P. 1
Bab 3

Bab 3

|Views: 2,554|Likes:
Published by Aqilah Wahid

More info:

Published by: Aqilah Wahid on Jan 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2013

pdf

text

original

BAB 3

REKABENTUK ELEKTRIK

3.0

AM

Bab ini akan menerangkan prinsip-prinsip asas rekabentuk elektrik dan lebih ditumpukan kepada pemasangan voltan rendah.

Langkah ± langkah yang biasa digunakan dalam proses reakbentuk elektrik ialah :

a)

Penentuan kedudukan lampu-lampu, kipas-kipas, mata kuasa dan alat-alat yang digunakan oleh pengguna.

27

b) c) d) e) f) g)

Pengiraan jumlah beban tersambung (TCL) dan Beban Kehendak Maksima (MD) Penentuan lokasi Papan Agihan Fius (DFB/DB), Papan Suis Kecil (PSK/SSB), Papan Suis Utama (PSU/MSB) dan Pencawang. Pemilihan jenis kabel dan saiz-saiznya untuk setipa bahagian pemasangan. Perlindungan dari litar pintas, lebihan beban, rosak ke bumi, bocor ke bumi, dan panahan kilat. Menyediakan lukisan-lukisan elektrik (rajah skema dan rajah susun atur.) Menyediakan anggaran kos projek.

3.1

ANGGARAN BEBAN

Perkara utama sebelum rekabentuk pemasangan elektrik dibuat ialah membuat anggaran beban terlebih dahulu. Beban secara amnya terdiri darip beban resistif dan induktif.

Diantara beban-beban biasa yang digunakan di dalam mana-mana bangunan ialah :

… … … … … … … …

Lampu-lampu Kipas angis/kipas pelawas Soket alir keluar 13A dan 15A Alat hawa dingin Moto elektrik Pengasing (isolator) Mesin-mesin elektrik Lain-lain peralatan

28

7 kW (5kk) 3 kW 1 kW 3kW 7. kerja-kerja rekabentuk sesuatu pemasangan elektrik. Selain dari itu faktor kuasa suatu beban induktif hendaklah diambil kira.5 kW (2kk) 2. mesin. dan beban-beban besar yang lain anggarannya seperti yang tersebut di atas tidak boleh digunakan. alat hawa dingin pusat.Anggaran ini adalah merupakan jumlah beban tersambung (TCL) sahaja. Kecekapan beban seperti motor elektrik pun perlu diambil kira juga. 29 . 1. Alat-alat tersebut hendaklah diketahui kuasa wattnya terlebih dahulu.5kk).5 kW Untuk beban-beban tertentu seperti lampu berkuasa besar. motor.2 kW (1.3 kW (3kk) 3. Jadual dibawah adalah anggaran beban untuk perbagai peralatan elektrik yang boleh di gunakan untuk Beban Loceng elektrik Jam elektrik Mata lampu (watt lampu belum ditentukan) 18W fluorescent 36W fluorescent 60W tungsten 100W ftungsten Lampu kecemasan Kipas siling/dinding Mata kipas siling Soket alir keluar 13A (domestik) Soket alir keluar 13A (industri) Soket alir keluar 15A Mata alat pendingin udara Isolator 30A Isolator 60A Sistem pam air Sistem gas CO2 Pemanas air Unit pemasak Anggaran kuasa (Watt) Abaikan Abaikan 10 25 50 60 100 20 90 100 250 300 500 1.

3.2. Beban maksima mestilah kurang ataupun sama dengan jumlah beban tersambung. 30 . Contohnya sebuah bangunan mempunyai 30 bilangan soket alir keluar 13A. Bukan kesemua soket tadi dibebankan dengan 250W dan jarang sekali kesemua soket tadi digunakan secara serentak pada satu-satu masa. FAKTOR KEPELBAGAIAN (DF) DAN BEBAN KEHENDAK MAKSIMA. kehilangan di dalam cok atau ballast dan kesan harmonik. Namun begitu penggunaan beban secara maksima dan serentak sangatlah jarang berlaku kecuali beberapa pemasangan tertentu sahaja.2 JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG (TCL). 3.1 JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG Jumlah beban tersambung (TCL) ialah jumlah beban anggaran (KW) dengan andaian kesemua beban-beban elektrik di dalam sesuatu pemasangan digunakan secara maksima dan serentak. Pemasangan akan mengalami beban tertinggi ketika itu.Semua lampu nyahcas (discharge) hendaklah didarabkan wattnya dengan 1. 3.2.2 BEBAN KEHENDAK MAKSIMA (MD) Beban kehendak maksima (MD) pula ialah beban maksima (KW) yang diperlukan oleh sesuatu pemasangan tanpa mengira bila ianya akan berlaku.8 untuk mengambil kira faktor kuasa lampu.

nisbah bagi µFaktor Kepelbagaian¶ mestilah ditentukan setepat mungkin supaya sistem yang direka itu kelak tidak µoverdesingned¶ dan jauh sekali µunderdesingned¶. Beban kehendak maksima perlu diperolehi bagi membolehkan kita menentukan saiz pemutus litar utama dan kabel serta alat-alat yang berkaitan. Dalam usaha untuk menentukan beban kehendak maksima bagi sesuatu bangunan baru. tetapi selalunya kurang dari 1. Oleh itu Kehendak Maksima (MD) bersamaan dengan Jumlah Beban Tersambung (JBT) atau µTotal Connected Load (TCL)¶ didarab dengan Faktor Kepelbagaian. MD = TCL x DF Faktor Kepelbagaian (DF) paling tinggi adalah 1. nilai Df boleh dirujuk kepada jadual di dalam peraturan IEE. rumah kedai. 31 . Untuk satu-satu bangunan yang µstandard¶ seperti rumah kediaman. Nilai beban kehendak maksima ini juga perlu diberitahu kepada pihak pemegang lesen (TNB) untuk menentukan saiz kabel masuknya serta keupayaan alatubah yang perlu dipasang.3 FAKTOR KEPELBAGAIAN Perbezaan atau nisbah antara beban maksima ini kepada jumlah beban tersambung dipanggil Faktor Kepelbagaian (DF). setiap bangunan digunakan dengan keperluan MD yang tertentu dan berbeza antara satu bangunan dengan bangunan yang lain.3. Oleh itu DF bergantung kepada bagaimana kuasa elektrik digunakan di dalam sesuatu bangunan itu.2.

Tiada siapa yang dapat memberikan dengan tepat nilai Df sesuatu pemasangan semasa didalam peringkat rekabentuk. 3. mempunyai nilai estetik.85 0. Jurutera yang lebih berpengalaman dalam rekabentuk elektrik akan dapat memberikan nilai Df yang lebih baik. berkesan dan 32 . praktikal. kos efektif.4 1 Contoh bagi jadual beban-beban elektrik tersambung dan pengiraan bagi arus maksima dan beban maksima bagi sistem 3 fasa dan 1fasa terdapat pada bahagian lampiran mukasurat 222.Namun begitu nilai Df yang disebutkan di atas adalah sebagai panduan sahaja.3 PROSIDUR DAN KRITERIA REKABENTUK Sesuatu rekabentuk yang baik perlulah merangkumi aspek-aspek keselamatan dan keselesaan kepada pengguna. Standard JKR untuk factor kepelbagaian ( D. Setelah beban kehendak maksima diperolehi ia hendaklah ditambah 10 ± 15% lagi bagi menampung pertambahan beban akan datang.F ) adalah seperti berikut :- … … … … Lampu Kipas S/S/O Alat hawa dingin 0.25 ± 0.85 0.

33 . Dari rule of thumb jika ketinggian siling adalah 9 kaki.4 PENENTUAN KEDUDUKAN LAMPU DAN MATA KUASA 3.mengikut peraturan-peraturan semasa. maka lampu 2 x 36W akan dipasang pada jarak 8 kaki antara baris dan 6 kaki di dalam barisan yang sama.1 KEDUDUKAN LAMPU Dengan menggunakan µlumen method¶ kita boleh membuat kiraan bagi mendapatkan bilangan lampu-lampu yang diperlukan untuk sesuatu bangunan. Aspek teknikal senggara dan kos senggara juga perlu diambil kira. Bilangan lampu-lampu ini adalah bergantung kepada jenis-jenis lampu yang akan digunakan dan juga paras pencahayaan yang diperlukan. Antara peraturan-peraturan yang berkuatkuasa adalah :- … … … … … … … Akta Bekalan Elektrik 1990 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Peraturan IEE Factories and Machinery Act 1967 British Codes of Practice/Malaysian Codes of Practice British Standard/Malaysian Standard Illumination Engineering Siceity (IES) UK Codes of Practice 3.4.

Apabila bilangan lampu-lampu dan jenis-jenis lampu telah dikira dan ditetapkan.Paras pencahayaan adalah berdasarkan pada IES ( Illumination Engineering of Soceity Uk Codes Of Practices ) dan boleh dikurangkan sebanyak 20% sehingga 50% bagi kegunaan di Malaysia. Bagi maksud mata kuasa khas. 20A dan 30A. kita perlu menyusun atur lampu-lampu tersebut untuk menyesuiakan dengan layout lantai. Jika tidak boleh dipastikan jarak diantara dua soket berlainan fasa itu sekurangnya 2 meter. Untuk bilik computer serta bilik-bilik makmal lain dimana soket diperlukan dengan bilangan yang banyak.2 KEDUDUKAN MATA KUASA Mata kuasa yang banyak digunakan ialah mata kuasa suis alur keluar 13A. senarai alat-alat dengan kuasa-kuasanya sekali haruslah diperolehi dari pengguna. Pemasangan kipas yang berhampiran dengan beam atau alat grill hawa dingin umpamanya tidaklah bijak. Soket tidak dibenarkan dipasang di dalam bilik mandi yang mengandungi shower atau bath kecuali untuk shaver unit. Terdapat mata kuasa untuk tujuan khas umpamanya 15A. dapur dan lain-lain. Peraturan IEE mengenai mata kuasa mestilah diambil kira seperti satu fasa sahaja digunakan di dalam bilik. Suis-suis lampu pula sebaik-baiknya dipasang pada tempat yang senang dicapai dan tidak terlindung dari pandangan.4. Untuk bilik 34 . Jenis siling perlu diketahui dalam menentukan kedudukan lampu-lampu dan kipas-kipas. 3. satu DB khas hendaklah disediakan untuk mengawalnya. Soket harus dipasang sekurang-kurangnya 2 meter dari pili air.

3.5 LOKASI PAPAN SUIS UTAMA (PSU).computer penggunaan RCCB 30mA mungkin menimbulkan masalah disebabkan computer mempunyai kadar kebocoran ke bumi yang tinggi. DAN PAPAN AGIHAN (DB) Peringkat agihan bekalan 415V terbahagi kepada berikut: Bekalan dari TNB atau alatuabah Papan suis utama Papan suis kecil Papan agihan 35 . PAPAN SUIS KECIL (PSK).

Jenis-jenis PSU adalah terdiri daripada :- 36 . jaraknya dengan beban besar. ruang alat tukang dan sebagainya. Dengan maklumat ini bolehlah kita menetukan tempat yang paling sesuai menempatkan PSU. pengecas bateri. kita boleh mengira beban kehendak maksimabagi keseluruhan bangunan. tidak dibawah atau disebelah bilik air. DB selalunya bersaiz kecil dan tidak memerlukan bilik khas.Ke beban beban melalui alat kawalan. Setelah beban-beban kehendak maksima dikira bagi satu-satu bahagian bangunan.6 REKABENTUK PSU DAN PSK PSU dan PSK hendaklah direkabentuk berdasarkan kadaran pemutus litar utama. suis tukar alih ( Change over contactor ). 3. bustie. bilangan pemutus litar agihan.perlindungan dan suis. kapasitor bank. Perkara paling mustahak yang perlu diambil kira ialah arah mana bekalan TNB masuk ke dalam bangunan tersebut. ia akan dipasang pada permukaan dinding bilik atau ruang yang sesuai. mudah akses dan sebagainya. Namun begitu perbincangan dengan pihak arkitek amatlah perlu untuk menentukan kedududkan sebenar PSU serta saiznya.

3.7. Harganya juga bergantung kepada jenis-jenis tersebut. 3.… Tiada compartment … Sebahagian sahaja compartment (untuk ACB dan matering) … Sepenuhnya berkompartment Jenis-jenis tersebut menentukan tahap keselamatan dari segi percikan api arus kerosakan.1 JENIS-JENIS KABEL VOLTAN RENDAH … Kabel PVC … Kabel PVC/PVC (PVC insulated PVC sheated) … Kabel PVC/SWA/PVC (PVC Armoured) … PILC (paper insulated lead covered) … PILCDSTAS (paper insulated lead covered double steel tape and serving) … XLPE (cross link polyethelene) … XLPE/SWA/PVC … MICC (mineral insulated copper cable) … FRC (fire rated cable) 37 .7 PEMILIHAN KABEL Jenis kabel dan saiz kabel sangantlah mustahak untuk memastikan kelancaran bekalan elektrik.

Pembuluh dan sesalur digunakan untuk memberikan perlindungan mekanikal. mengandungi 4 teras.) Pembuluh / Sesalur Kabel PVC digunakan.) Pendawaian permukaan Kabel PVC/PVC dilarikan di atas hard wood baten. dua teras.2 JENIS-JENIS PENGALIR A. tiga teras dan berbilang teras mengikut jenis kabel.7.7.) 3. kadaran voltan dan penggunaannya. B. Kabel dua teras 16mm 2 selalunya digunakan untuk lampu jalan atau lampu kawasan bekalan satu fasa. B. Pembuluh dan sesalur terdapat dalam 2 jenis iaitu galvanized 38 . selalunya dalam bentuk satu teras. sesuai untuk rumah kayu. Stranded copper (majority digunakan) Stranded aluminium (semakin popular kerana harga tembaga mahal.3 JENIS-JENIS PENDAWAIAN A.Kabel-kabel di atas terdapat dalam bentuk satu teras. Kabel MICC Kabel untuk bekalan 3 fasa voltan rendah selalunya 3.

iron (G. Kaedah ini amat baik kerana kemas dan selamat sebab kabel terlindung di dalam dinding batu.I) dan PVC. Dulang tidak mempunyi penutup dan ia hanya memberi sokongan kepada kabel dan bukan melindungi kabel. F. E. nampak lebih kemas dan mudah 39 . Disetiap tingkat akan terdapat unit penyambungan serta tap off unit untuk sambungan ke DB di setiap tingkat bangunan.) Dulang (Tray) Kabel pelbagai jenis sesuia digunakan dan hanya tempat terlindung dari bahaya kerosakan mekanikal dibenarkan untuk pendawaian jenis ini.) Bus duct Bus duct adalah lebih kurang sama fungsinya dengan riser. penggunaan bust duct akan menjimatkan ruang. D. Riser selalunya berbentuk kekotak dan di dalamnya terdapat basbar. Ia hanya sesuai untuk bangunan-bangunan batu atau konkrik berplaster simen. Kadang-kadang terdapat lebih daripada satu riser di dalam sesuatu bangunan. C. cuma secara lazimnya ia dipasang secara mendatar. Ia sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi kurang sesuai dari segi astetik (kecantikan).) Riser Untuk kegunaan tinggi penyaluran kuasa ke tingkat-tingkat atas adalah menggunakan riser dan bukannya kabel jenis biasa.) Pendawaian Terbenam Kabel PVC digunakan kecuali bahagian bumbung perlu digunakan pembuluh. Berbanding dengan menggunakan kabel biasa. Adalah lebih baik jika riser untuk lampu dan alat AHU diasingkan untuk memudahkan kerja-kerja senggaraan.

memasangnya.7.725 dan bagi fius-fius lain faktornya adalah 1. Bus duct amat sesuai digunakan di kilang-kilang dimana mesen-mesen akan mendapat bekalan yang disambung dari overhead bus duct 3. 40 .4 SAIZ KABEL Saiz kabel hendaklah mampu membawa arus yang perlu mengalir di dalamnya dengan selamat tampa memudaratkan kabel. Keupayaan membawa arus untuk kabel hendaklah lebih besar dari kadaran arus pemutus litar yang mengawalnya. Keupayaan kabel membawa arus juga dipengaruhi oleh factor-faktor pembetulan (correction faktor) berikut :- Ib = In Ct x Ci x Cf x C8 Dimana Ib = arus rekabentuk Faktor suhu Faktor penebat haba Faktor fius Faktor kumpulan Ct = Ci = Cf = Cg = In = Kadaran arus alat perlindungan Jika fius semu enclosed digunakan faktor fius Cf ialah 0.

sambungan gelang kabel 2.5mm digunakan. fius 30A. 41 .5mm2 2. 2 2 LITAR Lampu dan Kipas Litar gelang (soket) Radial Radial FIUS/MCB 5A/6A 30A/32A 30A/32A 20A KABEL 1.Disamping itu untuk kabel masuk utama pertambahan beban akan datang hendaklah diambil kira supaya beban boleh ditambah pada masa akan datang tanpa menukar kabel masukan yang baru. Tambahan 20% bolehlah diambil kira untuk tambahan beban akan datang. kadaran fius 5A.5 KABEL LITAR AKHIR Untuk kabel litar akhir perkara-perkara yang di atas tidak diambil kira untuk tujuan keseragaman tetapi bilangan beban dan kuasanya adalah dihadkan.7.5mm digunakan manakala litar soket alir keluar 13A. saiz kabel 1. Contohnya untuk litar lampu biasanya tidak melebihi 1000 watt atau 10 poin lampu biasa.0mm2 2.5mm2 4. namun aspek mudah menjalankan senggaraan dan bilangan soket yang terlibat apabila satu litar mengalami kerosakan hendaklah diambil kira untuk meminimakan kesan kerosakan kepada pengguna.5mm2 LUAS LANTAI 100m2 50m2 20m2 Dalam keadaan di atas bilangan soket tidak dihadkan. Jadual dibawah dirujuk. 3.

7.6 SAIZ KABEL PERLINDUNGAN ATAU KONDUKTOR BUMI Saiz kabel perlindungan iaitu kabel PVC hijau hendaklah mengikut peraturan IEE seperti berikut:- Saiz Kabel Fasa (S) mm2 Kurang dari 16mm2 Antara 16mm2 hingga 35mm2 Melebihi 35mm 2 Saiz Kabel Perlindungan S 16mm2 Separuh dari S Lebih dari 70mm2 pita tembaga berukuran 3mm x 25mm digunakan 3. Jenis logam paling baik sebab ia kukuh dan tahan lama. 3.Hanya dua jeis kabel sahaja digunakan untuk litar-litar akhir iaitu PVC atau PVC/PVC atau disebut Single PVC atau Double PVC. Jika 42 . Terdapat DB satu fasa dan tiga fasa.8 PAPAN AGIHAN (DB) DB adalah papan terakhir sebelum bekalan disalurkan kepada beban.plastic dan logam. Ada DB yang diperbuat daripada kayu. Jenis kayu dudah kurang digunakan.

Apa yang penting 43 . DB lampu atau DB soket.bilangan lampu dan soket adalah banyak DB boleh diasingkan untuk lampu sahaja dan untuk soket sahaja bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan. Hala simpanan sebanyak 20% hendaklah disimpan atau disediakan untuk litar lampu dan litar soket kecuali DB lampu. kawasan atau bangunan. Pengenalan ini amat penting untuk kerja pemasangan dan senggaraan. boelhlah ditentukan pula kadaran arus perlindungannya.9 PERLINDUNGAN Setelah beban maksima ditentukan dan kabel-kabel dari PSU ke PSK atau PSK ke DB juga ditentukan. Antara kompenen-kompenen yang terdapat dalam DB adalah seperti berikut:… Kabel masuk … Pengasing (isolator) … Suis utama berfius / MCB dua kutub … RCCB (satu atau tiga fasa) … Palang bus hidup … Fius / MCB … Terminal neutral … Terminal bumi … Lampu penunjuk (jika perlu) Bilangan hala (ways) adalah diantara 4 hala hingga 18 hala (1 atau 3 fasa). Susunan litar dan jenis serta bilangan beban hendaklah dilabel khas dan ditampal dibahagian dalam penutup DB. penomboran (numbering) hendaklah dibuat berdasarkan tingkat. Jika Db lebih daripada satu. 3. dan soket adalah berasingan.

Faktor Fius = Arus manima yang akan meleburkan fius Arus kadaran fius JENIS FIUS Fius Dawai Catrij HBC/HRC FAKTOR FIUS 2 1. dan ACB akan terpelantik untuk memutuskan litar. Alat perlindungan arus lebih dan beban lebih yang biasa digunakan adalah fius. MCCB (moulded case circuit breaker) dan ACB (air circuit breaker). MCB (miniature circuit breaker). MCCB atau ACB. Elemen fius akan lebur dan memutuskan litar manakala MCB. Setiap fius mempunyi factor fius yang berbeza. MCM menggunakan prinsip magnetic untuk operasinya berbanding fius yang menggunakan prinsip haba. Factor ekonomi. Fius-fius adalah sebagai alat perlindungan litar akhir. MCCB. Kadaran arus pemutus litar yang dipilih mestilah mempunyai keupayaan tidak kurang dari arus beban. Namun begitu penggunaan fius telah digantikan dengan MCB.25 44 .kadaran arus alat perlindungan hendaklah lebih kecil dari keupayaan membawa arus kabel yang dilindunginya. Fius terdiri dari 3 jenis iaitu fius dawai (rewirable). Fius banyak digunakan di dalam papan agihan fius (DFB). senggaraan dan KA rating menentukan pemilihan antara fius dengan MCB. fius catridge dan fius HCB/HRC (high breaking capacity / high rupcturing capacity).5 1.

45 . … Tidak boleh digunakan lagi selepas elemen fius itu lebur. Maklumat ini selalunya akan dimuatkan di dalam rajah skema. Kelebihan MCB atau MCCB … … … Semasa kerosakan semua pemutus litar akan diasingkan serentak. … … Litar yang rosak dapat dikenalpasti dengan mudah Tidak mudah ditukarganti dengan kadaran yang membahayakan oelh orang yang tidak berpengetahuan tentang elektrik. … Kadaran arus beban lebih MCCB yang dipasang dengan gelung µshunt trip¶ boleh diubah untuk disesuaikan dengan keadaan beban. Selain pemutus litar jenis alatubah arus. bilangan nisbah alatubah arus. jenis geganti dan tatahan arus geganti hendaklah ditentukan. Keburukannya adalah ia mahal dan kadaran kA nya adalah rendah.Kelemahan fius adalah:- … … Elemen fius mudah sebati dengan oksigen untuk menjadi oksid Tidak berupaya untuk membezakan diantara denyutan arus tinggi (high impulse current) dengan arus rosak yang berterusan. Boleh dikawal dari jauh melalui butang tekan (undervoltage release / shunt trip coil). Boleh di µon¶ kan semula selepas kerosakan litar telah diperbaiki. Kebaikan fius pula adalah harganya secara perbandingan adalah murah dan mempunyai keupayaan kA yang tinggi.

10A. Oleh itu sistem perlindungan arus lebih. 15A.1 DISKRIMINASI Diskriminasi bermaksud perlindungan yang akan mengasingkan bahagian litar yang mengalami kerosakan sahaja tanpa melibatkan bahagian-bahagian lain pemasangan.2 PERLINDUNGAN LITAR AKHIR Rekabentuk litar akhir mestilah mengikut peraturan IEE.9. Oleh itu penggunaan geganti jenis lewat masa (IDMT) adalah perlu untuk pemasangan yang besar terutama yang terdapat papan suis utama dan papan suis kecil. Diskriminasi boleh dilakukan terhadap arus dan juga masa ataupun kedua-duanya sekali. 20A dan 32A. kadaran bagi arus MCCB pula adalah dari 30A hingga 2000A. beban lebih dan arus bocor ke bumihendaklah mempunyai ciriciri tersebut supaya gangguan bekalan adalah paling minimum. 3. 40A.Kadaran arus suis fius dalam pasaran untuk SPN (single pole and neutral) adalah 30A. kadaran arus MCB adalah 6A. 60A dan 100A.9. 60A dan kadaran untuk TPN (three poles and neutral) adalah 30A. kadaran arus bagi ACB adalah dari 600A hingga 6300A. 3. 40A. TNB dan JKR yang piawainya adalah seperti di bawah:- 46 .

TCL nya tidak melebihi 1000W 15 2. biasanya dipasang pada kabel masuk atau keluar PSU. Ia Fius atau MCB disambung secara siri dengan satu suis yang berfungsi sebagai membuka dan menutup pintu ke Kesimpulannya disamping melindungi litar oleh fius.0 2.9. kita boleh 47 .5HP alat penghawa dingin 30 6.5HP alat penghawa dingin 3.5 6 bilangan 13A s/s/k 1 bilangan unit pemasak tidak melebihi 3kW 30 4.75 hingga 2.3 PERLINDUNGAN LITAR SUBMAINS Fius atau MCB digunakan juga juga untuk perlindungan bagi litar-litar submain.5 2 bilangan 13A s/s/k 10 bilangan 13A s/s/k di dalam kawasan 100m2 30 jejari 15 4.5 1 bilangan 13A suis alur keluar (s/s/k) 20 30 gelang 2.0 1 bilangan unit pemasak tidak melebihi 8kW 15 4.5kW mata pemanas air 15 4.0 1 bilanagan 1.0 1 bilangan 1. papan suis tersebut.5 2.0 1 bilangan 1.5 HAD KUASA 10 bilangan mata lampu dan kipas.FIUS (A) 5 SAIZ KABEL (MM2) 1. PSK dan DB.

Fius Suis pula fiusnya disatukan bersama dengan pengasing.9.mengasingkan litar-litar tersebut untuk tujuan penyelenggaraan. 48 . Pada amnya bekalan tiga fasa diperlukan bagi beban melebihi 60A satu fasa. 150A. SPN adalah untuk bekalan satu fasa dan TPN adalah untuk bekalan 3 fasa. Fius Suis dan MCCB. Apabila litar pintas atau bocor ke bumi berlaku kita mahukan arus bocor tersebut mengalir ke bumi dengan segera supaya alat perlindungan dapat berfungsi dengan cepat untuk menghindarkan bahaya kejutan elektrik kepada pengguna. kebakaran dan litar pintas yang melibatkan konduktor bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan. dimaksudkan ialah Suis Fius. Pergerakan fius ke dalam dan keluar apabila di µon¶ dan di µoff¶ kan boleh dilihat denagn jelas. Fius akan terpisah dari bahagian hidup (live) kija di µoff¶ kan. Oleh itu rintangan ke bumi mestilah serendah mungkin. Perkakas suis yang Suis Fius mempunyai pengasing secara siri dengan fius yang boleh ditarik keluar. 3. Kadaran yang terdapat ialah 100A. Ia datang dalam bentuk SPN (single pole and neutral) dan TPN (three poles and neutral). 300A 400A dan 600A.4 PERLINDUNGAN ROSAK ATAU BOCOR KE BUMI Pembumian yang baik dan berkesan diperlukan di dalam sesuatu pemasangan elektrik bagi menjamin keselamatan pengguna dari bahaya kejutan elektrik.

Kadaran arus RCCB ialah 49 . galangan bumi yang diperlukan ialah 0.Fius juga boleh berperanan sebagai alat perlindungan bocor ke bumi seperti tersebut di dalam peraruran IEE. pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus (RCCB) perlu digunakan. 100A (4P).66 Ÿ boleh diperolehi dengan mudah Lazimnya untuk arus melebihi 150A. 60A/63A (2P dan 4P). Apabila nilai galangan bumi yang diperlukan tidak boleh Untuk dicapai.5 RCCB (RESIDUAL CURRENT CIRCUIT BREAKER) RCCB mestilah dipasabg di dalam setiap DB mengikut peraturan IEE dan peraturan Elektrik 1994 untuk memberi perlindungan dari kejutan elektrik.66 Ÿ nilai 3. Ini disebut sebagai µsolid earthing¶. Nilai ini tidak mudah diperolehi.9. Perlindungan bocor ke bumi boleh menggunakan fius jika arus kerosakan melebihi tiga kali ganda kadar arus yang mengawal litar itu (faktor fius melebihi 1.5) Keperluan galangan bagi beban 60A dikira seperti berikut: Ohm = = 240 V 3 x 60A 3. pemasangan selain dari domestic µEarth Leakage Relay¶ atau µEarth Fault Relay¶ digunakan. 3.53ohm. 40A/43A (2P).

Standard yang Antara komponen-konponennya adalah:- … Air termination (air final) … Down conductor … Joint and bonds … Earth terminations … Earth elektrods 3. 100mA untuk DB satu fasa atau tiga fasa (lampu dan soket). digunakan adalah British Standard Codes of Practices CP 326:1965.Kepekaan RCCB ialah 10mA untuk mesin permainan kanak-kanak. 3.9.10 PROSIDUR LUKISAN ELEKTRIK Lukisan elektrik yang biasa diperlukan bagi sesuatu projek adalah:- 50 .6 PERLINDUNGAN KILAT Sistem perlindungan kilat perlu dipasang untuk bangunan yang melebihi 2 tingkat atau bangunan yang berada di tempat lapang atau di atas tanah yang tinggi. 30mA untuk litar soket alir keluar 13A.

kedudukan lampu kawasan dan jalan. bahagian sesebuah lukisan.2 KETINGGIAN PERALATAN ELEKTRIK (ELECTRICAL FITTING) Ketinggian minima untuk beberapa alat-alat elektri adalah seperti berikut:- 51 . Rajah pendawaian skema dimana ia menunjukka agihan kuasa bagi keseluruhan projek seperti PSU.1 SIMBOL PERALATAN ELEKTRIK Simbol-simbol piawaian peralatan elektrik yang sedia ada perlulah digunakan sebagai satu keseragaman untuk memudahkan pelbagai pihak memahami sesuatu lukisan. Contoh simbol-simbol kelengkapan elektrik terdapat pada bahagian lampiran mukasurat 223 Namun begitu suatu ruangan yang menerangkan perincian setiap symbol hendaklah disertakan disatu 3. kipas angina. … … Lukisan Elevation and Roof Plan yang menunjukkan system perlindungan kilat. DB dan sebagainya.10. … Pelan susunatur elektrik yang mana menunjukkan kedudukan pelbagai peralatan elektrik.10. 3. DB dan sebagainya.… Pelan tapak dan pelan susunatur bangunan dimana ia akan menunjukkan laluan kabel. lampu. SSB. mata kuasa. PSU. PSK.

Peralatan Tergantung di siling Terlekat di siling Suis lampu Soket alir keluar (permukaan) Soket alir keluar (terbenam/sesalur) Papan agihan fius Ketinggian 240 cm (8¶) 205 cm (6¶ 9´) 145 cm (4¶ 9´) 145 cm 30 cm (1¶) 205 cm 52 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->