekonomi
1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Bandar-bandar baru. Faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Bandar-bandar baru ialah kerana berlakunya perkembangan ekonomi di sesebuah kawasan tersebut.

2. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu? Masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu kerana dasar yang telah dijalankan oleh pihak British.

3. Apakah maksud sistem pendididkan vernacular di Tanah Melayu? Sistem pendidikan vernacular bermaksud sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa penghantar.

4. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang. Faktor-faktor yang menyebabkan sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang ialah berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan perlombongan dan pertanian.

Ujian dan Penilaian
A. Soalan Objektif
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

71

I II III IV

Aktiviti yang diusahakan di kawasan Bandar yang terpencil. Aktiviti ekonomi yang diusahakan tanpa lebihan produk. Penggunberlakaan tenaga kerja yang terhad. Penggunaan tenaga kerja kurang mahir

A. I dan II B. II dan IV

C. II dan III D. I dan IV

2. Apakah sebab utama kawasan Asia Tenggara menjadi tumpuan negara-negara Eropah pada abad ke 19? A. Jumlah penduduknya ramai dan pelbagi bangsa serta agama B. Mereka bercita-cita untuk mendamaikan perbalahan yang sering berlaku C. Kawasan yang kaya dengan pelbagai sumberalam dan galian. D. Penguasaan terhadap Asia Tenggara menyeabkan imej mereka menjadi tinggi .

3. Mengapakah pemodal Eropah berupaya bersaing dengan pemodal China dalam industri perlombongan pada abad ke-20? A. Mereka mempunyai modal dan teknologi yang tinggi B. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang perlombongan. C. Mereka boleh mengeksport bijih timah dengan mudah. D. Mereka mendapat kerjasama yang erat daripada orang Melayu.

4. Apakah tujuan utama Akta Tanah Simpanan Melayu diwujudkan?

I Untuk menghindarkan tanah tersebut dujual kepada orang asing. II Untuk memudahkan orang Melayu bercucuk tanam.

72

III Untuk memudahkan British mengendalikan kegiatan pertanian IV Untuk melindungi kepentingan ekonomi dan politik British.

A. I dan II B. II dan III

C. III da IV D. I dan IV

B. Soalan Esei
1. Jelaskan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu. Aktiviti-aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu ialah menanam hasil pertanian seperti padi , sayur-sayuran dan buah-buahan. Disamping itu , penduduk zaman dahulu juga memungut hasil hutan seperti rotan dan tanaman-tanaman herba. Bahan- bahan ini kemudiannya dipasarkan.

2. Bincangkan sumbngan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Henry N. Ridley telah berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dan memperkenalkan system menoreh getah secara ibidem di Tanah Melayu.

3. Bincangkan tindakan kerajaan British dalam menghadapi kemerosotan harga getah sebelum Perang Dunia Kedua. Kerajaan British telah memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk menghadapi kemerosotan harga getah sebelum Perang Dunia Kedua.

73

4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad ke20. Kepesatan pembangunan sector pertanian dan perlombongan oleh kerajaan kolonial British telah menyababkan kemasukkan tenaga buruh asing untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu. Pada abad ke-19 Pihak British telah membawa masuk buruh-buruh dari China secara besar-besaran. Kemudianya disusuli dengan kemasukkan buruh dari India. Dengan itu , wujudnya masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu kekal hingga ke hari ini.

5. Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dari tahun 1859 hingga tahun 1948. Peranan institusi kewangan ialah untuk memberi penjaman kepada pelabur dengan syarat tertentu manakala insurans pula ialah untuk melindungi aset yang dimiliki.

74

• • • •

mmmhgg

75

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->