You are on page 1of 29

LADANG HUTAN (FOREST PLANTATION)

1. Ladang hutan boleh didefinisikan sebagai satu dirian ladang hutan yang

ditubuhkan secara buatan sama ada penanaman atau menabur biji benih

ataupun penyemaian

2. Mengikut takrifan, jika pokok ditanam 50% dengan anak pokok di hutan,

maka ia boleh dikatakan ladang, jika kurang daripada 50% maka ia boleh

disebut hutan sekunder

3. Berdasarkan sejarah tanah penggunaan manusia, hutan boleh dikategorikan

kepada 5 berdasarkan pengaruh manusia;

 AFORESTATION; sebelum ini tidak ada tumbuhan selama lebih

daripada 50 tahun

 REFORESTATION; kawasan tersebut tidak mempunyai hutan slama

kurang daripada 50 tahun

 HUTAN DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; dengan campurtangan

manusia

 HUTAN YANG DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; tanpa

campurtangan manusia

 [tidak dinyatakan]

4. Ladang; sebuah ladang mempunyai bentuk tertentu dan sempadan yang

jelas

5. Stocking; bilangan pokok yang boleh dituai di sesuatu kawasan

6. Kebanyakan ladang hutan di dunia sekarang menggunakan spesies eksotik

(import daripada luar negara) dan tidak menggunakan spesies tempatan

7. Beza tanaman perhutanan dan tanaman pertanian adalah pokok yang

brekayu boleh dianggap sebagai hutan ladang


SEJARAH PERKEMBANGAN LADANG HUTAN

1. Sejarah bermula pada awal kurun ke-20, dilakukan penanaman secara besar-

besaran di Eropah, US, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Chile,

Indonesia dan Brazil

i. 1960-an, penanaman secara besar-besaran dilakukan di Tropika dan Sub-

Tropika

ii. Kebanyakan ladang hutan ini mendapat sokongan daripada negara

luardan pinjaman daripada bank besar di dunia dengan “soft loan”

(bayaran dilakukan dalam jangkamasa panjang tetapi bunga yang rendah)

iii. Projek ini mendapat subsidi daripada kerajaan dan kerajaan

menguruskannnya, bukan perseorangan

2. Keluasan kawasan ladang hutan adalah dari 17.8 juta ha (1980) kepada 43.6

juta ha (1990) dan 187 juta ha (2000)

3. Cuma beberapa kawasan mempunyai keluasan ladang melebihi 10 juta ha;

China, US, Russia, Inida dan Jepun

4. Kadar penanaman tahunan dunia adalah 4.5 juta ha/tahun. 79% penanaman

berlaku di negara-negara Asia

5. Ladang hutan ada 3 kategori;

 Untuk industry
 Bukan untuk aktiviti industry (kestabilan persekitaran)

 Diwujudkan tanpa apa-apa tujuan (lebih kepada mencantikkan

kawasan)

6. “Fast wood estate” kitaran 15 tahun, selepas 15 tahun boleh dituai. Contoh di

Brazil, Indonesia, China, india, Afrika Selatan, Thailand, Vietnam, Malaysia,

Venezuela, dan Swaziland

 Sebab utama betapa cepat ladang huta kiatarn ialah ekonomi

(pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat)

7. Tujuan utama ladang ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan balak yang

berisipadu besar, berdiameter kecil dan dijual pada harga yang berpatutan

secepat yang mungkin. Hasilnya dalam satu hektar; 15 meter padu/hektar

dalam masa setahun

 Kebanyakan ladang ini diwujudkan adalah untuk industry pulpa dan

kertas

8. Di Malaysia (1900-an) sudah wujud penanaman menggunakan spesies pokok

eksotik

9. Manakala penanaman secara komersial di Semenanjung Malaysia ialah pada

tahun 1950-an, menggunakan Tectona grandis sp.

 Ladang yang menanam pokok Pinus caribaea, ditubuhkan untuk

penghasilan gentian

10.Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melancarkan Compensatory

Forest Plantation untuk membekalkan balak untuk pasaran tempatan


11.Meliputi kawasan berkeluasan 188,200 ha pada tahun 1995 dengan pusingan

15 tahun

 Spesies yang digunakan ialah;

• Acacia mangium

• Cmelina arborea

• Paraserianthes falcataria

• Eucalyptus canaldulensis

 Pada tahun 1999, Cuma menanam 65,000 ha, target 188,200 ha

 Acacia mangium ditanam sebanyak 97% daripada 65, 000 ha kawasan

(1999)

 2433 ha (T.grandis), 3561 ha (P.caribaea) di Semenanjung Malaysia

12.Awal 1992, banyak pokok Acacia di Semenanjung Malaysia telah dijangkiti

penyakit “heartrot”. Jadi penanaman Acacia dihentikan. Januari 1994,

penanaman Acacia diteruskan

13.Masa yang sama, 1993 pokok sentang/ranggu (Azadirachta exelsa) ditanam

oleh Kelantan Forestry Department

 1999, Jabatan Perhutanan telah mewujudkan ladang sentang seluas

1,765

FAKTOR PENGGALAK LADANG HUTAN

1. Hutan asli telah sekian lama telah dibalak dan dituai. Kerosakan yang berlaku

tidak boleh dipulihkan sepenuhnya


2. Hutan yang ada berada di pedalaman, jadi pembalakan menjadi susah. Ia

perlu dibuat jalan sebagai perhubungan

3. Pertumbuhan alsi tidak begitu menggalakkan dan juga kekurangan

pengurusan

4. Tanah yang ada digunakan untuk membalak dan juga untuk bercucuk tanan

5. Produktiviti menjadi tinggi

6. Ladang hutan adalah merupakan satu cara untuk membangunkan sesuatu

kawasan

7. Perhutanan social, pembangunan desa

8. Perhutanan persekitaran, untuk mencegah daripada kerosakan semulajadi.

eg. bukit bercerun tinggi ditanam pokok

9. Sebagai tempat penyimpanan karbon

AMALAN PENGURUSAN

1. Ciri-ciri perbandingan pengurusan tanaman ladang hutan dengan hutan asli;

 Kadar produktiviti yang lebih tinggi, ladang hutan menghasilkan

produktiviti tinggi

 Intensity dan frekuensi yang lebih tinggi disebabkan oleh kitaran yang

lebih pendek

 Peluang untuk menukarkan stok genetic

 Ladang hutan lebih intensif berkenaan dengan pengurusannnya. eg.

pembajaan tanah. Menambah baik jika ada halangan (kurang subur,

tanah keras)

 Pengurusan ladang yang berterusan


 Member pulangan yang sangat cepat, perladangan hutan bergantung

kepada pasaran dunia

PEMILIHAN SPESIES

1. Cadangan memilih spesies bergantung kepada 3 soalan asas;

• Tujuan penanaman pokok? (untuk pulpa, perabot dan sebagainya)

• Spesies yang manakah yang berpotensi untuk ditanam secara ladang?

• Adakah ia tumbuh di kawasan yang telah ditentukan?

2. 4 tujuan utama penanaman pokok;

 Kegunaan industry; kayu api (fuelwood), kayu pulpa, balak, produk

panel

 Kegunaan domestic; kayu api (firewood), tiang rumah

 Perlindungan persekitaran; luluhawa tanah, penghenti tiupan angin

 Pembangunan desa; buah-buahan, makanan ternakan

3. Potensi spesies yang sesuai;

 Spesies tempatan (indigeneous spesies)

- Kemungkinan untuk tumbuh

- Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang memenuhi nic

ekologi

- Lebih sesuai dan berkepentingan. Memulihara flora dan fauna yang

ada

- Orang-orang industry telah tahu kegunaannya


4. Kejayaan besar kepada pengenalan spesies eksotik (luar negara);

 Pilihan spesies bertambah

 Bebas daripada serangan penyakit dan serangga

 Sudah ada kajian dan pengalaman tentang spesies eksotik tersebut

(sudah ada maklumat)

5. Factor yang mempengaruhi untuk menggunakan spesies pokok yang

diperkenalkan;

 Perbezaan genetic; kepentingan provinent (menjumpai spesies yang

sama, bergenetik berlainan di kawasan yang berlainan)

 Pembangunan pokok (pembaikbiakan pokok)

 Spesies yang terdapat had (yang menghalang penanaman)

6. Kesesuaian spesies tersebut dengan tapak

 Cuaca dengan iklim

 Tanah; kedalaman, profil, struktur fizikal, kimia dan biologi

 Factor lain; banjir, ketahanan kebakaran, persaingan, hurikan,

keperluan perlindungan yang istimewa


BIJI BENIH

1. Bilangan biji benih yang diperlukan untuk projek penanaman bergantung

kepada;

• Saiz penanaman tahunan. eg. jarak penanaman 3 meter x 3 meter,

saiz kawasan 5 ribu ha dan di dalam satu ha kawasan mempunyia 100

batang pokok

• Bilangan anak pokok yang hendak ditanam

• Anggaran kadar pokok yang tumbuh. eg. kadar percambahan

anak pokok yang berjaya

• Anggaran bilangan anak benih yang boleh ditanam di dalam 1

kg biji benih yang diperolehi. eg. 1 kg ada 1000 biji benih, bilangan

yang boleh ditanam, lihat kepada kadar penanaman

 Cara hendak mengetahui;

i. Tentukan bilangan anak benih yang ada dalam 1 kg

ii. Kadar percambahan. Eg. 90% akan bercambah

iii. Ketulenan; peratusan anak benih yang tulen

iv. Anggaran kadar kematian biji benih semasa pembajaan

dilakukan di tapak semaian. eg. penjagaan yang baik atau

tidak baik

2. Variasi dalam berat biji benih (sebab-sebab perbezaan);

 Perbezaan provinent (provinent; pokok yang sama spesies, ditemui di

kawasan yang berlainan dan mempunyai genetic yang berlainan)

 Saiz buah

 Kelas silara pokok induk


 Seed maturity (kematangan biji)

 Site fertility (kesuburan tanah/tapak)

3. Sijil biji benih (seed certification); meyediakan maklumat biji benih (eg.

tempat pengutipan, maklumat ketinggian pokok induk)

4. Seed procurement (keadaan biji); diperolehi samada dari dalam ataupun

diimport daripada luar negara

5. Kelakuan pembiakan spesies;

• Umur pokok yang boleh menghasilkan biji benih

• Kaedah/cara pembungaan

• Cara penyebaran bii benih

6. Sumber biji benih diperolehi daripada hutan asli atau ladang (final crop trees;

pokok sebelum tebangan, seed stands; dirian biji benih, seed orchard; beza

biji benih di mana diperolehi (berbeza dengan seed stands iaitu melalui

proses yang lebih lama untuk kajian))

7. Seed crop forecasting; istilah kepada ramalan masa musim pembuahan

yang paling banyak, bertujuan menjimatkan kos dan tenaga

8. Masa pengumpulan biji benih supaya dapat disimpan lebih lama

9. Cara pengumpulan biji benih;

 Penebangan

 Pengumpulan di atas tanah pada biji benih yang jatuh secara

semulajadi

 Kaedah memanjat untuk mendapatkan biji benih


10.Pengekstrakan biji benih adalah dengan cara;

 Memakan buah, kemudian biji diasingkan (contoh durian)

 Mengeringkan dan menghancurkan buah (contoh Acacia)

11.Pembersihan biji benih adalah bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan

lain

12.Factor-faktor yang mempengaruhi penyimpanan biji benih; longevity

 Jenis biji benih (recalcitrant atau orthodox)

 Suhu

 Kandungan kelembapan

 Serangan daripada serangga, kulat dan binatang

13.Selepas melalui semua proses di atas, dilakukan pembungkusan dan

pengangkutan biji benih

14.Hanya satu sahaja masalah berkaitan dengan biji benih iaitu bekalan biji

benih yang tidak mencukupi

TAPAK SEMAIAN

1. Tapak semaian bertujuan untuk menghasilkan bekalan anak pokok untuk


ditanam. Untuk menghasilkan bekalan anak benih untuk ditanam, tapak
semaian perlu;

 Dipastikan bahawa spesies yang perlu ditanam (bergantung kepada biji


benih yang ada)

 Anak benih yang mempunyai tempoh masa yang sesuai untuk ditanam

 Ada saiz anak pokok yang sesuai untuk ditanam


 Perlu menghasilkan bilangan anak pokok yang cukup

2. Untuk merancang pembinaan tapak semaian, perlu mengambil kira;

i. samada ia adalah kekal atau sementara

ii. lokasi tapak semaian dan rekabentuk

3. jenis pokok yang boleh dihasilkan di tapak semaian;

i. bare root; anak benih disemai, selepas tempoh tertentu anak benih
akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas seperti polistirena
yang biasanya lembap

ii. container

4. Dalam system container, pengurus boleh membuat pilihan, iaitu;

i. Pilihan container (polibeg dan sebagainya)

ii. Saiz polibeg

iii. Medium penanaman (sabut kelapa, habuk kayu, campuran)

iv. Nursery bed (bekas percambahan)

v. Cara penyemaian biji benih (secara terus atau tapak percambahan)

vi. Kedalaman biji benih yang perlu disemai

5. Selepas disemai, penjagaan dan perlindungan kepada anak pokok dilakukan


dengan cara;
i. Siram (watering)

ii. Teduhan (shading)

iii. Perlindungan (shelter)

iv. Pembajaan (seddling nutrition)

v. Merumput (weed control)

vi. Perlindungan menentang penyakit daripada fungi

vii. Perlindungan menentang serangga perosak

viii. Perlindungan daripada kerosakan oleh haiwan dan burung

ix. Keadaan yang sesuai (kesesuaian pokok dengan keadaan


persekitaran)

6. Cara pembiakan vegetative;

 Stump plants (tunggul kayu)

 Cutting (keratan)

 Micropropagation dan tissue culture

7. Selepas penyemaian, dilakukan kawalan kualiti dan pengangkutan tumbuhan


ke kawasan penanaman

8. Tapak semaian jenis sementara (kos lebih tinggi, terdapat beberapa


kemudahan asas sahaja, penjagaan tidak rapi). Manakala kebaikan tapak
semaian jenis sementara ialah;

• Dibina berdekatan dengan kawasan penanaman


• Pokok yang ada mempunyai peluang yang cerah untuk hidup

• Kos pengangkutan dikurangkan

• Penyebaran penyakit tidak aka nada, penyakit boleh diasingkan dan


dikawal

9. Tapak semaian yang kekal;

 Pemilihan lokasi perlulah cermat (melihat factor bentuk muka bumi


yang ada)

 Oleh sebab ia adalah jenis yang kekal, ia mempunyai perumahan para


pekerja, seterusnya penjagaan tapak semaian adalah lebih berkesan

 Pembelian biji benih senang dibuat

 Operasi lebih berkesan dan kos lebih rendah (kerana boleh


mengeluarkan anak benih yang banyak)

 Menyenangkan pengurus membuat perancangan, pengekalan rekod


pembajaan, kawalan stok, serta membantu membuat jangkaan

10.Saiz nursery (tapak semaian) begantung kepada;

 Bilangan anak pokok yang dihasilkan dalam masa setahun

 Kaedah penghasilan anak pokok (e.g. kontena dan bare root)

 Tempoh masa anak pokok berada di dalam tapak semaian

11.Lokasi nursery;

 Di tepi jalan, supaya memudahkan perhubungan


 Biasanya terletak di tepi sungai, untuk bekalan air

 Lokasi biasanya terletak di kawasan yang senang untuk mendapatkan


bekalan buruh

12.Pertimbangan silvikultur (silvicultural consideration)

 Lokasi nursery haruslah jauh daripada keadaan yang ekstreem, seperti


banjir. Jadi ia perlulah dibina jauh daripada paras banjir

 Mempunyai sumber tanah yang mampu kerja (contoh loam berpasir)

 Perlu memastikan bahawa kawasan tersebut tidak banyak rumput

 Kecerunan perlulah 10 hingga 30 supaya memudahkan pengaliran air,


jadi kawasan tersebut cepat kering

13.Rekaan tapak semaian dan susunan (layout)

 Padat dan kebiasaannya 4 segi

 Aturan anak pokok biasanya 1.0 m – 1.2 m, untuk memudahkan


pekerja membuat kerja

 Terdapat bangunan-bangunan lain dan tempat seperti tangki air,


tempat bekalan diesel, generator, stesen bomba dan sebagainya

REKA BENTUK DALAMAN LADANG

1. Lokasi tapak semaian ditentukan. Kalau boleh tapak semaian terletak di


tengah-tengah ladang

2. Menentukan reka bentuk jalan ladang


3. Ladang dibahagi kepada compartment (tujuan utama dilakukan compartment
ialah perlindungan kebakaran

PENYEDIAAN TAPAK

1. Bertujuan untuk menggalak pertumbuhan dan meminimakan tahap kematian


anak pokok dengan;

 Mengawal vegetasi yang bersaing

 Mengalihkan batu-batu yang besar contohnya

 Melakukan pembajakan dan batas

 Pengubahsuaian pengairan, contohnya membuat terusan jika didapati


sesuai

 Kalau di kawasan yang berbukit, dibuat teres untuk membolehkan


penanaman dilakukan di kawasan bukit

2. Keperluan untuk penyediaan tapak bergantung kepada;

 Tujuan penanaman (untuk industry, alam sekitar, tempatan)

 Spesies tersebut, yang membolehkannya bersaing dengan spesies


yang bersaing dengannya, contohnya lalang

 Tumbuhan yang ada, yang berasal daripada kawasan tersebut.


Tumbuhan tersebut dialihkan melalui beberapa cara contohnya
pembakaran, bahan kimia (sodium arsenic) dan sebagainya

 Keadaan tanah yang ada


PENANAMAN

1. Kebiasaannya anak pokok ditanam pada awal pagi dan lewat petang, kerana
kehilangan air pada masa tersebut adalah minima

2. Dilakukan corak penanaman, contohnya jarak antara satu pokok dengan


pokok yang lain adalah 3 meter, bercorak segiempat dan sebagainya

3. Pengangkutan dalam penyediaan biji benih, jentera dan tenaga manusia

4. Cara penanaman

- Menambah baja yang mempunyai unsure Phosforus untuk membantu


pengaliran air

5. Melakukan perlindungan kepada pokok yang baru ditanam daripada;

• Rumpai (weed)

• Kebakaran (fire)

• Haiwan (animal)

• Serangga (insects) yang termasuk hama, serangga yang memakan


daun
PENYELENGGARAAN PENANAMAN

1. Masalah kematian pokok. Masalah ini disebabkan oleh beberapa factor;

i. CARA MENANAM POKOK

- Cara memegang ketika proses penanaman termasuk sentuhan pada


akar

ii. CUACA SELEPAS MENANAM POKOK

- kemarau

- hujan yang berterusan

iii. KEADAAN ANAK POKOK

- penyiraman dilakukan atau tidak dilakukan


- penanaman pada waktu tengahari menyebabkan pendehidratan yang
lebih tinggi

iv. KEADAAN TANAH

- tanah liat yang teruk

v. SERANGGA

- serangga merosakkan daun

vi. PERSAINGAN

- persaingan daripada rumpai dan rumput

vii. HAIWAN

- dijadikan makanan oleh haiwan

2. Masalah pokok hidup tetapi pertumbuhannya perlahan. Keadaan ini


disebabkan oleh;

• Pilihan spesies; spesies yang tidak sesuai untuk ditanam

• Provinent yang berbeza; e.g. mangga daripada Perlis ditanam di


Bintulu

• Kesuburan tanah; kandungan nutrient yang rendah

• Keadaan fizikal tanah; tekstur tanah yang tidak baik, kelembapan


tanah yang tidak sesuai, keadaan yang tidak sesuai untuk pokok
dipterokarp untuk bersimbiosis dengan kulat
• Persaingan; persaingan dengan lalang

WEED CONTROL; PENGAWALAN RUMPAI

1. Kenapa perlu pengawalan rumpai?

 Ia bersaing secara terus dengan anak pokok untuk cahaya,

kelembapan dan juga nutrient

 Rumpai akan membunuh dan berat lalang boleh mematahkan anak

pokok, meneduhkannya

 Rumpai dan lalang tumbuh dengan banyak di atas lantai hutan

2. Kekerapan pengawalan rumpai bergantung kepada spesies poko, tapak dan

cuaca

3. Kaedah kerja-kerja merumput;

• Frekuensi; kekerapan, sehingga anak poko membentuk silara sendiri

• Period; tempoh masa kerja merumput dilakukan

• Timing; masa melakukan kerja merumput

• Extend; keluasan kawasan yang hendak dirumput

4. Kaedah pengawalan rumput;

i. Manual; pemotonagn menggunakan parang

ii. Jentera (mekanikal); mesin rumput, traktor

iii. Bahan kimia (chemical matter); tong sembur racun

iv. Kawalan biologi; mengenakan penyakit kepada rumput seperti

menggunakan serangga, kulat atau bacteria


v. Mulching; menggunakan daun atau ranting kering untuk menutup

kawasan-kawasan sekitar

vi. Penutup bumi (cover crop); menanam tanaman litup bumi

vii. Ternakan (livestock); membela kambing, lembu dan sebagainya

5. Climber cutting (pemotongan pemanjat dan bukaan ruang)

6. Melakukan kawalan terhadap stump growth (seperti pertumbuhan coppice,

terutama sekali kawasan hutan yang tua

7. Staking; iaitu sokongan batang kayu ke atas anak pokok

8. Singling; proses membuang batang-batang yan tidak perlu, supaya mendapat

satu batang sahaja. Batang biasanya satu tetapi factor penyebab terjadinya

banyak batang pada satu pokok ialah;

 Pembakaran kawasan tersebut

 Kekurangan unsur Boron

 Kerosakan daripada serangga

 Kualiti genetic yang rendah


PEMANGKASAN (RESPACING)

1. Ada 2 jeins pemangkasan iaitu;

• Pemangkasan rendah

• Pemangkasan tinggi

PEMANGKASAN RENDAH

1. Membuat penebangan hingga ke ketinggian 2 meter;

• untuk memudahkan masuk ke dalam dirian

• dahan yang mudah disambar api, dapat dielakkan dan sempat dikawal

• memudahkan untuk membuat operasi penjarangan (membuang pokok

yang telah dipilih untuk mengurangkan persaingan)

• untuk menghilangkan bekas potongan

2. Pengambilkiraan dalam pemangkasan dahan termasuk;

• spesies (self pruning)

• ruang (spacing)

• kadar (nisbah) kanopi berbanding dengan batang kayu (proportion of

tree)

• kaedah membuat tebangan (method)

• keadaan tapak/dirian (ground condition)

• ketinggian maksimum pemangkasan yang hendak dilakukan

(mengambilkira masa, kos dan tenaga)


PEMANGKASAN TINGGI

1. Pemangkasan tinggi dillakukan untuk mengurangkan dahan-dahan dan

ranting supaya kayu berkualiti tinggi

2. Keperluan (pertimbangan/consideration) untuk pemangkasan;

 Berapa lama dahan berada di atas pokok. Seandainya sudah lama,

tidak perlu dilakukan kerana membazir masa dan kos

 Samada perlukan kayu yang berkualiti tinggi atau tidak (yang tidak

mementingkan kualiti contohnya untuk kegunaan pulpa dan

kerta)(yang mementingkan kualiti contohnya perabot)

3. 3 langkah untuk menghasilkan kayu berkualiti tinggi;

 MEMOTONG DAHAN- menggunakan gergaji/parang dengan sekali takik

untuk dahan yang kecil. Dahan yang besar menggunakan kaedah yang

tersendiri

 PENYEMBUHAN PARUT- untuk mengecilkan parut selepas dahan

dipotong

 PEMANGKASAN HIDUP- pemotongan dahan hidup

4. Selepas pemangkasan, penjarangan dilakukan

5. Proses pemangkasan tinggi sangat mahal;

• Bergantung kepada bilangan dahan yang ditebang

• Saiz dahan (kecil atau besar)

• Ketinggian pemangkasan yang melebihi 2 meter (berganting kepada

objektif pemangkasan, selalunya menggunakan tangga)


• Bilangan pokok yang perlu dipangkas di dalam satu ha kawasan

• Ketinggian pemangkasan mempengaruh kos

ZAT MAKANAN UNTUK DIRIAN HUTAN

1. Kekurangan zat makanan adalah disebabkan oleh 7 faktor;

 tanah itu sendiri

 keberkesanan kitaran (kadar) nutrient adalah rendah (tidak lengkap,

perlahan)

 kekurangan factor-faktor lain seperti hujan, pH yang rendah

 interaksi dengan nutrient yang lain. e.g. N dan P, apabila penyerapan

N meningkat, P juga meningkat. Akan tetapi, bagi Mg dan Ca, bila

penyerapan Mg meningkat, Ca mengurang

 kadar simbiosis yang kurang

 persaingan rumput-rumpai

 spesies yang tidak sesuai

2. Kekurangan nutrient berlaku;

• sepanjang masa (daripada anak benih hinggalah kepada pokok itu

matang)

• yang dipengaruhi oleh tanah, tapak dan interaksi antara spesies

3. Symptom-simptom kekurangan nutrient;

 Pertumbuhan pokok terbantut

 Perubahan warna pada daun (chlorosis)


 Perubahan anatomi

4. Diagnosis kekurangan nutrient;

• Fertilizer trials; nutrient mana yang kurang

• Analisis daun (dua langkah di dalam analisis daun; threshold levels dan

sample)

• Analisis tanah

5. Kegunaan baja;

 Untuk menambah nutrient yang kurang

 Membantu pokok untuk tumbuh di kawasan yang kurang subur

 Merangsang pertumbuhan pokok

6. Alternatif kepada baja (seandainya baja tidak dilakukan);

 Menukar spesies pokok yang ada

 Penyediaan tapak (memperbaikkan)

 Kitaran nutrient

 Mulching (sungkupan)

 Najis haiwan

PENJARANGAN

1. Penjarangan ialah operasi yang mana mengurangkan bilangan pokok yang

ada di dalam suatu dirian hutan

2. Sebab-sebab dilakukan penjarangan;

 Mengurangkan bilangan pokok

 Untuk tujuan kesihatan


 Mengeluarkan pokok-pokok ang berbentuk tidak elok

 Member peluang kepada pokok besar untuk tumbuh dengan lebih

besar

 Hasil penjarangan boleh dijual sebagai pulpa, clipboard, kayu api dan

sebagainya

3. Kesan penjarangan;

• Menggalakkan pertumbuhan diameter

• Jumlah isipadu dikurangkan pada permulaan penjarangan (bergantung

kepada bilangan pokok yang dikeluarkan)

• Pokok yang ditinggalkan semakin tinggi, maka hasil balak adalah tinggi

• Untuk mengurangkan kadar kematian dirian

4. Kesan kepada kekerapan penjarangan yang berbeza

 Minima 20%; kesan tidak Nampak

 40%; kehilangan isipadu terlalu banyak

5. 3 aspek yang perlu diambil perhatian semasa melakukan penjarangan

 Bila penjarangan boleh dilakukan (sebelum kanopi tertutup)

 Bilangan pokok yang perlu dikeluarkan setiap kali aktiviti penjarangan

(thinning weight); penjarangan pertama (20%-30%)

 Kekrapan membuat penjarangan, bergantung kepada keadaan dirian

tersebut (biasanya penjarangan untuk menghasilkan balak adalah

dilakukan sebanyak 2 kali)


6. Kaedah penjarangan;

 Kaedah sistematik atau mekanik atau line thinning

 Selected thinning (dilakukan di bahagian bawah silara)

7. Kedua-dua kaedah ini mempengaruhi;

 Purata ketinggian dirian

 Purata diameter dan purata pertumbuhan pokok

 Nisbah purata saiz pokok yang telah dijarangkan kepada saiz nisbah

pokok yang tinggal (nisbah pokok yang ditebang kepada pokok yang

ditinggalkan)

8. Kualiti kayu yang dihasilkan daripada aktiviti penjarangan

• KEBAIKAN

- potensi mendapatkan kayu balak adalah tinggi

- Isipadu pokok lebih besar

• KETIDAKBAIKAN

- Meningkatkan ketirusan (taper)

- Mewujudkan banir

- Dahan semakin besar

- Berlakunya pertumbuhan diameter yang cepat (ketumpatan

menjadi kurang)

- Hempakan kepada pokok yang tinggal akan mencederakannya

(mengurangkan kualiti)
9. Keputusan penjarangan bergantung kepada

 Objektif pengurusan dan polisi penjarangan

 Pilihan dan pertimbangan samada perlu atau tidak dilakukan

penjarangan

 Masa penjarangan pertama dan seterusnya

 Kekerapan penjarangan

 Menentukan pilihan atau kaedah penjarangan, samada sistematik atau

selection

5 ASPEK YANG DITEKANKAN DAN MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA

SILVIKULTUR

1. Saiz kawasan balak

2. Kaedah penebangan (e.g. censor, jentolak)

3. Kerosakan kepada tapak semasa penebangan (e.g. menarik keluar balak)

4. Hasil yang ditinggalkan seperti ranting, daun, dahan dan sebagainya

5. Penanaman untuk pusingan kedua

SISTEM-SISTEM UTAMA PENGANGKUTAN BALAK

1. Haiwan

2. Kabel; lebih baik daripada traktor tetapi lebih mahal

3. Forwarder; jentera yang menebang pokok secara menegak dan menarik

keluar
4. Jentolak jenis D6 (roda getah)

5. Jentolak jenis D7 (roda besi)

KEROSAKAN YANG BIASANYA BERLAKU SEMASA PEMBALAKAN

1. Pemadatan tanah

2. Water logginmg (takungan air)

3. Tumpahan minyak

4. Sungai/saliran tersumbat

5. Mendedahkan lantai hutan kepada risiko hakisan. Jadi untuk mengurangkan

kesan hakisan, dilakukan penanaman semula selepas penebangan

BEBERAPA KAEDAH UNTUK MELUPUSKAN HASIL BUANGAN

1. Kumpul dan bakar (nutrient akan larutresap dan luluhawa akibat angin)

2. Menggunakan jentera penghancur (kos tinggi)

3. Mengumpul di dalam satu barisan (istilah; wind rows)

4. Ditaburkan di semua kawasan sama rata (menyukarkan untuk menanam

pokok

PERLINDUNGAN KEBAKARAN

1. 3 tujuan;

 Menghalang kebakaran daripada luar daripada merebak ke dalam

 Mengelakkan kebakaran daripada dalam ladang

 Mengehadkan tempat/kesan yang terbakar


2. Strategi dalam perlindungan kebakaran (4 komponen);

 Pertahanan yang tetap (contoh; menggali kolam untuk sumber air

dan juga membentuk blok)

 Fire-fighting equipment (pasukan pemadam api)

 Komunikasi yang baik (menara kawalan)

 Publisiti (jalankan/maklumkan orang ramai untuk tidak membuat

pembakaran)

You might also like