P. 1
Kemusykilan Bahasa

Kemusykilan Bahasa

|Views: 2,376|Likes:
Published by Wan Laila Atiqah

More info:

Published by: Wan Laila Atiqah on Jan 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/03/2013

pdf

text

original

Sections

  • sehubungan .Erti sehubungan ialah sama hubungan .Kerana
  • Para hadirin sekalian betul.Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ?
  • 10. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita
  • 11. Yang manakah yang betul, justeru atau justeru itu ?
  • 12. Ayat yang manakah yang betul ?
  • 13. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata
  • 14. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ?
  • 15. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ?
  • 16. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ?
  • 17. Yana manakah yang betul agung atau agong ?
  • 18. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ?
  • memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba
  • 19. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ?
  • 20. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ?
  • 21. Yang mana satu betul ais krim,ais-krim atau aiskrim ?
  • Jawapan :Ejaan yang betul ialah aiskrim.Sila rujuk Kamus Dewan untuk
  • 22. Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di- kepada saya ?
  • 24. Mengapakah perkataan menghuruharakan,
  • 26. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya
  • 27. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ?
  • 28. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ?
  • 29. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran
  • 30. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan
  • 31. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ?
  • 32. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula
  • 33. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin
  • 34. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam
  • 35. Saya seorang pelajar tingkatan dua.Saya sering keliru tentang
  • 36. Apakah itu homograf,homonim dan homofon ?
  • 38. Mengapakah selain dari,selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak
  • 39. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti
  • Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura
  • 41. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam
  • memperkasa .Lihat analogi ini;
  • 42. Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan
  • pemelajaran ?
  • 43. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan
  • i serta awalan meN- sebagai pembentuk kata kerja transitif
  • 44. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa
  • 45. Apakah perbezaan apitan ke- -an yang tergolong dalam kata
  • 46. Apakah maksud melestarikan ?
  • 47. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya
  • 48. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda
  • 50. Saya lihat dalam bahasa Melayu,kata dasar yang bermula dengan
  • 51. Yang mana satu yang betul antara mampan , mapan dan mempan ?
  • mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata;dapat
  • 52. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah.Bagaimana kita
  • 53. Apakah maksud rangkai kata parataksis ?
  • 54. Apakah maksud leksikon ?
  • 55. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan
  • sunat .Kedua-duanya betul. mensunatkan membawa maksud
  • 56. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan
  • X-ray dengan awalan meN- ?
  • 57. Penggunaan kata manakala mengelirukan saya.Bolehkah saudara
  • 58. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong
  • 59. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan
  • menghindarkan dan menghindari di dalam kamus.Menurut Kamus
  • 60. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ?
  • sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang
  • 61. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?
  • 62. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ?
  • 63. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat.Boleh saudara
  • 64. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ?
  • 65. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter- bagi ayat-ayat
  • 66. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan
  • nasionalisme dan dinamo ?
  • 67. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e
  • 68. Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya
  • 69. Sejak akhir-akhir ini,terdapat semacam kecenderungan di kalangan
  • 70. Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru
  • 71. Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa
  • 72. Yang manakah yang betul antara resepi dengan resipi ?
  • 73. Teliti ayat di bawah ini:
  • 74. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau
  • 75. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ?
  • didapati dengan kata menunjukkan .Cara yang kedua adalah dengan
  • 76. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada
  • 78. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen , tiusyen dan
  • tuisyen .Yang manakah yang betul ejaannya ?
  • 79. Saya kurang faham akan maksud ironi .Bilakah kita boleh
  • 80. Saya ingin bertanya kepada saudara.Apakah fungsi -nya dalam ayat-
  • nampak
  • 81. Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan
  • 83. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan
  • 84. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan
  • inspirasi dari segi makna?
  • 85. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam
  • 86. Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat .Tolong
  • 87. Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada
  • 89. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara
  • 92. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam.Yang manakah yang
  • 93. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan
  • mempertingkatkan ?
  • 94. Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan
  • 95. Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata
  • 96. Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan
  • ramai .Boleh saudara menjelaskanya ?
  • 97. Antara perkataan yang berikut ,yang manakah yang betul cara
  • Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid
  • 98. Dalam majlis itu,Guru Besar telah menyampaikan ucapan.
  • Jawapan :Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul.Huruf
  • Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat.
  • 99. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara
  • orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa
  • 100. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapan dan
  • merarau .Dari manakah perkataan itu berasal dan apakah maksudnya
  • 101. Apakah perbezaan antara menduai , menduakan dengan
  • memperdua ?
  • 102. Apakah jenis kata yang berawalan ter- bagi ayat-ayat di bawah ?
  • 103. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah,sila jelaskan
  • 104. Yang manakah ayat yang betul ?
  • 105. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah
  • Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya
  • * Orang yang budak sakit itu sudah sihat
  • 106. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini
  • 107. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang
  • 108. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran
  • Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan
  • 109. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di
  • 110. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan
  • agen .Adakah perkataan itu sama maksudnya atau sebalik-nya ?
  • 111. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan
  • 112. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan
  • uap .Lihat kata terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang
  • 114. Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang
  • kepersisan .Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ?
  • 115. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi
  • 116. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah
  • 117. Sepanjang pengetahuan saya,saya hanya mengetahui wujudnya kata
  • Guru yang baru lulus itu akan sampai esok
  • 118. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah
  • 119. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh,sila nyatakan
  • 120. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi
  • bagi .Lihat contoh yang saya kemukakan ini
  • 121. Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini
  • menebang dan objeknya pokok itu.Perbezaan antara kedua-dua ayat
  • oleh .Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab
  • Jawapan : Ejaan yang betul ialah aiskrim.Sila rujuk Kamus Dewan untuk
  • 23. Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman anti-
  • 37. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ?
  • 40. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ?
  • menyunatkan ?
  • 82. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ?
  • 88. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ?
  • pertama kali .Yang manakah yang betul .Bagaimanakah penggunaannya
  • 102. Apakah jenis kata yang berawalan ter- bagi ayat-ayat di
  • 113. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang

Kemusykilan Bahasa 1. Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ?

(a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat,atau (b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat. Jawapan : Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.Oleh hal yang demikian,ayat yang betul ialah ayat (b). 2. Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul ? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ? Jawapan : Kita harus melihat apakah erti sehubungan .Erti sehubungan ialah sama hubungan .Kerana itu, sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu .Kerana itu jugalah, sehubungan itu salah kerana tidak bermakna. 3. Yang manakah betul, berpeleseran atau berpelesiran Jawapan : Yang betul ialah berpelesiran . 4. Adakah perkataan memperbaiki betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu,salah satu fungsi imbuhan memper- adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi .Apabila kita gunakan memperbaiki ,itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.Oleh itu,perkataan yang sesuai ialah membaiki 5. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me- menjadi menternak dan menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis . Jawapan : Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa

Melayu,huruf t memang harus dihilangkan apabila perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Namun begitu,bagi sesetengah perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul. Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya .Apabila diberi imbuhan me-,bentuk terbitan yang betul seharusnya memercayai .Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan mempercayai sahaja.Oleh itu,ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu. 6. Saya sering keliru tentang penggunaan adalah .Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat kita gunakan dalam hal ini ? Jawapan : Dalam ayat, penggunaan adalah hanya boleh ,diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Ada kalanya,kata adalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.Misalnya : (a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai. (b) Keputusan panel hakim adalah muktamad. Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan. 7. Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ? Jawapan : Penggunaan ini kerana diungkapkan seperti yang berikut : Hal ini demikian kerana timbul sebagai akibat pengaruh Ayat yang lebih baik

struktur bahasa Inggeris This is because

8. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah betul ? Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala Jawapan :Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh .Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab sebagai kata hubung.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk dapat berfungsi sebagai kata hubung. 9. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu, kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak lagi.Oleh hal yang demikian, salahlah kalau kita katakan semua pelajar-pelajar , sekalian muridmurid , sekalian para hadirin dan sebagainya.Dalam contoh-contoh yang diberikan, pelajar-pelajar , murid-murid dan para hadirin sudah merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi. Walau bagaimanapun, penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu,malah boleh dianggap sebagai penegas.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan,misalnya pelajar-pelajar semua , murid-murid sekalian , para hadirin sekalian , tuan-tuan dan puan-puan sekalian , dan sebagainya. 10. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya. Jawapan : Dalam bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan pun ,iaitu : Adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun.

Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia.Makna justeru ialah malahan atau bahkan. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. pun yang bererti juga ditulis terpisah. justeru atau justeru itu ? Jawapan :Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya. 12.Namun. 11. unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak. 13. Yang manakah yang betul.kedua-dua ayat betul. yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu. Ayat yang manakah yang betul ? 1. manakala dalam ayat ( 2 ). tetapi juga untuk orang dewasa.Walau bagaimanapun.tetapi juga untuk orang dewasa. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak.justeru saya menolong dia. 2(a). Dalam ayat (1 ). lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat seperti yang berikut : 1(a). tetapi untuk orang dewasa juga. 2. Jawapan :Dalam hal ini. kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur yang berbeza dalam ayat. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak.tetapi untuk orang dewasa juga. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata nafi tidak ? Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur . Oleh hal demikian.

. 15. Contohnya : 3. Kereta api itu bukan dari Ipoh. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan. 16.nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. ejaan yang tepat ialah bandar raya.Manakala beristirahat bermaksud berehat. Namun. Kenyataannya itu tidak benar. Jadi. 4. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ? Jawapan :Dalam bahasa Melayu. kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. 14.Istirahat bermaksud rehat. 2. bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah. Projek itu bukan usaha saya. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat. Contohnya : 1.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Kata naïf tidak pula ialah unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

kata ini sepatutnya dieja agung . memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang. 19. contohnya mesyuarat agung. tetapi ada kekecualiaan hanya untuk Yang diPertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ? Jawapan : memperhamba bermaksud menjadikan orang lain sebagai hamba. Contohnya: Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya.17. Oleh itu. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna.pemimpin agung. Contohnya: Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja.seniman agung. Contohnya: ( I ) perbuatan yang berulang-ulang: tergelak-gelak melambai-lambai tersenyum-senyum tersengih-sengih ( ii ) perbuatan yang berpanjangan: berangan-angan . 18. mengikut hukum keselarasan vokal. Yana manakah yang betul agung atau agong ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. vokal a akan berpasangan dengan vokal u (a-u).

Oleh itu.mengata-ngata tergila-gila ( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai-berai bertungkus-lumus memporak-peranda ( iv ) perbuatan yang saling berbalasan: bersalam-salaman berpeluk-pelukan berkasih-kasihan 20. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ? Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Jawapan :Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Atau. apabila kita menggunakan perkataan tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu. Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan. .

Jawapan :Penggunaan anti. Contohnya: Yang di.Namun begitu.Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman antikepada saya ? Saya kurang faham .jika anti.21. Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di.ais-krim atau aiskrim ? Jawapan :Ejaan yang betul ialah aiskrim.Caranya ialah jika antibergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama am.ada dua cara.bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : .kepada saya ? Jawapan :Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian.Pertuan Agong Yang Dipertua Majlis Diraja 23. 22. Sebaliknya.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : antidadah antikerajaan Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am.terdapat beberapa kekecualian tentang penggunaan di. Yang mana satu betul ais krim.

Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana kata dasar bagi bentuk terbitan itu ialah kata ganda. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan. 26.ke-X dan ke X ? Jawapan :Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya. iii. iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya.kita tulis Sukan SEA X sahaja. Ali melihat ke atas dan ke bawah.Kemudian . i.saudara pasti dapat mengetahui jawapannya. Kita pergi dengan bas atau kereta ? iv. Mengapakah perkataan menghuruharakan. Kita pergi dengan bas atau dengan kereta / v. 24. Yang mana satu betul ke 10.Jadi. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara. ke-10. Oleh itu. ii.anti-Israel anti-Amerika Syarikat Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara. . memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ? Jawapan :Sebelum menjawab.kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut : menghuru-harakan memporak-perandakan menggembar-gemburkan 25.saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya dahulu.

kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama.Namun demikian. sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja.saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.iv dan v itu betul. 27. ii. Jawapan :Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-.iii. Baju itu sudah dijahit ibu semalam.ayat vi tidak tepat penggunaaanya. Jadi. Jawapan :Bagi menjawab soalan ini. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ? i.kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.Penerangan yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau.ii.Oleh itu. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah. maka oleh tidak boleh digugurkan.dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i. 28.Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah.Contohnya: i.Bagaimanapun. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu.kata sendi nama pada unsur kedua. ii.vi. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ? Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut : Jawapan :Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi nama. kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Ali melihat ke atas dan bawah. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi. .secara pilihan boleh digugurkan.Sebaliknya.

kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar (menyerang. Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi. Contohnya. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan perlanggaran ? Jawapan :Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759. 30.menyerbu dan sebagainya).ayat tersebut telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama. Sebaliknya. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ? Jawapan :Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa maksud jamak atau .Oleh hal yang demikian. Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa Melayu ialah a-u ? Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataan-perkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan. 31. 29.Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut: Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama.kenderaan dengan orang dan lain-lain) Contohnya.

(betul) d.iaitu review.lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu.(betul) 32. b.tetamu.jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut dianggap gramatis.Manakala. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila membaca akhbar.banyak.(betul) c. a.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ? Jawapan :Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris yang berawalan re.re-count dan sebagainya. Lelaki-lelaki itu kacak belaka. Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek yang mengikuti kata kerja transitif. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ? . Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino.maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu mengkaji semula.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct.membina semula dan mengira semula. 33.Oleh itu. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.(salah) b. Lihat perbezaan yang berikut : a. Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Dedaun itu layu apabila kekurangan air.Saya berikan contoh di bawah sebagai perbandingan. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air.

35.kalangan bermaksud 1. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita. Saya seorang pelajar tingkatan dua.mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut .mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.berdasarkan analogi itu.penggunaan di kalangan dan dalam kalangan dianggap betul.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : a1.dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.Namun. Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu.Dalam Kamus Dewan.gelanggang. atau .Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti yang berikut : a. Bagi menentukan ketepatannya. lingkungan.aspek keringkasan diutamakan.Rumusannya. di kalangan guru dalam kalangan guru di lingkungan guru dalam lingkungan guru Jadi.kalangan bermaksud lingkungan. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan? Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti maksud sebenar kalangan.golongan 2.Tambahan pula.Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah. 34.Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit baju kerana kita telah menggunakan frasa mesin basuh dan mesin jahit.dalam konteks yang dibincangkan.ayat itu dianggap tidak gramatis.lingkaran.

Objek dalam ayat tersebut ialah pekerja. Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.perang dan sebagainya.kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek. Contoh: rendang rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada daging rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta cabang Perkataan lain misalnya. Contoh : ketam Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit. Contohnya : meat(daging) dengan meet(berjumpa) cut(memotong) dengan card (kad) Seen(nampak) dengan scene (pemandangan) 37. Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak.Fenomena ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.semak.homonim dan homofon ? Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ? . Rumusannya. Apakah itu homograf. 36.a2.Kata ketam juga bermakna sejenis alat untuk melicinkan kayu dan papan.

Sebaliknya.Mengapakah ayat b.Manakala ayat kedua pula.subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat. b.a. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga.Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ? .selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ? Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut.subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri. Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.Dalam ayat pertama.Lihat ayat di bawah. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan fizikal atau ada ruang .tingkat tiga lebih ramai pekerja.gunakan antara bukan di antara. b. Mengapakah selain dari. a.Jadi. dikatakan salah ? a.Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja.banyak perbezaannya. 38. 40. kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama. Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat. 39.jika ayat itu menunjukkan perbandingan. Di antara Johor Bahru dengan Singapura . Menurut Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.

42. Dalam hal ini.berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN.kita tidak boleh menulis memerkasa atau memperkasa .t.kata kerja.Sekarang kita analogikan perkataan-perkataan . Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama semua pelajar Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja telah berkahwin Kata penguat di hadapan kata adjektif amat cantik 41. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar.Jawapan : Dalam bahasa Melayu.kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama. Bagi mengenal jenis kata.Apabila perkataan ini menerima imbuhan meN-.Saya ingin bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa .kata adjektif dan kata tugas(terdapat pelbagai kata).k.yang bergabung dengan kata yang huruf awalnya p.Antaranya. Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ? Jawapan :Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar .Oleh itu.Lihat analogi ini.Hal ini demikian kerana kata dasarnya perkasa .maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan .huruf awal itu akan lenyap.kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain. memperkasa atau memperkasakan ? Jawapan :Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah. dan s.

Contohnya: Perkara itu menyangkut masalah negara. .proses mempelajari 43.(batu itu sebagai subjek) Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.(batu itu sebagai objek) Batu itu disepak oleh Ali.tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.Sementara itu.objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meN.frasa adjektif.perihal mengajar. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ? Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat pasif.sebagai pembentuk kata kerja transitif.Selain itu. (frasa adjektif sebagai pelengkap) Cikgu Ujang tinggal di rumah itu. (frasa nama sebagai pelengkap) Lelaki itu bertubuh sasa.segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar pemelajaran . Contohnya : Ali menyepak batu itu. (frasa sendi sebagai pelengkap) Gadis itu pandai menari.frasa sendi dan frasa kerja. ajar mengajar pengajaran ajar mempelajari pemelajaran pengajaran . unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama.

memperbanyak.dan kata adjektif untuk membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ? Jawapan : Bentuk apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.kamus tidak mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.digunakan.Oleh itu.Contohnya: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kedaulatan kedatangan kemalasan Kepahlawanan kejatuhan kebenaran Kerajaan kemasukan kedinginan Apitan ke-an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit -an dengan kata kerja.jika awalan rangkap mempeR.memperluas dan sebagainya.Dari segi tatabahasa. 45. Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut. Apakah perbezaan apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama. kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan .maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada dimasukkan kata ini sebagai entrinya.Contoh lain adalah seperti memperkemas.(frasa kerja sebagai pelengkap) 44.kata adjektif dan kata daripada gabungan ke- .kata kerja.Namun begitu.Kata dasar tersebut termasuklah kata nama.suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.

Contohnya: Semalam jiran saya kecurian. Amalan bersedekah dituntut oleh Islam. Dia kehujanan di jalan. Kata adjektif terbitan kebangsa. 1. -an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya menerangkan sifat sesuatu .KN(inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya bukan daripada kata nama. Bersedekah dituntut oleh Islam. 2. 47. 2a.Dalam ayat di atas.Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.nama. Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama.menunjukkan subjek ayat mengalami perbuatan seperti kata dasar. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan. Badannya berpeluh kerana kepanasan. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.Apitan ke- -an yang membentuk kata kerja pasif. Apakah maksud melestarikan ? Jawapan :Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada halaman 571.ayat sebenarnya seperti contoh di bawah : 1a. Bersenam boleh menyihatkan badan.Contohnya: Kemelayuan Kearaban Kecinaan 46.

. 2.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut. Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu.malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 1. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank.dan bersenam sebagai penerang.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan. 48.Lihat rajah pohon yang berikut : A SP FN FK KN (inti) penerang Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan Bagi ayat 2a.

dan s akan bertukar menjadi m bagi p.perlu mengalami perubahan menjadi vokal tengah.kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p.iaitu e pepet.dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua bibir.pepohon dan kekura.sesiku. siku.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ? Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m.pohon dan kura tidak menjadi lalangit. 1a.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut.Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama orang dan bangunan digugurkan.Oleh itu. 50.k. Yang mana satu yang betul antara mampan . Mengapakah penggandaan separa kata nama langit.popohon dan kukura ?. Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa. Yang tinggi itu bangunan Maybank. 49.perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata.dapat terbakar oleh api. mapan dan mempan ? Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun stabil.sisiku.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic. dan ny bagi s. 51.k.dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar p.t.Sebaliknya. Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.ng bagi k.perkataan mampan tidak wujud sama sekali.menjadi lelangit.Selain itu.ng.n. 2a. Saya lihat dalam bahasa Melayu. .n bagi t.t.

menghalusi 53. Apakah maksud leksikon ? Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ? .menguasai memperdalami .Perkataan-perkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut : memperkuasai . Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah.Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ? memperkuasai memperdalami memperakui mempersetujui memperhalusi Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul.ibu bapa yang berasal daripada ibu dan bapa.kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan cermat.Contohnya. 54.mendalami memperakui .memperakukan mempersetujui . 55.52.anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201.menyetujui memperhalusi . Apakah maksud rangkai kata parataksis ? Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan .

Penggunaan kata manakala mengelirukan saya. 58b.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.Kedua-duanya betul. Sebaliknya.iaitu q.? Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu . harus hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat.penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan.pemveto x-ray . mensunatkan membawa maksud menjadikan hukumnya sunat .Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan manakala dalam ayat di bawah : 58.Oleh itu. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan X-ray dengan awalan meN.Lihat contoh di bawah : qada . tidak mengalami sebarang perubahan apabila bertembung dengan awalan.Tetapi. menyunatkan bermaksud mengkhatan.mengx-ray 57.Jikalau manakala hendak digunakan.v.Ayat pertama telah memisahkan manakala dengan noktah.mengqada veto .dan .Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat .a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan. 56.dan x.

kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan. 58. Sebaliknya.iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M). Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.siku buruk.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama. Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan.tetapi janganlah digunakan perkataan manakala .ini merupakan susunan frasa nama. Demikian juga dengan contoh tangan panjang.Frasa ini terdiri daripada kata nama tulang sebagai kata inti.Ringan tulang tidak membawa maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja. terlalu panjang. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari.dipisahkan dengan koma.dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama. Dari segi binaannya. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan apitan meN-kan dan meN-i.iaitu mengikut peraturan yang disebut hukum D-M.pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat.Yang menjadi kemusykilan kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari.dan kepala besar.Sebaliknya gunakan cara lain.dengan kata adjektif ringan. .misalnya: 58c. 59.seperti yang terdapat dalam ayat 58b.Fungsi kata adjektif. Jikalau difikirkan ayat 58a.Sebaliknya.ringan tulang merupakan simpulan bahasa.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus.ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama. Harap saudara dapat memberikan penjelasan.kerana dalam hal ini susunannya ialah kata adjektif diikuti kata nama.

60b. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ? 60a. 60. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ? Harap dapat membantu saya.Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara. Kita peril menghindarkan diri daripada dadah.mengelak supaya terbias daripada.menjauhkan diri daripada Lihat contoh ayat yang berikut : 59a. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.Menurut Kamus Dewan.kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam kamus.Sebaliknya. mengelakkan(menjauhkan. menghindarkan Daripada menghindari .dalam ayat kedua. Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian. 61.Edisi Ketiga (1998).menyingkirkan) .terkandung di dalamnya perkataan disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh orang lain . Jawapan:Ayat pertama dalam soalan di atas terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu (kerana kamu sudah mati dan tidak dapat mengerjakan sembahyang sendiri). 59b.

Jawapan :Perkataan menamai dan menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998). Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan Desa Murni untuk tempat itu.menggelari memberikan sesuatu nama sebagai menamakan menggelarkan. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan Desa Murni. Adib menulis suratkah ? . Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ? *62a. menamai membubuh (memberi) nama kepada. c.a.Bagi ayat a. 62.jelas menunjukkan ayat c. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni. muka surat 919. b. pula dapat dibaiki menjadi ayat seperti yang berikut : 61a. Mereka dari Johorkah ? *62b. 61b.menyebutkan Berdasarkan makna yang diberikan. dan b. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu. ternyata salah.

*62c. Pemuda itu siapakah ? Jawapan :Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya.Namun begitu, ayat-ayat tersebut tidak baku dari segi tatabahasa.Saudara,apabila partikel kah diletakkan dalam ayat,maka predikat mestilah dikedepankan.Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu,ayat 62a. dan 62b. hendaklah ditulis seperti yang berikut : 62a. Dari Johorkah mereka ? 62b. Menulis suratkah Adib ? Begitu juga bagi ayat 62c. yang harus ditulis seperti yang berikut ; 62c. Siapakah pemuda itu ? 63. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat.Boleh saudara jelaskan kepada saya ? Jawapan :Kata yang tergolong dalam kata sandang.Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas,iaitu : (a) untuk membentuk frasa nama, (b) untuk membezakan makna. Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama,maka dengan penyertaan yang,sesuatu kata yang terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama.Contohnya : seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama) leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama) dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama) menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama)

berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama) Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut : (a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.) (b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam kepunyaan Adib,ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada hitam.) 64. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ? *64a. Tuhan yang menentukan nasib manusia. *64b. Yang manakah betul ? Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.Untuk pengetahuan adik,apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat songsang,maka partikel lah sebagai pementing predikat mestilah ada.Jadi,ayat yang betul ialah ; 64a. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia. Sementara itu,ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi frasa nama sebagai predikat ayat,maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk bertugas sebagai subjek.Oleh itu,ayat yang betul; 64b. Yang manakah yang betul ?

65. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter- bagi ayat-ayat berikut ? 65a. Pintu kereta itu terbuka. 65b. Buku tebal ini terbaca juga olehnya. 65c. Batu itu tersepak olehku. Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam ayat atau dengan kata lain menjadi penderita.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. bermakna dalam keadaan sudah dibuka,manakala dalam ayat 65b. pula,kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca.Ayat 65c. yang mempunyai kata kerja tersepak bermakna tidak sengaja disepak .Imbuhan ter- dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif. 66. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ? Jawapan :Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e pepet.Oleh itu,cara menyebut yang betul ialah [ na + sio + na + lis + mx ] bukan [ na + sio + na + lis + ma ]. Bagi perkataan dinamo pula, cara menyebut yang betul ialah [ di + na + mo ] bukan [ dai + n + mo ]. 67. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling. Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala perkataan enak pula menggunakan e taling.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada perbezaannya.

Saya keliru tentang ejaan bagi perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas.Bolehkah kita terjemahkan perkataan tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ? Jawapan :Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa.Pada helaian 18.sayidina redha . Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru.Adakah ejaan yang saya senaraikan ini betul ? Kalau salah tolong betulkan.Ramadan hajjah .terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya.1998.sunah sayyid .Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka. sunnah sayyid saidina redha ramadhan hajjah khadi Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.ada dinyatakan istilah megamall .kadi 69. Sejak akhir-akhir ini.sayid saidina .reda ramadhan .Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut : sunnah .68.hajah khadi .Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi .

Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu. . Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.stimbot category . Teliti ayat di bawah ini: a. 71.megapura.Selain itu.nuget steamboat . resipi juga bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.barbeku 72. Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ? Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan. Yang manakah yang betul antara resepi dengan resipi ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah resipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris. 70.Apakah maksud perkataan tersebut ? Jawapan :Dari segi istilah.kafeteria barbecue .Resipi bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan. 73.Antaranya : nugget .klasifikasi cafeteria .kategori classification . jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow .

mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan. Gambaran itu. atau 73b.Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata . Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.Ayat ini dapat dibaiki dengan memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut : 73a. Jawapan :Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek. 74. 75.Mengapakah ayat di atas dianggap salah ? Jawapan :Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh objek. Sekali imbas. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau lewah ? Jika benar. a. Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.sekali imbas.Oleh itu. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ? a. Jawapan :Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada .Objek dalam ayat tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan . Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.jelaskan. atau 74b.iaitu hasil soal selidik dengan bahagian predikatnya.memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut : 74a. gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan. Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.

bunyi nyaring besi diketuk denting . Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut : dentam .Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada . Saya sering terjumpa perkataan dentam .Namun begitu.didapati dengan kata menunjukkan .Tatabahasa Dewan menggolongkan kedua-dua perkataan ini sebagai tempat. desing . 77.iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi di sekitar kita.didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ? Jawapan :Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori.bunyi seperti barang keras digigit lebum .bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai desing .Lihat contoh ayat yang saya kemukakan di bawah : 75a. Jawapan :Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia.bunyi tiupan angin kerkup . Daripada hasil soal selidik.bagi mengelakkan kekeliruan. . 76.Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut.bunyi seperti benda besar jatuh. atau 75b. dentang . Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik. denting . segi dan sudut dapat dianggap tempat dan dapat dianggap unsur abstrak juga.kerkup dan lebum apabila membaca cerpen.bunyi besi dipalu dentang .

Apakah fungsi -nya dalam ayatayat berikut ? 80a.Perubahan hanya beberapa huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu. 81b. 79.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.iaitu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Ironinya. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat.Yang manakah yang betul ejaannya ? Jawapan :Ejaan yang tepat ialah tuisyen .Biasanya. 80. Saya kurang faham akan maksud ironi .orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan.Bentuk kata nya yang .biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan menjadi bahasa Melayu. Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat.jika masalah jerebu berlaku. Saya ingin bertanya kepada saudara.Fungsi nya adalah sebagai penekan dan pembenda.iaitu tuition yang bermaksud bimbingan.ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris. Jawapan :Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya.78.Contohnya : 79a. tiusyen dan tuisyen . Jawapan :Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen . Zamri berhujah dengan lantangnya. tion dalam bahasa inggeris akan menjadi syen dalam bahasa Melayu.Dari segi pengejaan perkataan.Perkataan ini asalnya daripada bahasa Inggeris .

ayat yang dikemukakan dalam 80a.Contohnya. Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar. 81.Apabila bergabung dengan nya maka bertukar menjadi kata nama.ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha agung.bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata nama jika bergabung dengan -nya.Maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. Sebaliknya.Mengikut kelaziman. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ? .Oleh itu.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b.berfungsi sebagai penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. maha meru mahaguru maharaja mahasiswi mahamulia mahaagung maha besar Jawapan :Saudara yang bertanya.awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan.tertinggi dan teragung.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak . 82. Lantang tergolong dalam kata adjektif. ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan.

iaitu frasa tempat itu.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek . Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna? Jawapan :Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan. Selain itu. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat. Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan yang kuat(untuk mencapai.Apakah maksud perkataan itu dan adakah ejaannya betul ? Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan. 85.mengadakan sesuatu) selain cita-cita.Contohnya : 81c. 83. kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu.Maksudnya ialah ilham atau bisikan hati. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan . . Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu. menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu. 84.kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494.Contohnya : *81b.Jika ada cuba jelaskan.Frasa Tanjung Langsat hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat. Jawapan :Benar apa yang dikatakan oleh saudara.81a.Makna bagi perkataan menguar-uarkan ialah 1.

Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat .Contohnya : bancuhkan .Contohnya : kecilkan .menyebabkan jadi kecil rendahkan .perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I mengandungi unsur lokatif atau tempat. tinggi hemahnya dan bersih tutur katanya. Jawapan :Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang mendukung maksud budi pekerti.membancuh untuk orang lain buatkan .Jawapan :Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan jadi.dekat pada tempat atau orang 86.naik ke atas suatu tempat dekati .menyebabkan jadi rendah baiki .menyebabkan jadi baik sudahi . Razak seorang pemuda yang baik.menyebabkan jadi sudah Sebaliknya.membuat untuk orang lain naiki .Tolong jelaskan. .Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86a.

86d. kesatuan fikiran yang utuh.berjaga-jaga. Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu).Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86b.pengamatan. 86c. 2.pertuturan.cermat. Perkataan wacana pula bermaksud 1.percakapan.ucapan. 87.Perkataan hemat pula bermaksud 1. 88. Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541.disampaikan.Maksud bagi perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan.sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.jimat. 2. Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat.hati-hati.Saya kurang arif tentang perkataan tersebut. pemerhatian. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ? . Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya. dengan penuh perhatian(minat).Contohnya : 87b. Hari ini.beringatingat. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.Kamus Dewan. 3.cermat.dengan teliti. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang berkesan.atau dicapai). Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat.Contohnya : 87a.kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.

Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua.masih.pernah.Jawapan :Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.Kata bantu aspek termasuklah perkataan sudah.manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. Jawapan :Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.sedang. Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut : Kata bantu aspek kata bantu ragam belum + pernah harus + mahu masih + belum harus + dapat masih + sedang mesti + mahu Ssdah + pernah mesti + dapat telah + pernah 90.kata bantu ragam pula termasuklah hendak. 89. 90c. Kek itu sungguh amat sedap. . Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan. boleh.belum dan akan.Edisi Baharu. dapat dan mesti. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ? 90a. Lukisan itu terlalu amat cantik. Sikapnya sungguh kurang sopan. iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam. 90b.Hal ini demikian kerana perkara ini ada diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan.telah. mahu harus.Sebaliknya.Benarkah begitu ?Jika benar tolong nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu .

3/2001.mutu. Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali .dua.Yang manakah yang betul ? Jawapan :Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu. 92b. 93. mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan.taraf.Bagaimanakah penggunaannya .91.dan lain-lain). Jadi.menjadikan lebih hebat. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ? Jawapan :Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus Dewan pada halaman 1454 seperti yang berikut : meningkatkan meninggikan kedudukan. Contohnya : 92a.memperhebat. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam. 92. dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata bilangan pecahan seperti suku atau setengah .membesarkan. 94.Oleh itu. Yang manakah yang betul.memperhebat.Yang manakah yang betul . Kami menunggunya selama dua jam suku.hasil pengeluaran .Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar Bahasa Bil.yang lebih tepat ialah dua jam suku. pendingin hawa.kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.penghawa dingin atau penyaman udara ? Jawapan :Jawapan yang betul ialah penyaman udara.

95. Ayat :Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak dilahirkan. rancu .yang paling tepat dalam sesuatu ayat.halangan. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya adalah pada tahun 1989.Lihat contoh yang berikut : 94a.dapat berdiri sendiri.gapura dan mandala.hambatan Ayat :Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala.dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.campur aduk dan kacau Ayat :Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu.aral. dirgahayu .panjang umur Ayat :Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. kendala .dirgahayu.(mudah-mudahan ) lanjut usia.tentang bahasa yang tidak teratur.rintangan.kendala.tidak terikat (bergantung pada) pihak lain. Jawapan :Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut : mandiri . Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri. 94b.baginda banyak menerima perutusan tahniah dan ucapan dirgahayu daripada rakyat. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara.rancu. . Jawapan :Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau pada kali .

lingkungan.mak cik (b) pakcik . banyak juga digunakan untuk merujuk binatang.yang manakah yang betul cara penulisannya ? (a) makcik .pak cik Jawapan :Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut : mak cik . 96.Selain itu. Antara perkataan yang berikut .Pada masa yang sama.Boleh saudara menjelaskanya ? Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia.Perkataan ramai pula hanya digunakan untuk merujuk manusia. Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai .gapura .dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi. mandala . Jadi. 97.tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.bulatan.apabila membincangkan isu ini.saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama yang berbunyi : Banyak udang banyak garam.pintu gerbang Ayat :Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik.daerah Ayat :Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa. Banyak orang banyak ragam.

Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf besar ? Jawapan :Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul. Dalam majlis itu.sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain.apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama khas. apabila kita merujuk kepada guru besar secara umum.Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Selain itu.pak cik Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik .1995. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu sendiri ? Jawapan :Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa.Sebaliknya.Dalam menjawab pertanyaan ini.Sebut apa-apa disiplin ilmu.kita gunakan huruf kecil sahaja.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.Contohnya: Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat.Banyak guru terutamanya. 98.Pelita Bahasa.Beliau menambah bahawa tidak ada satu disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.Bermula dengan teori ahli bahasa Barat seperti Leonard . 99. saya mengambil sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan.nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.November. Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.

sedang ia sendiri tidak berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran . Antara lain yang diperkatakan ialah : orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa. menduakan dengan memperdua ? Jawapan :Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah : menduai .muncul juga nama Prof.hasil dan .manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa rehat pada sebelah pagi.Kemudian. 100.C.menganggap dua(Tuhan) memperdua . Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab.Selain itu.Kemudian.C.menambah jadi dua menduakan .membahagi dua(untung. Apakah perbezaan antara menduai . Noam A. Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasigeneratif.Dari manakah perkataan itu berasal dan apakah maksudnya yang sebenar ? Jawapan :Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah hari.bergema pula teori baru yang dikenal sebagai analisis wacana.banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu.menjadikan dua. Fries dengan teori strukturalnya. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapan dan merarau . 101.Bloomfield.tergolong dalam golongan tukang fitnah.tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.

manakala kata terbaring dalam ayat b. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap.bagi ayat-ayat di bawah ? a. a. pula ialah kata kerja tak transitif. b.ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut .Jadi. di atas katil dianggap sebagai pelengkap. Batu yang berat itu terangkat Badang.maka maksud ayat akan berubah. ialah kata kerja pasif. 103. Apakah jenis kata yang berawalan ter. Jawapan :Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif.sila jelaskan. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini seorang wanita Indonesia. . Surat itu dituliskan oleh abang saya.penggunaan oleh tidak boleh digugurkan.Jika oleh digugurkan .Alasannya. . c.bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan perniagaannya dengan isterinya. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah. Pesakit itu terbaring di atas katil. Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana dianggap syirik.mengusahakan ternak Contoh ayat adalah seperti yang berikut : a. Sebaliknya.Dalam ayat b. b.sebagainya.Kata kerja pasif yang sepatutnya ialah ditulis tanpa membubuh akhiran kan.Contohnya: *a. 102. Jawapan :Perkataan terangkat dalam ayat a.

(betul) Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu. Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak. b. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.Saya ada terbaca tentang proses relativisasi dalam ayat.Surat itu ditulis oleh abang saya.(salah) 104.penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu.Contohnya : -i .Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meNdan meN-kan .Biasanya.(salah) Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya. c. Yang manakah ayat yang betul ? a. Jawapan :Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul. 105.(betul) Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya.proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.Apakah proses itu ? Jawapan :Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini. Sebagai penerangannya. Kami cuba melupai peristiwa pahit itu. Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu.mari kita gunakan kaedah transformasi ayat.Contoh lain ialah : c.

b. pada huruf pertama .Selain itu. Perlu diingat di sini.dari segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan. 107.Hal ini demikian kerana apa-apa tergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu. Budak itu sakit. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ? Jawapan :Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara.tiada kesalahan yang dilakukan. Kanak-kanak itu saudara saya.jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara apitan. 106. maka huruf M .a. Contoh : Orang itu sudah sihat.susunan Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan .iaitu salah satu kelompok kata nama . kanak-kanak itu menangis.maka proses tersebut tidak dapat dilakukan.   * Orang yang budak sakit itu sudah sihat.Jika tidak sama. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?Jika salah sila jelaskan.Oleh itu.   Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya. a.Pada halaman tersebut.proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau beridentiti sama. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan. Jawapan :Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut.Rumusannya.ada entri perkataan Malaysia dimasukkan.

proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut : Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan ajar Belajar mempelajari pemelajaran satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan oleh Beroleh memperoleh pemerolehan .penaklukan menyiarkan . Dalam bahasa Melayu.ditulis sebagai m sahaja.ada hubungan yang rapat.pemasukan menaklukkan .Walau bagaimanapun.misalnya antara pengimbuhan meN den peN.apabila dimbuhkan dengan kata dasar yang bermula huruf b .perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .Boleh terangkan kepada saya ? Jawapan :Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji bahasa.penyiaran Sebenarnya.akan menjadi pem. Sepatutnya.Contohnya : Malaysia pemalaysiaan Malaysia kemalaysiaan Malaysia memalaysiakan 108. Sebagai contoh : memasukkan .perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang sama.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN.

orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul.Jika saudari merujuk Kamus Dewan.Saya harap saudara boleh membantu saya. tunaaksara bermaksud buta huruf tunakarya bermaksud penganggur tunawicara bermaksud bisu tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal tunasusila bermaksud pelacur tunarungu bermaksud pekak 110. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah.Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk * pembelajaran tadi. tunaaksara tunakarya tunawicara tunawisma tunasusila tunarungu Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai. orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. . 2. 109.iaitu : ejen 1.wakil penjual. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen .halaman 327 ada diterangkan maksud ejen .Adakah perkataan itu sama maksudnya atau sebalik-nya ? Jawapan :Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan keduadua perkataan ini.

bersebati.Bagi perkataan sebatian pula asalnya ialah bati .sebati. 113.kesebatian dan penyebatian uap .nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis dalam bentuk huruf untuk menjadi satu.sebatian dan menguap.Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk nombor sahaja. 112.Lihat kata terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut : bajik .kenderaan.manakala kenderaan berasala daripada kata kendera . Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini. dan sebelas.menyebatikan. Kebajikan. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.Namun begitu. Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.Perkataan menguap pula berasal daripada kata dasar uap .kenderaan.berkenderaan dan pengendera bati . Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang .menguap.tiga .iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau menulis dengan cara huruf.berkendera. bagi tujuan meminimumkan jumlah kata.mengenderai. Jawapan :Kebajikan berasal daripada kata bajik .Adakah kita hendak menulis dalam bentuk nombor atau huruf ? Jawapan :Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara.dua.kebajikan kendera .Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses dsb). 111.sebatian.

Edisi Baharu.berikut ? (a) Ahmad teringat akan kekasihnya. Jawapan :Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b). Biasanya.dalam membincangkan isu bahasa.dalam ayat (b) Ali merupakan subjek terbitan kata kerja pasif teringat .Pertama.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa.Ayat (a) teringat tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif. 114.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai.saya sering menemukan perkataan ketaksaan dan kepersisan .dari segi kata kerja.Perbezaan kedua ialah dari segi subjeknya.Yang manakah yang betul ? . kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan .Sebaliknya.Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali. Saya seorang guru.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia. (b) Ahmad teringat oleh kekasihnya.Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ? Jawapan :Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan .misalnya : Ibu bapa Ali telah meninggal.halaman 561.kepersisan merujuk kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu. ketaksaan atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya bahasa karya sastera. 115.

Contohnya : (a) Awak semua keluar dari sini !   Keluar dari sini ! ( pengguguran ) (b) Pengawal itu menjaga bangunan bank. Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul. Sepanjang pengetahuan saya.mempesonakan dan sebagainya.Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.Lihat contoh berikut : Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami).saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses pengimbuhan.  Bangunan bank dijaga oleh . Jawapan :Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu.Jika betul . (b) Keputusannya amat menggembirakan.Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi .Benarkah ayat terbitan wujud ?Jelaskan. 117.Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul atau salah.penyusunan semula. Peristiwa itu sangat menyedihkan.menggembirakan. 116. atau peluasan.menghairankan.mengapa ? (a) Keputusannya amat menggembirakan mereka. mendukacitakan.memilukan.Baru-baru ini.Contoh kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan.Ayat terbitan bermaksud penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain.saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu.

( peluasan ) 118. (d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. Persamaan ayat (a) dan ayat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif. (c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ. (b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) adalah dari segi jenis ayat aktif tak transitif.pengawal itu.Sebaliknya.jika ayat (b) digugurkan unsur keterangannya iaitu di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna. Guru itu baru lulus.Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap hari boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut. (a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ. ( penyusunan semula ) (c) Guru itu akan sampai esok.Dalam ayat (a) kata kerja tak transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah berada .Namun begitu. Jawapan :Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut.sila nyatakan.ayat (b) pula ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.elok rasanya kita lihat persamaannya. Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk .   Guru yang baru lulus itu akan sampai esok.kedua-dua ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif.Oleh itu. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ? (a) Pak Abu berserban setiap hari. (b) Pak Abu berada di Johor Bahru. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh. 119.

Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini. (b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu. (c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan oleh akhbar itu.Lihat contoh yang saya kemukakan ini. (a) Saya tebang pokok itu.(salah jika menggunakan bagi ) (b) Ayah membeli kereta untuk ibu.Lihat ayat pasif yang saya berikan di bawah ini.Namun begitu. .Benarkah pendapat ini. 120. (e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah membenarkannya atau Fatin akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah. Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu.Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat. (a) Hadiah ini untuk awak. Jawapan :Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan maksud ayat.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata kerja transitif.penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi .(salah jika menggunakan bagi ) 121. (a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.Ayat (b) pula ialah ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang yang telah mengalami proses transformasi songsang.kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif. bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan .aktif.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang. (b) Saya menebang pokok itu.

Adakah perkataan memperbaiki betul ? Jawapan :Dalam bahasa Melayu.perkataan yang sesuai ialah membaiki 5. sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu .Oleh hal yang demikian.adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi . Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ? (a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat. 4.1.Oleh itu.Kerana itu. Jawapan :Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa .salah satu fungsi imbuhan memper. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me.atau (b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat.Apabila kita gunakan memperbaiki . Jawapan :Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.ayat yang betul ialah ayat (b). 3.Kerana itu jugalah.menjadi menternak dan menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis . Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ? Jawapan :Kita harus melihat apakah erti sehubungan . 2. berpeleseran atau berpelesiran Jawapan :Yang betul ialah berpelesiran .Erti sehubungan ialah sama hubungan . sehubungan itu salah kerana tidak bermakna. Yang manakah betul.itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.

Apabila diberi imbuhan me-. Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya . Saya sering keliru tentang penggunaan adalah . Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ? Jawapan : Penggunaan ini kerana diungkapkan seperti yang berikut : Hal ini demikian kerana timbul sebagai akibat pengaruh Ayat yang lebih baik struktur bahasa Inggeris This is because .bagi sesetengah perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul.Ada kalanya.Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat kita gunakan dalam hal ini ? Jawapan :Dalam ayat.diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Melayu.ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu.Oleh itu. 7.kata adalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja. Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan.huruf t memang harus dihilangkan apabila perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan mempercayai sahaja. 6.Namun begitu. (b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.Misalnya : (a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai. penggunaan adalah hanya boleh .bentuk terbitan yang betul seharusnya memercayai .

malah boleh dianggap sebagai penegas.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya. penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu.iaitu : Adapun. . salahlah kalau kita katakan semua pelajar-pelajar . Jawapan : Dalam bahasa Melayu.8. sekalian para hadirin dan sebagainya. walaupun. mahupun. murid-murid dan para hadirin sudah merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Oleh hal yang demikian. murid-murid sekalian .Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk dapat berfungsi sebagai kata hubung. sekalipun. 9. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah betul ? Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala Jawapan : Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh .Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan pun . tuan-tuan dan puan-puan sekalian . Walau bagaimanapun. kendatipun. pelajar-pelajar .Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab sebagai kata hubung. biarpun. kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak lagi.Dalam contoh-contoh yang diberikan. 10. para hadirin sekalian . sekalian muridmurid .misalnya pelajar-pelajar semua . dan sebagainya. andaipun.

kedua-dua ayat betul. justeru atau justeru itu ? Jawapan : Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya. Yang manakah yang betul. tetapi untuk orang dewasa juga. lagipun. kalaupun.Namun. unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak.Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia. bagaimanapun. Walau bagaimanapun.tetapi juga untuk orang dewasa.justeru saya menolong dia. pun yang bererti juga ditulis terpisah. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. 2. kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur yang berbeza dalam ayat. Jawapan : Dalam hal ini. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. tetapi juga untuk orang dewasa. Dalam ayat (1 ). Ayat yang manakah yang betul ? 1. yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu. 2(a). lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat seperti yang berikut : 1(a). Oleh hal demikian.Makna justeru ialah malahan atau bahkan. meskipun. manakala dalam ayat ( 2 ). Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. 12. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata nafi tidak ? . sungguhpun. 11. 13.ataupun. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak.tetapi untuk orang dewasa juga.

Projek itu bukan usaha saya. ejaan yang tepat ialah bandar raya. Contohnya : 3. Namun.Istirahat bermaksud rehat. 15. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Kenyataannya itu tidak benar. 2.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. 4.Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. 16. Kereta api itu bukan dari Ipoh. Contohnya : 1. Jadi.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan. Kata naïf tidak pula ialah unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif. .Manakala beristirahat bermaksud berehat. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. 14. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu.

Contohnya: Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja. 18. vokal a akan berpasangan dengan vokal u (a-u). Contohnya: Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ? Jawapan : memperhamba bermaksud menjadikan orang lain sebagai hamba. kata ini sepatutnya dieja agung . Oleh itu.pemimpin agung. memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang. Yana manakah yang betul agung atau agong ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. 19. tetapi ada kekecualiaan hanya untuk Yang diPertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong.17.seniman agung. contohnya mesyuarat agung. Contohnya: ( I ) perbuatan yang berulang-ulang: tergelak-gelak melambai-lambai tersenyum-senyum tersengih-sengih ( ii ) perbuatan yang berpanjangan: . Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna. mengikut hukum keselarasan vokal.

Jawapan : Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan.Oleh itu. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ? Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Atau. apabila kita menggunakan perkataan .berangan-angan mengata-ngata tergila-gila ( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai-berai bertungkus-lumus memporak-peranda ( iv ) perbuatan yang saling berbalasan: bersalam-salaman berpeluk-pelukan berkasih-kasihan 20.

ais-krim atau aiskrim ? Jawapan : Ejaan yang betul ialah aiskrim.Namun begitu.bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : . Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di. Contohnya: Yang di.tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu. Jawapan : Penggunaan anti. Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman antikepada saya ? Saya kurang faham .terdapat beberapa kekecualian tentang penggunaan di. Sebaliknya. 21.ada dua cara.kepada saya ? Jawapan : Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian.jika anti. 22.Pertuan Agong Yang Dipertua Majlis Diraja 23.Caranya ialah jika antibergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama am. Yang mana satu betul ais krim.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : antidadah antikerajaan Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am.

Kemudian . Kita pergi dengan bas atau kereta ? iv. Mengapakah perkataan menghuruharakan.saudara pasti dapat mengetahui jawapannya. 24. ke-10. i. Oleh itu.kita tulis Sukan SEA X sahaja. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan. memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ? Jawapan : Sebelum menjawab. ii. iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya.kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut : menghuru-harakan memporak-perandakan menggembar-gemburkan 25. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara. 26. Yang mana satu betul ke 10. . Ali melihat ke atas dan ke bawah.Jadi. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara. Kita pergi dengan bas atau dengan kereta / v.saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya dahulu.Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana kata dasar bagi bentuk terbitan itu ialah kata ganda. iii.ke-X dan ke X ? Jawapan : Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya.anti-Israel anti-Amerika Syarikat Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat.

Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah.Sebaliknya. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu.kata sendi nama pada unsur kedua. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi.Penerangan yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau. kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.vi.secara pilihan boleh digugurkan.Namun demikian.iii.dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i. Jawapan : Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-.Bagaimanapun.Contohnya: i. sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja. 27. Jawapan : Bagi menjawab soalan ini. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ? Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut : Jawapan : Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi nama. Ali melihat ke atas dan bawah. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ? i.Oleh itu.kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke. Jadi.kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama. . ii. ii.saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.iv dan v itu betul.ayat vi tidak tepat penggunaaanya. Baju itu sudah dijahit ibu semalam. maka oleh tidak boleh digugurkan. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah. 28.ii.

Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa Melayu ialah a-u ? Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataan-perkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.ayat tersebut telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama.kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar (menyerang.Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut: Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan perlanggaran ? Jawapan : Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759. Contohnya.kenderaan dengan orang dan lain-lain) Contohnya.kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan. Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan. Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi. Sebaliknya.Oleh hal yang demikian. 29. 30.menyerbu dan sebagainya). 31. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ? Jawapan : Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa .

Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu.jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut dianggap gramatis.tetamu.Saya berikan contoh di bawah sebagai perbandingan. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air.Oleh itu.maksud jamak atau banyak. Dedaun itu layu apabila kekurangan air. (betul) d. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila membaca akhbar. b.iaitu review. Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino. Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek yang mengikuti kata kerja transitif.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct.(betul) c.re-count dan sebagainya.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ? Jawapan : Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris yang berawalan re. Lelaki-lelaki itu kacak belaka. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu. a. Lihat perbezaan yang berikut : a.(salah) b.maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu mengkaji semula.Manakala. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ? Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit .membina semula dan mengira semula.(betul) 32. 33. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu.

Rumusannya.lingkaran. 34.dalam konteks yang dibincangkan. Bagi menentukan ketepatannya. Saya seorang pelajar tingkatan dua.berdasarkan analogi itu.mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.penggunaan di kalangan dan dalam kalangan dianggap betul. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan? Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti maksud sebenar kalangan.Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : a1. atau a2. lingkungan.Namun. di kalangan guru dalam kalangan guru di lingkungan guru dalam lingkungan guru Jadi.mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut .gelanggang.Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti yang berikut : a. 35.ayat itu dianggap tidak gramatis. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.Tambahan pula.dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita. . Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak.golongan 2.kalangan bermaksud 1.baju kerana kita telah menggunakan frasa mesin basuh dan mesin jahit.Dalam Kamus Dewan.aspek keringkasan diutamakan.kalangan bermaksud lingkungan. Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu.

36. Menurut Kementerian Dalam Negeri. Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Contoh : ketam Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit.perang dan sebagainya. Apakah itu homograf.semak. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ? a. kegiatan ajaran sesat dapat .homonim dan homofon ? Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.Rumusannya.Objek dalam ayat tersebut ialah pekerja. b. Contohnya : meat(daging) dengan meet(berjumpa) cut(memotong) dengan card (kad) Seen(nampak) dengan scene (pemandangan) 37.Kata ketam juga bermakna sejenis alat untuk melicinkan kayu dan papan. Contoh: rendang rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada daging rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta cabang Perkataan lain misalnya.Fenomena ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

banyak perbezaannya.subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu.Lihat ayat di bawah. b.jika ayat itu menunjukkan perbandingan.subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat. Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat. Mengapakah selain dari. a. Di antara Johor Bahru dengan Singapura .Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan fizikal atau ada ruang .Dalam ayat pertama. Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ? Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut.tingkat tiga lebih ramai pekerja.gunakan antara bukan di antara.kata kerja.Jadi.Manakala ayat kedua pula. 39.dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama.Mengapakah ayat b. dikatakan salah ? a. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga.kata adjektif dan kata tugas(terdapat .Sebaliknya. 38. 40.

Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ? Jawapan : Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar .pelbagai kata).Apabila perkataan ini menerima imbuhan meN-. Dalam hal ini.Oleh itu.Lihat analogi ini.Sekarang kita analogikan perkataan-perkataan tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.t. 42. Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama semua pelajar Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja telah berkahwin Kata penguat di hadapan kata adjektif amat cantik 41.maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan .yang bergabung dengan kata yang huruf awalnya p. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar.kita tidak boleh menulis memerkasa atau memperkasa . ajar mengajar pengajaran ajar mempelajari pemelajaran . Bagi mengenal jenis kata.kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain.berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN.Antaranya.k.huruf awal itu akan lenyap. memperkasa atau memperkasakan ? Jawapan : Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah.Hal ini demikian kerana kata dasarnya perkasa . dan s.Saya ingin bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa .

pengajaran .frasa sendi dan frasa kerja.perihal mengajar. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ? Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat pasif.proses mempelajari 43.(batu itu sebagai subjek) Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar pemelajaran .sebagai pembentuk kata kerja transitif.Selain itu. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada dimasukkan kata ini sebagai . (frasa adjektif sebagai pelengkap) Cikgu Ujang tinggal di rumah itu.frasa adjektif. (frasa sendi sebagai pelengkap) Gadis itu pandai menari. Contohnya : Ali menyepak batu itu. (frasa kerja sebagai pelengkap) 44. unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama.objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meN. (frasa nama sebagai pelengkap) Lelaki itu bertubuh sasa. Contohnya: Perkara itu menyangkut masalah negara.(batu itu sebagai objek) Batu itu disepak oleh Ali.Sementara itu.

kata adjektif dan kata -an yang membentuk kata kerja pasif.Apitan ke- subjek ayat mengalami perbuatan seperti kata dasar.Contohnya: Semalam jiran saya kecurian. 45.Dari segi tatabahasa. Dia kehujanan di jalan.maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan. Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut.suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.kamus tidak mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.Contohnya: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kedaulatan kedatangan kemalasan Kepahlawanan kejatuhan kebenaran Kerajaan kemasukan kedinginan Apitan ke-an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit -an dengan kata kerja.kata kerja.jika awalan rangkap mempeR. .menunjukkan daripada gabungan kenama.memperbanyak.kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ? Jawapan : Bentuk apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.Kata dasar tersebut termasuklah kata nama.memperluas dan sebagainya. kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan .Oleh itu.Contoh lain adalah seperti memperkemas.entrinya.dan kata adjektif untuk membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar. Apakah perbezaan apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama.Namun begitu.digunakan.

Amalan bersedekah dituntut oleh Islam.dan bersenam sebagai penerang. Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut. Bersenam boleh menyihatkan badan.Badannya berpeluh kerana kepanasan.Lihat rajah pohon yang berikut : -an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya menerangkan sifat sesuatu . Kata adjektif terbitan kebangsa. Apakah maksud melestarikan ? Jawapan : Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada halaman 571.KN(inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya bukan daripada kata nama. 1.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.Contohnya: Kemelayuan Kearaban Kecinaan 46. Bersedekah dituntut oleh Islam. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama.ayat sebenarnya seperti contoh di bawah : 1a. 2a. 47. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan. 2.Dalam ayat di atas.Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.

. Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama orang dan bangunan digugurkan. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk.malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 1. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu. 48. 1a. 2. Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a. Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu.A SP FN FK KN (inti) penerang Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan Bagi ayat 2a.

51. dan s akan bertukar menjadi m bagi p.n.kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p. 50.perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata.n bagi t.k.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ? Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m.dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua bibir.pohon dan kura tidak menjadi lalangit. mapan dan mempan ? Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun stabil.iaitu e pepet. Mengapakah penggandaan separa kata nama langit.dapat terbakar oleh api.sesiku.Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ? memperkuasai memperdalami .Oleh itu.k.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut.t. Saya lihat dalam bahasa Melayu.ng bagi k.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic.Sebaliknya.popohon dan kukura ?. Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa.dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar p. 52. 49. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah. Yang tinggi itu bangunan Maybank.ng. dan ny bagi s.menjadi lelangit.perlu mengalami perubahan menjadi vokal tengah.t.perkataan mampan tidak wujud sama sekali.Selain itu.pepohon dan kekura.sisiku.2a. Yang mana satu yang betul antara mampan . siku.

Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ? Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat .memperakukan mempersetujui .Kedua-duanya betul.Contohnya. menyunatkan bermaksud mengkhatan. Apakah maksud rangkai kata parataksis ? Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan .memperakui mempersetujui memperhalusi Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul.menyetujui memperhalusi . 55. Apakah maksud leksikon ? Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus. Sebaliknya.mendalami memperakui .Perkataan-perkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut : memperkuasai .menguasai memperdalami .anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201. 54. .kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan cermat.ibu bapa yang berasal daripada ibu dan bapa. mensunatkan membawa maksud menjadikan hukumnya sunat .menghalusi 53.

Oleh itu.Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan manakala dalam ayat di bawah : 58.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.Lihat contoh di bawah : qada .Jikalau manakala hendak digunakan.v. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari.seperti yang terdapat dalam ayat 58b.dan dipisahkan dengan koma.misalnya: . terlalu panjang.Ayat pertama telah memisahkan manakala dengan noktah.Tetapi.maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan.Sebaliknya gunakan cara lain.iaitu q. 58b.tetapi janganlah digunakan perkataan manakala .mengqada veto .mengx-ray 57.pemveto x-ray . Penggunaan kata manakala mengelirukan saya. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan X-ray dengan awalan meN. Jikalau difikirkan ayat 58a.a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. harus hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat.? Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu . tidak mengalami sebarang perubahan apabila bertembung dengan awalan.penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat.56.pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat.dan x. manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan. Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan.

kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.dengan kata adjektif ringan. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. 59.ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama.58c. Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara. Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan.Yang menjadi kemusykilan kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari.Frasa ini terdiri daripada kata nama tulang sebagai kata inti.Ringan tulang tidak membawa maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja.kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam kamus.Fungsi kata adjektif. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan apitan meN-kan dan meN-i.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.siku buruk.kerana dalam hal ini susunannya ialah kata adjektif diikuti kata nama.iaitu mengikut peraturan yang disebut hukum D-M.Edisi Ketiga (1998). Dari segi binaannya.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama.Menurut Kamus Dewan. . Harap saudara dapat memberikan penjelasan.ini merupakan susunan frasa nama.ringan tulang merupakan simpulan bahasa. Sebaliknya. 58. Demikian juga dengan contoh tangan panjang.dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama.dan kepala besar.Sebaliknya.iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M).

Jawapan : Ayat pertama dalam soalan di atas terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu (kerana kamu sudah mati dan tidak dapat mengerjakan sembahyang sendiri). Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan .dalam ayat kedua. 59b. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. 61. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan Desa Murni untuk tempat itu.menyingkirkan) menghindari .Sebaliknya.menghindarkan Daripada mengelakkan(menjauhkan.terkandung di dalamnya perkataan disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh orang lain . Kita peril menghindarkan diri daripada dadah. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ? Harap dapat membantu saya. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. b.mengelak supaya terbias daripada. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ? 60a. Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian.menjauhkan diri daripada Lihat contoh ayat yang berikut : 59a. 60b. a. 60.

Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni. ayat-ayat tersebut tidak baku dari segi tatabahasa.jelas menunjukkan ayat c.Saudara. Pemuda itu siapakah ? Jawapan : Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya. dan b. 62.menggelari memberikan sesuatu nama sebagai menamakan menggelarkan. ternyata salah.apabila partikel kah diletakkan dalam ayat.Namun begitu. Adib menulis suratkah ? *62c.menyebutkan Berdasarkan makna yang diberikan. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ? *62a. 61b. menamai membubuh (memberi) nama kepada. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu. pula dapat dibaiki menjadi ayat seperti yang berikut : 61a.Desa Murni.maka . Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni. muka surat 919. Jawapan : Perkataan menamai dan menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998). c.Bagi ayat a. Mereka dari Johorkah ? *62b.

Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat. (b) untuk membezakan makna. yang harus ditulis seperti yang berikut .Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu. 62c.predikat mestilah dikedepankan. Menulis suratkah Adib ? Begitu juga bagi ayat 62c. hendaklah ditulis seperti yang berikut : 62a.sesuatu kata yang terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama. Siapakah pemuda itu ? 63.ayat 62a.Boleh saudara jelaskan kepada saya ? Jawapan : Kata yang tergolong dalam kata sandang. Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama.Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas.maka dengan penyertaan yang. Dari Johorkah mereka ? 62b.iaitu : (a) untuk membentuk frasa nama.Contohnya : seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama) leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama) dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama) menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama) berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama) Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut : . dan 62b.

bagi ayat-ayat berikut ? 65a.) (b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk bertugas sebagai subjek. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia.(a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib. . Sementara itu.Oleh itu. *64b. 64a.Untuk pengetahuan adik.Jadi. 64b. Yang manakah yang betul ? 65. Pintu kereta itu terbuka. Yang manakah betul ? Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul. Tuhan yang menentukan nasib manusia. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ? *64a.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam kepunyaan Adib.ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi frasa nama sebagai predikat ayat.ayat yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.) 64.apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat songsang.ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada hitam.maka partikel lah sebagai pementing predikat mestilah ada.ayat yang betul ialah .

kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca. bermakna dalam keadaan sudah dibuka.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada perbezaannya.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru.dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala perkataan enak pula menggunakan e taling. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ? Jawapan : Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e pepet. cara menyebut yang betul ialah [ di + na + mo ] bukan [ dai + n + mo ].manakala dalam ayat 65b. Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak. Buku tebal ini terbaca juga olehnya.Imbuhan ter. pula.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam ayat atau dengan kata lain menjadi penderita. Batu itu tersepak olehku.cara menyebut yang betul ialah [ na + sio + na + lis + mx ] bukan [ na + sio + na + lis + ma ]. 65c.Ayat 65c.Adakah ejaan yang saya senaraikan ini betul ? Kalau salah tolong betulkan. 67. .Saya keliru tentang ejaan bagi perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas. yang mempunyai kata kerja tersepak bermakna tidak sengaja disepak .Oleh itu. Bagi perkataan dinamo pula. Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif. 66.65b. 68. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling.

Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi megapura.ada dinyatakan istilah megamall .1998.kadi 69. Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu. 70.Bolehkah kita terjemahkan perkataan tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ? Jawapan : Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut : sunnah .sunah sayyid .Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka.reda ramadhan .sunnah sayyid saidina redha ramadhan hajjah khadi Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.Pada helaian 18.Apakah maksud perkataan tersebut ? .sayidina redha .Ramadan hajjah .hajah khadi . Sejak akhir-akhir ini.terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya.sayid saidina .

Resipi bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan. 71.kategori classification . jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow .Antaranya : nugget .nuget steamboat . 73. Mengapakah ayat di atas dianggap salah ? Jawapan : Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh objek.stimbot category .Selain itu. Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ? Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan.kafeteria barbecue .barbeku 72. resipi juga bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.klasifikasi cafeteria .Objek dalam ayat . Teliti ayat di bawah ini: a. Yang manakah yang betul antara resepi dengan resipi ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah resipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris.Jawapan : Dari segi istilah. Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.

Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau lewah ? Jika benar. Sekali imbas. atau 73b.sekali imbas.Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada . Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. a. Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. Gambaran itu. Jawapan : Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek.mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.Ayat ini dapat dibaiki dengan memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut : 73a.memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut : 74a. Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. atau 74b. 74.iaitu hasil soal selidik dengan bahagian predikatnya. Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. 75. Jawapan : Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada .Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata didapati dengan kata menunjukkan .Lihat contoh ayat yang saya kemukakan di bawah : .Oleh itu. gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan .jelaskan. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ? a.

Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut.bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai desing . Saya sering terjumpa perkataan dentam . segi dan sudut dapat dianggap tempat dan dapat dianggap unsur abstrak juga.bunyi nyaring besi diketuk denting .iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi di sekitar kita. tiusyen dan tuisyen .Tatabahasa Dewan menggolongkan kedua-dua perkataan ini sebagai tempat.bunyi besi dipalu dentang .kerkup dan lebum apabila membaca cerpen.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen . 77.bunyi seperti barang keras digigit lebum . Daripada hasil soal selidik. dentang .bunyi tiupan angin kerkup .Yang manakah yang betul ejaannya ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah tuisyen . 78.Perkataan ini asalnya daripada . desing . Jawapan : Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia.didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. 76.Namun begitu. Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut : dentam . atau 75b. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ? Jawapan : Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori. denting .75a.bunyi seperti benda besar jatuh.bagi mengelakkan kekeliruan.

. Jawapan : Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata.orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan.ayat yang dikemukakan dalam 80a.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak . tion dalam bahasa inggeris akan menjadi syen dalam bahasa Melayu. Jawapan : Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris.iaitu tuition yang bermaksud bimbingan.Contohnya. Saya kurang faham akan maksud ironi .Bentuk kata nya yang berfungsi sebagai penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Apakah fungsi -nya dalam ayatayat berikut ? 80a.Biasanya. Ironinya. 80.iaitu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.jika masalah jerebu berlaku.biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan menjadi bahasa Melayu. Saya ingin bertanya kepada saudara.Perubahan hanya beberapa huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu.Dari segi pengejaan perkataan. Zamri berhujah dengan lantangnya. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat.Contohnya : 79a. 81b. Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat.bahasa Inggeris . 79.Fungsi -nya adalah sebagai penekan dan pembenda.

81.Oleh itu. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ? 81a.tertinggi dan teragung. Jawapan : Benar apa yang dikatakan oleh saudara.Mengikut kelaziman.Apabila bergabung dengan nya maka bertukar menjadi kata nama.Maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Sebaliknya.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b.bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata nama jika bergabung dengan -nya. 82.Frasa Tanjung Langsat .awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.iaitu frasa tempat itu.ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha agung. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat. ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. Lantang tergolong dalam kata adjektif.Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan. maha meru mahaguru maharaja mahasiswi mahamulia mahaagung maha besar Jawapan : Saudara yang bertanya. Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek .

Maksudnya ialah ilham atau bisikan hati.mengadakan sesuatu) selain cita-cita. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu. Selain itu.Contohnya : . Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan .Contohnya : 81c.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan yang kuat(untuk mencapai.Contohnya : *81b.Apakah maksud perkataan itu dan adakah ejaannya betul ? Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan. 83.hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat. 84. 85.Makna bagi perkataan menguar-uarkan ialah 1. Jawapan : Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan jadi. menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar. kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu.kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2.Jika ada cuba jelaskan. Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna? Jawapan : Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan.

dengan penuh perhatian(minat).hati-hati.berjaga-jaga.cermat. Razak seorang pemuda yang baik. 3.membancuh untuk orang lain buatkan .perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I mengandungi unsur lokatif atau tempat.Contohnya : bancuhkan . tinggi hemahnya dan bersih tutur katanya.dengan teliti.menyebabkan jadi kecil rendahkan .cermat. Perkataan hemat pula bermaksud 1.Tolong jelaskan. .naik ke atas suatu tempat dekati .Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86a. pemerhatian.menyebabkan jadi rendah baiki .beringatingat.menyebabkan jadi baik sudahi .kecilkan . Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat.Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86b.menyebabkan jadi sudah Sebaliknya. 86c. Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat .pengamatan. Jawapan : Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang mendukung maksud budi pekerti.dekat pada tempat atau orang 86.jimat. Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu). 2.membuat untuk orang lain naiki .

Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya.pertuturan.kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.percakapan. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.disampaikan. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang berkesan.Contohnya : 87a.86d. kesatuan fikiran yang utuh. 87.ucapan. 88.sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Hari ini.manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.Contohnya : 87b. . 2. Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541.Maksud bagi perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan.Benarkah begitu ?Jika benar tolong nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu . Perkataan wacana pula bermaksud 1.Saya kurang arif tentang perkataan tersebut. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan. Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat.atau dicapai).Kamus Dewan. 89.

telah. pendingin hawa.Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua. Kek itu sungguh amat sedap.Sebaliknya.kata bantu ragam pula termasuklah hendak.masih. Yang manakah yang betul. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ? 90a. 91.Edisi Baharu. 90c.penghawa dingin atau penyaman udara ? Jawapan : Jawapan yang betul ialah penyaman udara. Jawapan : Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. dapat dan mesti. 3/2001.Yang manakah yang betul ? .belum dan akan.Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar Bahasa Bil. Sikapnya sungguh kurang sopan. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam. Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut : Kata bantu aspek kata bantu ragam belum + pernah harus + mahu masih + belum harus + dapat masih + sedang mesti + mahu Ssdah + pernah mesti + dapat telah + pernah 90.sedang. 90b. mahu harus. iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam.Hal ini demikian kerana perkara ini ada diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan. boleh. 92.pernah. Lukisan itu terlalu amat cantik.Kata bantu aspek termasuklah perkataan sudah.

Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali .Yang manakah yang betul . dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata bilangan pecahan seperti suku atau setengah . Contohnya : 92a. Jadi.Lihat contoh yang berikut : 94a. 92b.memperhebat. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.taraf.Oleh itu.hasil pengeluaran . Jawapan : Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau pada kali . 94.Jawapan : Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ? Jawapan : Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus Dewan pada halaman 1454 seperti yang berikut : meningkatkan meninggikan kedudukan.Bagaimanakah penggunaannya yang paling tepat dalam sesuatu ayat.kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya.menjadikan lebih hebat.dua. Kami menunggunya selama dua jam suku. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara.membesarkan. 93. memperhebat.mutu.yang lebih tepat ialah dua jam suku. mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan. .dan lain-lain).

daerah .rintangan. Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri.(mudah-mudahan ) lanjut usia.hambatan Ayat : Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala.rancu.94b.kendala.aral. Jawapan : Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut : mandiri .bulatan. mandala .halangan.campur aduk dan kacau Ayat : Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu. kendala . Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya adalah pada tahun 1989.dirgahayu. dirgahayu .baginda banyak menerima perutusan tahniah dan ucapan dirgahayu daripada rakyat.gapura dan mandala.dapat berdiri sendiri.tentang bahasa yang tidak teratur. 95. Ayat : Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak dilahirkan. rancu .pintu gerbang Ayat : Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik. gapura .dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.lingkungan.tidak terikat (bergantung pada) pihak lain.panjang umur Ayat : Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi.Ayat : Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa.Selain itu. Banyak orang banyak ragam. Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai .mak cik (b) pakcik .saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama yang berbunyi : Banyak udang banyak garam.dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.Pada masa yang sama.apabila membincangkan isu ini. Antara perkataan yang berikut . 96. .Boleh saudara menjelaskanya ? Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia.maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.Perkataan ramai pula hanya digunakan untuk merujuk manusia. banyak juga digunakan untuk merujuk binatang.tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 97.pak cik Jawapan : Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut : mak cik pak cik Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik .apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama khas.yang manakah yang betul cara penulisannya ? (a) makcik .

saya mengambil sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan. apabila kita merujuk kepada guru besar secara umum.Kemudian.Kemudian. Dalam majlis itu.C.C.banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu. Fries dengan teori strukturalnya. Antara lain yang diperkatakan ialah : . Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu sendiri ? Jawapan : Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa. Selain itu.Banyak guru terutamanya. Noam A.muncul juga nama Prof.Guru Besar telah menyampaikan ucapan.98.Pelita Bahasa. Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.Sebaliknya.beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.1995.kita gunakan huruf kecil sahaja.Selain itu.Dalam menjawab pertanyaan ini.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.Beliau menambah bahawa tidak ada satu disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.Bermula dengan teori ahli bahasa Barat seperti Leonard Bloomfield.November. Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasigeneratif.Contohnya: Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat. Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf besar ? Jawapan : Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul.Sebut apa-apa disiplin ilmu.sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain.bergema pula teori baru yang dikenal sebagai analisis wacana. 99.

menambah jadi dua menduakan . Apakah perbezaan antara menduai .hasil dan sebagainya.membahagi dua(untung. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapan dan merarau . 101.Dari manakah perkataan itu berasal dan apakah maksudnya yang sebenar ? Jawapan : Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah hari.sedang ia sendiri tidak berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran .manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa rehat pada sebelah pagi. 100.mengusahakan ternak Contoh ayat adalah seperti yang berikut : a. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini seorang wanita Indonesia.orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa. Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana . b.tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.tergolong dalam golongan tukang fitnah.menjadikan dua. Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab.menganggap dua(Tuhan) memperdua . menduakan dengan memperdua ? Jawapan : Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah : menduai .

Alasannya.sila jelaskan. 103. ialah kata kerja pasif. 102. b. Jawapan : Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif.bagi ayat-ayat di bawah ? a.maka maksud ayat akan berubah. Pesakit itu terbaring di atas katil.bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah.penggunaan oleh tidak boleh digugurkan. Sebaliknya. Surat itu dituliskan oleh abang saya. .Dalam ayat b.manakala kata terbaring dalam ayat b. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan perniagaannya dengan isterinya. di atas katil dianggap sebagai pelengkap. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang. Jawapan : Perkataan terangkat dalam ayat a. Sebagai penerangannya.Jadi.Jika oleh digugurkan . Batu yang berat itu terangkat Badang.Contohnya: *a. c.mari kita gunakan kaedah transformasi ayat. pula ialah kata kerja tak transitif. a.bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter. Apakah jenis kata yang berawalan ter. Surat itu ditulis oleh abang saya. .ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut .Kata kerja pasif yang sepatutnya ialah ditulis tanpa membubuh akhiran kan.dianggap syirik.

c.Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meNdan meN-kan . Kami cuba melupai peristiwa pahit itu. Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak.Biasanya.(betul) Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya.Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu. Yang manakah ayat yang betul ? a. b.(salah) Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya.(salah) 104. 105. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.(betul) Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu.Saya ada terbaca tentang proses relativisasi dalam ayat. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini.penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. -i . Jawapan : Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul. Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu.Contohnya : a.Contoh lain ialah : c. b. Kanak-kanak itu saudara saya.   Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya. kanak-kanak itu menangis.Apakah proses itu ? Jawapan : Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan.

Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ? Jawapan : Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara. 107. Jawapan : Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut.Hal ini demikian kerana apa-apa tergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu. 106.iaitu salah satu kelompok kata nama . Contoh : Orang itu sudah sihat.Pada halaman tersebut.susunan Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan .dari segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan.Rumusannya. pada huruf pertama ditulis sebagai m sahaja.Selain itu.Jika tidak sama. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?Jika salah sila jelaskan.proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau beridentiti sama. a.Oleh itu.Perlu diingat di sini.ada entri perkataan Malaysia dimasukkan. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan.jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara apitan.Contohnya : Malaysia pemalaysiaan Malaysia kemalaysiaan .tiada kesalahan yang dilakukan. maka huruf M .   * Orang yang budak sakit itu sudah sihat.maka proses tersebut tidak dapat dilakukan. Budak itu sakit.

proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut : Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan ajar Belajar mempelajari pemelajaran satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan oleh Beroleh memperoleh pemerolehan Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk * pembelajaran tadi.Boleh terangkan kepada saya ? Jawapan : Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji bahasa.ada hubungan yang rapat.perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN.Malaysia memalaysiakan 108.Walau bagaimanapun.misalnya antara pengimbuhan meN den peN.penyiaran Sebenarnya. Dalam bahasa Melayu.pemasukan menaklukkan .akan menjadi pem.penaklukan menyiarkan .apabila dimbuhkan dengan kata dasar yang bermula huruf b . . Sepatutnya.perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang sama. Sebagai contoh : memasukkan .

109. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah.Saya harap saudara boleh membantu saya. tunaaksara tunakarya tunawicara tunawisma tunasusila tunarungu Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai. tunaaksara bermaksud buta huruf tunakarya bermaksud penganggur tunawicara bermaksud bisu tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal tunasusila bermaksud pelacur tunarungu bermaksud pekak 110. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen .Adakah perkataan itu sama maksudnya atau sebalik-nya ? Jawapan : Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan keduadua perkataan ini.Jika saudari merujuk Kamus Dewan,halaman 327 ada diterangkan maksud ejen ,iaitu : ejen 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain,wakil penjual; 2. orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses dsb).

Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut. 111. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.Adakah kita hendak menulis dalam bentuk nombor atau huruf ? Jawapan : Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara,iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau menulis dengan cara huruf.Namun begitu, bagi tujuan meminimumkan jumlah kata,nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis dalam bentuk huruf untuk menjadi satu,dua,tiga , dan sebelas.Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk nombor sahaja. 112. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini. Kebajikan,kenderaan,sebatian dan menguap. Jawapan : Kebajikan berasal daripada kata bajik ,manakala kenderaan berasala daripada kata kendera .Bagi perkataan sebatian pula asalnya ialah bati .Perkataan menguap pula berasal daripada kata dasar uap .Lihat kata terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut : bajik - kebajikan kendera - berkendera,mengenderai,kenderaan,berkenderaan dan pengendera bati - sebati,bersebati,menyebatikan,sebatian,kesebatian dan penyebatian uap - menguap. 113. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang berikut ? (a) Ahmad teringat akan kekasihnya.

(b) Ahmad teringat oleh kekasihnya. Jawapan : Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b).Pertama,dari segi kata kerja.Ayat (a) teringat tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif.Perbezaan kedua ialah dari segi subjeknya.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Sebaliknya,dalam ayat (b) Ali merupakan subjek terbitan kata kerja pasif teringat .Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali. 114. Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa,saya sering menemukan perkataan ketaksaan dan kepersisan .Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ? Jawapan : Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan ,Edisi Baharu,halaman 561. ketaksaan atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran,misalnya : Ibu bapa Ali telah meninggal.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia. kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan . Biasanya,dalam membincangkan isu bahasa,kepersisan merujuk kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai. 115. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya bahasa karya sastera.Yang manakah yang betul ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi . 116. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah

Contohnya : (a) Awak semua keluar dari sini !   Keluar dari sini ! ( pengguguran ) (b) Pengawal itu menjaga bangunan bank. atau peluasan.menggembirakan. 117.  Bangunan bank dijaga oleh pengawal itu.Ayat terbitan bermaksud penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain. ( penyusunan semula ) .ini betul atau salah.saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu.Benarkah ayat terbitan wujud ?Jelaskan.saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses pengimbuhan.penyusunan semula. Jawapan : Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu.menghairankan.Baru-baru ini. Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul.Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.Jika betul .Contoh kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan.mempesonakan dan sebagainya. Peristiwa itu sangat menyedihkan.Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. (b) Keputusannya amat menggembirakan.Lihat contoh berikut : Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami). Sepanjang pengetahuan saya.memilukan.mengapa ? (a) Keputusannya amat menggembirakan mereka. mendukacitakan.

Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ? (a) Pak Abu berserban setiap hari. (b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata kerja transitif.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) adalah dari segi jenis ayat aktif tak transitif. Jawapan : Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut. (a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.(c) Guru itu akan sampai esok.Lihat ayat pasif yang saya berikan .kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif. Persamaan ayat (a) dan ayat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif.   Guru yang baru lulus itu akan sampai esok.Oleh itu.Sebaliknya. (d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap hari boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut.Dalam ayat (a) kata kerja tak transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah berada . Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh. 119. Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.jika ayat (b) digugurkan unsur keterangannya iaitu di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna. Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk aktif.kedua-dua ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif.sila nyatakan.ayat (b) pula ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.elok rasanya kita lihat persamaannya. ( peluasan ) 118. Guru itu baru lulus. (c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ.Namun begitu. (b) Pak Abu berada di Johor Bahru.

(c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan oleh akhbar itu. . Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini. (b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi .Ayat (b) pula ialah ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat. Jawapan : Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan maksud ayat.di bawah ini. 120. Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu.Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi. bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan . (a) Saya tebang pokok itu. (e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah membenarkannya atau Fatin akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.Namun begitu. (a) Hadiah ini untuk awak.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang yang telah mengalami proses transformasi songsang. (a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.Lihat contoh yang saya kemukakan ini.(salah jika menggunakan bagi ) 121.(salah jika menggunakan bagi ) (b) Ayah membeli kereta untuk ibu.Benarkah pendapat ini. (b) Saya menebang pokok itu.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->