You are on page 1of 46

KULIAH SEPULUH

PERANAN KERAJAAN DALAM EKONOMI

PENDAHLUAN
Keperluan terhadap peraturan disamping iman untuk mengawal tindakan manusia Peraturan dilaksanakan oleh pemerintah Mentaati peraturan adalah wajib kerana ia berkaitan memelihara maslahat umum.

KONSEP KERAJAAN/PEMERINTAH
Pemerintah yang mutlak adalah Allah s.w.t Manusia sebagai khalifah. Dikalangan khalifah terdapat ketua iaitu pemerintah (wali awliya) Kewajiban mentaati wali al-amr

Peranan Kerajaan
Terdapat banyak pendapat atau pandangan mengenai peranan Kerajaan dalam dasar pembangunan negara

Pandangan mengenai Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi


Menurut Muhammad Asad, dalam Islam, Kerajaan yang dipilih bertanggungjawab untuk: 1. Menyediakan sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut. 2. Menyediakan kemudahan2 yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagiaan dan maruah diri.
5

Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan hidup setiap rakyat dan memastikan tiada di antara mereka yang taraf hidupnya daif. Untuk tujuan ini, Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing-masing
6

Contoh Amalan Khalifah Umar


Saidina Umar r.a. telah menubuhkan satu jabatan yang dinamakan d wn untuk menjalankan bancian penduduk. Berasaskan maklumat bancian tersebut, Kerajaan di bawah pimpinan Saidina Umar r.a. telah mewujudkan satu skim pencen tahunan dan diberikan kepada golongan yang memerlukan, terutama: I. wanita yang kematian suami dan anak yatim, II. mereka yang berjuang kerana Islam III. mereka yang cacat anggota, sakit dan orang tua.

Ini bermakna,
Kerajaan perlu memastikan setiap rakyat menikmati kekayaan negara secara saksama. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, bantuan secara langsung merupakan satu pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan ini

Pandangan barat mengenai peranan Kerajaan


1. 2.

3.

Musgrave memberikan tiga fungsi utama Kerajaan iaitu Fungsi peruntukan (allocation) bertujuan untuk menyediakan kemudahan awam bagi keperluan rakyat. Fungsi agihan (distribution) bertujuan untuk memastikan semua rakyat menikmati kekayaan negara. Fungsi kestabilan (stabilization) untuk memastikan agar semua rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan dan menentukan supaya paras harga berada di paras stabil
9

Peranan Kerajaan dalam fungsi peruntukan menurut Islam


I. II. III. IV.

Memastikan sumber digunakan secara cekap Menentukan pengeluaran barangan keperluan asas Mencegah penyorokan dan pembekuan sumber Memantau kegiatan monopoli

10

Peranan Kerajaan dalam fungsi agihan menurut Islam


I. II.

III.

Kesaksamaan agihan berdasarkan keperluan bukan persamaan Demokrasi ekonomi memberikan setiap orang peluang yg sama bagi memperolehi kehidupan secara persiangan sihat. Bagi yg tidak mampu bersaing, jaminan kemasyarakatan melalui cukai, zakat, derma, waqf, wasiat dsb disediakan oleh kerajaan

11

Peranan Kerajaan dalam fungsi kestabilan menurut Islam


Menjaga nilai benar wang melalui kawalan inflasi. Peranan kerajaan menjaga kestabilan nilai matawang: pengenaan zakat (meningkatkan kuasabeli), pengharaman riba dan aktiviti fasad, kawalan import dan galakan eksport (imbangan perdagangan), kawalan harga dsb.

I. II. III. IV.

12

KESIMPULAN PERANAN KERAJAAN MENURUT ISLAM


Boleh dibahagikan kpd 2: 1. Peranan semulajadi/ asal sbg: pengguna dan pengawas 2. Peranan bermusim

13

PERANAN SEMULAJADI
Dawlah mustahlikah Dawlah harithah (kerajaan sbg pengguna) (Pengawas) Kerajaan sebagai Hisbah pengguna dilihat dalam Tasir konteks kerajaan memerlukan barangan atau perkhidmatan untuk menggerakkan operasinya
14

PERANAN BERMUSIM
Dawlah muntijah (kerajaan Dawlah mutadakhilah sbg firma) (penyertaan kerajaan) Kerajaan Sebagai pemilik Sumber Kerajaan Sebagai Pasaran Barangan dan Perkhidmatan Kerajaan Sebagai Pasaran Faktor-faktor Pengeluaran

15

Kerajaan Sebagai pemilik Sumber


Kerajaan adalah pemilik sumber kepada kebanyakkan sumber semula jadi yang ada di sesebuah negara. Contohnya bahan mineral seperti petroleum, bijih timah, hutan, sungai dan sebagainya adalah hak milik kerajaan. Kerajaan juga mempunyai pegangan saham di dalam syarikat berkenaan Tetapi dalam sesetengah keadaan kerajaan telah memberi hak dan menyerahkan kuasa melalui penswastaan kerana kerajaan tidak mempunyai modal dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu
16

Kerajaan Sebagai Pasaran Barangan dan Perkhidmatan


Kerajaan bertindak sebagai pasaran barangan dan perkhidmatan atau orang tengah antara pengguna dan firma dalam memasarkan sesetengah produk terutama yang berkaitan dengan hasil pertanian Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mewujudkan FAMA yang bertindak sebagai ejen untuk membantu firma memasarkan produk-produk hasil pertanian kepada pengguna
17

Kerajaan Sebagai Pasaran Faktor2 Pengeluaran


FAMA juga membantu memasarkan sumber atau hasil pertanian yang dikeluarkan oleh petani. Petani akan menjual hasil pertanian mereka kepada FAMA dan FAMA akan menjualnya kepada firma atau terus kepada pengguna.

18

HISBAH & IMPLIKASI EKONOMI

19

SISTEM HISBAH
Hisbah = hisab = ganjaran. Ganjaran dalam bentuk: mencapai akhlak yang tinggi, kemakmuran yang berkat, dapat melindungi daripada kemungkaran, penipuan, pemalsuan, pemerasan dsb melalui peranan hisbah.
20

1. 2. 3.

STRUKTUR HISBAH
Muhtasib Muhtasib alayh

21

Muhtasib
Iaitu orang yang menjalankan tugas hisbah sama ada dilantik oleh pemerintah atau secara sukarela. Syarat2 muhtasib: lelaki,jujur, mesra, sabar, dihormati dalam masyarakat, berpengetahuan dari segi agama, adat dan selok belok masyarakat.

22

Muhtasib alayh
Ialah pihak yang di hisbah iaitu mereka yang melakukan kemungkaran sama Islam atau kafir, mempunyai hubungan keluarga atau tidak

23

Peranan Umum Hisbah


1. 2.

Menasihati kerajaan dalam membuat polisi2 Memantau amr maruf dan nahy munkar dalam masyarakat

24

Peranan Khusus Hisbah


1. 2. 3.

4.

Sukat timbang dan kualiti barang Lesen perniagaan dan premis Lalulintas dan bangunan di kawasan perniagaan Perbicaraan/ tribunal

25

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Mewujudkan keseimbangan. Muhtasib bertindak mengawal perjalanan ekonomi sesebuah negara, bertindak apabila diperlukan dengan itu menjadikan aktiviti ekonomi seimbang, adil dan cekap.

26

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Kawalan penawaran Muhtasib memastikan penawaran yang halal/ tayyib dan tidak berlaku penipuan, sorokan, monopoli dsb. Keadan ini menjadikan penawaran barang dipasaran berjalan lancar dan dapat memenuhi keperluan pengguna.
27

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Kawalan harga Apabila berlaku manipulasi harga oleh golongan berkepentingan spt ihtikar dan najash, maka muhtasib akan membanterasnya. Tetapi jika kenaikan harga berlaku secara tabii (mengikut pasaran @ DD=SS) ia tidak diganggu.

28

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Struktur kredit Muhtasib akan memastikan kredit bebas daripada sistem riba. Sebaliknya ia berlaku secara kebajikan (qard hasan dll pembiayaan).

29

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Jaminan hak milik Hak milik individu dan harta akan sentiasa dilindungi. Hak milik individu, berupa ayn spt hak hartabenda, dan manfaat spt hak intelek. Hak milik harta iaitu hak irtifaq.

30

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Penggunaan penuh tenaga buruh Muhtasib akan memastikan tiada pengaguran pilihan, kesihatan dan kebajikan pekerja, pampasan dan tingkat upah yang adil dengan usaha dan keperluan mereka

31

IMPLIKASI HISBAH TERHADAP EKONOMI


Kecekapan sektor awam Muhtasib mengawasi salahguna harta dan kewangan oleh pegawai kerajaan, rasuah atau penyelewengan. Dengan itu sektor awam menjadi cekap

32

PENDEKATAN DAN PERANAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

33

Asas dan Falsafah Pembangunan Negara dalam penggubalan dasar dan strategi pembangunan
1. 2. 3. 4.

Kedudukan ekonomi yang terbuka/ demokrasi Sistem ekonomi campuran Masyarakat berbilang kaum Kerajaan Persekutuan.

34

Oleh itu, setiap dasar dan strategi yang diperkenalkan oleh Kerajaan biasanya menjurus ke arah: I. menggalakkan perdagangan antarabangsa, II. membuka peluang yang luas kepada sektor swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi, III. menjaga kepentingan masyarakat berbilang kaum dan IV. memenuhi peranan Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan

35

Falsafah pengurusan ekonomi Malaysia


Asas = Sistem ekonomi campuran Sektor swasta diberi peranan utama menerajui pembangunan ekonomi mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan keperluan masingmasing sambil menyokong dasar dan strategi pembangunan Kerajaan. Sektor awam pula akan menetapkan teras pembangunan secara umum dan arah pembangunan ekonomi keseluruhan serta memastikan pencapaian matlamat sosio-ekonomi
36

Pelan Rancangan Ekonomi


Teras pembangunan dan matlamat sosio-ekonomi negara ditetapkan melalui: I. Pelan Rancangan Jangka Panjang, II. Pelan Rancangan Jangka Sederhana III. Pelan Rancangan Jangka Pendek. Pelan Rancangan Jangka Panjang dan Sederhana disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi manakala Kementerian Kewangan menyediakan perancangan jangka pendek.
37

Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek


Setakat ini Kerajaan telah mengeluarkan: I. 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang II. 10 Rancangan Lima tahun (RMK) III. 10 Kajian Semula Rancangan Lima Tahun.

38

Pada setiap tahun pula, Kerajaan akan membentangkan bajet tahunan yang didalamnya terdapat dasar dan strategi jangka pendek untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. Selain daripada Pelan-Pelan ini, Kerajaan juga telah melancarkan Wawasan 2020 (1991-2020) yang di dalamnya terkandung matlamat pembangunan yang hendak dicapai menjelang tahun 2020
39

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP)

40

Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990


Dasar Ekonomi Baru ini termaktub di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Matlamat utama: perpaduan nasional Hasil DEB: I. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990. II. Meningkat pegangan ekuiti bumiputera daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus 1990
41

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000


Dasar Pembangunan Nasional (DPN) termaktub di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Teras RRJP2 ialah pembangunan seimbang yang bertujuan untuk membina masyarakat bersatu dan adil. Hasil DPN: I. Ekonomi negara berkembang pada paras yang tinggi iaitu 7.0 peratus walaupun pada tahun 1997/98, ekonomi telah mengalami penguncupan yang ketara kerana kelembapan ekonomi serantau akibat krisis kewangan. II. Kadar kemiskinan terus mencatatkan kekurangan kepada 7.5 peratus pada tahun 1999 III. Manakala, ekuiti bumiputera mencatatkan kekurangan kepada 18.9 pada tahun 2000

42

Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010


Dasar Wawasan Negara (DWN) termaktub di dalam Rangka Rancangan Jangka panjang ketiga (RRJP3). Teras RRJP3 ialah meningkatkan daya saing ekonomi bagi menangani kesan teruk yang dialami semasa krisis kewangan serantau 1997/98. Setakat 2001 hingga 2005, kadar pertumbuhan ekonomi adalah sederhana kerana masalah seperti serangan pengganas di New York, SARS, Selsema burung, kenaikan harga minyak akibat perang Afghanistan dan Iraq telah memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi
43

Namun begitu, ekonomi negara telah mula mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada tahun 2004. Pada suku pertama tahun ini, ekonomi mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7.6 peratus. Pada suku kedua pula, ekonomi berkembang pada kadar 8.0 peratus. Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberansangkan
44

Wawasan 2020, 1991-2020


Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991. Teras utama dasar ini ialah pembangunan menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Matlamat Wawasan ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020
45

SEKIAN
Terima kasih

46

You might also like