P. 1
asuhan tilawah rph

asuhan tilawah rph

4.0

|Views: 1,370|Likes:
Published by Farouk As-siddiq

More info:

Published by: Farouk As-siddiq on Jan 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2015

pdf

text

original

PENGAJARAN KOLABORATIF

h ~ 1 ~ e l O

Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Definisi- Pengajaran Kolaboratif 1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992). 2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992) 3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995). 4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masingmasing (Bailey,1996).

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif 1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid. 2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif. 3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut. 4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif. 5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin. 6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya. 7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing. 8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri. 9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya. 10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992). 11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 2 ~

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991) Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran: 1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan. 2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan. 3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 3 ~

(pp. Collaborative language teaching: A coinvestigation In D. P.Rujukan. F. University of Warwick. . (1992). 141-161). g n i h c a e t e g a u g n a l n i g n i n r a e l r e h c a e T Nunan. (1992). Issues and problems in primary education.C. Nunan (Ed. g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t a r o b a l l o C Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 4 ~ t n e m p o l e v e d r e h c a e t n o s e s r u o c s i d l a c i t i r C . Team teaching: a case study from Japan In D. Walton-on-Thames: Nelson Jarvis (Eds. . Freudenstein. Freeman & J. A Proposal For Team Collaborative Teaching Language Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia. R.Ed dissertation. unpublished M. (pp. & Meath-Lang. In C. B. g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t a r o b a l l o C . postmodern age. Beyond collaboration: Critical teacher development in the .(1991). Cambridge: Cambridge University Press. Cambridge: Shannon. (pp. Kennedy & J.). (1995). The role of collaborative dialogue in teacher education. N.). Nunan . Smyth (Ed. Hargreaves. pp. In D. Suraya Sulyman.120-140).(1996).(1995). 18-22). (pp. 149-179). 260 –280. Richards (Eds. London: Cassell. B.). g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t T L E y r a m i r P n i s e u s s i d n a s a e d I . Cambridge: Cambridge University Press. A. in association with the Center for British Teachers. D. In J. (1992). Cambridge: Cambridge University Press Sturman. Cambridge University Press a r o b a l l o C .). Bailey.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 ~ . Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. penggunaan resos seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Johnson dan Roger T. 1. Johnson. Lantas. 4. Di samping itu. bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah. Spencer Kagan dan Miguel Kagan. atau pun pujian guru. sijil kejayaan. Saling kebergantungan positif Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif. Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Misalnya. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif. 6. Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah: Saling kebergantungan positif 1. David W.PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil. Dalam kes ini. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Kebertanggungjawaban individu Interaksi serentak Penglibatan saksama Interaksi bersemuka Kemahiran sosial Pemprosesan kumpulan. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai. 3. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing. 5. setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. Slavin. ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. membantu di antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. menyokong dan menghormati sesama murid. 2. ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 ~ . tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar. Kebertanggungjawaban individu Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. mestilah ada penglibatan saksama. Menurut Johnson. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu. resos ataupun jawapan. Dalam kelas koperatif. akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Penglibatan saksama Dalam pembelajaran koperatif. 3.2. perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Johnson dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masingmasing. 4. Di samping itu. Interaksi bersemuka Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakanrakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. Dalam kelas tradisional. ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab. Kedudukan mata-bertentang-mata dapat memberangsangkan perkongsian idea. interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. menerang atau menghujah. Dalam kerja kumpulan yang lain. di mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran.

Meningkatkan prestasi akademik murid. b. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri kepimpinan. ahli-ahli boleh mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Implikasi Pembelajaran Koperatif Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan seperti berikut: a. 6. Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. g. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid. Mengeratkan persahabatan yang positif. mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 ~ . 7. memberi galakan. dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. membuat keputusan dan lain-lain. memberikan pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut normanorma masyarakat. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Di samping itu. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid. Semasa pemerosesan kumpulan. Kemahiran Sosial Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran. c. e. Tambahan pula. Pemprosesan Kumpulan Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu. mendengar.5. d. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas. f. kepercayaan. mereka juga membuat cadangan supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi. Pelajarpelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan. Pelajar bukan sahaja perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

Robert E. Roger T. Research dan Practice. RUJUKAN: Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Fasilitator-Fasilitator RECSAM.h. Johnson. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En. Johnson. Cooperative Learning: Theory. Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 8 ~ . Slavin. Ahmad Ramli . Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran dan cara belajar yang berkesan. New Jersey. David W. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan. Learning Mathematics dan Cooperative Learning plans for Teachers.

mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Hawkes.. di antara Persamaan Kolaboratif Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran 1. Dalam kedua-dua situasi. 6. Neil. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar. 2. James L.. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif. Building bridges between cooperative and collaborative learning Perbezaan Kolabaratif Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 9 ~ . Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif. cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Dalam kedua-dua situasi. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan dan kejayaan pelajar . Davidson. Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama. 3. saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu. Cooper. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif. 7. Peter. Roberta S. 5. pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri. guru berperanan sebagai fasilitator. 4. 9. Sumber : Matthews. 8.

MPSS. Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.. kerja 4 Pelajar dikehendaki menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai. Jika timbul persoalan. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.. Sabah.net Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 0 1 ~ . mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.Bil Dalam Pembelajaran Koperatif. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan. 90009 Sandakan. 5 Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru Sumber Jabatan Ilmu Pendidikan. Dalam Pembelajaran Kolaboratif Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 13 Mei 2000 http://www. Guru memantau. 3 Aktiviti kumpulan dipantau oleh guru.teachersrock. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran Pelajar-pelajar merunding dan meng-organisasi usaha sendiri. Pelajar menyimpan draf untuk kerja-kerja lanjutan. Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31. 1 2 Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

2. Hasil pembelajaran : 6.T. isi penting dan pengajaran surah al-maun. : Sentiasa mentaati perintah Allah S. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI 1. Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.. Penguasaan ilmu pengetahuan iii. Menghuraikan isi kandungan surah alMaun Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun Aras 3 : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 1 ~ .W. Kehidupan berkualiti. 5. Di akhir pelajaran murid dapat : Aras 1 Aras 2 : : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara Keseluruhan menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun. dan mensyukuri nikmatnya Prinsip Islam Hadhari : i. Bidang Isi Pelajaran Masa Fokus Pemikiran Amalan : : : : : Asuhan Tilawah al-Quran Memahami Surah al-Maun ayat 1-3 60 minit Penghayatan Memahami makna. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ii. 3. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. fakir miskin untuk bertaqwa kepada Allah.Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 4 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asuhan Tilawah al-Quran Persediaan sebelum mengajar. : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim. 4.

1 LCD dalam Power Point / gambar 2. Pengetahuan sedia ada : Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya 11. 6.2 Carta ayat dan terjemahan 3.1 LCD 2.4 VCD surah dan pengertiannya 9. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 1 ~ . Sumber pengajaran dan pembelajaran : 1.3 Gambar berkaitan anak yatim 4.2 Perbincangan kumpulan.3 Sumbang saran 6.7.4 Kajian masa depan (usaha pengetahuan) meningkatkan kemahiran /ilmu 8. Kaedah 6. 6.2 Lembaran kerja 3.1 Penerangan .3 Gambar yang berkaitan 10. Persediaan guru GPI / j-QAF : 1.

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4) Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Pendahuluan ( 2 minit ) Memberi salam Bacaan Doa Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. Murid menjawab salam guru. Guru membimbing murid membaca doa. Murid membaca doa. Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa. Set Induksi ( 3 minit ) Gambar anak yatim dan fakir miskin Bersoal jawab berkaitan gambar Ini gambar apa? Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 3 ~ . Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

Guru B membantu men-catat jawapan murid di papan hitam Murid mendengar penerangan guru dengan teliti Murid mencatat jawapan Murid bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan LCD guru sebagai fasilitator Guru B Aktivit murid Catatan Langkah 1 ( 15 minit ) Memahami maksud ayat dari surah alMaun ayat 1-3 Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 4 ~ . Nyatakan hukum orang yang tidak me membantu anak yatim iii. Siapakah yang dikatakan anak yatim? Guru B membantu guru A memapar-kan perkara yang ditayang-kan di LCD berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah alMaun.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 1 Pengenalan surah Nama surah Tempat diturunkan Sebab diturun-kan Guru memberi penerangan pengenalan surah maksud ayat dari surah Maun (1-3) Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-Maun Contoh soalan i. Guru B membantu guru A mem-bimbing murid menjawab soalan. Siapakah orang yang mendustakan agama? ii.

Istilah “ yatim” ii. Maksud “ miskin” iii. Apakah maksud anak yatim dan orang miskin Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan Murid menjawab soalan guru. LCD Kad imbasan Guru B Aktivit murid Catatan Guru B mengawasi muridmurid Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi pelajaran Murid memaparkan kad imbasan (jawapan) atau memaparkan Murid menjawab soalan guru Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 5 ~ . Langkah 2 ( 15 minit ) Cara berbuat baik terhadap anak yatim dan orang miskin Guru menerangkan isi-isi penting berdasar kepada paparan LCD : Bersoal jawab KBKK Contoh : i.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 2 Menyenaraikan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun. maksud “ yang mendustakan agama” Penilaian i.

Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 6 ~ .Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan ii. Nyatakan contoh “ orang yang mendustakan agama” Guru memperbaiki jawapan murid Langkah 3 (20 minit ) Huraian isi kandungan surah al-Maun ayat 1-3 Peranan kita terhadap anak yatim dan miskin Golongan yang mendustakan agama Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan Guru B membantu membimbing dalam sessi perbincangan Murid berbincang isi kandungan surah al-Maun ayat 1-2 Lembaran kerja Guru mengarahkan murid berbincang: i. Peranan terhadap anak yatim dan orang miskin Guru B mengedarkan kertas peta minda sepada setiap murid.

Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A ii. Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melengkapkan peta minda yang diedarkan. Aktivit murid Catatan Contoh peta minda Nama Surah Jumlah Ayat Surah al-Maun Tempat turun surah Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 1 ~ . Guru B Mengawasi dan membimbing murid melengkapkan peta minda.

Guru membantu kumpulan menampal peta minda mereka di dinding dalam kelas mereka. Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka. Contoh Senaraikan golongan yang mendustakan agama ¤ £ ¥ ¨ © § Guru B mencatatkan jawapan murid dipapan hitam. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru ¡ ¢ ¦ Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 8 ~ ¢ . Guru B mengawasi murid semasa perbincangan. Murid melengkapkan peta minda.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Isi kandungan surah.

Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Guru mengarahkan setiap wakil setiap kumpulan untuk menampalkan peta minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di dalam kelas mereka Guru memastikan juga supaya murid mematuhi arahan. Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan Penilaian (Guru menyoal murid) Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “ yang mendustakan agama”? Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 9 ~ .

Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Rumusan dan Penilaian Penutup ( 5 minit ) Guru mengingatkan murid supaya mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah Guru juga menasihati murid supaya mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3 surah al-Maun Guru B bersama guru A menasihati murid supaya mengamal-kan tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin Mendengar nasihat guru dengar teliti Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 0 ~ .

5. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. Kekuatan pertahanan ( x ) . Sumbang saran. Persediaan guru GPI / j-QAF : LCD dalam Power Point / gambar Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu kifayah.Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah ) 1. 7. Persediaan sebelum mengajar.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan fardhu kifayah. 6. Pengetahuan sedia ada : murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah 8. Perbincangan.4 Prinsip Islam Hadhari : Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v) Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) .2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah 5. Sumber pengajaran dan pembelajaran : LCD Lembaran kerja Carta Carta gambar yang berkaitan 9.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian 5. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 2 ~ . 3. Hasil pembelajaran : Diakhir pelajaran murid dapat : Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah Kaedah : Penerangan. 11. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah ) Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Masa : 30 minit Fokus 5. 5. 4. 10. Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. Simulasi 2.

Aktivit murid Catatan murid melihat carta yang dipamerkan. Murid membaca doa. Guru menampal carta berkaitan pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah. Membahagikan lembaran kerja kepada semua murid. Guru membimbing murid membaca doa. kumpulan dan individu. Langkah 1 ( 5 minit ) Pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Aras 1 Guru memberi penerangan mengenai pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Guru B Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. Guru meminta murid membaca pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan carta secara kelas. Membantu guru A mengedar lembaran kerja dan membuat penilaian berdasarkan lembaran kerja yang diberikan kepada murid dan mengklafikasikan murid mengikut aras.Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2) Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Mukadimah ( 2 minit ) Memberi salam Bacaan Doa Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. carta lembaran kerja Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 2 ~ . murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan dapat membaca carta yang dipamerkan . Murid menjawab salam guru. membantu membetulkan bacaan doa muridmurid dan adab ketika berdoa. murid membaca carta secara kelas.kumpulan dan individu.

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai contoh-contoh Fardhu Ain. Aktivit murid Catatan ∗ Guru-guru saling bertukar peranan. Bersama guru A membuat penilaian pada aras 2. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Guru B mengambil alih peranan Guru A sebagai fasilitator utama dan Guru A menjadi pembantu kepada Guru B pada peringkat ini dan seterusnya. Guru mempamerkan contoh-contoh Fardhu Ain melalui gambar. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 3 ~ . Membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru A. Guru B Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut aras. murid bergerak ke kumpulan masingmasing mengikut arahan guru. Membuat penilaian murid pada aras 2.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 2 Contoh Fardhu Ain bentuk gambar Solat Puasa Langkah 2 ( 8 minit ) Menuntut ilmu berbuat baik kepada ibubapa Contoh Fardhu kifayah bentuk gambar Membersihkan kelas. Guru meminta murid menyebut semula contoh-contoh mengikut kategori Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. menolong rakan. Membantu menampal gambar di papan hitam. Memastikan murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Wakil kumpulan mem-bentang hasil kerja masingmasing. Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugasan yang diberi oleh guru. LCD / Carta Bahan Maujud Simulasi contoh : membersihkan kelas dan memungut sampah Lembaran Kerja Penyediaan Alatan : Gunting dan gam. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil mengikut aras. Murid berada di dalam kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1. Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada murid dalam melakukan aktiviti murid secara berkumpulan. Guru meminta murid mengklasifikasikan gambar-gambar Fardhu ain dan Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid menyebut semula tentang perbezaan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan gambar. Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan ransangan interaksi di antara guru dengan murid. Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja. menjawab soalan melalui lembaran kerja yang disediakan.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Langkah 3 ( 5 minit ) Perbezaan erti Fardhu ain dan Fardhu Kifayah Guru menerangkan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia menjawab soalan. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 4 ~ Aktivit murid Guru B Guru menampal ‘flash card’ yang menjelaskan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Bersama Guru A mengedar-kan lembaran kerja kepada murid. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perbezaan Fardhu Ain / Fardhu Kifayah. murid mendengar penerangan guru. . murid memberi tindakbalas terhadap soalan guru. Murid di dalam kumpulan berbincang dengan soalan guru. Catatan Gambar Fardhu Ain Solat murid sedang mengaji Gambar Fardu Kifayah membasuh kereta memungut sampah gambar mendengar nasihat guru. Bersama guru A membimbing dan mengawasi murid menjawab lembaran kerja yang disediakan. Penilaian Penutup ( 5 minit ) Guru menasihati murid agar melaksanakan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah di dalam kehidupan seharian.

murid membaca bacaan ruku’. Guru B membantu murid menyebut dan membaca bacaan rukuk. Carta solat Aktivit murid Catatan Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 5 ~ .Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Pengukuhan Kem Bestari Solat Bacaan ruku’ meminta dan membimbing murid membaca dalam ruku’.

Guru j-QAF hendaklah menyediakan berdasarkan persediaan mengajar GPI . 5.Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah ) Persediaan sebelum mengajar Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. Aras 3. Penguasaan ilmu pengetahuan. Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.4. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah ) 2. Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran . Kaedah-kaeadah : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 2 ~ . 4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. 4.4.3. Prinsip Asas Islam Hadhari :4. persediaan yang sama 1. Menyatakan pengertian kitab Aras 2. Fokus : Pemikiran .4.2 Kehidupan berkualiti . 6. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab lain.Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah. Hasil Pembelajaran: Aras 1. Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM) mengikut kesesuaian yang akan diajar. Masa : 30 minit 4.

Pengetahuan sedia ada. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF LCD Bahan maujud (Al-Quran ) 9. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 2 ~ . 10. Sumber Pengajaran dan pembelajaran LCD Lembaran kerja Carta Kotak beracun Marker pen Kad imbasan 8.Murid telah mengetahui tentang Rukun Iman.Penerangan Sumbangsaran Perbincangan 7.

Catatan Set Induksi (3 minit) Nasyid “Rukun Iman” Rukun Iman enam perkara Semua muslim wajib percaya Pertama Beriman Kepada Allah Kedua Beriman kepada malaikat Ketiga Beriman kepada Kitab Keempat Beriman kepada Rasul Kelima Beriman kepada Hari Qiamat Keenam Beriman Qadha’ dan Qadar (Lagu P. Guru membimbing murid membaca doa. Murid membaca doa. Pengalaman pembelajaran Murid Murid menjawab salam guru. Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Mukadimah (2 minit) Kandungan Memberi salam Bacaan doa Guru A Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. Pita rakaman Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 8 ~ . Memasang pita rakaman lagu tersebut dan memastikan pita rakaman lagu berjalan lancar. Guru B Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.RamleeRukun Islam) Guru mengarahkan murid untuk mendengar dan menyanyikan nasyid “Rukun Iman” . Murid mendengar dan bernasyid bersama-sama.

Catatan Benda maujud “Al-Quran” Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 9 ~ . Contoh kitab: 1. Guru boleh bertanya untuk menggalakkan cetusan idea di kalangan murid dan memberi bimbingan jika perlu. Murid saling bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan serta giliran yang ditetapkan. Guru A dan guru B boleh membahagikan bilangan kumpulan untuk dikawal selia oleh mereka secara serentak. Guru B membantu guru A mengawal selia murid melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan seperti yang diarahkan. Taurat Injil Zabur Al-Quran Kandungan Guru A Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil (4-5 orang murid). 2. Menyatakan pengertian Kitab Allah Menyebut kitab yang wajib diketahui. “Apakah yang saya pegang ini?” “ Sebutkan namanama kitab Allah yang wajib diketahui”. Setiap kumpulan memilih seorang murid untuk mewakili mereka bagi menyampaikan maklumbalas kumpulan. Guru memastikan setiap kumpulan melantik wakil untuk membentangkan pendapat kumpulan mereka. Soalan : Apakah ini? (Al-Quran) Kitab Allah ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulrasulnya. 3. Guru B Guru B membantu guru A membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan kecil supaya lebih licin dan teratur. Guru bertanya kepada murid sambil memegang Al-Quran di tangannya. 4.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Langkah 1 (5 minit) Aras 1. Guru mengarahkan murid memberi maklumbalas kepada soalan secara lisan dan bergilir di dalam kumpulan. Pengalaman pembelajaran Murid Murid bergerak dan membentuk kumpulan yang ditentukan.

Pengalaman pembelajaran Murid Contoh : Kumpulan yang berada di ruang hadapan kelas dikawal selia oleh guru A dan ruang di belakang kelas dikawal selia oleh guru B. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk membentangkan secara lisan maklumbalas mereka kepada soalan yang dikemukakan. Catatan Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 0 ~ . Guru B Setiap wakil kumpulan membentangkan maklumbalas kumpulan mereka. Seterusnya aktiviti bersoaljawab ini diteruskan kepada murid D dan kembali kepada murid A.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Kandungan Guru A Contoh : Murid A bertanya kepada murid B “Apakah kamu selalu membaca Al-Quran?” Murid B menjawab dan bertanya semula kepada murid C dan murid C menjawab.

Kitab Allah mengandungi aturan hidup yang benar. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 1 ~ .Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Kandungan Guru A Guru membantu guru B untuk memberi maklumbalas. Kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan kepada manusia. Murid akan mengikut arahan guru . ∗ Guru-guru saling bertukar peranan (A dan B) . 3. Sumbangsaran di antara ahli kumpulan. Guru mengarah setiap murid dalam kumpulan untuk mengambil kotak beracun yang diberikan oleh guru. Guru sentiasa mengawasi kumpulan murid . Guru menyelia atau memantau aktiviti permainan kotak beracun pada setiap kumpulan murid. Allah telah menurun-kan kitab kepada Rasulrasulnya. Bimbingan atau membetulkan jawapan murid jika perlu. Murid yang mendapat kotak beracun itu akan membaca soalan yang terdapat di dalamnya. Langkah 2 (5minit) Aras 2: Menjelaskan beriman kepada Kitab Allah 1. Kotak berancun: Soalan yang berkaitan dengan isi kandungan buku teks.Guru B mengambil alih peranan guru A sebagai fasilitator utama dan 2. Guru juga mengawasi murid supaya tidak berlaku perebutan dan pergaduhan semasa permainan ini dijalankan. Wakil murid akan menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Guru B Pengalaman pembelajaran Murid Catatan Murid berada di dalam kumpulan masing-masing.

Kertas kosong/ majung Pensil warna Marker pen. Guru membahagikan kertas kosong kepada setiap kumpulan murid.W. Guru berperanan mengawasi murid di dalam setiap kumpulan. Guru memaklumkan kepada setiap kumpulan untuk melengkapkan jadual aktiviti yang diberikan.A. Carta yang mengandungi kelebihan AlQuran. Murid-murid yang lain di dalam setiap kumpulan saling berbincang dan memberi idea.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa 4. Guru mengenalpasti murid yang perlu diberi bimbingan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Guru B Pengalaman pembelajaran Murid Catatan guru A menjadi pembantu kepada guru B pada peringkat ini dan seterusnya. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 2 ~ . Guru mengenalpasti kumpulan murid yang perlu diberi pemulihan atau pengayaan. Permainan kotak beracun “Siapa cepat dia dapat” Langkah 3 (5minit) Aras 3: Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab-kitab lain. Manusia mempunyai kelemahan . Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad S. Ketua kumpulan murid ber-peranan sebagai jurutulis bagi melengkapkan jadual tugasan yang diberikan. Kandungan Manusia memerlukan kitab Allah kerana : Sebagai panduan untuk hidup sempurna. Guru A Kumpulan murid yang dapat menjawab soalan akan diberi markah oleh guru. Isi : 1.

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa 2. Guru A Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan berpandukan carta yang dipaparkan di papan hitam. Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia. kemas dan dipamerkan di dalam kelas. Kumpulan yang dapat menghasilkan tugasan yang diberikan dengan lengkap. Catatan 3. Aktiviti “melengkapkan jadual”. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 3 ~ . 5. Guru membuat penilaian. Al-Quran memansuhkan syariat yang terdapat di dalam kitab Allah sebelumnya. Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan. Pengalaman pembelajaran Murid Setiap murid di dalam kumpulan bekerjasama untuk melengkapkan dan menceriakan tugasan. Kandungan Allah memelihara AlQuran daripad penyelewengan sehingga hari kiamat. Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit. Guru B Guru memastikan setiap kumpulan murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan. 4.

Guru A Guru meminta murid menyatakan semula tentang nama-nama kitab yang wajib diketahui. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 4 ~ . Carta tahiyyat awal. Mendengar nasihat guru dengan tenang dan istiqamah. Guru B Bersama guru A berperanan untuk memastikan murid menjawab sama ada secara kelas.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Penutup (5minit) Kandungan Rumusan dan penilaian. Pengalaman pembelajaran Murid Murid berserdia menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru.kumpulan dan individu. Pengertian kitab-kitab yang wajib diketahui. Kelebihan Al-Quran. Guru menasihati murid supaya sentiasa membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Membantu murid menyebut dan membaca bacaan tahiyyat awal. Memastikan agar murid member i maklumbalas di atas soalan guru. Catatan (5 minit) Pengukuhan : Kem Bestari SolatBacaan Tahiyyat Awal Murid membaca tahiyyat awal dengan betul dan lancar. Beriman kepada Kitab Allah. Guru meminta dan membimbing murid membaca tahiyyat awal.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 3 ~ .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->