You are on page 1of 18

SISTEM PEMANASAN Sistem pemanasan air panas bersuhu rendah I Dalam sistem pemanasan air bersuhu rendah suhu

ndah suhu maksimum air adalah lebih kurang 80 oc. Sistem ini boleh dijadikan sistem terbuka dengan menggunakan tangki atau sistem terkedap dengan menggunakan tangki pengembangan. Sistem ini boleh dikendalikan oleh graviti atau pam. Litar yang menggunakan pam dengan paip bergaris pusat kecil. Jenis sistem bergantung kepada jenis bangunan. Litar gelang digunakan untuk bangunan satu tingkat. Sitem penurun dan sistem tangga untuk bangunan dua tingkat atau lebih. Sistem penurun membolong diri dan penyinar tidak akan mengalami penyendatan udara. Sistem tersebut boleh dikendalikan oleh pensifonan haba dan tidak memerlukan pam. Namun demikian, penggunaan pam memastikan peredaran yang lebih baik dan membolehkan penggunaan paip yang lebih kecil.

Rajah 1 Sistem gelang satu paip

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 2 Sistem penurun satu paip

Rajah 3 Sistem tangga satu paip Sistem pemanasan air panas bersuhu rendah II Sistem selari atau satu paip ini berguna apabila paip balik boleh dipasang dalam siling terampai. Keburukan pada kesemua sistem satu paip ialah penyejukan penyinar yang lebih cepat. Ini disebabkan oleh air yang lebih sejuk daripada menyinar daripada permulaan litar disalirkan ke penyinar di hujung litar. Penyejuk penyinar tersebut dikurangkan oleh sistem dua paip yang memerlukan sedikit pengaturan. Sistem balikan songsang dua paip atau sistem kembara setara memerlukan pengaturan yang paling sedikit dan ini disebabkan oleh jarak kembara ke setiap penyinar adalah sama. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sistem ini boleh dikendalikan oleh sifonan haba dan tidak memerlukan pam. Namun demikan, penggunaan pam memastikan peredaran yang lebih baik dan membolehkan penggunaan paip yang lebih kecil digunakan.

Pam tersebut boleh dipasang sama ada pada paip aliran atau paip balik.

Rajah 4 Sistem satu paip

Rajah 5 Sistem dua paip

Rajah 6 Sistem balikan songsang dua paip

Sistem pemanasan air panas bersuhu rendah III Sistem bekalan ke atas dua paip digunakan apabila penggunaan paip mendatar di aras tinggi adalah tidak praktikal. Paip aliran induk dan paip balik boleh dipasang di sepanjang koridor di dalam sesalur lantai. Sistem penurun dua paip digunakan apabila penggunaan paip aliran pada aras tinggi adalah praktikal. Penyinar adalah pembolong diri. Sistem balik aras tinggi dua paip amat berguna apabila pemasangan dilakukan pada bangunan yang sedia ada yang mempunyai lantai bawah yang padat. Sistem ini mengelakkan pemotongan konkrit untuk pemasangan paip.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sistem ini boleh dikendalikan dengan pensifonan haba dan tidak memerlukan pam. Namun demikian, penggunaan pam memastikan peredaran yang lebih baik dan membolehkan penggunaan paip yang lebih kecil.

Rajah 7 Sistem bekalan ke atas dua paip

Rajah 8 Sistem penurunan dua paip

Rajah 9 Sistem balik aras tinggi dua paip

Sistem pemanasan air panas bersuhu rendah IV Sistem pemanasan air paip bergaris pusat kecil ini menggunakan tiub kuprum yang bergaris pusat luar 15mm atau 22 mm. Litar ke silinder boleh dipam atau diedarkan melalui olakan semulajadi. Sistem pemanasan satu paip atau dua paip boleh digunakan. Sistem paip bergaris pusat mikro menggunakan tiub kuprum lembut yang bergaris pusat luar 6, 8,10 dan 12 mm. Punca rongga bergaris pusat 22mm atau 28 mm membekalkan penyinar paip kuprum bergaris pusat mikro tersebut. Sistem ini boleh dijadikan sistem terbuka atau terkedap seperti yang ditunjukkan pada rajah 11. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Paip bergaris pusat senang dipasang atau disembunyikan. Sistem ini tidak boleh dikendalikan oleh sifonan haba dan dengan itu sentiasa memerlukan pam. Ini adalah kerana penggunaan paip yang sangat kecil merintang aliran air.

Larasuhu di bilik hendaklah dipasang setinggi1.2m dan 1.5m dari aras lantai.

Rajah 10 Sistem bergaris pusat kecil

Rajah 11 Sistem bergaris pusat mikro

Tangki pengembangan dalam sistem pemanasan Bagi mana-mana sistem pemanasan, ruang pengembangan air mesti disediakan. Tangki pengembangan dan bekalan menyediakan ruang pengembangan di dalam dandang untuk pengapian biasanya dicampur dengan ruang pengembangan tambahan sebanyak 33.33% untuk pengapian tinggi dan dandang. Sistem terkedap memerlukan sebuah kebuk pengembangan dan ia perlu disambungkan kepada paip balik. Penggunaan kebuk pengembangan menjimatkan tenaga buruh dan kerja paip. Ia juga mengurangkan risiko udara masuk ke dalam sistem dan mengurangkan keratan. Gas nitrogen bertekanan pada kadar 10 kPa ( kira-kira 1 m pada turus air ) digunakan untuk menghasilkan tekanan air yang minimum pada paras yang tertinggi untuk sistem pemanasan. Tekanan maksimum gas ialah 300kPa. Beberapa pengilang menggunakan udara sebagai kusyen. Walaupun demikian, nitorgen merupakan gas lengai dan tidak akan menyebabkan kebuk berkarat. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 12 tangki pengembangan dan bekalan

Rajah 13 Kebuk pengembangan gegendang

Rajah 14 pemasangan kebuk pengembangan Sistem pemanasan air bersuhu tinggi Sistem pemanasan air bersuhu tinggi dikendalikan pada suhu sehingga 200 oc. Sistem ini mengurangkan saiz pemancar haba dan garis pusat paip. Penekanan stim diperoleh melalui pengeluaran stim di dalam dandang. Dengan penekanan stim paip pencampuran diperlukan untuk mengelakkan air di dalam paip alir daripada tersimbah ke dalam stim. Penekanan air di dalam silinder tekanan adalah disebabkan oleh gas nitrogen. Gas nitrogen adalah gas lengai dan sebahagian daripada gas tersebut diserap oleh air, ia tidak akan menyebabkan karatan. Jika aras air di dalam silinder yang mengandungi gas nitrogen turun dengan banyaknya, suis tekanan akan menghidupkan pam bekal dandang. Pam ini akan memasukkan air ke dalamk silinder sehingga mencapai aras air yang sepatutnya. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 15 Penekanan stim Sistem pemanasan stim

Rajah16 Penekanan nitrogen

Stim mempunyai muatan haba khusus yang sangat tinggi iaitu 2257 kJ/kg pada tekanan atmosfera. Kadar muatan haba tentu bagi air adalah 420 kJ/kg pada 100oc. Muatan haba tinggi tersebut serta halaju aliran stim setinggi 36m/s membolehkan penggunaan paip yang bergaris pusat kecil. Stim mengalir melalui kerja paip tanpa menggunakan dan dengan itu menjimatkan tenaga. Dua jenis sistem yang digunakan dikenali sebagai sistem graviti dan sistem mekanik. Tekanan stim hendaklah serendah yang sesuai supaya boleh menambahkan muatan habanya. Stim tekanan tinggi kadang-kadang diperlukan dengan injap pengurang tekanan di setiap cabang ke bangunan untuk melawan rintangan pada kerja paip yang panjang.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 17 Sistem graviti Perangkap stim

Rajah 18 Sistem mekanik

Tujuan perangkap stim adalah untuk membolehkan air peluwap keluar dari kerja paip tanpa membenarkan kerja stim terlepas keluar. Apabila air memasuki perangkap jenis berlarasuhu, belos akan mengecut dan membuka injap, stim akan menutup injap tersebut. Apabila air memasuki jenis timba, timba tersebut akan tenggelam dan injap tersebut kana terbuka, stim akan memaksa air keluar dan injap akan tertutup. Apabila air memasuki jenis bebola apungan, bebola apungan akan timbul dan injap akan terbuka. Air akan dipaksa keluar oleh stim dan injap akan ditutup oleh berat apungan serta tekanan stim yang bertindak pada injap.

Untuk mengelakkan kerosakan pada injap oleh kersik, saring hendaklah dipasang pada bahagian salur masuk setiap perangkap tersebut. Kaca penglihatan yang dipasang pada bahagian salur keluar perangkap akan membolehkan jurutera melihat bahawa yang mengalir ialah air dan bukannya stim.

Rajah 19 Jenis larasuhu http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 20 Jenis timba Pemanasan panel

Rajah 21 Jenis bebola

Sistem ini terdiri daripada paip kuprum yang lembut yang bergaris pusat luar 15mm atau 22mm yang dibenamkan di dalam lantai, siling atau dinding. Sistem ini menghasilkan tahap keselesaan haba yang tinggi dan haba sinaran yang dipancarkan melalui fabrik bangunan. Pada permukaan fabrik kawalan lara suhu menghasilkan suhu permukaan seperti berikut : a ) lantai 27oc b ) Siling 49oc c ) Dinding 43oc

Paip mesti dipasang menurun untuk membolehkan udara keluar melalui injap udara. Sambungan pada paip tersebut mesti diperbuat daripada lekapan berpateri rerambut atau lekapan berkimpalan gangsa. Sebelum paip dibenamkan sistem ini diuji secara hidraulik dengan kadar tekanan 1400kPa selama 24 jam. Sistem ini menyembunyikan paip daripada penglihatan orang ramai. Sistem ini menghasilkan pengagihan haba yang baik.

Rajah 22 Pemasangan sistem pemanasan panel http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pemanasan ruang dengan sistem suria Jika pemanasan ruang dengan sistem suria hendak dipasang, fabrik bangunan memerlukan penebatan haba. Untuk sesebuah rumah yang berkeluasan lantai 150 m ia memerlukan sebuah plat pengumpul suria rata berkeluasan 40m. Tangki suria perlu berupaya menampung air sebanyak 40m. Pemanas olakan atau panel paip yang dibenamkan di dalam lantai boleh digunakan untuk sistem pemanasan ruang. Anti sejuk beku mesti dicampurkan dengan air di dalam litar suria. Oleh sebab harga gas, minyak, bahan api pepejal dan elektrik kian meningkat, pemanasan ruang dengan sistem suria semakin popular. Pada cuaca yang sangat sejuk, sebuah pemanas bantuan diperlukan. Dipanaskan oleh salah satu bahan api yang tersebut.

Rajah 23 Ruang dengan sistem suria http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sistem pemanasan udara panas Sistem ini senang dikawal dan tempoh pemanasannya adalah cepat. Tidak ada risiko kebocoran air atau sejuk beku. Salur udara mesti ditebat dengan sempurna. Jerjak diperlukan pada pintu supaya udara boleh kembali semula ke pemanas. Sebuah pemanas rendaman atau pengedar gas diperlukan untuk membekalkan air panas. Salur masuk udara diperlukan untuk menyediakan udara pembakaran bagi pemanas. Udara baru biasanya dibekalkan ke bilik melalui tingkap yang boleh dibuka tetapi satu salur udara baru boleh disambungkan ke salur udara balik.

Rajah 24 Sistem untuk sesebuah rumah Pemanasan daerah I Bilik dandang pusat ini hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bangunan yang memerlukan beban pemanasan yang tinggi seperti sebuah kawasan kilang. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sistem ini memerlukan paip pemanasan yang panjang dan paip mestilah ditebat dengan sempurna. Sistem ini menjimatkan penyenggaraan. Haba buangan dari stesen kuasa boleh digunakan atau sampah sarap boleh digunakan sebagai bahan api dandang. Sistem ini menjimatkan jumlah bilik dandang dan ruang. Kadar pencemaran atmosfera berkurangan kerana hanya terdapat satu cerobong dan satu stor bahan api. Dandang dan loji disenggarakan pada tahap kecekapan puncak. Sistem ini memerlukan kawalan lara suhu.

Rajah 25 Pelan tipikal sistem dua paip Pemanasan daerah II

Rajah 26 Pemandangan sistem dua paip

Pelan untuk sistem tiga paip adalah sama dengan pelan untuk sistem dua paip, kecuali penambahan satu paip alir bergaris pusat kecil. Paip aliran bergaris pusat kecil ini juga dibekalkan dengan sebuah pam berasingan. Apabila pemanasan ruang tidak diperlukan, paip aliran kecil digunakan dan paip aliran besar ditutup. Ini menjimatkan kehilangan haba daripada paip serta menjimatkan kuasa untuk mengepam.

Paip tersebut mesti dipasang sekurang-kurangnya 460mm di bawah aras tanah dan ditebat dengan sempurna. Bahan penebat tersebut mestilah berkeadaan kering sepanjang masa dan paip terlindung daripada karatan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kos sesalur adalah lebih kurang sama dengan kos loji dandang. Kehilangan haba daripada sesalur pemanasan adalah lebih kurang 15% daripada beban pemanasan melalui pemancar haba.

Rajah 27 Pelan tipikal sistem tiga paip Pemanasan daerah III

Rajah 28 Sesalur pemanasan bawah tanah

Sistem empat paip membekalkan pemanasan ruang serta air panas ke setiap bangunan. Pengkalori penyimpan air panas diperlukan di dalam bilik dandang dan tangki simpanan air sejuk juga diperlukan untuk membekalkan pengkalori tersebut. Terdapat pengurangan bilangan pengkalori dan tangki simpanan air sejuk berbanding dengan keperluannya yang lazim bagi setiap bangunan. Saiz bilik dandang perlu diperbesarkan untuk memasang pengkalori. Semasa pemanasan ruang tidak diperlukan. Hanya sesalur bekalan air panas sahaja digunakan. Bayaran bagi bangunan yang dibekalkan dengan pemanasan ruang dan bekalan air panas boleh digabungkan dengan kadar sewa atau cukai harta benda. Walau bagaimanapun, penggunaan meter adalah cara yang paling adil untuk mentaksir bayaran penggunaan haba.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 29Pelan tipikal sistem empat paip Rajah 30 Pemandangan sistem empat paip Pemancar haba I Tahap perbezaan suhu udara sebanyak 3C boleh digunakan apabila pemanasan sinaran dipasang. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bahan api sebanyak 15%. Kerajang aluminium jika diletakkan di belakang penyinar akan menambahkan tahap kecekapan penyinar. Para yang dipasang di atas penyinar akan menghalang pencemaran dinding pada bahagian atas penyinar yang disebabkan oleh arus olakan. Panel serta jalur sinaran selalunya dipasang di kilang dan di gudang.

Rajah 31 Penyinar jenis panel

Rajah 32 Jalur sinaran

Pemancar haba II Pemanas kambi sinaran dan perolakan tidak begitu ketara dan menghasilkan pengagihan haba yang baik di dalam bilik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pemanas pengolak semula jadi perlu ditempatkan pada aras yang rendah supaya turus udara panas disesar oleh udara bilik yang lebih sejuk. Pemanas pengolak kipas boleh ditempatkan pada aras yang tinggi. Kipas tersebut boleh mempunyai kelajuan boleh ubah untuk mengawal kadar keluaran haba. Unit pemanas atas siling digunakan di dalam bengkel dan satu daripada pemanas tersebut digunakan sebagai tabir udara panas merentangi muka pintu. Unit pemanas boleh mempunyai sebuah injap salur masuk berkawalan lara suhu atau beberapa unit pemanas boleh dikawal melalui penggunaan injap lencongan tiga hala.

Rajah 33 Pemanas kambi sinaran Sistem pemanasan kawalan berlara suhu

Rajah 34 Pemanas pengolak semula jadi

Sistem kawalan pemanasan berlara suhu menjimatkan bahan api dan meningkatkan tahap keselesaan haba bagi penghuni. Lara suhu bilik hendaklah diletakkan jauh dari cahaya matahari terus dan dipasang 1.2m dan 1.5m dari aras lantai. Injap berlara suhu boleh dipasang pada setiap pemancar haba dan kaedah ini akan mengambil kira penggandaan atau kehilangan haba dalam setiap bilik. Kaedah yang lebih murah ialah dengan menggunakan injap zon untuk mengawal suhu setiap litar. Injap berlara suhu tiga liang boleh digunakan sebagai injap pencampuran atau injap lencongan. Injap pencampuran mempunyai dua salur masuk dan salur keluar manakala injap lencongan mempunyai satu salur masuk dan dua salur keluar.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Injap pencampuran dan injap lencongan menghalang penyinar daripada menjadi sejuk dan dengan demikian memberikan tahap keselesaan haba yang tinggi kepada penghuni bangunan.

Rajah 35 Pam yang dikawal oleh satu larasuhu

Rajah 36 Injap penyinar berlarasuhu Sistem-sistem pemanasan kawalan lara suhu dan jam. 1. Injap pelencong boleh digunakan untuk menutup litar pemanasan supaya air daripada dandang boleh mengalir ke gegelung pemanasan di dalam silinder air panas. 2. Larasuhu jenis rod boleh digunakan untuk mengawal suhu air di dalam silinder tersebut. Apabila mencapai tahap suhu air yang dikehendaki selongsong loyang akan mengembang dan menarik rod invar dari titik sentuhan dan dengan itu memberhentikan bekalan elektrik. 3. Larasuhu bilik juga dikendalikan oleh pengembangan kebezaan antara loyang dan invar.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

4. Injap penyinar berlara suhu dikendalikan oleh elemen yang peka terhadap haba. Apabila mencapai tahap suhu udara yang diperlukan elemen akan mengembang dan menutup injap. 5. Kawalan jam dan pengatur cara akan mengaturkan masa pengendalian pemanasan dan bekalan air panas.

Rajah 37 Penggunaan injap pelencong untuk memberikan keutamaan kepada bekalan air panas bagi sistem yang menggunakan litar berpam untuk kedua-dua silinder pemanasan dan silinder air panas

Rajah 38 Larasuhu jenis rod

Rajah 39 Larasuhu bilik

Rajah 40 Injap penyinar berlarasuhu http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 41 Kawalan jam dari pengaturcara

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 [P.W.5178/85] berkaitan sistem pemanasan bangunan. 101. Dandang, pendiang, relau, genahar, pembakar dan alat-alat menjana haba lain yang serupa yang digunakan dalam bangunan lain daripada bangunan kediaman hendaklah dilengkapi dengan cara yang mencukupi untuk menyalur haba lain dan asap yang dijana oleh alat tersebut supaya boleh dibuang keluar melalui corong asap atau saluran yang dibina dengan sempurna daripada bahan tahan api sekurang-kurangnya pada kadar 2 jam mengikut PB 478 Bahagian 3. Bahan mudah terbakar yang digunakan dalam pembinaan bangunan hendaklah skurang-kurangnya 80 milimeter jauhnya daripada sesuatu sarung corong asap yang dikehendakibagi menyalurkan asap atau hasil bakaran lain. Bilik dandang dan kawasan stiran di bawah paras tanah yang tidak dilengkapi dengan pemasangan pemadam api automatik hendaklah dilengkapkan denagan alir masuk busa. Semua struktur bawah tanah, bangunan tanpa tingkap, bergantung kepada jenis pendudukan, storan, prosesan atau jenis perlindungan yang dipasang, hendaklah dilengkapi dengan alir masuk busa sebagaiman dikehendaki oleh Pihak berkuasa bomba.

102.

233. 234.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You might also like