P. 1
Interpretasi IPW

Interpretasi IPW

|Views: 83|Likes:
Published by Miza Hamizah

More info:

Published by: Miza Hamizah on Jan 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2012

pdf

text

original

INVENTORI PERSONALITI WARNA

Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Pentadbiran Inventori Personaliti Warna – IPW Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna – IPW

Untuk itu. namun jenis personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu. setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti.IPW PERATURAN FIKIRAN Romantis Harmoni PERASAAN Tulin KEBEBASAN Kerjasama Unik Berseni Empati Setia Tidak Suka Peraturan Adventures Spontan Gopoh Gapah Berani Suka Pertandingan Bahaya Tetapi Seronok Berkemahiran BIRU JINGGA . Umumnya. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. sila rujuk cara pengiraan skor seperti yang terkandung Stensil Pemarkahan IPW. Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna – IPW Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien anda. Boleh Dipercayai Keibubapaan BErtanggungjawab Ikut Peraturan Adat resam Tradisional Konservatif Sistematik EMAS Berdasarkan Teori Ingin Tahu Kompleks Falsafah Panjang Akal Tenang Sabar Berpengetahuan HIJAU PENTAFSIRAN KHUSUS INVENTORI PERSONALITI WARNA .

bertanggungjawab. mengikut adat resam. bersifat konkrit. hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian. ☺ Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna. boleh diharap dan sentiasa bersedia. PERSONALITI EMAS Ciri-Ciri Umum: Bersikap keibubapaan. Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya Bertanggungjawab. konservatif. ☺ Saya menghormati masa. ☺ Saya seorang peneliti dan bersifat wajar. ☺ Sangat bertanggungjawab. waras fikiran. ☺ Saya taat. ☺ Saya menghargai hidup berkeluarga. ☺ Selalu mengambil tahu tentang sesuatu. boleh dipercayai. tradisional. ☺ Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan. saya juga stabil. ☺ Memberi perhatian.Rajah 1: Pentafsiran Khusus Profil IPW Sumber: Sidek Mohd Noah. setia. . ☺ Selain setia. tradisi dan rumah tangga. 1999. pratikal. ada peraturan dan sistematik. Ciri-Ciri Diri Saya: ☺ Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa.

☺ Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran. ☺ Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa. ☺ Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah. praktis. mengikut adat resam. berperaturan dan menaruh perhatian. ☺ Saya adalah seorang yang suka menolong. bekerjasama dan mengikut kebiasaan. walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu. Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak: ☺ Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah. ☺ Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian. tradisional. saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam. hidup bersistem. ☺ Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.☺ Bersifat keibubapaan. ☺ Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain. konservatif. ☺ Secara semula jadi. boleh dipercayai. bertanggungjawb. Personaliti Emas Personaliti Emas dikatakan bersikap keibubapaan. . Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja: ☺ Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja. setia. waras fikiran. ☺ Kerja mengikut peraturan.

PERSONALITI HIJAU Ciri-Ciri Umum: Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan. berprinsip dan jujur. . ☺ Bersifat ingin mengetahui. ☺ Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori. berfalsafah. tanggapan dan idea. Ciri-Ciri Diri Saya: ☺ Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan. panjang akal. ☺ Saya mempunyai ciri-ciri analitikal. mahir dan panjang akal ☺ Mempunyai sikap yang tenang dan sabar. bijak. inventif. memahami konsep. berpengetahuan luas. bijak dan mahir. Kata kunci utama ialah Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi. cenderung mereka cipta. dan berasaskan logik. ☺ Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan. cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna. berminat tentang konsep. berdasarkan teori. ☺ Saya cenderung untuk mereka cipta sesuatu yang baru. berprinsip. gagasan. bersifat ingin mengetahui. ☺ Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna. kompleks. investigatif dan hipotetikal. tenang dan sabar.

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja: ☺ Saya seorang pemikir konsep yang bebas. bijak dan mahir. ☺ Saya tidak sabar dengan kaedah latih-tubi. berfalsafah. panjang akal. atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan. Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak: ☺ Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran. berprinsip dan berasaskan logik. memahami konsep. ☺ Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang. cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna. atau rutin. ☺ Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar daripada mereka. PERSONALITI BIRU . berpengetahuan luas. ☺ Fokus saya ialah kepada perkara yang paling saya minati. saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama. Personaliti Hijau Personaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta. kompleks. tenang dan sabar. ☺ Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain. bersifat ingin tahu. meneroka idea. iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya. ☺ Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan. berdasarkan teori. ☺ Suka mereka cipta model.

bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. ☺ Saya suka berkarya dan memberi ilham. riang.Ciri-Ciri Umum: Bersifat tulen. mengasihani. ☺ Saya seorang yang puitis. ☺ Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain. ☺ Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani. berperibadi. ☺ Saya seorang yang mudah bersimpati. orang yang memberi inspirasi. penyayang dan setia. ☺ Saya romantis. ☺ Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan. gembira dan imaginatif. ☺ Mudah terasa dan lemah lembut. menyayangi dan baik hati. Ciri-Ciri Diri Saya: ☺ Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen. dan selalu mencari makna dalam kehidupan. unik. . ☺ Mesra. bersimpati. berseni. mesra. taat. perhubungan mesra. gembira. bersemangat. penuh kasih sayang. berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain. Kata kunci utama ialah Romantis serta Sukakan Keharmonian.

☺ Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain. penyayang. mesra. ☺ Saya tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. bersimpati. ☺ Tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya. ☺ Saya mahukan pengiktirafan. berseni. ☺ Selalunya saya bekerja dalam bidang seni. gembira. mesra. berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain. orang yang memberi inspirasi. riang. ☺ Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan.☺ Saya seorang yang suka membelai dan membantu orang lain. mengasihani. ☺ Saya seorang individu romantis yang semula jadi. . penuh kasih sayang. bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak: ☺ Saya sangat imaginatif. setia. pendidikan. ☺ Agak sukar menyesuaikan diri dalam sistem dan struktur sekolah. komunikasi. Personaliti Biru Personaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulen. Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja: ☺ Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna. unik. dan profesion menolong orang lain.

bertindak atas desakan fikiran. tabah. bersifat spontan. ☺ Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah. berani. ☺ Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan. Kata kunci utama ialah Suka Mengembara atau Adventurous. ☺ Menganggap hidup sebagai satu permainan. pandai menggunakan kesempatan. pandai dan menawan. tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam. Ciri-Ciri Diri Saya: ☺ Bertindak secara spontan. tidak takut dan berkemahiran. realistik. gurau senda. ☺ Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar. suka berjenaka.PERSONALITI JINGGA Ciri-Ciri Umum: Saya seorang yang cergas. tergopoh-gapah tetapi bersemangat. berfikiran terbuka. ☺ Cergas. tidak dipengaruhi oleh sentiment. ☺ Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan. . suka kepada pertandingan. suka keseronokan. giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada. gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan. ☺ Seorang yang realistik. tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka.

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja: ☺ Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur. pandai menggunakan kesempatan. suka kepada pertandingan. ☺ Saya seorang perfomer yang semula jadi. saya perlukan penglibatan fizikal. tabah. dapat menggunakan koordinasi fizikal. ☺ Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan. Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara. ☺ Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan. suka berseronokan. saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah. bertindak atas desakan fikiran. berfikiran terbuka.☺ Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan. ☺ Saya belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya dengan membaca atau mendengar. gurau senda. realistik. gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan. . Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak: ☺ Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain. berani. bersifat spontan. tergopoh-gapah tetapi bersemangat. dan alatan. rigid dan mengikut rutin. Personaliti Jingga Personaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas. tidak dipengaruhi oleh sentimen. ☺ Dalam proses pembelajaran. tidak takut serta berkemahiran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->