You are on page 1of 21

BATUAN DAN PROSES PEMBENTUKANNYA

Batuan merupakan pepejal yang terdiri daripada himpunan bahan mineral. Penjenisan batuan dapat dibuat berdasarkan cara pembentukannya, saiz dan tekstur batuan, ketelusan dan ketelapan air serta ketahanan terhadap proses penggondolan. Batuan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu; a)Batu igneus b)Batu enapan c)Batu metamorfosis

BATU IGNEUS
Ciri utama batuan igneus ialah bertekstur hablur. Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu;
Batuan igneus jalar dalam / rejahan Batuan igneus jalar luar / terobosan

Batuan igneus tidak mengandungi fosil kerana bahan asalnya sangat panas dan tidak berlapislapis. Batuan igneus juga sangat keras dan berkilat.

BATUAN ENAPAN
Terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan hakisan, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan yang telah mati di bawah permukaan air seperti di dasar sungai, tasik dan dasar lautan untuk satu jangkamasa yang panjang. Pemendapan ini berlaku secara berlapis-lapis di bawah suhu dan tekanan yang tinggi Batuan ini tidak berhablur dan sering kali mengandungi fosil. Setiap lapisan batuan enapan boleh dibezakan daripada lapisan lain berdasarkan ketebalan, kekerasan, kandungan, warna dan tekstur. Contoh batu enapan ialah batu kapur, konglomerat, syal dan batu pasir. Batuan enapan boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu;
Batuan enapan mekanika Batuan enapan kimia Batuan enapan organik

BATUAN METAMORFOSIS / BATUAN JELMAAN


Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan mengubah batuan igneus dan batuan enapan menjadi batuan metemorfosis. Tekanan dan haba yang tinggi ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi secara besar-besaran, misalnya semasa proses lipatan kerak bumi dan aliran magma dalam kerak bumi. Batuan metamorfosis berlaku secara; Metamorfosis terma Berlaku apabila batuan menjadi panas akibat bersentuhan dengan magma. Suhu yang tinggi mengubah kandungan mineral batuan. Metamorfosis serantau Berlaku apabila geseran antara lapisan menyebabkan tekanan dan suhu yang tinggi. Pada umumnya batuan metamorfosis lebih keras dan mampat daripada jenis batuan asalnya kecuali sekiranya batuan asalnya adalah batuan igneus.

Kitaran Batuan
Kitaran batuan bermaksud perubahan batuan daripada satu jenis kepada jenis yang lain. Proses ini melibatkan pembentukan batuan baru, pemusnahan atau perubahan jenis batuan akibat tindakan proses endogenetik dan eksogenetik. Melalui kitaran ini, kumin-kumi batuan akan bergerak daripada beberapa meter sehingga ke beberapa kilometer, sama ada ke atas atau ke bawah atau secara mendatar di permukaan bumi. Batuan igneus berubah dari segi kandungan kimia, struktur dan tekstrur akibat tekanan dan kepanasan oleh sentuhan ignues jalar dalam atau sentuhan igneus jalar luar. B atuan juga boleh berubah apabila batuan terdedah kepada pergerakan dan letusan magma iaitu ketika letusan gunung berapi yang dikenali sebagai batuan jelmaan/ metemorfosis. Batuan juga mengalami proses penggondolan seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan oleh agen-agen penggondolan seperti air mengalir, ombak, angin dan pergerakan glasier. Sisa batuan yang mengalami proses penggodolan ini akan diangkut dan dimendapkan di dasar sungai, tasik atau laut dan membentuk batuan enapan.

Pengaruh Batuan Terhadap Pembentukan Konfigurasi Bentuk Bumi.


Batuan keras seperti batuan granit membentuk banjaran gunung, manakala batuan lembut seperti syal dan tanah lempung pula membentuk lurah atau dataran pamah. Pengaruh geologi ini dibantu oleh proses geomorfologi seperti hakisan, luluhawa, dan proses endogenetik dalam membentuk konfigurasi bentuk muka bumi sesuatu kawasan. Ciri-ciri batuan seperti kekerasan, kejerapan air, keporosan, rekahan, dan lain-lain akan menentukan rupa bumi di kawasan tersebut.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


1.Pertanian
Batuan yang terluluhawa akan menghasilkan tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian. Contohnya batuan basalt yang terluluhawa menjadi tanih yang subur untuk pertanian di Pulau Jawa. Batuan igneus yang terluluhawa akan membentuk tanih laterit yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman pertanian seperti kelapa sawit, getah dan koko. 1.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


2.Perlombongan
Batuan juga kaya dengan kandungan logam, Logam ini biasanya terdapat di celahan atau alur rekahan batuan seperti arang batu dan bijih besi. Terdapat juga logam yang dihanyutkan dari kawasan tanah tinggi dan dimendapkan di sungaisungai seperti bijih timah dan emas. 1.

3.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


3.Bahan binaan
Terdapat banyak batuan seperti granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat yang boleh digunakan sebagai bahan binaan. Batu granit digunakan untuk membina jalan dan bagunan. Batu kapur digunakan untuk membuat simen bagi membina bangunan Marmar merupakan antara bahan yang digunakan untuk membuat kemasan dalam pembinaan. 1.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


4.Bahan Mentah
Batuan lempung seperti kaolin banyak digunakan dalam industri pembuatan tembikar dan jubin. Pasir merupakan bahan mentah utama dalam industri pembuatan barangan kaca. Batuan juga mengandungi pelbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri. Antara garam yang penting ialah fosfat (Maghribi) kalium karbonat (Stassfort, UK) dan nitrat (Gurun Ataccama, US)

1.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


5.Perhiasan
Batuan metemorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya intan, garnet, delima, nilam dan zirkon. 1.

6. 7.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


6.Bahan api.
Batuan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah gambut, arang batu lignit, bitumen dan arang batu wap, antrasit dan minyak galian. Bahan api ini digunakan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah, kilang dan kenderaan. 1.

7. 8.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


7.Ekopelancongan
Pandang darat karst dan kawasan gua batu kapur menjadi kawasan tarikan pelancong kerana mempunyai pemandangan yang indah dan mempunyai nilai sejarah. Contohnya Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak 1.

8. 9.

Kepentingan Batuan Kepada Manusia


8.Keagamaan
Terdapat juga penganutpenganut agama yang menjadikan gua sebagai tempat ibadat mereka. Contohnya Gua Batu Caves (Hindu) dan Gua Sam Poh Tong (Buddha) 1.

9. 10.

Batuan Igneus Jalar Dalam / Rejahan


Batuan ini terbentuk akibat penyejukan magma secara perlahan-lahan dalam kerak bumi yang menghasilkan bentuk batuan berhablur kasar. Pembentukannya berlaku akibat terdedah kepada permukaan bumi hasil daripada proses penggondolan. Contohnya batuan gabro, diorit dan granit.

Batuan Igneus Jalar Luar / Terobosan


Batuan ini terbentuk di permukaan bumi. Batuan ini terbentuk apabila magma yang disejukkan dan dibekukan dengan cepat di permukaan bumi. Tindakan ini menghasilakn batuan yang berhablur halus. Contohnya basol, punis, dan riolit.

Batuan Enapan Mekanika


Batuan ini terbentuk melalui pemadatan sisa batuan lain seperti batu pasir, syal, brekia, konglomerat dan pasir. Lempung dan tanah lanar dimendapkan oleh air, morain, dan batu tongkol oleh glasier dan loes oleh angin.

Batuan Enapan Kimia


Batuan ini terbantuk melalui pelbagai tindakan larutan kimia. Stalaktit dan stalagmit terbentuk hasil daripada larutan kalsium karbonat dalam air hujan setelah airnya tersejat. Gipsum (kalisum sulfat terbentuk daripada penyejatan air di tasik-tasik masin seperti di Laut Mati.

Batuan Enapan Organik


Batuan ini terbentuk melalui sisa haiwan, tumbuh-tumbuhan dan organisma laut. Pemendapan sisa tumbuhtumbuhan akan menjadi karbon dan berubah menjadi gambut, arang b atu dab lignit. Batu kapur dan batuan karang terbentuk daripada kulit keras hidupan laut.

Contoh Batuan Metamorfosis


Batuan Asal Arang batu (batu enapan) Batu kapur (batu enapan) Batu pasir (batu enapan) Syal (batu enapan) Granit (batu igneus) Batuan Metamorfosis Grafit Marmar Kuartzit Syis Gneis

You might also like