You are on page 1of 22

KONSEP SILVIKULTUR

1. Apa itu Silvikultur? Ia adalah seni untuk menghasil dan menjaga hutan

2. Perlu gunakan ilmu silvik untuk merawat hutan tresebut

3. Teori dan praktikal mengawal pembalakan hutan, komposisi hutan, struktur


hutan dan mnegawal pertumbuhan pokok dalam hutan

4. Ilmu ekologi, pokok, psikologi, emtomologi dan sains tanah

TUJUAN SILVIKULTUR
1. Untuk memperbaiki alam semulajadi, meningkatkan fungsi hutan

2. Mengawal struktur dirian dan pokok serta proses-proses yang berlaku,


mengawal saiz dan untuk banyak kegunaan

3. Mengawal komposisi pokok, untuk ekonomi dan juga tujuan biologi

4. Mengawal kepadatan dirian hutan

5. Menambah bilangan pokok di kawasan yang teruk disebabkan oleh manusia


dan alam

6. Untuk tujuan perlindungan dan mengurangkan kehilangan kerosakan

7. Mengawal kitaran penebangan

8. Membantu proses penuaian (pembalakan)

9. Pemuliharaan produktiviti tapak, supaya ia berada pada tahap yang tinggi

• Silvikultur sebagai ekologi gunaan (applied ecology); apabila pokok mati,


ia akan tumbang, maka ruang akan terbentuk

• Salah satu hubungan silvikultur (pengurusan hutan) dengan taggingjawab


social ialah membantu menjaga hutan

DIRIAN DAN HUTAN


1. Apakah itu dirian? Dirian ialah sekumpulan pokok yang sama dalam
komposisi spesies, susunan kelas umur, kualiti tapak dan keadaan tertentu
seperti topografi

2. Contoh, satu dirian pokok kelapa sawit di ladang

3. Hasil dirian hutan dipengaruhi oleh proses pertumbuhan pokok

4. Proses itu ialah percambahan biji benih, pertumbuhan, persaingan dan


kematian pokok tua

JENIS DIRIAN
 PURE EVEN-AGE STAND; dirian sama umur yang tulen

 ADVANCE REGENERATION-PURE STAND; kawasan hutan tidak dibersihkan,


pokok lain ditebang, ada pokok yang tringgal dan ruang yang ada ditanam pokok
baru

 UNEVEN-AGED STAND; hutan asli, dirian yang tidak sama umur

 MIXED STAND; tanaman ladang yang ditanam lebih daripada satu spesies

*ENTOMOLOGI>Kajian tentang serangga

*PATOLOGI>kajian tentang penyakit oleh kulat


JENIS RAWATAN SILVIKULTUR
1. 2 kategori terminology;

• Kadah pembiakan

• Penjagaan, penebangan sederhana

2. Berlaku dalam tempoh satu kitaran

3. Penghasilan dan penebangan regenerasi;

 mengeluarkan pokok yang tua dan pada masa yang sama mewujudkan
persekitaran yang sesuai untuk pokok-pokok muda. Tempoh masa
untuk kaedah ini ialah semasa musim buah

 kitaran ini biasanya dibenarkan di dalam tempoh 3 tahun

4. Regenerasi??? Apa itu regenerasi??? Regenerasi ialah aktiviti di mana kita


menukar pokok yang tuan dengan anak-anak pokok secara langsung atau
secara tidak langsung

5. Penebangan pertengahan; dilakukan di ladang dan sebagainya, dilakukan


operasi penjarangan (thinning), operasi pembebasan, pemangkasan dahan-
dahan, ranting-ranting, seterusnya menambah bentuk dirian

6. Penjarangan bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dirian dengan


mengawal ketumpatan
SEJARAH SILVIKULTUR HUTAN
1. AE Ramlault, Pengarah Perhutanan yang pertama, iaitu di Perak danSelangor.
Beliau membuat kesimpulan bahawa;

• Felling for improvement tidak akan berjaya jika pokok kecil tidak
mencukupi bilangannya sebagai pertumbuhan generasi kedua selepas
penebangan

• Pada masa tersebut, memerlukan kuantiti kayu api dan kayu jaras
untuk menampung pengeluaran dan perlombongan tin

• Beliau mencadangkan apa yang dipanggil Derpatmental Peeling,


penebangan secara pembahagian

• Pada tahun 1926, penebangan pokok dilakukan semata-mata untuk


membantu pembesaran pokok-pokok yang bernilai

• Apa yang berlaku apabila penebangan pokok cuma untuk membantu


spesies yang bernilai setelah pokok bernilai didapati berbuah secara
jarang (tidak berbuah setiap tahun)

• Hampir kesemua biji benih yang tumbuh di lantai hutan, iaitu yang
tidak diganggu akan bercambah

• Tetapi, dalam keadaan yang semulajadi, banyak anak pokok gagal


untuk tumbuh sebab; lantai hutan yang tebal menyebabkan cahaya
tidak mencukupi, lalu pertumbuhan mereka terbantut. Keadaan ini
akan berlarutan sehinggalah ada cahaya atau ruang barulah ia
bercambah

• Pokok akan bertumbuh paling baik pada ruang yang selebar 20 kaki,
tetapi, jika melebihi daripada nilai itu, anak pokok berkemungkinan
akan mati
OPERASI HUTAN (Masa Dahulu)
 Departmental Improvements Felings

 Departmental Regeneration Felings (RIF)

 Commercial Regeneration Feling or Seeding Felings (S)

1. 1932 (Silvicultural Axioms, Hakikat Silvikultur)


 Apabila pemerhatian dibuat,tidak perlu ada penebangan dan itulah yang
terbaik

 Objektif (S) dan (RIF) adalah untuk mengawal atau menghapuskan spesies
yang tidak perlu untuk memberi laluan kepada pokok bernilai komersial
yang ada dan akan ada

 Kaedah ini akan membuka silara secara perlahan-lahan dengan membuat


pembersihan di kawasan lantai hutan selama 7 hingga 8 tahun

 Adanya belukar/pioneer di kawasan tersebut menandakan bahawa ruang


yang dibuka terlalu cepat

2. PENANAMAM, 1933
 Menanam pokok di hutan dara adalah membazir duit dan masa

 Sebaliknya, belukar boleh dibuang daripada hutan dara

• REGENERASI SECARA SEMULAJADI (NATURAL REGENERATION)

 Pertumbuhan secara semulajadi adalah daripada biji benih


 Untuk mengekalkan pertumbuhan biji benih (di dalam hutan yang
teganggu), ruang perlu diwujudkan secara perlahan-lahan. eg. operasi
menebas 2 atau lebih pusingan

3. HUTAN PAYA
 Pengurusan hutan paya yang berkeasn ialah pada tahun 1934

 Paya gambut adalah susah untuk dimasuki

 Kumpulan anak benih adalah banyak dan anak benih tumbuh dengan
cepat, tidak perlu campur tangan manusia

4. Gelang Racun (Poison Girding)


 1934, racun adalah sodium arsenite sebanyak 5%-10%

5. KEPERLUAN PLOT RAWATAN, dalam report yang dibuat pada


tahun 1935 di Sungai Buloh

 Biji benih yang tumbuh dekat dengan pokok ibu, akan tumbuh dengan
cepat, tetapi banyak yang akan mati

 Jika di sesuatu kawasan terdapat anak pokok yang banyak, tidak


digalakkan untuk membuka ruang yang besar dan cepat serta
mendadak

 Jika ada ruang yang wujud di atas silara, ia tidak akan membantu
regenerasi, disebabkan oleh hutan kita mempunyai 5 stratum yang
utama

 Dahulu dikatakan jika pokok bertam didapati di sesuatu kawasan,


maka kawasan itu terganggu, manakala jika pokok bertam dipotong, ia
tidak membantu pertimbuhan semulajadi

6. Pembangunan Silvikultur (1936-1941)


 Pada tempoh ini, penggunaan kayu api berkurangan disebabkan oleh
peningkatan penggunaan gas

 Tetapi pada masa yang sama, permintaan kayu balak semakin tinggi
disebabkan oleh permintaan daripada perlombongan arang, minyak
dan bekalan elektrik
 Mereka beralih kepada kayu daripada pokok getah, maka permintaan
kayu api mengurang, seterusnya kos pengeluaran kayu api bertambah

 Gelang racun yang baru masih lagi dipraktikkan dan menggunakan


larutan sodium arsenite ke dalam air lalu dimasukkan ke dalam tanah

 Penebangan Secara Memilih (Introduction of Selective Fellings)


diperkenalkan pada masa tersebut

PEMOTONGAN BERTAM (BERTAM CUTTING)

 Pada tempoh yang sama, bertam wajib dipotong untuk membantu


pertumbuhan anak-anak pokok

HUTAN PAYA

 1936-1941, ada penyelidik yang meraguu laporan bahawa tanpa campur


tangan manusia, generasi meranti boleh kekal hidup

 Mereka membuktikan bahawa adalah perlu campur tangan manusia untu


pertumbuhan meranti

HUTAN BEREGENERASI (TUMBUH BALIK)

 Pada tahun 1940 di Melaka, pertumbuhan pokok yang ditinggalkan


terbantut selepas pembalakan

THINNING (PENJARANGAN)

 Mengurangkan jumlah pokok yang ada di sesuatu dirian

 Dalam report 1939, menyatakan apabila menggunakan penebangan


memilih (SELECTION SYSTEM), tidak perlu ada rawatan, kerana ada
banyak anak benih di kawasan tersebut5 (kenyataan ini tidak meliputi
kesemua kawasan dan musim)

 Oleh itu, perlunya pemerhatian; samada perlunya rawatan ataupun tidak


perlu rawatan

PENANAMAN
 Pada tahun 1936, sudah ada penanaman besar-besaran di Rantau Panjang
dan Bukit Sungei Puteh

 Juga penanaman dibuat di tanah tidak subur di Selangor dan di tanah


berpasir di Kelantan (tanah bris, tepi pantai), didapati tidak berjaya kerana
tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok

PEMERINTAHAN JEPUN 1942-1945

• Bahan api banyak digunakan

PERANG DUNIA KE-2

• 35000 ekar kawasan musnah semasa Perang Dunia Ke-2

• Pembalakan sebenarnya dilakukan di hutan tanah pamah sahaja,


penanaman balak juga dilakukan di kawasan tanah pamah sahaja

DARURAT (1948-1959)

• Penanaman pokok tidak dilakukan, aktiviti penanaman pokok berhenti

• Pembalakan menggunakan gergaji, mengggunakan tenaga haiwan untuk


menarik keluar balak. Selepas perang, menggunakan jentera untuk
menarik keluar balak

• Daripada pemerhatian; tidak dapat lagi melakukan 2-3 pusingan


pembalakan sebab banyak pokok telah ditebang, hutan belum lagi
mampu untuk sembuh, pokok yang tidak sesuai juga untuk ditebang
disebabkan ruang dan sebagainya

• Wujudnya masalah silvikultur, kerosakan kerana penggunaaqn jentera

SELEPAS DARURAT, 1959

• Pegawai atasan daripada luar Negara, mereka hampir bersara, mereka


ada pengalaman, jadi persaraan mereka kelak dan jawatan yang
ditinggalkan perlu diisi oleh orang Malaysia yang tiada pengalaman

• Jadi pengajarannya ialah pentingnya pemerhatian di lapangan


(pengajaran)

• Berdasarkan pengalaman, cadangan untuk silvikultur melalui Malayan


Uniform System (1949)
• Oleh kerana hampir kesemua tanah pamah diterokai, system baru telah
diperkenalkan di kawasan bukit kerana system yang terdahulu adalah
untuk tanah pamah

SISTEM SILVIKULTUR ASAS


1. System silvikultur asas ada 3;

 SHELTERWOOD SYSTEM

- Shelter bermaksud ditinggalkan untuk teduhan

- Adalah satu kaedah untuk menghasilkan dirian yang sama daripada


pokok-pokok yang muda melalui penebangan dan juga menggunakan
rawatan silvikultur

- Semua pokok yang matang akan dituai dan kawasan yang terbuka akan
menjadi tempat untuk pokok understory untuk mendapatkan ruang dan
bertumbuh

- Fungsi pokok penaung adalah sebagai penaung dan juga menaungi biji
benih

- Dalam system ini, ditentukan jalan untuk mengangkut balak secara


teratur dan mengikut bentuk muka bumi

- Dalam system ini, bila pokok ditebang, akan meminimumkan kerosakan

- System ini melibatkan 3 tahap yang berlainan;

i. PENEBANGAN PERSEDIAAN

• Pokok besar yang dianggap tidak member naungan akan


ditebang terlebih dahulu

ii. ESTABLISHMENT CUTTING (PENUBUHAN)

• Pokok main canopy dipilih dan ditebang untuk member ruang


untuk pokok understory untuk mencukupkan sumber
pertumbuhan
iii. TEBANG SEMUA POKOK TEDUHAN

• Penebangan hanya dilakukan apabila lantai hutan dipenuhi


oleh anak-anak pokok

- Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan satu dirian yang


sama umur (anak-anak pokok)

- Kesesuaian system ini ialah ia mengambil idea daripada gangguan


semulajadi yang melanda hutan

- Keuntungan menggunakan system ini;

 Preservation (mengekalkan genetic yanga da dalam hutan tersebut)

 Pembukaan hutan secara perlahan dapat mengurangkan


hakisan’mengekalkan habitat semulajadi hidupan liar

- Kelemahan menggunakan system ini;

 kos tenaga yang tinggi, untuk masuk dan menentukan pokok yang
sesuai ditebang

 memerlukan orang yang pakar dalam pengecaman pokok

 menyebabkan kehilangan habitat kerana ada hidupan liar yang


memerukan kanopi yang tertutup

*PRESERVATION> ada campurtangan manusia

*CONSERVATION>tidak ada campurtangan manusia

 SELECTION SYSTEM

- Adalah satu kaedah penebangan pokok mengikut kitaran, member


peluang kepada anak-anak pokok yang ada untuk tumbuh

- Pokok ditebang secara berperingkat, dalam kuantiti yang kecil

- Inventori dilakukan sebelum dilakukan penebangan

- Had minima (had tebangan) pokok yang akan ditebang ditentukan

- Membuatn penebangan secara teliti supaya kerosakan berada di tahap


yang minima

- Perbezaan system ini dengan SHELTERWOOD SYSTEM, system ini


mengekalkan system semulajadi, SHELTERWOOD SYSTEM menggalakkan
pokok light demanding untuk tumbuh, manakala system ini
menggal;akkan pokok shade tolerant dan light demanding untuk tumbuh

- Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan saiz dan umur pokok
yang berbeza

- Kesesuaian system ini untuk dipraktikkan ialah di tempat yang


mempunyai banyak pokok shade tolerant di Tropika

- Keuntungan menggunakan system ini;

 Mengekalkan genetic yang ada di dalam hutan tersebut

 Mengelakkan berlakunya hakisan tanah

 Boleh membekalkan habitat untuk hidupan liar, juga aktiviti


rekreasi

 Pendapatan yang berterusan daripada aktiviti pembalakan dan


bekalan balak yang berterusan

- Kelemahan system ini;

 Memerlukan masa dan tenaga

 Memerlukan pakar untuk menentukan spesies

 Perlukan luas kawasan yang besar untuk menstabilkan antara kos


dan pendapatan

 Boleh menyebabkan kerosakan pokok tebangan kedua jika


penebangan tidak dilakukan dengan betul
 CLEARCUT SYSTEM

- Kaedah penebangan ini ialah, semua pokok akan ditebang di dalam satu
operasi

- Seorang pakar telah mengubahsuai system ini, di mana kumpulan pokok-


pokok tertentu ditinggalkan untuk mendapatkan bekalan biji benih.
Pengubahsuaian ataupun modifikasi itu dinamakan “seed-tree clearcut”

- Kawasan yang telah dijalankan system ini, iaitu ditebang habis, mungkin
boleh ditumbuhi oleh vegetasi apabila;

 Biji benih dibawa oleh angin dari kawasan berhampiran

 Biji benih ada di lantai hutan

 Pertumbuhan “coppice” (pertumbuhan baru)

 Kawasan itu ditanam oleh manusia

- Keputusan system ini ialah akan menghasilkan ladang, hanya sesuai


untuk pokok yang light demanding sahaja

- Kesesuaian system ini ialah di kawasan yang dicadangkan untuk dijadikan


ladang

- Keuntungan menggunakan system ini;

 Ringkas dan senang sebab semua pokok ditebang dalam satu


operasi

- Kelemahan system ini;

 Akan berlakunya hakisan

 Berlakunya pemampatan di dalam sungai, merosakkan habitat


akuatik dan mengurangkan kualiti air, tanah mengalir ke sungai

 Memerlukan penjagaan yang amat rapi, pada masa yang sama,


terdedah kepada ancaman hidupan liar

 Pengekalan genetic adalah sangat kurang


OPERASI SILVIKULTUR
 DEPARTMENTAL IMPROVEMENT FELLING (DFI)

- System ini diperkenalkan 160 tahun yang lepas

- System ini bertujuan menguruskan hutan secara sistematik

- Digunakan untuk memperbaiki dirian yang sudah ada melalui penebangan


pokok-pokok yang tidak penting, pergelangan pokok juga digunakan
dalam beberapa peringkat untuk menggalakkkan pokok yang berpotensi
untuk bertumbuh

- Rawatan ini tidak memberi kesan kepada pokok-pokok muda. Apabila


dikenalpasti bijij benih telah tumbuh, pokok-pokok komersial ditebang

 REGENERATION IMPROVEMENT FELLING (RIF)


- Bertujuan untuk mengawal, membuang dan menghapuskan spesies yang
tidak diperlukan untuk memberi laluan kepada pokok-pokok yang bernilai
komersil

- Kaedah ini akan mewujudkan ruang secara perlahan, sedikit demi sedikit
dengan membuat pembersihan di lantai hutan

- Apabila kawasan dibuka terlalu cepat, spesies perintis akan masuk

 COMMERCIAL REGENERATION FELLING (CRF)

- Tidak ada pergelangan racun, untuk bekalan kayu api dan kayu tiang

- Melibatkan system kitaran 5 tahun, selepas tempoh masa 5 tahun,


dilakukan penebangan beberapa kali (bergantung kepada peratus
percambahan anak pokok)

 “CLASSICAL” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS)

- Diperkenalkan pada tahun 1948

- Digunakan bertujuan untuk mengubah Hutan Hujan Tropika kepada satu


dirian yang agak sama umur dan mengandungi sebahagian besarnya
daripada poko-pokok komersial

- Systematic poisoning of unwanted species 9gelang racun diguna balik)

- Melibatkan penebangan semua pokok yang matang (dbh>45 cm,


semuanya ditebang)

- Penebangan itu diutamakan light demanding dan light hardwood species

- Penebangan diikuti oleh gelang racun kepada pokok yang tidak bernilai
komersial dan rosak ynag berdiameter paras dada sehingga 5 cm (45>
pokok rosak dan tidak bernilai komersial >5 cm)

- Selepas 2.5 tahun, inventori dilakukan untuk mengatahui spesies yang


ada

- System ini member penekanan kepada anak-anak pokok dan kayu jaras di
mana dengan harapan anak-anak pokok ini member sumber dengan
membekalkan kayu kepada generasi seterusnya

- Ramai yang menggunakan gelang racun (menyalahgunakannya)


 “MODIFIED” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS)

- Pada tahun 1970-an, hutan tanah pamah berkurang untuk tujuan ladang
ladang kelapa sawit, pembalakan beralih daripada kawasan rata kepada
kawasan berbukit

- System Classical MUS tidak dapat digunakan di kawasan berbukit kerana


taburannya tidak sekata dan percambahan anak pokok tidak sama
dengan tanah rata

- Dicadangkan selain penebangan, membuat penanaman, mengaya, untuk


memperkayakan balik kawasan tersebut

- Semua hutan dibuka untuk pembalakan, tidak kira stok anak pokok cukup
atau tidak

- Di kawasan yang tidak cukup anak pokok, penanaman dilakukan sebelum


melakukan penebangan, tetapi apabila dinilai anak pokok bertabur secara
tidak sekata

- Apabila dinilai di kawasan bukit, pertumbuhan anak pokok gagal sebab


(sebab MUS tidak berjaya di kawasan bukit);

 Topografi

 Stok tidak sekata

 Kurang generasi secara semulajadi sebelum pembalakan

 Disebabkan pokok yang ditinggalkan tidak banyak, percambahan


biji benih menjadi tidak sekata kerana lokasi pokok yang
ditinggalkan tidak sama

 Risiko hakisan adalah tinggi (di bukit yang curam)

 Apabila pembukaan terlalu besar, bertam dan resam menutupi


kanopi anak-anak pokok

- System MUS memerlukan kawasan yang besar untuk pelaburan (kawasan


kecil, pelaburan tidak menguntungkan)

 SELECTIVE MANAGEMENT SYSTEM (SMS)


- Diperkenalkan pada tahun 1978

- Lebih fleksible (pembalakan mengambilkira perlindungan persekitaran)

- Dihapuskan gelang racun, kerana bertujuan untuk pemeliharaan dan


pokok amat berguna di masa hadapan

- Direka bentuk supaya kos pada tahap minimum, mengoptimakan objektif


pengurusan dalam keadaan pembalakan di hutan bukit

- Pemilihan untuk tebangan adalah berdasarkan data-data inventori

- Cara untuk membuat pemilihan untuk ditebang pokok itu ialah semua
pokok >5 cm dbh dan dbh <5 cm yang berketinggian melebihi 125 cm

- Maklumat fizikal yang perlu diambil ialah;

o Kecerunan

o Ketinggian aras laut

o Jenis tanah

o System pengairan

- Tujuan utama system ini adalah mengira had tebangan berdasarkan


maklumat yang dikumpul, keadaan ekonomi, dan keadaan pasaran
semasa

- Kaedah SMS ini diharapkan member kesan positif dalam;

 Pemuliharaan dan pengekalan sumber hutan

 Meminimakan pelaburan akan dating (meminimakan kos)

 Meningkatkan kestabilan dan kualiti persekitaran

 Mengurangkan pembaziran pembalakan

 Kilang akan menggunakan sumber hutan seoptima yang mungkin

- Syarat dalam SMS ialah kitaran kedua adalah diharapkan 25-30 tahun
dibalak sekali lagi, hasil tebangan kedua 30m3/ha-40m3/ha. Untuk
mencapai had tebangan;

 Kumpulan tidak boleh kurang daripada 50 cm DBH


 Kecuali cengal sekurang-kurangnya 60 cm DBH

 Untuk kumpulan non-dipterokarp melebihi 45 cm DBH ke atas

 Pokok yang ditinggalkan sekurang-kurangnya 32 pokok/ha dan DBH


mereka adalah dalam lingkungan 30 cm-40 cm

 Peratusan dipterokarp yang perlu ditinggalkan untuk tebangan


kedua dan perlu sama atau lebih sebelum pembalakan berlaku
SILVIKULTUR HUTAN-SABAH
1. Mengikut apa yang diamalkan di Semenanjung Malaysia

2. Awal 12930-an, RIF dicuba

3. 1949, Selection Improvement Felling diperkenalkan untuk membantu


perkembangan dan pertumbuhan pokok-pokok 10 cm dank e atas dan
pembalakan dilakukan setelah 15-20 tahun

4. Kaedah gelang racun dan kaedah penebangan pemanjat digunakan ke


atas pokok-pokok bukan komersial

5. 1956, versi baru MUS diperkenalkan di Sabah

6. Silara dibuka selepas pembalakan dengan gelang racun ke atas pokok


bukan komersial dan pokok yang rosak di tahap 15 cm DBH

7. Pokok yang rosak (untuk dilakukan pergelangan racun) di Semenanjung


Malaysia adalah 5 cm ke atas manakala di Sabah adalah 15 cm ke atas

8. System ini menjadi standard yang digunapakai di semua hutan bukan


dipterokarp di Sabah

9. 1971, system ini diubahsuai dan dipanggil Stratified Uniform System

10.System maru ini akan menanda 25 pokok dalam lingkungan diameter 25


cm-59 cm untuk dikekalkan dan pada masa yang sama, pergelangan
racun digunakan untuk pokok yang tidak diperlukan dan juga pokok yang
rosak

11.Pemotongan pemanjat dan pergelangan racun digunakan pada tahun ke


15

12.1977 (setelah 6 tahun diperkenalkan), amalan pergelangan racun


dirasakan tidak begitu selamat, jadi hanya dilakukan pemotongan
pemanjat sahaja
SILVIKULTUR HUTAN-SARAWAK
1. Menggunakan system Selective Logging (system pemilihan)

2. Kerajaan Negeri Sarawak menjemput pakar antarabangsa un tuk


menunjukkan kepada mereka bahawa pengurusan hutan di Sarawak
adalah baik

3. FAO (Food and Agriculture Organisation)/UNDP (United Nation


Development Programdi bawah PBByang berpangkalan di Rom,
mencadangkan bahawa hasil pembalakan di Sarawak di hutan paya
gambut, pengeluaran haruslah 2.8 m3/ha dalam jangkamasa setahun

4. Didapati pertumbuhan selepas penebangan di hutan bukan dipterokarp


adalah memuaskan selepas kajian, pada masa tersebut tidak ada
tanaman mengaya disebabkan oleh laporan-laporan tersebut

 Cara gerak kerja untuk Liberation Thinning

o Untuk menntukan balak yang ditinggalkan sebanyak mungkin daripada


pokok komersil

o Dengan cara ini, pokok komersil tumbuh dengan kaddar yang maksim,
maka pusingan tebangan dikurangkan, saiz balak adalah sekata

o Tujuan menebang pokok yang tidak komersil adalah membolehkan


pokok mendapatkan ruang dan mendapatkan kelembapan

 Penebangan pokok yang mewujudkan teduhan

o Semua pokok >60.0 cm DBH perlu diracun kecuali;

 Apa-apa pokok yang dilindungi

 Pokok-pokok di kawasan matau (tempat simpanan balak


semetara; log point)

 Pokok di kawasan ertanian pindah (TERMUDA)


 Kawasan sekitar tepi Log Point atau TERMUDA (30 meter
panjang dari sisi, untuk bekalan biji benih)

 Di kawasan 40 meter dar4ipada jalan balak utama untuk


mengelakkan hakisan

 6 ciri pokok yang dijadikan Pokok Simpanan

i. Termasuk dalam senarai Spesies Terpilih, apabila besar boleh


mencapai saiz balak, bukan pokok terlindung

ii. DBH pokok dalam lingkungan 10 cm ke atas sehingga 59.9 cm

iii. Bentuk pokok hendaklah lengkap, silara yang cantik, tidak tumbuh
secara coppice (coppice; pokok ditebang, ditinggalkan akar dan
batang, kemudian akan tumbuh balik batang yang baru)

iv. Oleh kerana pokok ditinggalkan untuk pusingan kedua, ketinggian


dahan utama mestilah melebihi 4 meter daripada akar

v. Tidak boleh condong melebihi 200

vi. Pokok itu hendaklah stabil, tumbuh di kawasan stabil dan berada di
kawasan yang stabil

• Kadang-kadang pokok yang hendak dijadikan pokok


simpanan terletak kira-kira 2 meter antara satu sama lain,
salah satunya mestilah tidak dipilih (rujuk “Peraturan 2
Meter”)

 Two-Meter-Rule

o Pokok yang sesuai dijadikan pokok simpanan terletak 2 meter antara


satu sama lain

 6 peringkat menggunakan 2-Meter-Rule

i. Memerhatikan pokok mana yang akan rosak apabila penebangan


dilakukan
ii. Memerhatikan bentuk silara, pilih yang lengkap dan kerosakan yang
minima untuk pokok simpanan

iii. Yang mana satu batang balak yang lebih panjang

iv. Bentuk silara yang paling baik

v. DBH yang lebih besar

vi. Pokok yang perlu diracun yang dijangkakan akan mensekatakan jarak
antara pokok simpanan

 3 langkah dalam membuat pembebasan untuk pokok simpanan

o Pokok simpanan adalah dalam lingkungan 10.0 cm-59.9 cm DBH dan


pengecualiannya;

 Pokok yang dilindungi akta

 2 pokok yang termasuk dalam kumpulan pokok simpanan, berjarak


melebihi 2 meter antara satu sama lain dan silara satu pokok
menutupi yang satu lagi pokok

 Pokok di dalam senarai Spesies Terpilih >60 cm DBH dalam


lingkungan 30 meter dari matau

 3 langkah meracun pokok

 Ditentukan pokok simpanan, pokok bukan simpanan diracun

 Meracun pokok simpanan yang dalam lingkungan jaran 2 vmeter


antara satu sama lain (salah satunya sahaja)

 Meracun pokok yang member persaingan pada masa hadapan

 Persaingan Masa Hadapan (Furture Competition)


 Distance Table; Jadual Jarak (DT) digunakan pada pokok-pokok yang
tidak memberi teduhan pada masa hadapan dan tidak menjangkaui
pokok simpanan

 Dalam DT, ia akan menunjukkan jarak minima antara 2 pokok,


bergantung kepada diameter pokok yang sedia ada

 Kalau didapati bersaing, ia perlu diracun

You might also like