P. 1
Ilmu Dan Islam

Ilmu Dan Islam

|Views: 6|Likes:
Published by Mohd Kamil

More info:

Published by: Mohd Kamil on Jan 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/20/2013

pdf

text

original

Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan Mencapai 2005 Kecemerlangan ILMU DAN ISLAM Menuntut ilmu adalah

satu kewajipan kepada setiap manusia. Fitrah semula jadi, manusia adalah sebagai seorang pencinta kepada ilmu pengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih lengkap. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu terdiri dari kumpulan keperluan utama manusia. Sebagai petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata bagi melayari kehidupan di dunia. Malah, ilmu adalah salah satu dari asas yang utama dalam kehidupan yang harmoni. Ilmu adalah sebagai satu aset penting bagi manusia. Golongan yang tidak berpengetahuan adalah golongan yang rendah dan di hina oleh masyarakat. Kehadiran mereka di dalam masyarakat bagaikan melukut di tepian gantang. Insan dibezakan dari haiwan kerana dianugerahkan dengan akal yang dapat digunakan bagi berfikir dan berusaha untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang berbagai-bagai, yang dikatakan memperolehi ilmu pengetahuan. Bahkan sesama manusia ada darjat atau kedudukan antara sesamanya, kerana hanyalah semata-mata memiliki ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Seperti cincin bertatah permata belian tersarung pada jari seekor kera. Pembahagian ilmu Menurut Islam Di dalam Islam, ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu, ilmu fardu ‘ain dan ilmu fardu kifayah. Kedua-dua adalah cabang ilmu yang mesti ada pada setiap orang Islam agar mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. Kedua-dua hukum ini melengkapi bagi semua ilmu pengetahuan samada yang berkaitan dengan keagamaan seperti fikah, usuluddin dan tasawuf, dan ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan (kedoktoran), matematik, sains dan sebagainya. Bagi ilmu fardu ‘ain di dalam agama, ianya dapat dilihat pada perkaraperkara asas yang menyempurnakan ibadat yang difardukan seperti, sembahyang, puasa dan lain-lain. Ianya termasuk di dalam fardu ‘ain kerana
1

Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan Mencapai 2005 Kecemerlangan setiap muslim akan beramal dan mengerjakan ibadat tersebut. Perkara selebihnya dari perkara asas, atau perbahasan hukuman yang lebih halus dan teliti di dalam ajaran agama termasuk di dalam fardu kifayah yang sudah memadai bagi sesebuah masyarakat dengan seorang sahaja yang mendalaminya.

Imam Shafi’e ada menyebut tentang ilmu; Ertinya, ilmu ada dua bahagian, ilmu fekah bagi agama, dan ilmu perubatan bagi badan. Dan selain dari keduanya adalah sebagai perhiasan. Kedua-duanya perlu dicapai tanpa diabaikan kerana keduanya adalah ilmu yang menjadi satu kefarduan ke atas setiap pelajar demi melepaskan diri dari belenggu kejahilan. Kepakaran sains dan teknologi juga satu kefarduan dalam ajaran Islam. Kelebihan Menuntut Ilmu Allah s.w.t telah meninggikan kedudukan, pangkat atau darjat bagi mereka yang berpengetahuan. Sesuai dengan kehendak agama yang menekankan tuntutan mencari ilmu sehingga diangkat beberapa darjat bagi mereka yang memiliki ilmu pengetahuan. Sebagai anugerah dari Allah s.w.t, bagi kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, seseorang yang mendapat rahmat dari-Nya kerana telah dianugerahkan dengan ilmu-ilmu agama, yang menjadikannya sebagai pewaris nabi-nabi. Firman Allah s.w.t “Allah Taala mengangkat bagi mereka yang dianugerahkan ilmu, beberapa darjat (kedudukan)”Surah al-Mujadalah; 11. Bahkan dibezakan antara insane yang berpengetahuan dengan yang tidak berpengetahuan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, yang berbunyi; Ertinya, “Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama mereka yang mempunyai ilmu dan mereka yang tiada mempunyai ilmu itu (tiada bersamaan orang yang ilmu itu dengan orang yang jahil).

2

Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan Mencapai 2005 Kecemerlangan Sesungguhnya yang takutkan Allah Taala itu dari kalangan hambanya ialah orang yang mempunyai ilmu”. (Surah al-Fathir; 28) Mereka yang memiliki ilmu pengetahuan akan menjadi seorang yang berguna kepada agama serta diri sendiri, dan mansyarakat secara amnya. Bahkan dengan memiliki ilmu pengetahuan, kualiti dan produktiviti di dalam sesuatu pekerjaan akan meningkat. Dalam hadith Rasulullah s.a.w banyak memperkatakan kelebihan orang yang berilmu. Antaranya, ilmu yang menyampaikan kepada kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w, Ertinya; “Sesiapa berkehendakan kepada dunia, mestilah dengan ilmu, dan sesiapa yang berkehendak kepada akhirat, mestilah dengan ilmu, dan sesiapa hendak keduanya mestilah dengan ilmu”. Seseorang yang mencapai kedudukan berpengatahuan adalah seorang yang menjadi pewaris para nabi. Para nabi tidak meninggalkan harta untuk diwarisi, tetapi meninggalkan ilmu dan hukum syariat untuk terus diamalkan di muka bumi ini. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w’ “Ulama’ itu mempusakai (pewaris) akan Anbia’”. (Riwayat Tarmizi) Seorang ulama’itu terlebih utama dari semua manusia, kerana manfaat ilmu yang mencurah-curah, melimpahi kepada insan lain. Ilmu yang baik akan menjadi pemandu sepanjang tempat dan zaman. Sabda Nabi Muhammad s.a.w’ “Bermula yang terlebih afdal daripada manusia iaitu mukmin yang alim, jikalau dikehendak orang kepadanya, pasti memberi manfaat dia kepada seseorang dan jikalau dikayakan daripadanya, pasti dia akan lebih kaya”. (Riwayat Baihaki) Ahli ilmu mendapat satu kedudukan yang istimewa kerana kemuliaan ilmunya. Bahkan ilmu agama akan memberi syafaat di hari akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

3

Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan Mencapai 2005 Kecemerlangan “Yang memberi syafaat pada hari kiamat itu tiga, iaitu anbia’, kemudian ulama’ kemudian syuhadah”. (Riwayat Ibnu Majah) Pelajar akan sentiasa pengajiannya. mendapat limpahan rahmat sepanjang masa

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Bahawa Malaikat merendahkan segala sayapnya maka orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka ia dengan perbuatannya itu”. (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dab Hakim) Menuntut ilmu lebih besar ganjaran pahala dari bersembahyang sunat. Ini kerana belajar adalah semulia-mulia ibadat. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sesungguhnya berpagi-pagi seorang kamu belajar satu bab daripada ilmu, terlebih baik daripada bahawa ia sembahyang sunat seratus rakaat”. (Riwayat Ibnu Abdil Barri) Penuntut ilmu mendapat jaminan rezeki dari Allah. Ia sebagai satu kemurahan dari anugerah Allah bagi penuntut ilmu. Rezekinya sentiasa disediakan oleh Allah. Kerana Allah kasih kepada hamba yang menuntut ilmu, terutama yang berkaitan dengan fardu ‘ain dan fardu kifayah. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w dalam sepotong hadith, “Orang yang menuntut ilmu, Allah Taala telah mengakui baginya dengan rezeki” Ikhlaskan Niat Niat adalah asas yang sangat penting dalam sesuatu perkara. Islam sangat menekankan kedudukan niat dalam setiap amalan, terutama di dalam belajar. Oleh kerana menuntu ilmu adalah ibadat yang mulia,perlulah diniatkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah Taala, agar mendapat pahala ibadat yang besar ganjarannya. Aturkan keikhlasan dengan niat menuntut keredaan Allah. Ilmu dicari kerana ingin berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ilmu sebagai bekal bagi mengemudi bahtera kehidupan di dunia ini.

4

Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan Mencapai 2005 Kecemerlangan Niat yang ikhlas adalah penentu segala amalan, terutama dan menuntut ilmu. Niat adalah asas pertama yang menjadi ukuran kejayaan usaha dalam menuntut ilmu pengetahuan. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w’ “Sesungguhnya sah segala amalan itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang adalah hijrahnya kerana taatkan Allah Taala dan Rasulullah s.a.w maka hijrahnya diterima oleh Allah Taala dan Rusulullah s.a.w. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarinya, atau kerana perempuan yang bakal dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa ia niat hijrah kepadanya”. (Riwayat Bukari dan Muslim)

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->