You are on page 1of 4

Surat Perjanjian Sewa Kedai: Pendahuluan: Perjanjian diperbuat pada (TARIKH) di antara (NAMA TUAN RUMAH) di alamat (ALAMAT

ASAL TUAN RUMAH) (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan (NAMA PENYEWA) di alamat (ALAMAT ASAL PENYEWA) (kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa'). BAHAWASANYA Tuan Kedai adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang di kenali sebagai (ALAMAT RUMAH YANG HENDAK DISEWA) (kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut"). DAN BAHAWASANYA Tuan Kedai tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh (TEMPOH SEWA YANG TELAH DIPERSETUJUI) tertakluk kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini. ___________________________________________________________________________ MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis tersebut selama tempoh (TEMPOH SEWA YANG TELAH DIPERSETUJUI) bermula pada (TARIKH MULA MENYEWA) dan berakhir pada (TARIKH AKHIR PENYEWAAN) dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia (NILAI SEWA DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja sebulan bebas daripada apa-apa potongan pada hari ketujuh (7) setiap dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di bawah ini. 2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Kedai seperti berikut; (a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia (NILAI CENGKERAM DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan dan sewa satu (1) bulan") dimana Tuan Kedai mengakui penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini. (b) Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air sebanyak Ringgit Malaysia (NILAI DEPOSIT ELETRIK DAN AIR DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja (kemudian dari ini dirujuk sebagai Deposit Elektrik dan Air). (c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini, sebelum tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini. (d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat keatas Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas perbelanjaan dan kos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Rumah.

(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan air yang digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayaran dibuat harus diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti. (f) Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa oleh Tuan Rumah untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk memantau dan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya. (g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan apaapa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan lekapan tanpa kebenaran Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis. Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah. (h) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau berkongsi milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan Rumah terlebih dahulu. (i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan memelihara dan menjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan memotong/menebang pokokpokok buah-buahan dan bunga tersebut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Tuan Rumah. (j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan bersih. (k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk longkang, pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan tingkap, penutup kunci dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan Rumah dalam keadaan baik sepanjang tempoh penyewaan. (l) Penyewa tidak menebuk mana-mana bahagian dinding, lantai dan siling rumah tersebut dengan apa-apa cara sekalipun termasuk paku, skru dan sebagainya dan sentiasa menjaga permukaan lantai, cermin, siling serta dinding bersih tanpa calar. (m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau mungkin menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Rumah atau kepada penghuni yang berjiran dengan Premis. (n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar selama tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah sah bagi Tuan Rumah mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta merta dan perjanjian ini dianggap tamat tempohnya. (o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah terbakar atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut yang

boleh membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang berkuatkuasa. (p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan notis dua (2) bulan sebelum beliau mengambil keputusan keluar dari Premis tersebut kepada Tuan Rumah begitu juga sebaliknya. (q) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman kepada Tuan Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-syarat dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini. (r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis tersebut bagi maksud pejabat atau perniagaan sahaja. 3. Tuan Rumah dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :(a) Tuan Rumah akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis tersebut setiap tahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat. (b) Tuan Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan selamat digunakan. (c) Tuan Rumah berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyai kebebasan menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Rumah tertakluk kepada kepatuhan penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi termaterma atau syarat-syarat lain dalam perjanjian ini, (d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Rumah hendaklah memulangkan semua Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa 2 (a) dan Deposit Elektrik dan Air dibawah klausa 2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Rumah berhak memotong sejumlah wang daripada Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut untuk ganti rugi atau pembayaran yang dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja. (e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh penyewaan Premis tersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan notis dua (2) bulan awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada Tuan Rumah dengan menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis tersebut. Sekiranya sewaktu tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka Tuan Rumah hendaklah memberi kebenaran kepada penyewa untuk menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh satu tahun lagi daripada tarikh tertamatnya perjanjian ini. 4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa (a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut atau apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Rumah. (b) Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut tidak akan digunakan atau di tolak oleh Tuan Rumah untuk apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang

oleh Penyewa apabila perjanjian ini ditamatkan. (c) Apa-apa baki Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan setelah ditolak bayaran untuk pembaikan ke atas apa-apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa akan dipulangkan kepada Penyewa tanpa apa-apa faedah. *************************************************************************** Penurunan Tandatangan: 1. Penyewa (beserta Nama & IC) 2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC) 3. Tuan Rumah (beserta Nama & IC) 4. Saksi bagi Tuan Rumah (beserta Nama & IC)

You might also like