You are on page 1of 2

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda

yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakan

karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang

keadaan sekolah baru anda .

21, Kampung Selang,

36000 Teluk Intan ,

Perak Darul Ridzuan.

25 Oktober 2008 .

Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah

dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan

sejahtera selalu .

Saudara ,

Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf

kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan

saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke

sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini .

Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak

tanggungjawab .

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti


pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya

tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .

Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapat

kolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di sekolah

ini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan

enam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang dan

mempunyai tiga ratus orang guru .

Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-

masing mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blok

pentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yang

tinggal jauh .

Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri

daripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajau

dan banyak lagi .

Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada

saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yang

akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .

Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas ,

Linda Chin

You might also like