Professional Documents
Culture Documents
http://syazalina83.blogspot.com
TEMA TAJUK
Standard Kandungan FOKUS UTAMA Standard Pembelajaran Standard FOKUS SAMPINGAN Kandungan Standard Pembelajaran
1.4
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
1.4.4
3.3 3.3.4
Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. OBJEKTIF ii. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.
PENGISIAN KURIKULUM
i. ii. iii.
Ilmu: Keusahawanan. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)
Tatabahasa: ayat permintaan Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus Kad gambar dan petikan dialog.
30
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI Langkah 1 1. Guru memperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. - Bertatasusila - Menggunakan intonasi yang betul. 31 Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Bertanggungjawab KBT: Keusahawanan Ciri-ciri usahawan Lampiran 1 Dialog yang dirakamkan/dilakonkan PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
2.
3.
4.
5.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 AKTIVITI Langkah 2 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih: Kad A Peniaga melayan pelanggan Kad B Pelanggan membuat pesanan Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara bertatasusila Lampiran 2 PENGISIAN KURIKULUM
http://syazalina83.blogspot.com
CATATAN
2.
3.
4.
Langkah 3 1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3. EMK: Keusahawanan Lampiran 3
2.
3.
32
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 AKTIVITI Pentaksiran 1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai. Murid diminta membina dialogdialog yang sesuai dan bertatasusila. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan. Lampiran 4 PENGISIAN KURIKULUM
http://syazalina83.blogspot.com
CATATAN
2.
3.
Pemulihan 1. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan. Lampiran 5
Pengayaan 1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi. Lampiran 6
33
34
Lampiran 2 Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.
Kad A
Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila.
Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.
35
Lampiran 3 Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan secara bertatasusila.
Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi. Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram. Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus. Hantar bakul ini ke kereta saya. Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.
36
Lampiran 4 Pentaksiran Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli menyatakan permintaan untuk membeli salah satu barang yang terdapat dalam gambar.
37
Lampiran 5 Pemulihan Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul.
Tolong bungkuskan saya dua ketul kuih karipap. Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
38
Lampiran 6 Pengayaan Tuturkan dan tulis ayat permintaan yang bertatasusila berdasarkan gambar.
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
39