You are on page 1of 10

Teks Ucapan Pengetua Hari Anugerah Kecemerlangan Kali ke-42 SMK (P) Sri Mutiara Bismillahirrahmanrrahim, salam sejahtera

dan salam satu Malaysia. 1. Yang Berbahagia Encik Pauzi b Hj Omar, Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut, 2. Haji Zainal Abidin bin Yaacob, Pegawai PROSA, 2. Pengetua Sekolah-sekolah Kelompok M3, 3. Yang Berusaha Encik Abdul Aziz Abdullah, YDP PIBG SMK (P) Sri Mutiara , 4. Yang Dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah Paijo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Ivy Ho Siew Yoong, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Cik Ho Lee Cheer, 5. Guru-guru, AJK-AJK PIBG, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, dengan izin dan keredaan-Nya, majlis Anugerah Kecemerlangan SMKP Sri Mutiara kali ke-42 ini dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita. Saya mewakili seluruh warga kerja SMKP Sri Mutiara mengalualukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan kejayaan anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Berkat kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang tinggi, maka pada hari ini tibalah masanya untuk mereka diberikan penghargaan. Semoga majlis ini juga menjadi asas untuk menjana modal insan gemilang dan terbilang iaitu insan yang prihatin, berakhlak mulia, berkualiti, bertatasusila, berdaya saing, kreatif, inovatif dan seribu satu nilai yang baik lagi. Hal ini sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam bidang keberhasilan utama (NKRA) dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Tuan-tuan dan Puan-puan, 1. Terlebih dahulu izinkan saya memberikan gambaran sepintas lalu tentang sekolah ini. Tenaga pengajar di sekolah ini terdiri daripada 59 orang guru tetap dan 5 orang GSTT. Kakitangan sokongan pula terdiri daripada seorang ketua pembantu tadbir, 3 orang pembantu tadbir, 2 orang pembantu am pejabat, 3 pembantu makmal dan seorang juruteknik komputer. Pekerja swasta pula seramai 6 orang. Jumlah keseluruhan pelajar pula ialah 853 orang yang belajar di dalam 29 buah kelas, iaitu dari tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5.

2. Pencapaian PMR 2009 Peratus kelulusan semua mata pelajaran dalam PMR 2009 ialah 68.97 % iaitu meningkat sebanyak 6.83 % berbanding PMR 2008. Gred Purata Sekolah juga turut meningkat iaitu daripada 3.16 pada tahun 2008 kepada 3.03 pada tahun 2009. Seorang pelajar mendapat 7 A, 5 orang mendapat 6 A, 4 orang mendapat 5 A dan 3 orang pelajar mendapat 4 A. Pelajar pelajar tersebut ialah :
1

Nama Pelajar Utheeralegha a/p Jayachandran Devikala a/p Anathurai Regina Lim Yee Ping Oooi Jia Xin Nur Afiqah binti Mohd Zuraidi Nur Aiena binti Mazir Nurul Ain binti Mohni Teoh Pooh Imm Dalveender Kaur a/p Dilbir Singh Khaw Yi Xian Siti Nur Syafiqah binti Mohd Jaffar Natalie Chua Hui Ying Revathy a/p Thiagarajan Pillay 3. Pencapaian SPM 2009

Bilangan A 7A 6A 6A 6A 6A 6A 5A 5A 5A 5A 4A 4A 4A

Seramai 158 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tahun lepas. Peratus keseluruhan ialah 84.81%, meningkat sebanyak 3.86% berbanding tahun 2008. Senarai pelajar yang mendapat keputusan terbaik seperti berikut: Nama Pelajar Nur Saffa Yusra binti Othman Ruzainah Shaik Ibrahim Anis Farhana Mohamad Noor Nandhini a/p Thiagaraja Nur Liyana Saad Puteri fadhilah Megat Ahmad Yuganeshwari a/p Sundram Dineswary Nair a/p Mahenthran Ooi Jia Jia Farah Nabila Azmi Nor Hazwani Mohd Hussain Bilangan A 6A 6A 6A 5A 4A 4A 4A 4A 4A 4A 4A

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Sepanjang bulan Januari hingga Jun 2010, pihak sekolah telah banyak menjalankan aktiviti dan program bagi memastikan pelajar mendapat manfaat daripadanya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

Tarikh 2/1/2010 2/2/2010 5/2/2010 8/2/2010 22 - 25/2/2010 24/2/2010 1-5 /3/2010 6/3/2010 8-12/3/2010 5-9/4/2010 17/4/2010 10/4-7/5/2010 3/5/2010 13/5/2010 15/5/2010 2/6/2010

Aktiviti Orientasi pelajar Tingkatan 1 Kawad Kebakaran Larian Merentas Desa Pelancaran Kempen Budi Bahasa & Program Seorang Pelajar Sebuah Buku Minggu Bahasa Melayu & Minggu Anti Dadah Mesyuarat Agung Koperasi Ujian 1 Majlis Ikrar Gemilang Minggu Bahasa Inggeris Minggu Sains dan Matematik Temasya Sukan Tahunan ke-32 Peperiksaan Pertengahan Tahun Minggu pusat Sumber Lawatan Panel Penilai Sekolah Lestari Gotong-royong Perdana Sambutan Hari Guru
3

27-3/6/2010 25-26/6/2010 3/7/2010 13/7/2010

Hari Koperasi Sekolah Khemah Ibadah Hari Kokurikulum Hari Waris Jaya

Tuan-tuan dan Puan-puan, 5. Bagi memastikan pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan agar mereka dapat mencapai keputusan yang terbaik, pihak sekolah telah menjalankan banyak program Peningkatan Akademik,

diantaranya seperti berikut: a. Kelas Intensif (bermula pada bulan Jun) b. Program Progress I. Ceramah Cara Belajar II. Majlis Ikrar Gemilang III. Ceramah Teknik Menjawab IV. Ulang Kaji Intensif Berfokus V. Majlis Mohon Restu VI. Majlis Bacaan Yasin VII. Kelas Pemulihan VIII. Sentuhan Kecemerlangan c. Headcount Headcount ialah proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya. Headcount ini penting bagi merancang program yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid serta untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif. Program ini telah berjaya memberikan motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. Tuan-tuan dan Puan-puan, Program peningkatan akademik yang dijalankan oleh pihak sekolah ini tidak lain dan tidak bukan tujuannya adalah bagi memastikan pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan seterusnya mencapai peningkatan sebanyak 3% seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah akan terus mengaturkan dan menjalankan program bagi membuat lonjakan pencapaian yang lebih baik. Laporan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Tuan-tuan dan Puan-puan, Terdapat 15 unit kecil di bawah bidang HEM iaitu Lembaga Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Biasiswa, Kebajikan, Kesihatan, Kebersihan & Keceriaan, Pasukan Anti Denggi, Kantin, Keselamatan Murid, Kawad Kebakaran, Rekod dan Data Murid Buku Register, Sijil
4

Berhenti dan Surat Akuan serta Pendaftaran Murid Baru.Pada kesempatan yang ada pada hari ini, saya hanya akan menerangkan beberapa unit yang penting sahaja. 1. Lembaga Disiplin Lima salah laku yang cenderung dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah ini ialah cuai dan lalai dalam pelajaran, ponteng, membuat bising dan mengganggu P&P, melanggar arahan Zon Senyap serta datang lewat. Peratus kesalahan cuai dalam pelajaran menunjukkan penurunan, begitu juga dengan peratus bagi salah laku melanggar arahan di Zon Senyap dan datang lewat. Walaupun begitu, Lembaga Disiplin Sekolah sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan kesalahan disiplin pelajar ini dapat dikurangkan. 2. Unit Biasiswa Terdapat 13 orang pelajar yang mendapat Biasiswa Kecil Negeri (BKN), 36 orang pelajar mendapat Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat bisiswa seramai 49 orang. 3.Unit Kebajikan Melalui Unit Kebajikan, pihak sekolah tidak melupakan segelintir pelajar yang memerlukan bantuan agar mereka dapat belajar dalam suasana yang selesa. Seramai 30 orang pelajar mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melalui sumbangan PIBG. Manakala seramai 4 orang pelajar mendapat bantuan KWAMP. Untuk makluman tuan-tuan dan puan, hanya pelajar peralihan dan tingkatan 1 sahaja yang layak memohon iaitu sebanyak RM 600 bagi setiap orang pelajar. Antara syarat-syarat kelayakan ialah pelajar mestilah warganegara Malaysia dan belajar di sekolah rendah dan menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Seterusnya pelajar daripada keluarga yang miskin dan pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan mereka. Elaun Khas OKU adalah sebanyak RM1800 setahun. Pada tahun lepas, seorang pelajar iaitu Ng Phooi Ling (2MC) mendapat elaun tersebut. Syarat untuk memohon Elaun Khas OKU ialah pelajar perlu memiliki kad OKU. 4. Unit Bimbingan & Kaunseling Antara program yang telah dijalankan oleh UBDK ialah kaunseling individu dan kelompok, orientasi pelajar tingkatan 1 & 4, Kempen Budi Bahasa, Minggu Anti Dadah, Majlis Ikrar Gemilang, Khemah Ibadah, Kem Kepimpinan dan lawatan kerjaya. Manakala program-program yang akan dijalankan pula ialah Sentuhan Kecemerlangan, Majlis Mohon Restu dan Program Selepas PMR. 5. Unit Kesihatan Unit Kesihatan Sekolah sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Unit Kesihatan Sekolah, Kementerian Kesihatan semasa mereka mengadakan lawatan ke sekolah untuk memberi pemeriksaan kesihatan dan suntikan kepada pelajar Tingkatan 3 serta Pemeriksaan ATT atau Kancing Gigi untuk pelajar Tingkatan 5. Selain itu, pelajar juga diwajibkan menjalani rawatan pergigian. Tuan-tuan dan Puan-puan, Unit HEM akan terus menjalankan usaha bagi menjadikan pelajar insan yang tinggi sahsiahnya dan melalui bidang disiplin, unit HEM akan cuba memastikan pelajar tidak terlibat dengan kes salah laku yang besar dan seterusnya mencapai ponteng sifar. Semoga usaha yang dijalankan oleh Unit HEM ini akan mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, kondusif, bersih, cantik dan selamat serta menjadi kebanggaan semua pihak.
5

Laporan Kegiatan Ko-kurikulum Tuan-tuan dan Puan-puan, Kokurikulum amat penting bagi pembangunan modal insan kerana aktiviti tersebut memupuk nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang menjadi pegangan diri, menjadikan pendidikan menyeronokkan dan mengurangkan tekanan. Melalui Unit Kokurikulum, sekolah membuat perancangan rapi berkaitan aktiviti kokurikulum terutama pembangunan sukan selaras dengan pelaksanaan dasar Satu Pelajar Satu Sukan yang mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011. Tuan-tuan dan Puan-puan, Kita harus berbangga kerana SMKP Sri Mutiara mempunyai bakat-bakat sukan yang tidak kurang hebatnya dan telah ada yang telah berjaya sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Selain dalam bidang sukan, pihak sekolah juga menggalakkan pelajar menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan oleh badan-badan NGO dan masyarakat setempat. Berikut adalah pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulm sepanjang Januari hingga Julai 2010. Nama Pertandingan & Penganjur Pertandingan Gimnastik Peringkat Negeri Anjuran MSSPP Pencapaian 8 Emas Johan Keseluruhan 18TKB Perempuan Johan Keseluruhan 15TKB Perempuan Kejohanan Gimnastik MSSM Tempat ke-4 Artistik Kebang saan 14-20 Mac Melaka Jerelyn Loo (2SA) Peringk at Negeri Tarikh Tempat Nama Peserta Teo Hui Fen (3TF) Jerelyn Loo Phing (2 SA) Hwang

11-12 Pulau Pinang Februari 2010

Kejohanan Olahraga 1 Emas MSSPP Zon Air

Zon
6

8-12 Mac

Stadium Bandaraya,

Shantini Devi a/p Ravichandran (3SK)

Itam Kejohanan Karate 3 Emas Pulau Pinang Acara Jemputan Hari Gangsa Sukan SMJK (C) Datuk Kramat Green Creative Tempat 1 & 2 Competition (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) Negeri 21 Mac

Pulau Pinang Kompleks Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Stadium Bandaraya Pulau Pinang Thor Chee Yee (5TF) Lee Choon Looi (4SK) Lim Suet Ling (3SK) Shantini Devi (3SK) Ellieza Soffea Nur Maisarah (4SZ) Nurul Inani Tempat 1: Winnie Cheng (5TF) Tang Syn Yee (5TF)

Sekolah 25 Mac

Negeri

17 April Sunshine Square, Pulau Pinang

Kejohanan 1 Emas Taekwondo Remaja Sekolah-sekolah 1 Perak antara Daerah Negeri Pulau Pinang 6 Gangsa

Negeri

2 Mei

Pertandingan Muzik Tempat ke-3 Kokurikulum Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2010 (JPN)

Negeri

28 Jun

Perlumbaan Mendaki Bendera

Tempat ke 6 Bukit

Negeri

4 Julai

Tempat 2: Quah Beng Ai (5TF) Lam Kooi Lin (5TF) MPDP, Wan Nor Fatimah Kepala (5TF) Batas, Pulau Azie Azieanie (1SK) Pinang Zafreenah Zakaria (3SK) Nurul Amira (3MC) Nur Hazira (3SK) Kosalya (4SA) Wan Adibah (4SK) Fairuz (4SA) Dewan Sri Tan Chee Hwah (3SK) Pinang Lim Sue Chin (3SK) Alicia Loo Mei Ling (3SK) Loh Chiew Ping (3SK) Khor Sin Yee (3SK) Jivakaliswary (3SK) Ooi Hoay Ping (3SK) Ong Poh Ling (3SK) Lim Sin Yee (2SK) Tan Mei Khuan (2SK) Ooi Hsian Ching (2SK) Vivien Teoh Jia Wen (2SK) Lim May Ling (4SA) Regina Lim Yee Ping (4SK) Soon Hwa Lee (1SK) Bukit Shantini Devi a/p Bendera, Ramachandran (3SK) Pulau Pinang

Penyertaan dalam Science Across The World anjuran Association for Science Education Teachers, United kingdom

Exchange Antarab Sejak Form of the angsa Novem Month (Sejak ber April 2010) 2009 5 Bintang Kedudukan: - 4 dari 149 negara - 4 daripada 8456 guru di dunia - Pertama di Asia Pasifik - Pertama di Malaysia

Portal Exchange Form (doc): Science -Danella Eunice Tang Across The -Lau Yee Yin World -Ros Nurul Ain Shuhada - Fong Swee Man - Kong Pey San - Cheah Swee Si Exchange Form (ppt) -Durgga a/p Pubalan -Nabilah Shamsur Azam -Kalaiyarasi -Nur Fatin Nabilah -Nur Fatimah Suzaznim -Niroshene -Poh shirley

Tuan-tuan dan Puan-puan, Saya mengharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan terus menyokong aktiviti kokurikulum kerana aktiviti ini merupakan satu wadah atau medium untuk membentuk pelajar menjadi pemimpin yang berkaliber, bijak membuat keputusan, dapat meluahkan idea yang bijak dan bernas serta menguatkan disiplin dan ketahanan diri. Selain itu, aktiviti kokurikulum perlu mendapat sokongan dan perhatian daripada semua pihak kerana menjadi pelengkap kepada akademik dan berperanan dalam pembangunan diri pelajar yang bersepadu, holistik dan seimbang. Saya juga berharap agar melalui aktiviti kokurikulum, bakat-bakat sukan yang ada di sekolah ini bakal menjadi bintang yang beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Datuk Nicol David. Tuan-tuan dan Puan-puan, Dalam memastikan kemenjadian pelajar sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu, saya juga berharap agar ibu bapa tidak meletakkan tanggungjawab dalam mendidik anakanak ini seratus peratus kepada pihak sekolah. Guru-guru di sekolah hanya meneruskan asuhan dan didikan ibu bapa yang sepatutnya disemai dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Seterusnya pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan sama ada dari segi bantuan kewangan mahu pun sokongan moral demi kepentingan pelajar. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu yang telah memberikan sumbangan sebankak RM1500.00 kepada pihak sekolah baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada pelajar-pelajar yatim dalam bentuk alat tulis. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada
8

badan NGO dan komuniti setempat yang banyak menyumbangkan tenaga dengan memberikan pelbagai pendedahan khususnya tentang peluang pendidikan dan kerjaya kepada pelajar. Sumbangan daripada pihak tuan amat kami alu-alukan dan diharapkan jalinan kerjasama ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang demi kemenjadian pelajar.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah, pihak kantin, swasta, PIBG dan ibu bapa yang banyak memberikan sokongan padu dalam memastikan kelangsungan sekolah dapat diteruskan dan komited dalam menjayakan program sekolah seterusnya bagi mencapai motto yang ditetapkan iaitu Ke Arah Kecemerlangan

Kepada semua guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa dan bertungkuslumus membuat persiapan majlis yang gilang gemilang ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak ternilai kerana tanpa usaha dan kerjasama guru-guru, majlis ini pasti tidak akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya kerjasama yang ikhlas daripada guru-guru ini menunjukkan semangat dan iltizam guru dalam memastikan kegemilangan sekolah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak PPD dan JPN yang banyak memberikan sokongan kepada sekolah dan sentiasa membuka peluang kepada kami untuk meningkatkan pencapaian kami sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Akhir kata, kepada ibu bapa atau waris yang tidak dapat hadir bersama-sama kita, saya meminta agar pelajar-pelajar yang berada di sini menyampaikan salam saya kepada mereka. Kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya jalinan kerjasama antara semua pihak akan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini.

Saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun :

Ayam rintik di tepi hutan, Nampak dari tepi telaga, Nama yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga.

Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu,


9

Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.

Sekian, Assalamulaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

10

You might also like