You are on page 1of 11

PEMARKAHAN KOKURIKULUM 1. PENDAHULUAN 1.

1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini setara dengan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran- pembelajaran. 1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan 8 unit pakaian seragam, 8 jenis kelab sukan dan permainan dan 18 jenis persatuan dan kelab. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen aktiviti tersebut. 1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. 1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. 2. RASIONAL 2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari. 2.3 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka. 3. OBJEKTIF 3.1 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 3.2 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterimapakai oleh semua sekolah. 3.3 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajarpelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

4. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 4.1 Aspek-aspek yang dinilai: 4.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap aktiviti yang disertainya adalah berdasarkan kepada 4 aspek berikut: a. Kehadiran b. Jawatan yang disandang c. Penglibatan d. Pencapaian 4.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini, peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut: Bil 1. 2. 3. 4. Aspek Penilaian Kehadiran Jawatan yang disandang Penglibatan Pencapaian JUMLAH Peratusan Markah 50 10 20 20 100

4.1.3

Markah aspek kehadiran ialah markah yang tinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambilkira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam mengikut kursus. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Pakaian Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab/ persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan sukan/ permainan 12 kali setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut: Markah kehadiran Jumlah kehadiran pelajar Jumlah perjumpaan setahun Ketidakhadiran diluluskan (cuti sakit, wakil sekolah dll) Markah kehadiran = = = = a b c a x 50 b-c

4.1.4

Markah Aspek jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut: 2

Jadual 2 (a) Pasukan Badan Beruniform Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan anjuran Kementerian atau Jabatan Kerajaan JAWATAN MARKAH Pegawai Waran 1 & 11, Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai Kadet 10 Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional/ Penjara) Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/ Bintara Kanan/ Flight Sarjan (PKBM), 8 Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara) Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 7 Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), 6 Penolong Ketua Platun 11 (Bomba) Ahli Aktif 4 Ahli Biasa 1 Jadual 2 (b) Pasukan Badan Beruniform- Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jawatan Ketua Trup, Ketua Pasukan/ Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam Pen Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (Setiausaha), Sarjan Drum Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bend), Koperal, Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 Penolong Ketua Patrol, Bend, Penolong Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2 Quartermaster, Penolong Setiausaha, Penolong Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali pinggang Biru1 Ahli Aktif, Penolong Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2 Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 Persatuan/ Kelab & Sukan/ Permainan Jawatan Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan Sukan Permainan/ Ketua Rumah Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi Setiausaha/ Bendahari Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli Aktif Ahli Biasa 3

Markah (%) 10 8 7 6 5 3 1 MARKAH 10 8 7 6 5 4 1

4.1.5

Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Markah yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Jadual 3 Peringkat Penglibatan Sekolah Zon / Daerah / Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa 4.1.6

Markah (%) 8 11 14 17 20

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat Sekolah/ Zon/ Daerah/ Bahagian/ Negeri/ Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut: Johan 8 11 14 17 20 Naib Johan 7 10 13 16 19 Ketiga 6 9 12 15 18

Peringkat pertandingan Sekolah Zon/ Daerah/ Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa 4.1.7

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai berdasarkan markah tertinggi yang layak diperoleh oleh seorang pelajar. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah)

5. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI 5.1 Setiap pelajar sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan pakaian seragam, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan. Dalam hal ini, setiap pelajar memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan: a. b. c. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya. Aktiviti persatuan/ kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Lukis dan sebagainya. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti kelab Olahraga, kelab Renang, kelab Memanah dan sebagainya. 4

5.2

Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan aspekaspek yang telah dinyatakan dalam 4.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 4.1.2. Sebagai contoh, berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh oleh pelajar X i. Kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Prestasi Penuh (18/18) Ahli aktif Menghadiri jambori Pengakap Peringkat Negeri Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri JUMLAH Markah 50 3 14 12 79

Aspek Penilaian a. Kehadiran b. Jawatan disandang c. Penglibatan d. Pencapaian ii.

Kegiatan Persatuan/ Kelab Prestasi 10/12 AJK Persatuan Sejarah Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Kebangsaan Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara kelas JUMLAH Markah 42 5 14 7 68

Aspek Penilaian a. Kehadiran b. Jawatan c. Penglibatan d. Pencapaian

iii.

Kegiatan Kelab Sukan dan Permainan Prestasi Penuh (10/12) AJK Kelab Bola Sepak Mewakili negeri dalam Pertandingan Bola sepak peringkat negeri Naib Johan pertandingan bola sepak antara kelas JUMLAH Markah 42 5 14 7 68

Aspek Penilaian a. Kehadiran b. Jawatan c. Penglibatan d. Pencapaian

5.3 5.3.1

Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum Gred penilaian setiap markah yang diperoleh adalah seperti berikut: GRED A B C D E MARKAH Antara 80 hingga 100 Antara 60 hingga 79 Antara 40 hingga 59 Antara 20 hingga 39 19 ke bawah

5.3.2

Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X, gred yang diperoleh bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut: Markah yang diperoleh 79 68 85 Gred B B A

Kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Persatuan/ Kelab Kelab Sukan dan Permainan 6. 6.1 MARKAH BONUS

Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi: a. Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, imam dan sebagainya. b. Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah, ketua bilik/ asrama dan sebagainya. c. Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas/ darjah dan sebagainya.

6.2

Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut: Jawatan Ketua Murid Timbalan/ Penolong Ketua Murid Ketua/ Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah/ Pengawas / Ketua asrama/ Ketua PRS / Kuatermasters Penolong Ketua Asrama/ Penolong Kuatermasters/ Pengawas Pusat Sumber/ AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan/ Bendahari/ Setiausaha Ketua Biro Asrama/ PRS/ Penerima sijil dan lencana SLAD/ PROSTAR /Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/ Pengawas Koperasi Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan & Sokongan- AJK Biro/ Ketua Bilik/ Ketua Dorm/ Ketua Tingkatan/ Penerima Sijil SLAD dan PROSTAR Penolong Ketua Kelas/ Penolong Ketua Bilik/ Ahli Kuatermasters Markah bonus 10 8 7

Bil 1. 2. 3.

4. 5. 6. 7.

6 5 3 2

6.3

Anugerah Khas Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut: Jadual 7

Bil Jawatan 1. Anugerah Remaja Perdana (ARP) Emas Perak Gangsa 2. 3. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas pembiayaan sendiri Johan Naib Johan Ketiga NILAM Lain-lain anugerah yang setara 6.4 6.5

Markah Bonus 10 7 5 10

5 3 2 5 5

4. 5.

Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tinggi yang disandang pada setiap tahun Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

7. 7.1

GRED KESELURUHAN Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperoleh oleh seorang murid dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotainya beserta markah bonus. Dua bidang yang dipilih itu bergantung kepada prestasi markah tertinggi yang diperoleh. Gred keseluruhan boleh diperoleh dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperoleh dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperoleh. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 5.3.1 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X, perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

7.2

7.3

Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform Jumlah Markah Persatuan/ Kelab Jumlah Markah Sukan/ Permainan Jumlah purata Markah bonus Markah keseluruhan Gred keseluruhan

= = = = = = = =

80 68 85 (80 + 85) / 2 = 82.5 10 (Ketua Murid) 82 .5 + 10 92.5 A

8. 8.1

PELAKSANAAN Semua sekolah menengah di setiap di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum (Lihat lampiran 1,2 dan 3 ). Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh kerana penilaian kokurikulum dibuat sepanjang pelajar berada di tingkatan peralihan/ tingkatan 1 sehingga tingkatan 6, pihak sekolah perlulah menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM.. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi/ IPT. Pihak sekolah diminta membentuk Jawatankuasa Penilai yang dipengerusikan oleh Pengetua Sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum sekolah Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang Persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga tingkatan 5:

8.2

8.3

8.4

8.5 8.6

Jadual 8 Tingkatan 1 2 3 4 5

Markah kokurikulum 69 82 83 89 80

GPA 69 82 83 89 80

CGPA 69.0 75.5 78.0 80.0 80.6

Contoh pengiraan CGPA Tingkatan 2 8.7 = (69 + 82) / 2 = 75.5 Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya: Tingkatan 5 = 80.6 x 10 100 = 8.06 PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJARPELAJAR TINGKATAN 6

9.

Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti program PLKN, mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika perstasi murid didapati tinggi dalam PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. PERKARA BERBANGKIT Bil 1. Isu/ Perkara berbangkit Penilaian pelajar tingkatan Enam: i. Kiraan kehadiran aktiviti kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6 Rendah Huraian/ penjelasan Kiraan kehadiran: i. Badan Beruniform ii Kelab & Persatuan iii Sukan & Permainan 10 x 6 x 6 x

6.9 REKOD KOKURIKULUM CARA PENGIRAAN KEHADIRAN NAMA MURID : TINGKATAN : . TAHUN : .

KEHADIRAN
BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. UNIT BERUNIFORM % T/TANGAN TARIKH 3 6 8 1 1 1 4 1 7 1 9 2 2 2 5 2 8 3 0 3 3 3 6 3 9 4 2 4 4 4 7 5 0 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. PERSATUAN/ KELAB % T/TANGAN TARIKH 4 8 1 2 1 7 2 1 2 5 2 9 3 3 3 7 4 2 4 6 5 0 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. SUKAN/ PERMAINAN % T/TANGAN TARIKH 4 8 1 2 1 7 2 1 2 5 2 9 3 3 3 7 4 2 4 6 5 0

10

11

You might also like