You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) SEK KEB CHERAS INDAH TAHUN 2011 KALI KE-2

Tarikh : 13 Oktober 2011 Hari Masa : Khamis : 1.30 petang

Tempat : Kamar Cahaya Nilam KEHADIRAN HADIR : Semua guru kelas AGENDA : 1.0 Ucapan aluan Pn. Hamidah Binti Hariman (GPK HEM) 2.0 Perbincangan pemulangan skim pinjaman buku teks 3.0 Perkara-perkara berbangkit 4.0 Ucapan penangguhan

1.0

Ucapan GPK HEM 1.1 Pn Hamidah Binti Hariman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penyelaras dan jawatankuasa SPBT 2011 sepanjang menguruskan SPBT pada tahun ini. Beliau mengharapkan pelaksanaan akhir tahun diselesaikan dengan baik dan sifar masalah SPBT.

2.0

Perbincangan Pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks 2.1 Ust Ruslan memaklumkan bahawa tarikh pemulangan buku teks pada 3 November 2011 dan tindakan adalah daripada semua guru kelas. Guru kelas perlu memberi peringatan kepada murid-murid agar memeriksa buku-buku dan cari semua buku supaya cukup bilangan buku seperti yang dipinjam. 2.2 Ust Ruslan memaklumkan tarikh penyerahan buku teks kepada murid pada 9 November 2011. 2.3 Ust Ruslan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pihak SPBT. Antaranya, murid tidak membalut buku teks yang dipinjam. Oleh yang demikian Ust Ruslan mencadangkan

pendekatan ugutan sebagai percubaan supaya murid membalut buku teks/buku aktiviti dimana buku teks tidak akan diserahkan kepada murid yang tidak membalut buku teks. 2.4 Borang G akan diedarkan kepada semua guru kelas. Borang tersebut perlu diisi untuk pemulangan buku teks. Guru kelas perlu mengisi bagi semakan buku teks yang hilang. Ust Roslan pula akan menguruskan borang murid yang kehilangan buku teks. 2.5 Pn Hamidah meminta semua jawatankuasa SPBT mematuhi jadual pemulangan buku teks dan memastikan guru kelas berada di kelas ketika proses pemulangan buku teks dijalankan. Seterusnya, pemulangan buku teks akan diuruskan oleh Ust Ruslan dan jawatanakuasa SPBT. 2.6 Pengganti Pn Rohani adalah En Yusuf. Maka, En Yusuf akan menguruskan pemulangan buku teks bagi kelas 4 Tekun. 2.7 Pn Hamidah turut menyatakan tentang agihan buku teks yang hanya diberi kepada tahun 3,4,5 dn 6 sahaja. Tahun 3 sebelum rehat dan tahun 4,5 selepas rehat. 2.8 Pemberian buku teks terhadap tahun 1 dan 2 ditangguhkan kerana khuatir buku teks tersebut akan rosak. Namun begitu, buku teks akan diberi kepada ibu bapa mereka di hari pertama (orientasi) persekolahan tahun 2012. 2.9 Menurut Pn Hamidah lagi, murid yang kehilangan buku teks tidak akan diberi pinjaman buku teks pada tahun 2012 melainkan murid tersebut membayar ganti rugi dalam bentuk wang atau buku teks. 2.10 Seterusnya, perbincangan terhadap masalah murid yang kehilangan buku teks kemudian mengambil buku teks orang lain. 2.11Pn Hamidah turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan susulan oleh guru-guru. Ia adalah laporan akhir unit SPBT, perancangan taktikal dan laporan separuh penggal kedua. Laporan hendaklah dihantar dalam format seperti format laporan pusat sumber.

3.0

Perkara-perkara berbangkit 3.1 Pn Rajinah memberi pendapat mengenai masalah murid yang tidak membalut buku teks. Menurut Pn Rajinah, tahun 1 mempunyai banyak buku aktiviti yang perlu dibalut dan ia akan membebankan mereka. Pn Rajinah mencadangkan supaya hanya buku teks sahaja yang perlu dibalut, buku aktiviti tidak perlu dibalut. 3.2 Mesyuarat memutuskan tindakan akan diambil kepada murid yang tidak membalut buku teks dimana murid akan membalut buku teks semasa proses pemulangan buku teks pada 3 November 2011. Jika murid tidak dapat membalut buku teks, mereka akan diberi tempoh sehingga 9 November 2011. Sehingga tarikh tersebut, murid yang masih juga tidak membalut buku teks akan dipanggil berjumpa GPK HEM. 3.2 Pn Hamidah berpendapat, punca masalah murid tidak membalut buku teks adalah kerana sikap malas mereka.

3.3 Pn Wan Maimon mencadangkan supaya murid membalut buku teks di depan guru bagi manamana murid yang masih tidak membalut buku teks. 3.4 Pn Hammidah memberitahu bahawa surat pekeliling akan dikeluarkan kepada murid-murid supaya membalut buku teks untuk tahun 2012. 3.5 Pn Rohani mengucapkan terima kasih kepada En Yusuf kerana sudi menggantikannya sebagai guru kelas 4 Tekun. Ini disebabkan ketiadaan Pn Rohani yang akan mula bercuti pergi menunaikan haji pada 24 Oktober 2011. 3.6 Pn Marlina membangkitkan isu buku teks dan buku aktiviti tahun 1 dan 2. Proses pengiraan buku teks untuk tahun 2 perlu dilakukan bagi mengelakkan keciciran buku teks terutamanya bagi buku teks KSSR. 3.7 Ust Ruslan memberitahu bahawa buku aktiviti tahun 1 sudah sampai dan diterima oleh pihak sekolah. 3.8 Menurut Ust Ruslan, unit SPBT akan meminta pertolongan daripada murid untuk membantu pengurusan pemulangan buku teks. 3.9 En Yusuf bertanyakan mengenai kehadiran Cikgu Zatul Akmal ke sekolah yang akan memulakan tugas mengajar selepas rehat cuti bersalin. 3.10 Ust Ruslan mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa SPBT yang telah hadir dalam mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_______________________ (Cik Nadiyah Binti Mohd Salikin) Setiausaha SPBT 2011

__________________ (Ust Ruslan Bin Yusuf) Penyelaras Unit SPBT 2011

Disahkan oleh:

____________________ (Pn Hamidah Binti Hariman) GPK HEM

You might also like