You are on page 1of 28

KUMPULAN 4:

ANTHONY YEW TAN TONG SHENG

TOPIK YANG DIBINCANGKAN: - RANCANGAN MALAYSIA KEENAM - DASAR SOGOSHOSHA - DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA - RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH - DASAR WAWASAN NEGARA - CONTOH SOALAN

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM


Tempoh pelaksanaan 1991-1995
Pengenalan 1. Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000 bagi menambah baik rancangan yang sedia ada. 2. Jumlah perbelanjaan pembanguna yang diperuntukan ialah RM 64 ribu juta Ekonomi(56.8%), Sosial (24.5%), Pertahanan dan keselamatan (15.3%), serta Pentadbiran (3.4%).

Objektif
1. Mengekalkan strategi asas DEB, iaitu mewujudkan perpaduan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. 2. Mencapai pembangunan seimbang agar negara dapat bersaing dalam pelbagai sektor. 3. Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian. 4. Memberi tumpuan pada penjagaan alam sekitar. 5. Membangunkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni. 6. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih cemerlang.

Strategi Pelaksanaan
1. Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan. 2. Memajukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri tempatan. 3. Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk meningkatkan pasaran barangan tempatan untuk meningkatkan tabungan dalam negeri. 4. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan pembangunan sosioekonomi negara. 5. Meningkatkan pembangunan sosioekonomi melalui Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Skim Amanah Saham Nasional (ASN), Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB). 6. Mempelbagaikan asas perindustrian berorientasikan eksport. 7. Mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di Malaysia. 8. Mengekalkan dasar liberal bagi mewujudkan suasana pelaburan yang menggalakkan.

DASAR YANG DILANCARKAN


1.

Dasar Sogoshosha Malaysia Dasar Sains dan Teknologi Negara

2.

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA


Pengenalan 1. Dasar Sogoshosha merupakan konsep yang diperkenalkan di Jepun. 2. Sogoshosha ialah gelaran yang diberi kepada syarikat perdagangan am yang terkenal yang mempunyai pusingan perniagaan sebanyak AS$20 billion setahun. 3. Dasar ini mempunyai 3 ciri penting: (a) Mengendalikan barangan ekonomi dalam jumlah yang banyak. (b) Mempunyai banyak perdagangan antarabangsa. (c) Memainkan peranan penting dalam bidang perdagangan luar. 4. Pengalaman dan kemajuan syarikat Jepun ini memberi inspirasi kepada Malaysia untuk memajukan eksport barangan negara. 5. Malaysia perlu mencari strategi baharu untuk meningkatkan perdagangan luar. Dasar Sogoshosha dapat membantu negara dalam melaksanakan pemasaran komoditi eksport. 6. Dasar Sogoshosha akan memberi maklumat tentang pasaran eksport dan kontrak kerja di luar negara melalui hubungan antarabangsa.

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA


Objektif Strategi Pelaksaan 1. Menggalakan eksport barang kepada 1. Memberikan galakan kredit untuk pengguna tradisional dan pengguna membantu syarikat melaksanakan baharu. kegiatan eksport. 2. Menggalakkan pelaburan usaha 2. Memberi pengecualian cukai kepada sama untuk meluaskan peluang pengusaha eksport di bawah Akta pasaran antarabangsa. Galakan Pelaburan 1968, Akta 3. Mengalakkan pemindahan teknologi Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976 dan pengetahuan melalui usaha sama untuk mengglakkan eksport. 3. Penubuhan Pejabat Perusahaan antara pelabur tempatan dengan pelabur asing. Perdagangan Malaysia untuk memberi khidmat sokongan kepada 4. Memajukan eksport dan syarikat yang terlibat. meningkatkan pendapatan negara.

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA


Hasil Kajian Hasil kajian menunjukkan pencapaian Sogoshosha di Malaysia adalah jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, iaitu pusingan perniagaan bernilai RM1000 juta setahun bagi setiap Sogoshosha. Ini disebabkan faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan konsep Sogoshosha tersebut seperti berikut: Sogoshosha Malaysia terpaksa bersaing hebat dengan syarikat-syarikat dagangan antarabangsa yang lebih stabil. Kejayaan Sogoshosha biasanya dicapai melalui operasi berorientasikan keuntungan yang kecil (narrow margin) tetapi penjualan yang banyak. Ini amatlah sukar dicapai terutama oleh syarikat-syarikat Sogoshosha yang baru ditubuh. Malaysia tidak mempunyai banyak keluaran kilang untuk dieksport. Oleh itu, Sogoshosha terpaksa menumpukan kepada komoditi sahaja. Ini tidak selaras dengan penubuhan Sogoshosha untuk mempertingkatan eksport negara. Rangka perniagaan di dalam ekonomi Malaysia terdiri daripada unit yang kecil dan berasingan. Peniaga-peniaga Malaysia memerlukan untuk menyesuaikan diri dengan konsep Sogoshosha.

1. 2.

3.

4.

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA


Objektif 1. Menggalakkan penggunaan Sains dan Tekonologi (S & T) dalam membangunkan ekonomi, membaiki kehidupan dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. 2. Menitikberatkan peranan bidang S & T dalam membantu aktiviti ekonomi dan infrastruktur serta bidang lain demi pembangunan negara. 3. Menentukan kemahiran dan pengetahuan S & T untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang perindustrian dan peningkatan tahap serta kepakaran pengurusan. Strategi Pelaksanaan 1. Menjalankan rancangan pembangunan S & T untuk membangunkan sektor perindustrian agar setanding dengan sektor perindustrian negara maju. 2. Menjalankan rancangan S & T berasaskan matlamat : (a)Pembangunan keupayaan sumber S & T negara dalam usaha membentuk keupayaan teknologi tempatan. (b) Pembangunan keupayaan dan pengusaha tempatan dalam menggunakan teknologi asing yang dipinjam dengan berkesan. 3. Mengintegrasikan dasar ini dengan Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pertanian Negara. 4. Meningkatkan perkhidmatan S & T demi kejayaan rancangan pembangunan negara. 5. Membangunkan kemahiran S & T agar tidak bergantung kepada negara maju. 6. Penubuhan Pusat Pengumpulan Maklumat S & T bagi menyelaras dasar ini. 7. Memberi tumpuan pada aktiviti R & D.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH


Tempoh pelaksanaan Pengenalan 1996-2000 1. Lanjutan daripada RMK-6. 2. Dilancarkan semasa ekonomi negara berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 8.9% setahun sejak 1988. 3. Perkembangan pesat ekonomi Malaysia ini terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada bulan Julai 1997. 4. Menekankan penyediaan prasarana yang perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada abad ke-21. 5. Mengubah pemikiran rakyat ke arah cara hidup ketimuran.

Objektif 1. Memesatkan pemindahan teknologi dan berasaskan produktiviti dan kecekapan buruh dan modal. 2. Meningkatkan pengeluaran barang berintensifkan modal dan tekonologi. 3. Mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan. 4. Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan eksport negara. 5. Mengurangkan import negara. 6. Meningkatkan daya saing ekonomi dengan memperkukuh infrastruktur. 7. Membangunkan perkhidmatan moden. 8. Memperkukuh pengetahuan Sains dan Tekonologi serta tekonologi maklumat untuk membolehkan negara melangkah ke era multimedia.

Strategi Pelaksanaan 1. Menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7/1/1998 dan melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara pada 23/7/1998. 2. Meningkatkan keupayaan dalam bidang Sains dan Teknologi. 3. Mengukuhkan sistem penyampaian. 4. Melaksanakan program sekolah atau sesi. 5. Meningkatkan kemasukan pelajar ke universiti pada peringkat ijazah. 6. Mengukuhkna aktiviti R & D bagi menghasilkan keluaran baharu dan mempertingkatkan kualiti keluaran bahan yang sedia ada. 7. Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar. 8. Memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat. 9. Meningkatkan semangat dalam kalangan guru. 10. Meningkatkan penguasaan rakyat dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 11. Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. 12. Menggalakkan industri kecil dan sederhana. 13. Memperkukuhkan sektor kewangan.

DASAR WAWASAN NEGARA

DASAR WAWASAN NEGARA


Tempoh Pelaksanaan 2001-2010 Pengenalan 1. Merupakan Fasa Keempat di bawah Rangka Rancangan Janka Panjang Ketiga (RRJP3)-teras utama ialah meningkatkan daya tahan (resilience) dan daya saing ekonomi Malaysia bagi menangani kesan-kesan teruk kemelesetan ekonomi serantau pada penghujung tahun 1990-an. 2. Menggabungkan teras kritikal Dasar Ekonomi Baru dan Dsar Pembangunan Nasional dengan pencapaian perpaduan nasional sebagai objektif utama. 3. Merupakan gabungan usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. 4. Mengambil kira cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju untuk Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

DASAR WAWASAN NEGARA


Teras kritikal 1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. 2. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah. 3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. 4. Mempertingkatkan daya saing negara untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan liberalisasi. 5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge economy) sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. 6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir, produktif dan berpengetahuan. 7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.

Objektif

Strategi

1. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok 1. Pembasmian kecil miskin di kawasan bandar dan pedalaman tanpa kemiskinan tanpa mengira kaum. mengira kaum, kumpulan suku kaum minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli 2. Penyusunan semula serta menyusun semula masyarakat. masyarakat. 2. Meningkatkan kualiti hidup dan mengukuhkan 3. Pembangunan yang ekonomi negara terutama golongan masyarakat yang seimbang. berpendapatan kurang daripada 30%. 3. Memperkukuh pengurusan ekonomi makro di samping mengoptimumkan melalui pembasmian kemiskinan, 4. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.(K-Ekonomi) 5. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan. 6. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik. 7. Mencapai penyertaan bumiputera secara berkesan dalam sektor utama ekonomi.

CONTOH SOALAN

Q1- STPM 2005(S7)


Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan Dasar Wawasan Negara? Melahirkan masyarakat yang liberal dan lantang bersuara.

II Meningkatkan produktiviti melalui peningkatan pengetahuan. III Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berdaya saing. IV Merapatkan jurang antara sektor swasta dengan sektor awam A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV

Q2
Yang manakah antara dasar berikut dirangka untuk mencapai Wawasan 2020? I Dasar Ekonomi Baru II Dasar Telekomunikasi Negara III Dasar Wawasan Negara IV Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam A.I dan II B.I dan III C. II dan III D. III dan IV

Q3
Teras utama Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) ialah
A. B.

C.

D.

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia. Membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum. Memperseimbangkan pembangunan ekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Q4
Semua pernyataan berikut tentang Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah benar kecuali
A. B.

C.

D.

DWN meliputi tempoh 2001-2020 Matlamat terakhir DWN ialah perpaduan nasional. Antara strategi utama DWN ialah pembangunan yang seimbang. DWN menggabungkan teras kritikal Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Q5
Manakah antara yang berikut ditubuhkan bertujuan meningkatkan penyertaan golongan Bumiputera dalam pemilikan saham sektor perdagangan dan perindustrian? I Skim Latihan Pembangunan Usahawan II Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) III Skim Amanah Saham Nasional (ASN) IV Permodalan Nasional Berhad (PNB) A.I,II dan III B.I,III dan IV C.II,III dan IV D. Semua ada.

Q6
Manakah yang berikut merupakan matlamat-matlamat Dasar Sogoshosha? I Memajukan pembangunan sumber manusia serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi pembangujnan industri berat. II Membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membuka rangkaian syarikat di peringkat antarabangsa. III Menggalakkan perkembangan syarikat-syarikat yang besar pusingan perniagaannya. IV Membolehkan Malaysia memajukan eksport dan meningkatkan hasil negara. A.I,II dan III B.I,III dan IV C.II,III dan IV D. Semua ada.

Q7-STPM 2003(S19)
Manakah yang berikut benar tentang Dasar Sogoshosha? I Usaha sama pelabur asing II Tumpuan pasaran domestik. III Rangkaian perniagaan antarabangsa. IV Usaha mengembangkan perniagaan berskala besar. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D. III dan IV

Q8-STPM 2003(S22)
Manakah yang berikut benar tentang Rancangan Jangka Panjang ke-3 (RRJP3) Dasar Wawasan Negara ?
A. B. C. D.

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Meneruskan pembangunan tanah dan wilayah. Melancarkan Pelan Induk Perindustrian. Membagunkan sektor perlombongan.

JAWAPAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

B C B A C C D A

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like