You are on page 1of 4

Kelebihan bersolat.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas memberitahu bahawa manusia


perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat
apabila selalu digunakan dan hasil kajian mendapati solat yang membabitkan
gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana
solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan
yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malahan, solat sama seperti
terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan
kesan positif terhadap tubuh.

Menurut Ng Siew Chok perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.


Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas
elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala.
Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur
isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa
frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis
gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.
Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh
keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan
keadaan tenang,” katanya

Menurut Dr Fatimah Ibrahim pula, komposisi tubuh mengandungi empat


komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi
kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan
keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika
Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids,
diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik
adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami
maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah)
dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai
komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah
mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu
ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia
mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat,
orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif
kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan
bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini
terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21
hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh
sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat
serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit
pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman
seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan
meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk
melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama
sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.
Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk
wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh
mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,”
katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih
dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur
dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran).


Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan
terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada
ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga
kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung
ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain
menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika
berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan


paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi
tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk
melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh
memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman.
Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit
setiap hari.

You might also like