You are on page 1of 33

MIKROEKONOMI (BEC 1043)

TAJUK NAMA DAN NO. MATRIK

: :

SISTEM-SISTEM EKONOMI NUR FARHANAH AHMAD HANAFI 1062011030063

NUR BHAITI ABDUL RAHMAN 1062011060111

NAMA PENSYARAH:

PUAN MASWANI BINTI SHUKRI

ISI KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3. Penghargaan Pengenalan

Butir

m/s 2 3-5 6-7 8 9 10-11 12 13 14 15-16 17 18 19 20-21 22-23 24 25 26-27 28-29 30


3

Sistem ekonomi pasaran bebas Masalah asas ekonomi Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas Kebaikan dan keburukan sistem ekonomi pasaran bebas

4.

Sistem ekonomi perancangan berpusat Masalah asas ekonomi Ciri-ciri sistem ekonomi perancang berpusat Kebaikan dan keburukan sistem ekonomi peracangan berpusat

5.

Sistem ekonomi campuran Masalah asas ekonomi Ciri-ciri sistem ekonomi campuran Kebaikan dan keburukan sistem ekonomi campuran

6.

Sistem ekonomi Islam Masalah asas ekonomi Ciri-ciri sistem ekonomi Islam Kebaikan dan keburukan sistem ekonomi Islam

7. 8.

Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan assignment kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan kerja kami ini secara langsung atau pun tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Maswani Binti Shukri selaku guru mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami serta buat semua kawankawan kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan kerja kami ini. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini. Segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Sekian, Terima kasih

PENGENALAN Pengertian sistem


Istilah sistem berasal dari perkataan systema (bahasa Yunani), yang bermaksud keseluruhan yang terdiri daripada bahagian. Sistem tersusun dari seperangkat komponen yang bekerja secara bersama-sama untuk mencapai semua tujuan dari keseluruhan sistem tersebut. Sebuah sistem dapat digambarkan sebagai sebuah kumpulan dari komponenkomponen dimana beberapa komponen tersebut saling berhubungan secara tetap dalam jangka waktu tertentu. Setiap sistem tidak hanya sekadar kumpulan berbagai bahagian, unsur atau komponen melainkan ia merupakan satu kebulatan yang utuh dan padu. Setiap sistem melakukan kegiatan atau proses mengubah masukan menjadi keluaran. Sistem ekonomi adalah suatu organisasi yang terdiri daripada atas beberapa lembaga atau pranata (politik, ekonomi, social, idea-idea) yang merupakan suatu kesatuan dan saling mempengaruhi dalam memecahkan masalah dasar perekonomian iaitu produksi, distribusi dan konsumi sehingga memenuhi apa yang diperlukan. Selain itu, ia mencakup seluruh proses dan kegiatan masyarakat dalam usaha memenuhi kehidupan serta mencapai kemakmuran. Seperti yang telah dibincangkan di atas, walau bagaimana besar dan kayanya sesebuah negara atau seseorang individu itu, mereka tidak akan terlepas dari menghadapi masalah-masalah asas ekonomi. Untuk melihat penyelesaian kepada masalah-masalah asas ekonomi di atas, kita boleh merujuk kepada sistem ekonomi yang wujud dalam ekonomi atau negara tersebut.

JENIS-JENIS SISTEM EKONOMI


Secara tradisi terdapat 4 jenis sistem ekonomi yang biasa dibincangkan dan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara di dunia ini. Sistem-sistem tersebut ialah : 1) Sistem ekonomi pasaran bebas 2) Sistem terancang atau sistem ekonomi perancangan 3) Sistem ekonomi campuran 4) Sistem ekonomi Islam

MASALAH ASAS EKONOMI

Sistem Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Ekonomi Islam Pasaran Bebas Perancangan Pusat Campuran Masalah asas ekonomi wujud disebabkan masalah-masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang dihadapi oleh semua unit ekonomi. Umumnya masalah asas ekonomi boleh

Peranan kerajaan terhad kepada empat iaitu: Mekanisme harga dan kerajaan berfungsi bersama dibahagikan Kerajaan buat keputusan atas corak ekonomi Sebahagian daripada keseluruhan sistem hi Individu bebas miliki harta Kerajaan awasi kegiatan ekonomi Individu dan kerajaan miliki sumber Keseimbangan antara dunia dan akhirat ekonomi 1. Apakah hendak dikeluarkan? Persaingan sihat antara individu Individu menjaga kepentingan diri sendiri dimiliki kerajaan Faktor pengeluaran digalakkan Persaingan Kita telah mengetahui bahawa sumber ekonomi adalah terhad berbanding dengan Kebebasan membuat keputusan Persaingan bebas kehendak yang tidak terhad. Oleh itu, pilihan terpaksa dibuat untuk barangan dalam ekonomi Tiada matlamat memaksimumkan untung sumber dan agihan menghasilkan Kerajaan pengaruhi peruntukan Mekanisme harga barang-barang dan perkhidmatan berdasarkan mekanisme harga. 2. Berapa hendak dikeluarkan? Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan pasaran. Jika permintaan banyak, pengeluaran ditambahkan dan sebaliknya, jika permintaan jatuh, pengeluaran akan dikurangkan. 3. Bagaimanakah hendak dikeluarkan? Firma harus memilih cara yang paling cekap sama ada intensif modal atau intensif buruh untuk mengeluarkan barangan dengan kos yang paling minimum supaya dapat mencapai untung yang maksimum.
4. Untuk siapakah barang itu dikeluarkan?

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan bergantung kepada pengagihan pendapatan. Golongan yang berpendapatan tinggi mampu memperoleh lebih banyak barangan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS Definisi:


Sistem ekonomi pasaran bebas boleh didefinisikan sebagai satu sistem ekonomi di mana kerajaan tidak memainkan sebarang peranan dalam membuat keputusan ekonomi. Ini bererti bahawa sebarang keputusan ekonomi (apa dan berapa barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan, bagaimana dan untuk siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan) akan dibuat oleh agen-agen ekonomi iaitu pengguna dan pengeluar. Sistem ekonomi ini yang melahirkan budaya, yang melahirkan nilai dan mewujudkan lembaga-lembaga daulat. Di hadapan mata kita sekarang, apa yang berlaku di sekeliling kita, budaya kehidupan dalam negara kita ini, semuanya diwujudkan dari sistem ekonomi bebas. China telah pun beralih kepada dasar yang lebih terbuka pada tahun 1978 di bawah pimpinan Deng Xiaoping. Kini, China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia selepas U.S. Antara 1978-2005, ekonomi China telah berkembang sebanyak 10 kali ganda. Shanghai merupakan salah satu pusat pembangunan ekonomi China. Pada dasarnya, Malaysia mengamalkan pasaran bebas yang mana kurangnya campurtangan kerajaan dalam operasi perniagaan. Namun begitu kita perlu ingat bahawa ini tidak bermakna ia tidak boleh dikawal oleh pembeli atau penjual. Untuk ini kita perlu memahami struktur pasaran.

Pasaran bebas adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis. Amalan ekonomi kapitalis atau pasaran bebas mengukuh di England di antara kurun ke-16 masehi dan ke-19 masehi. Pasaran bebas menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Sistem ekonomi adalah enjin ketamadunan negara bangsa. Di zaman Firaun, sistem ekonomi feudal telah memaksakan warga Mesir untuk menjadi hamba abdi mendirikan Pyramid. Di Malaysia sistem feudal telah membenarkan raja memungut cukai atau mengambil anak dara sebagai gundek.

Secara mudahnya terdapat 2 jenis kawalan ke atas pasaran: 1. Kawalan oleh pembeli Oligopsony - sedikit pembeli Monopsony - satu pembeli 2. Kawalan oleh penjual Oligopoly - sedikit penjual Monopoly - satu penjual

10

MASALAH ASAS EKONOMI


1. Apa yang hendak dikeluarkan? Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang mempunyai permintaan dan dapat memberi kepuasan kepada pengguna. keuntungan. Tujuannya ialah untuk memaksimumkan Biasanya, masalah ini adalah disebabkan oleh masalah kekurangan

sumber ekonomi berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. 2. Berapa yang hendak dikeluarkan? Masalah ini akan di atasi oleh mekanisme harga iaitu ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. Oleh itu, mekanisme harga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jumlah permintaan dan harga pasaran. 3. Bagaimana hendak dikeluarkan? Berkaitan dengan kaedah atau teknik pengeluaran yang hendak digunakan. Pengeluar perlu menggunakan teknik pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan dan dapat meminimumkan kos. 4. Untuk siapa dikeluarkan? Masalah ini akan diatasi dengan melihat kepada corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat itu. Barang akan diagihkan atau dijual kepada pengguna yang mempunyai kemampuan dan kuasa beli untuk membeli. Kesimpulannya, golongan yang berpendapatan tinggi akan memperolehi lebih banyak barang berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.

11

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS


Untuk membolehkan sistem ini berjalan, pasaran ini mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;

Semua pengguna mempunyai hak pemilikan ke atas faktor-faktor pengeluaran dalam pasaran.
Setiap orang memiliki barang, termasuk barang modal. Setiap orang menggunakan barang dan jasa yang dimilikinya.

Semua aktiviti ekonomi dilaksanakan oleh masyarakat atau swasta. Semua pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan dengan berdasarkan kepada objektif masing-masing. Peranan modal sangat penting.

Semua pengguna mempunyai objektif untuk memaksimumkan kepuasan masingmasing. Semua pengeluar mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan. Persaingan dilakukan secara bebas. Dimiliki oleh kerajaan. Kerajaan tidak mengenakan sebarang bentuk cukai dan juga memberi sebarang subsidi dalam sebarang barang dan perkhidmatan. Pihak swasta membuat keputusan. Pemerintah turut tidak melakukan intervensi dalam pasaran bebas.

12

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS


Pengguna dan pengeluar dapat bertindak secara bebas dalam pasaran. Ini bererti pengguna akan dapat memaksimumkan kepuasaannya dan pengeluar pula akan dapat memaksimumkan keuntungannya. Kecekapan pengeluar. Kebajikan individu dan masyarakat. Pasaran dengan berdasarkan kepada mekanisme harga akan dapat menyelesaikan permasalahan ekonomi dengan cepat dan cekap. Perkembangan teknologi dan inovasi. Ketepatan maklumat.

Proses mekanisme harga ini tidak akan member beban kepada pihak kerajaan. Penggunaan faktor-faktor pengeluaran akan dapat dijalankan dengan cekap. Pemerintah tidak melakukan intervensi dalam pasaran. Menumbuhkan inisiatif dan kreativiti masyarakat dalam mengatur kegiatan ekonomi. Setiap individu bebas memiliki sumber-sumber produksi. Munculnya persaingan untuk kemajuan. Barang yang dihasilkan bermutu tinggi, kerana barang yang tidak bermutu tidak akan laku dipasar. Efisiensi dan efektiviti tinggi kerana setiap tindakan ekonomi didasarkan atas motif mencari kuntungan.

13

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS


Sistem pasaran bebas akan menghasilkan taburan pendapatan yang tidak seimbang. Sistem ini mempunyai pengguna yang berpendapatan yang tinggi (kaya) dan terdapat juga sebahagian pengguna yang mempunyai pendapat yang rendah (miskin).
Keadaan ini wujud kerana mereka mengambil sahaja taburan yang sedia wujud

dalam pemilikan faktor-faktor pengeluaran. Seperti yang kita dapat lihat, akan terdapat kumpulan rakyat atau pengguna yang mempunyai kekayaan yang lebih berbanding dengan kumpulan yang lain. Contohnya, setengah rakyat memiliki tanah yang lebih luas berbanding yang lain. Ada yang sanggup mengambil risiko dengan menjadi usahawan dan sebaliknya. Terdapat juga sebahagian rakyat atau orang yang mempunyai kemahiran tertentu seperti mempunyai bakat dalam nyanyian atau berlakon. Dengan kelebihan ini mereka akan mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan orang lain.
Sebanyak 5% sahaja penduduk yang menguasai 70% kekayaan manakala 30%

lagi rakyatnya mempunyai pendapatan yang rendah malah ada di antaranya tidak mampu untuk membeli makanan. Sistem ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah penawaran barang awam, walaupun barang tersebut adalah penting kepada orang ramai. Contohnya, menyediakan perkhidmatan keselamatan, penyediaan jalanraya di kawasan bandar dan luar bandar, penyediaan lampu jalan, sekolah dan banyak lagi.
Kegagalan sistem ini untuk menyediakan barang awam ini adalah disebabkan

bahawa tidak akan memastikan bahawa setiap pengguna yang menikmati faedah dari penggunaan barang tersebut akan membayar kepada pengeluar barang tersebut. Ekonomi akan terdedah kepada masalah inflasi dan kemelesetan yang serius. Wujudnya masalah kesan luaran atau ekstenaliti yang negative di pasaran. Seperti pencemaran udara, air dan bunyi, yang mana masalah luaran yang negatif ini adalah merbahaya kepada kesejahteraan rakyat.

14

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN BERPUSAT Definisi:


Bagi sistem ekonomi perancangan berpusat atau ekonomi terancang, segala masalah asas ekonomi akan diselesaikan oleh pihak kerajaan, agen-agen ekonomi, manakala pengguna dan pengeluar tidak mempunyai kuasa atau hak. ekonomi yang stabil. Sistem ini wujud akibat masalah ketidakadilan dalam sistem ekonomi bebas dan bertujuan untuk mewujudkan pertumbuhan Sistem ekonomi perancangan berpusat adalah sistem ekonomi Peranan pemerintah sangat penting dan dilakukan oleh pemerintah secara terpusat.

berpengaruh dalam mengendalikan perekonomian. Pemerintah menguasai semua sumber-sumber daya sehingga hak milik perorangan tidak diakui. Tidak ada individu yang dapat berusaha dengan bebas dalam kegiatan perekonomian kerana semua kebajikan perekonomian diatur sepenuhnya oleh pemerintah. Sistem ini merugikan masyarakat sehingga masyarakat tidak memiliki kebebasan dalam memilih sumber wang akibat wujudnya monopoli. Sistem ini diterapkan oleh negara-negara yang mengamalkan ideologo komunis atau sosialis. Walaupun kenyataannya tidak ada satu negara pun di dunia ini yang menganut dan melaksanakan sistem ekonomi perancangan berpusat secara murni. Sistem ini turut dikenali sebagai sistem ekonomi komando. Contoh negara yang menggunakan sistem ekonomi perancangan berpusat ialah Republik Rakyat Cina atau RRC, Korea Utara, Kuba, negaranegara Eropah Timur sebelum era 1990-an dan China pada masa pemerintahan Mao Zedong.

15

MASALAH ASAS EKONOMI


1. Apa yang hendak dikeluarkan? Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui badan perancangan berpusat. 2. Berapa yang hendak dikeluarkan? Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh badan perancangan berpusat. 3. Bagaimana hendak dikeluarkan? Kaedah yang digunakan ialah kaedah yang dapat mengaut keuntungan serat dapat menguntungkan masyarakat. 4. Untuk siapa dikeluarkan? Barangan swasta diagihkan sama rata kepada semua golongan.

Bandar Korea Utara

16

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI PERANCANGAN BERPUSAT

Semua faktor-faktor pengeluaran (buruh, modal, tanah dan keusahawanan) adalah dimiliki oleh kerajaan. Pengguna tidak mempunyai kuasa dan hak dalam pemilikan faktor-faktor pengeluaran. Sumber kekayaan adalah hak milik negara.

Pengguna tidak mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan ke atas barang dan perkhidmatan demi untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Kerajaan memainkan peranan penting dalam ekonomi. Firma dan industri di negara tersebut dimiliki oleh kerajaan. Segala masalah diselesaikan oleh kerajaan dan aktiviti ekonomi akan dikawal oleh kerajaan.

Tiada persaingan antara pengeluar. Usaha yang dicerminkan dalam rencana untuk mencapai perkembangan sosial ekonomi yang stabil. Hal ini dicerminkan dalam usaha pertumbuhan ekonomi yang positif.

Untuk meningkatkan pendapatan per kapita. Untuk mengadakan perubahan struktur ekonomi. Hal ini seringkali disebut sebagai usaha diversifikasi ekonomi. Pembinaan lembaga-lembaga ekonomi masyarakat yang lebih menunjang kegiatankegiatan pembangunan. Kebajikan perekonomian diatur sepenuhnya oleh pemerintah. Tidak ada individu atau kelompok yang dapat berusaha dengan bebas dalam kegiatan perekonomian.

17

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN BERPUSAT


Terdapat taburan pendapatan yang lebih seimbang dalam negara tersebut. Keadaan ekonomi adalah lebih stabil berbanding dengan keadaan ekonomi di pasaran bebas. Agihan kekayaan lebih sekata. Perluasan kesempatan kerja. Usaha secara terus-menerus menjaga stabiliti ekonomi. Adanya kegiatan pengendalian dan pengaturan. Organisasinya serdehana, pemerintah pusat dapat mengatur kegiatan ekonomi secara keseluruhan. Kebutuhan masyarakat dapat memenuhi lebih mesra. Krisis ekonomi jarang terjadi kerana semua kegiatan ekonomi dilakukan melalui perancangan berpusat dan pengendaliannya dilakukan oleh pemerintah berpusat. Pemerintah lebih mudah mengendalikan inflasi, pengangguran dan masalah ekonomi lainnya. Pasar barang dalam negeri berjalan lancar. Jarang mengalami krisis-krisis ekonomi.

18

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN BERPUSAT


Pengguna tidak mempunyai hak untuk memiliki faktor-faktor pengeluaran. Semua faktor-faktor pengeluaran adalah milik kerajaan. Pengguna, disebabkan mereka bukan pemilik faktor-faktor pengeluaran, maka mereka akan kehilangan insentif untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memperolehi pendapatan yang lebih. Ini kerana pendapatan pengguna telahpun ditentukan oleh kerajaan. Pengusaha juga akan hilang kreativiti yang akan dapat meminimumkan kos pengeluaran. Ini kerana teknik pengeluaran telahpun ditentukan oleh kerajaan. Ekonomi tidak akan dapat menggunakan faktor-faktor pengeluaran dengan cekap dan berkesan.
Ini kerana teknik pengeluaran yang digunakan bukan berdasarkan untuk

meminimumkan kos. Ini memberi implikasi bahawa kos pengeluaran sesuatu barang dalam sistem ini akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan di bawah sistem pasaran bebas. Ekonomi akan mengalami masalah pengangguran tidak ketara.
Ini adalah kesan daripada buruh bekerja bukan untuk memaksimumkan

pendapatan mereka, tetapi mereka bekerja setakat untuk bekerja sahaja, manakala pendapatan mereka telahpun ditetapkan oleh kerajaan. Masyarakat tidak dapat mengembangkan kreativiti mereka kerana tidak memiliki kebebasan. Jalur birokrasi yang panjang mempersulit proses pengambilan keputusan.

19

SISTEM EKONOMI CAMPURAN Definisi:


Sistem ekonomi campuran boleh didefinisikan sebagai satu sistem ekonomi yang mengabungkan kedua-dua sistem pasaran bebas dan sistem ekonomi terancang. Dalam kata lain, di bawah sistem ekonomi campuran, sebahagian barang dan perkhidmatan akan diselesaikan dengan menggunakan mekanisme harga dan sebahagian lagi diselesaikan oleh kerajaan. Pemerintah memberikan kebebasan kepada masyarakat untuk berusaha dalam melakukan kegiatan ekonomi, tetapi disisi lain pemerintah ikut campur tangan dalam perekonomian yang bertujuan menghindari penguasaan secara penuh dari golongan masyarakat terhadap sumber daya ekonomi. Jadi pemerintah dan swasta saling berinteraksi dalam memecahkan masalah ekonomi. Sistem ini wujud akibat kekurangan yang terdapat di dalam sistem ekonomi bebas dan sistem ekonomi perancangan berpusat. Sistem ekonomi campuran banyak digunakan oleh negara yang berkembang. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

20

MASALAH ASAS EKONOMI


1. Apa yang hendak dikeluarkan?

Barangan dan perkhidmatan yang menguntungkan dikeluarkan oleh swasta manakala barangan awam dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 2. Berapa yang hendak dikeluarkan? Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga dan pihak kerajaan. 3. Bagaimana hendak dikeluarkan? Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang memaksimumkan bagi swasta manakala bagi pihak kerajaan pula menggunakan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat. 4. Untuk siapa dikeluarkan? Barangan swasta diagihkan mengikut pendapatan manakala barangan awam untuk semua penduduk terutama penduduk miskin.

21

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI CAMPURAN


Adanya pembatasan pihak swasta oleh negara pada bidang-bidang yang menguasai hajat hidup orang banyak dikuasai oleh negara. Mekanisme kegiatan ekonomi yang terjadi di pasar adalah campur tangan pemerintah dengan berbagai kebajikan ekonomi. Mengenakan cukai ke atas pengguna dan pengeluar. Memberi subsidi kepada pengguna dan pengeluar. Terlibat dalam penawaran barang-barang dan perkhidmatan. Mengadakan kawalan ke atas sektor swasta melalui perundangan.

Hak milik perorangan diakui tetapi penggunaannya tidak boleh merugikan kepentingan umum.
Pengguna mempunyai hak milik ke atas faktor-faktor pengeluaran.

Pengguna membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk memaksimumkan kepuasan manakala pengusaha membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk memaksimumkan keuntungannya. Barang modal dan sumber daya yang vital dikuasai oleh pemerintah. Pemerintah dapat melakukan intervensi dengan membuat peraturan, menetapkan kebajikan fisikal, membantu dan mengawasi kegiatan swasta. Ada persaingan serta masih ada pengawalan dari pemerintah. Peranan pemerintah dan sektor swasta seimbang. Penerapan sistem ekonomi campuran akan mengurangi berbagai kelemahan dari sistem ekonomi pasar dan sistem ekonomi perancangan berpusat. Ditujukan untuk meningkatkan kesahteraan rakyat.

22

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Sektor ekonomi yang dikuasai oleh pemerintah lebih bertujuan untuk kepentingan masyarakat. Hak individu atau swasta diakui dengan jelas. Harga lebih mudah untuk dikendalikan. Pengguna mempunyai kebebasan dalam memiliki faktor-faktor pengeluaran. Pengguna mempunyai kebebasan dalam penggunaan barang dan perkhidmatan bagi memastikan bahawa mereka akan dapat memaksimumkan kepuasannya. Pengeluar pula boleh bertindak bebas dengan membuat keputusan untuk mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan, dan keputusan mereka adalah berdasarkan kepada objektif untuk memaksimumkan keuntunga.

Sistem ekonomi ini dapat memastikan bahawa barang-barang awam akan sentiasa ditawarkan dalam ekonomi dan tanggungjawab ini akan dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan akan memberi subsidi di sektor-sektor tertentu yang difikirkan mustahak untuk kebajikan rakyat negara tersebut. Kerajaan boleh memainkan peranan sebagai penstabil kepada keadaan ekonomi yang tidak stabil seperti keadaan inflasi dan kemelesetan, iaitu dengan menjalankan dasardasar fisikal dan kewangan.

Kerajaan boleh menghasilkan keadaan taburan pendapatan yang lebih seimbang di kalangan rakyatnya, iaitu melalui dasar cukai dan subsidi.

23

KEBURUKAN SISTEM EKONOMI CAMPURAN


Peranan pemerintah lebih berat dibandingkan dengan swasta. Timbulnya KKN ( korupsi, kolusi dan nepotisme) dalam pemerintahan kerana banyak sektor-sektor produksi yang lebih menguntungkan pihak pemerintah sedangkan sedikit sekali pengawasannya. Sistem percukaian yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan menganggu tingkat kebajikan rakyat di negara tersebut terutama bagi golongan yang kaya. Sistem percukaian ini juga akan menganggu aliran perjalanan perdagangan yang wujud di sesebuah negara. Sulit untuk menentukan batas wilayah antara kegiatan ekonomi yang diatur oleh negara dan yang boleh ditentukan oleh mekanisme pasar sehingga kadang-kadang campurtangan pemerintah terlalu jauh. Pemerintah akan mengalami kesulitan dalam menentukan batas nilai alat produksi dan kekayaan yang dimiliki oleh individu. Pihak swasta kurang memaksimumkan keuntungan.

24

SISTEM EKONOMI ISLAM Definisi:


Sistem ekonomi Islam adalah satu sistem ekonomi yang berdasarkan kepada syariah Islam yang mana segala tingkah laku pengguna dan pengeluar dalam mencapai objektif masing-masing (seperti memaksimumkan kepuasan atau utility bagi pengguna dan memaksimumkan keuntungan bagi pengeluar) adalah tertakluk kepada tuntutan akhlak dan peraturan ajaran Islam. Dalam lain perkataan, dalam sistem ekonomi Islam ini, pengguna dan pengeluar akan cuba mencapai Al-Falah, iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat. Sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang lahir daripada agama Islam. Sistem ini menggunakan sumber-sumber ciptaan Allah SWT dengan cara yang cekap dan adil berlandaskan hukum-hukum syarak. Sistem ini juga menentang amalan riba atau faedah kerana mempunyai unsur penindasan. Sumber rujukan utama sistem ini ialah Al-Quran dan hadis. Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam ialah Arab Saudi dan Mesir.

Pandangan tokoh mengenai sistem ekonomi Islam


* Muhammad Abdul Mannan Ekonomi Islam merupakan ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah ekonomi rakyat yang diilhamkan oleh nilai-nilai Islam. * M.M Metwally Ekonomi Islam dapat didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari perilaku muslim (yang beriman) dalam suatu masyarakat Islam yang mengikuti Al Quran, Hadis Nabi, Ijma dan Qiyas. * Hasanuzzaman Ilmu ekonomi Islam adalah pengetahuan dan aplikasi dari anjuran dan aturan syariah yang mencegah ketidakadilan dalam memperoleh sumber daya material sehingga tercipta kepuasan manusia dan memungkinkan mereka menjalankan perintah Allah dan masyarakat.
25

Ekonomi Islam adalah bertunjangkan ciri rabbani kerana ia adalah dari Allah, matlamatnya untuk Allah dan wasilahnya berpandukan syariat Islam. Segala kegiatan ekonomi dari aspek pertumbuhan, penghasilan, pengeluaran, pertukaran dan pembahagian bersandarkan asas-asas ciri rabbani dan objektifnya adalah untuk menuntut keredhaan Allah. Firman Allah yang bermaksud Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya, dan hanya kepadaNyalah kamu kembali setelah dibangkitkan. (al-Mulk 15). Seorang muslim akan berasa kegiatannya untuk mencari nafkah adalah bagi mencari keredhaan Allah dan menambahkan ketaqwaan kepadaNya. Oleh itu ia sentiasa beriltizam dengan manhaj rabbani dalam berniaga, bercucuk tanam dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi (al-Baqarah 168) Tauhid merupakan prinsip dan asas yang amat penting dalam Islam. Ia merupakan kepercayaan seorang hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Apabila tauhid ini tersemat di dalam hati manusia maka akan terjalinlah hubungan erat antara hamba dengan penciptaNya dan menafikan sebarang perhubungan yang serupa dengannya. Keunikan hubungan ini ialah pengakuan seorang hamba untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa dan segala bentuk kehidupan dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Tuhan dan menolak sebarang kemungkinan untuk memperakui kewujudan apa jua yang lain yang patut disembah. Riba adalah bertentangan dengan jual beli tetapi riba adalah asas kepada sistem kapitalisme. Riba menjadi isu politik yang paling penting yang dihadapi oleh umat Islam. Riba memberi kesan kepada setiap aspek dari kehidupan kita dan ini dapat dijejaki kepada dua institusi iaitu bank dan negara. Walaupun sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam. Kebanyakan orang mengenali riba sebagai bunga. Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks.

26

MASALAH ASAS EKONOMI


1. Apa yang hendak dikeluarkan? Dalam sistem ekonomi Islam, individu dibenarkan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mendatang faedah kepada manusia. Dalam sistem ekonomi Islam, barang yang tidak dibenarkan untuk dikeluarkan. kebajikan kepada masyarakat. 2. Berapa yang hendak dikeluarkan? Jumlah barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar bergantung kepada permintaan pasaran. Oleh itu, jumlah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh mekanisme harga. Kadangkala kerajaan juga campurtangan dalam menjamin kestabilan ekonomi.
3. Bagaimana hendak dikeluarkan?

Oleh itu, pengeluar hanya

mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat mendatangkan kebaikan dan

Pengeluar akan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap iaitu teknik pengeluaran yang dapat memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos. Pengeluar akan memilih sama ada menggunakan intensif modal yang dapat mencapai kecekapan paling tinggi dan berfaedah untuk masyarakat. tidak berlaku eksternaliti negatif seperti pencemaran dan kesesakan. 4. Untuk siapa hendak dikeluarkan? Pengagihan barang dan perkhidmatan bergantung kepada agihan pendapatan dan kemampuan dalam masyarakat. memperolehi lebih banyak barang. Golongan yang berpendapatan tinggi akan Selain itu, kerajaan juga akan membantu Kerajaan boleh campurtangan dalam memastikan kegiatan ekonomi dijalankan dengan cekap dan

golongan yang berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan mereka melalui zakat. Dengan adanya zakat, pengagihan pendapatan secara adil dapat dilakukan.

27

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI ISLAM


Pengguna bertindak bebas demi untuk memaksimumkan kepuasan dan pengeluar pula bertindak bebas untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Walau pengguna adalah bebas untuk memaksimumkan kepuasan dan pengeluar bebas untuk memaksimumkan keuntungannya, segala kegiatan mereka adalah tertakluk kepada tuntutan akhlak dan adab, sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah-Nya. Terdapat persaingan bebas antara pengguna dan antara pengeluar dalam ekonomi. Terdapat peranan kerajaan dalam ekonomi, terutama dalam menyediakan barang awam. Memelihara fitrah manusia dan norma-norma akhlak serta memenuhi keperluankeperluan masyarakat. Kegiatan-kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu bertujuan berusaha untuk mencari keuntungan individu, di samping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat.

Aktiviti-aktiviti ekonomi Islam sentiasa diawasi oleh hukum-hukum Islam dan perlaksanaannya dikawal pula oleh pihak pemerintah. Ekonomi Islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat. Sumber ekonomi adalah dimiliki oleh Allah SWT, individu hanya merupakan pemegang amanah ke atas sumber Allah. Walaupun begitu individu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan asalkan tidak melanggar syarak.

Apa yang nyata dalam sistem ekonomi Islam ini, pengguna dan pengeluar masing-masing boleh bertindak untuk mencapai objektif mereka, iaitu sama dengan dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Tetapi apa yang membezakan dua sistem ekonomi bebas dengan ekonomi Islam ini ialah tidak semua barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam pasaran ekonomi bebas pada masa yang sama ada di dalam ekonomi Islam. Sebagai contoh dalam sistem ekonomi Islam tidak wujud barang dan perkhidmatan yang terlarang seperti daging babi, minuman berakahol, kadar bunga atau riba dan lain-lain barang dan perkhidmatan yang diharamkan dalam ajaran Islam.
28

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI ISLAM

Islam melarang umat Islam melakukan pembaziran dalam berbelanja dan terlalu bakhil. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dari sistem kehidupan manusia yang diasaskan berdasarkan keseimbangan, kesederhanaan dan keadilan. Ekonomi Islam berbeza dengan ekonomi kapitalis yang mementingkan individu semata-mata dengan ekonomi sosialis yang mementingkan secara jamaah.
Ekonomi Islam adalah seimbang antara kepentingan individu dan kepentingan

masyarakat dan negara. Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan sangat memerangi segala bentuk sistem atau struktur yang berteraskan riba' yang memudaratkan kehidupan manusia. Tuhan ialah pemilik Segala harta perbendaharaan di semesta alam adalah milik Allah dan manusia hanya diberi amanah untuk memelihara dan menjaganya. Jaminan harta kepada setiap individu dan masyarakat. Kebebasan yang terikat dalam memiliki harta. Memakmurkan pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh. Melarang dari membazir dan menyeru bersedekah. Segala harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan secara sederhana, tidak terlalu bakhil dan tidak terlalu boros. Menghormati harta-harta yang dimiliki oleh pemiliknya.
Islam mengharamkan mencuri, merompak harta orang lain tanpa ada keizinan

syarak, malah Islam menyuruh kita menghormati dan memelihara harta milik orang lain. Menegakkan keadilan sosial dan perseimbangan ekonomi di antara anggota masyarakat.
Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang, tidak ada jurang yang

begitu jauh antara orang miskin dengan orang kaya.

29

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI ISLAM


Pembinaan tempat pelancongan, tempat pelacuran, perjudian dan kasino untuk mengaut keuntungan dan kebendaan adalah amat bertentangan dengan prinsip pembinaan akhlak manusia yang mulia.
Demi untuk mengaut keuntungan peribadi yang sedikit, maka dengan

melakukan kerosakan terhadap masyarakat dan negara kerana pelacuran dan perjudian dapat menjadikan masyarakat hidup dalam khayalan dan lemah.

Kebanyakan negara tersebut masih lagi mengunakan ideologi ekonomi kapitalis, sosialis dan lain-lain lagi. Kefahaman mereka mengenai ekonomi Islam agak kurang menyebabkan umat Islam mundur.

Pada hari ini kebanyakan orang menggambarkan bahawa Islam hanya menyatakan persoalan riba semata-mata tanpa ada jalan penyelesaian bagi perniagaan dan perdagangan dalam Islam.

Pada awal permulaan Islam, perkembangan ekonomi Islam agak terhad iaitu hanya berkisar mengenai pertanian dan pedagangan.

30

LAMPIRAN
Bendera United Kingdom

Bendera Egypt

Bendera Malaysia

31

Bendera Arab Saudi

Bendera China

Bendera Korea Utara

32

RUJUKAN
http://www.keadilandaily.com/kebajikan-untuk-semua-oleh-isham-rais/ http://www.slideshare.net/eNjiSPain/sistem-ekonomi-7536546 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme http://www.drhamzaid.com/rakankbe/eko42010/bab1/7SistemEkonomi.pdf http://aliasppd.tripod.com/ciriekonomiislam.htm http://www.slideshare.net/muniruknoor/sistem-ekonomi-islam-2009 http://www.slideshare.net/muniruknoor/sistem-ekonomi-pasaran-bebas http://senispekulasi.com/2011/04/memahami-struktur-pasaran-untuk-menyusunstrategi-bisnes-part-i/ http://dhiasitsme.wordpress.com/2011/03/04/sistem-ekonomi-pengertianciri-cirijuga-keunggulan-ke

33

You might also like