You are on page 1of 6

Refleksi

TEH SIEW KHIM

Dalam penghasilan kerja kursus pendek Pendidikan Alam Sekitar ini,pada awalnya, kami menghadapi beberapa masalah dalam mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Kami telah membuat perbincangan dengan rakanrakan,akhirnya kumpulan kami memutuskan keputusan membuat kajian

pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap kebersihan , pembuangan sampah dan penggunaan tenaga air dan elektrik di IPG .. Kami telah berbincang mengenai cara penulisannya dan menetapkan skop serta perspektif isu ini dan kami turut meminta nasihat daripada Pn.Boovaneswari a/p Govindasamy. Atas kerjasama dan bimbingan tanpa mengenal penat lelah daripada Pn.Boovaneswari, kami akhirnya dapat menyempurnakan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PAS kami iaitu Pn. Boovaneswari yang memberi peluang kepada kami menghayati isu alam sekitar dengan lebih dalam dan banyak memberi nasihat dalam usaha Tugasan ini banyak memberi manfaat kepada

menyempurnakan tugasan ini.

saya. Saya lebih memahami isu pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan lebih mendalam. Sebelum ini, saya tidak menyedari bahawa wujudnya pelbagai cara dan iktibar yang berkesan dalam pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar . Kini, pembuangan sampah dan sisa toksik semakin berleluasa akibat arus pembangunan dan kesannya dapat dirasai terutamanya dari segi peningkatan suhu bumi serta memberi banyak kesan terhadap alam sekitar dan kehidupan lain. Pada era globalisasi,usaha untuk memajukan serta meningkatkan taraf hidup sering dikaitkan dengan kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara.Pada masa kini,manusia sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam usaha menjaga alam sekitar,akibat dari ini turut memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan sesebuah negara.Alam sekitar merupakan anugerah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit .Alam sekitar juga adalah amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi berpanjangan. namun ianya Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar kemajuan

jasmaniah. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia.

Refleksi

TEH SIEW KHIM

Pembangunan dan pengurusan yang tidak terancang boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar dan kemusnahan alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti kemusnahan hutan, pencemaran, penipisan ozon, kepupusan spesis-spesis hutan dan sebagainya. Misalnya,pembuangan toksik menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah ini berlaku di sebabkan oleh berlakunya tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut merebak ke laut.Kesan daripada itu menyebabkan hidupan akuatik seperti kerang,hidupan liar turut musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus .Selain itu ,aktiviti manusia seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta pembuangan secara terbuka turut memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.Tambahan pula pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut .Walaupun menyedari kesan yang akan berlaku tetapi tidak dihiraukan oleh mereka.Selain itu mereka kurang pengetahuan tentang alam sekitar menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan

berlakunya pencemaran tanah.Pencemaran ini berlaku akibat daripada tindakan manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangan kesuburan dan hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal .Seterusnya,bahan pencemar terdiri daripada bahan organik, kimia,atau fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan menggangu aktiviti pertanian, khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut .Pembuangan sampah sarap dan penggunaan racun serangga yang berlebihan turut menyebabkan pencemaran tanah .Selain itu ,jika semua tanah

tercemar ia akan menjejaskan sumber pertanian ,malah generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan alam semula jadi.Pembangunan yang tidak terancang seperti pembalakan yang giat,pembukaan tanah secara berleluasa turut memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.Akibat dari ini berlakunya perubahan iklim dan berlakunya banjir . Selain itu,ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia.Oleh itu,keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin.Tambahan pula ,kesan-kesan tersebut turut menjejaskan keindahan semula jadi dan turut

Refleksi

TEH SIEW KHIM

menjejaskan agensi pelancongan kerana pelancong tidak mahu datang melawat ke Malaysia.Seterusnya ,menyebabkan negara kita Malaysia tidak di pandang oleh negara-negara lain.Dengan ini, dapat dijelaskan bahawa pembuangan toksik dan pelbagai masalah alam sekitar yang lain memberi pelbagai kesan kepada alam sekitar.Oleh itu,sama-samalah kita memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak tercemar. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah

pencemaran yang semakin memburuk ini ialah mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. masalah pembuangan bahan-bahan yang tidak boleh reput dapat diatasi dengan mengubah bahan-bahan tersebut menjadi barang perhiasan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang kesenian.Bahan-bahan buangan seperti botol kaca boleh dibersihkan dan dilukiskan atau diserikan untuk menjadi pasu bunga atau barang perhiasan dalam rumah atau pejabat Botol kaca yang terbuang dan yang dianggap sebagai sampah masih boleh diubahsuai menjadi barang yang berharga dari segi keseniannya dan bernilai di pasaran.Oleh itu, pembuangan botol kaca akan berkurang kerana masih boleh digunakan untuk dijadikan bahan lain. . Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk membuat botol kaca baru. Oleh itu, kerajaan harus mempergiat kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semanggat kepada orang ramai untuk mengitar semula. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dengan lebih tegas, dan mengetatkan undang-undang itu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sisa-sisa toksik. Bahan-bahan bertoksik ini boleh mendaratkan kesihatan orang ramai dan mungkin menyebabkan pelbagai jenis penyakit barah.Oleh itu, perbuatan membuang sisa-sisa toksik seperti ke dalam sungai adalah tidak boleh dimaafkan dan hukuman yang setimpalnya harus dikenakan.Oleh itu, kerajaan harus menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan seberat-beratnya supaya mereka tidak berani untuk melakukan kesalahan ini.

Refleksi
agar mereka berasa gerun akan hukuman yang berat itu.

TEH SIEW KHIM

Hukuman seperti dendaan wang , penjara atau penarikan lesen patut dikenakan

Di samping itu, bahan-bahan yang tidak boleh reput patut ditukar kepada bahan yang boleh reput dalam kegunaan seharian. Pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan beg kertas untuk menggantikan beg plastik dalam

penggunaan seharian. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bahan buangan yang banyak dan tidak boleh reput , malah dikatakan mesra alam. Penggunaan bahan lain seperti kertas harus diperluas menggantikan beg plastik seperti ketika membeli-belah di pasar raya. Bakul-bakul rotan pula boleh digunakan semasa ke pasar. Dengan itu, masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian. Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik juga boleh diatasi dengan mengubah bahan-bahan yang bertoksik kepada bahan yang selamat sebelum didedahkan kepada alam sekeliling. Punca berlakunya masalah ini ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan bahan-bahan yang bertoksik itu selepas selesai sesuatu proses seperti yang berlaku di kilang-kilang. Oleh itu, kerajaan

harus menjalankan penyelidikan supaya bahan-bahan yang bertoksik dapat diproses atau ditukarkan menjadi bahan-bahan yang tidak bertoksik dan lebih mesra alam, dan dapat diimplimentasikan oleh kilang-kilang pemprosesan supaya masalah pembuangan sisa-sisa toksik dapat dikurangkan.Masalah kesihatan orang ramai pun akan berkurangan. Dengan langkah ini masalah pencemaran dapat diatasi. Di samping itu,tingkah laku kita dalam kehidupan seharian juga dapat membantu menggembalikan bumi yang berwarna hijau , antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan ialah amalkan penggunaan cahaya semula jadi dan sentiasa buka tingkap. Pasang lampu dan kipas hanya apabila perlu. Ini dapat mengurangkan penggunaan kuasa. membantu Gunakan mesin kira yang menggunakan kuasa suria. Ini tenaga. Jimatkan penggunaan kertas dengan

menjimatkan

menggunakan

kedua-dua belah mukasurat. Guna saputangan sendiri, dan

kurangkan penggunaan kertas tisu. Ini boleh mengurangkan sampah dan menjimatkan tenaga. Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas, tin dan pembungkus minuman dan lain-lain. Tanam pokok di sekitar rumah dan sekolah. Ia membantu mencantikkan kawasan rumah dan sekolah. Pokok

Refleksi

TEH SIEW KHIM

mengambil karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Pastikan persekitaran rumah dan sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan usahakan agar amalan baik ini berkembang kepada masyarakat kita.Belilah kertas yang telah dikitar semula.Ini membantu mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk membuat kertas.Gunakan mesin pencuci pakaian setelah muatannya mencukupi. Ini akan menjimatkan tenaga serta air, dan air bilasan boleh digunakan untuk membasuh lantai. Jimatkan penggunaan elektrik dengan menggunakan peralatan elektrik yang efisien. Padamkan jika tidak menggunakannya. Pemanas air berkuasa suria adalah pilihan yang terbaik. Jimatkan tenaga dengan menggunakan bekas memasak yang mempunyai saiz yang bersesuaian untuk memasak. Menutup dengan penutup juga menjimatkan tenaga. Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Dengan kaedah ini anda boleh menjimatkan 15 kali penggunaan air dibandingkan dengan cara membasuh di bawah paip yang dibuka

berterusan.Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air paip mengalir berterusan. Cara ini menjimatkan penggunaan air. Gunakan 'shower' untuk mandi dan elakkan mandi dalam takungan air.Ini dapat jimatkan penggunaan air. Membasuh kereta menggunakan paip semburan amat membazirkan. Sebaliknya gunakan air yang telah diisi di dalam baldi.Berilah galakan dan sumbangan kepada program kitar semula tempatan. Kitar semula barangbarang buangan anda sebanyak mungkin.Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan sebagainya kerana kain boleh diguna semula jika dibandingkan dengan kertas tisu. Sebagai intiha, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran yang buruk ini.Semua pihak mempunyai peranan masingmasing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin

kesejahteraan hidup masa kini dan generasi pada masa akan datang. Langkahlangkah tersebut dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah ini. Selamatkan alam sekitar kita!

Refleksi

TEH SIEW KHIM

Secara kesimpulannya, kerja kursus pendek yang diberi ini banyak memberi manfaat kepada kami semua. Kami dapat memupuk nilai-nilai murni sesama ahli kumpulan misalnya nilai kerjasama, bertolak ansur dan saling bantu-membantu serta mencintai alam sekitar . Di samping itu ,kami lebih memahami konsep dan isu alam sekitar dengan lebih mendalam. Banyak langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar . Tidak kira apa-apa langkah yang diambil, langkah itu tidak akan mendatangkan hasil tanpa kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah alam sekitar yang kian membimbangkan semua pihak . Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan generasi pada masa akan datang.Isu alam sekitar yang berleluasa ini perlu dikawal dan

semua pihak memainkan peranan yang penting. Kita sebagai guru turut memainkan peranan yang penting. Kita boleh menyemai dan menanamkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulih alam sekitar terhadap murid-murid kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, bumi kita akan sentiasa kekal hijau dan sihat.

You might also like