You are on page 1of 15

112

Sifat dan sahsiah Guru Pendidikan Islam



Tugas seorang guru Pendidikan Islam menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya.
Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah hasil pembelajaran atau
pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten.
Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan
peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang
membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang.

Islam melihat pendidik perlu memiliki sifat yang mulia. Beberapa sifat yang wajib ada
pada seseorang guru antaranya ialah guru hendaklah mempunyai sifat zuhud. Dengan sifat ini
guru akan mendidik pelajarnya supaya mencari keredhaan Allah SWT dan bukan kerana hal-hal
yang lain yang membawa keuntungan kebendaan atau mencari nama. Selain itu, guru Pendidikan
Islam juga perlu menjaga kebersihan jiwa daripada segala kekotoran adat dan syara lantas
memiliki peribadi yang tinggi. Ini akan menjauhkan seorang guru itu daripada sifat-sifat yang
tercela antaranya angkuh, riak, hasad, pemarah dan sifat keji yang lain.



113

Di samping itu, seorang guru juga perlu mempunyai sifat halim iaitu sifat lemah lembut
dan sopan santun dan juga mempunyai kemampuan dalam keilmuan iaitu guru perlu mempunyai
ilmu yang cukup untuk mengajar pelajar dengan berkesan. Setiap guru perlu mempunyai sifat-
sifat tersebut dan penting dibentuk di dalam diri guru. Oleh itu, melalui sifat-sifat ini guru dapat
menjadi teladan yang baik kepada masyarakat serta menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya Pattern and Growth in Personality,
sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang
individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal
merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan
emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar,
wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Begitulah bertuahnya guru Pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju redha
Allah di samping menjalankan tugas sebagai pendidik. Sudah tersedia jalan dan ruang
berdakwah yang nyata berjalan seiring dengan tugas hakiki mendidik anak bangsa. Selain itu
mereka merupakan pakar rujuk terutama di dalam selok belok agama bagi warga guru dan
kakitangan sekolah. Inilah peluang-peluang yang dilihat seharusnya dimanfaatkan oleh Guru
Pendidikan Islam di dalam meneruskan kesinambungan misi dakwah junjungan Besar nabi
Muhammad S.A.W.








114

Allah telah menceritakan kepada kita bahawa Ummat Muhammad SAW adalah ummat
yang terbaik yang diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
sepertimana dinyatakan didalam Surah Al-Imran ayat 110:

J1H ,@ L0 60 Bq1
@0V BBB ,_qV,
AP1Bb _1V, BB N _, b,
V0 1JPBb CN b1@ P
1. ,_qBb @qm0,
_fABb

Maksudnya:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang maruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka
ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Al-
Imran ayat 110)



Guru Pendidikan Islam adalah pakar rujuk yang diakui kredibiliti dari sudut ilmu dan
kepakaran di dalam bidang agama. Maka di sinilah mereka harus menggunakan kemampuan
ilmu yang ada untuk menjernihkan kekeliruan apabila diajukan tentang persoalan berkait dengan
aqidah, syariah, hukum-hakam serta akhlak. Itulah ruangnya untuk mengemukakan panduan dan
jawapan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Tidak salah untuk mengatakan guru
pendidikan Islam ini sebagai pakar rujuk kepada guru-guru, kakitangan, pentadbiran serta murid-
murid. Cabaran kepada pendakwah di sekolah ini ialah usaha untuk memastikan ilmu sentiasa
cukup di dada bagi memberikan jawapan kepada permasalahan tersebut.





115

Selain itu, gerak laku Guru Pendidikan Islam sentiasa menjadi perhatian warga sekolah
ataupun murid-murid. Maka disinilah peranan mereka untuk cuba menonjolkan akhlak
Rasulullah S.A.W. baik dari sudut percakapan, berpakaian, pergaulan malah gaya berjalan pun
sentiasa menjadi buah mulut orang. Inilah yang dikatakan sebagai dakwah dengan contoh
tauladan. Umum memang mengetahui andai Ustaz dan Ustazah ini berperilaku dengan akhlak
yang sopan, baik tingkah laku, mudah didekati, tidak mustahillah mereka akan sentiasa menjadi
guru yang cukup dihormati rakan dan lawan


Guru Pendidikan Islam menjadi pendakwah juga memerlukan menarik minat dan
mempengaruhi orang lain. Seandainya mempunyai perwatakan seindah Rasulullah S.A.W. pasti
anak murid menjadikan contoh dan tauladan untuk diikuti. Bahkan gaya rambut, berpakaian serta
cara bercakap pun akan ditiru oleh mereka. Guru Pendidikan Islam boleh mencegah
kemungkaran. Guru Pendidikan Islam tidak perlu menunggu untuk dilantik sebagai Pegawai
Penguatkuasa baru mencegah kemungkaran. Sebagai Guru Pendidikan Islam, perlu mempunyai
tanggungjawab yang amat berat untuk membetulkan segala kesilapan.


Menegur untuk memperbetulkan keadaan tidak salah, asalkan kena dengan caranya.
Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 125:

@Bb P[Lf V@P ,; N6BB
_Bb, ,1@6Bb F ),
/BB ; @=0 P f ,; ,_
10 V@ 0b@P F ,_,
10 )JBB
Bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


116

Sekiranya Guru Pendidikan Islam hanya mengajar hukum-hakam agama tetapi tidak
mencegah kemungkaran yang berlaku di sekolah adakah mereka ini sudah menjalankan tugas
dan amanah yang diberi?. Memberi nasihat, menegur salah laku murid, menjadi orang tengah
untuk menyelesaikan konflik rakan sekerja, meleraikan pergaduhan di antara murid, itu semua
tugas seorang pendakwah di sekolah. Namun segalanya harus dilakukan dengan penuh hikmah
agar tiada seorangpun yang terguris dan hati dan perasaannya . Hikmah dengan di dalam
menegur, menasihati, bijaksana di dalam berhujah akan menjadikan guru Pendidikan Islam ini
sebagai insan yang dihormati oleh semua warga sekolah.


Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia.
Guru sangat penting bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan
harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Guru-guru
dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat
di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi
maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.


Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan
meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau
bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian
dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam
pengajaran mereka.




117

Pendidikan Islam mempunyai kendudukan yang tinggi dan suci dalam agama Islam itu
sendiri. Pemdidikan Islam merupakan sesuatu yang penting dan telah menjadi bahagian yang
tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan ibadat yang amat besar. Hal ini dapat dianalisis
melalui pemerhatian terhadap wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw
meneyntuh aspek pendidkan. Firman Allah S.W.T:



Maksudnya:
"Bacalah ( Wahai Muhammad ) dengan namaTuhanmu yang mencipta sekelian
makhluk.Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku,bacalah, dan Tuhanmu yang
mulia yang mengajar manusia dengan peaantaraan pena." (Al-Quran, Al-Alaq: 1-4)


Dengan penelitian yang dilakukan trhadap wahyu yang pertama yang diturunkan kepada
Rasulullah adlah mengenai aspek pendidikan, bukanlah aspek social, ekonomi, ataupun politik,
jelas menunjukkan pendidikan merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan dan juga dalam
agama Islam itu sendiri. Ini kerana, pencapaian dalam bidang sosial, politik dan lain-lain lagi
bermula daripada kecermerlangan pendidikan.

Misi utama yang dibawa oleh wahyu pertama ini meliputi perintah supaya manusia
belajar mengenali Tuhan, memahami fenomena alam, memahami diri sendiri serta menghayatio
cara hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip aqidah, ilmu, dan amal. Ketiga-tiga perkara
tersebut pula dianggap sebagai teras kepada falsafah pendidikan Islam. Pendidikan tidak terhad
kepada ilmu pendidikan duniawi sahaja, pendidikan juga mencakupi dua bahagian iaitu dunia
dan akhirat. Dalam konteks ini, Abud (1985) telah mnyatakan bahawa ilmu Islam terbahagi
kepada dua cabang besar iaitu ilmu fardhu ain yang mana menuntut setiap Muslim yang beriman
118

kepada Allah S.W.T mempelajari dan juga menghayati ilmu ini, mempelajari Ilmu fardhu ain ini
merupakan kewajiban bagi setiap Muslim. Ilmu fardhu ain terdiri daripada akidah, bersuci, solat,
puasa, zakat bagi orang-orang yang diwajibkan mengeluarkannya, haji bagi orang yang mampu
mengerjakannya, dan maksiat-maksiat hati, tangan, mata, dan sebagainaya.
Allah S.W.T berfirman:



Maknanya:
Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang
yang tidak mengetahui. [Surah al-Zumar: 9]


Bahagian kedua ilmu Islam ialah ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu kifayah bermakna
ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat. Ilmui fardhu kifayah
merupakan tanggung jawab sosial yang wajib ada dalam membangun dan memajukan umat
Islam. Ilmu ini terdiri daripada bidang pembangunan, ekonomi, sosial, politik, kedoktoran,
;perundangan, kebudayaan, dan sebagaimya. Sekiranya ada salah seorang diantara ahli
masyarakat yang terlibat dalam sesuatu bidang, ahli masyarakat yang lain tidak lagi wajib kerana
semua ahli masyarakat yang lain sudah terlepas dari tanggung jawab sosial itu.




119


Fungsi Pendidikan dalam Islam

Islam merupakan Ad- Deen yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi, sosial, politik, dan tidak ketigglan juga aspek pendidikan. Firman Allah S.W.T:


Maksudnya:
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran itu." (Al An'am : 38 )

Turki Rabih (1982) telah menyatakan Islam merupakan agama dan Negara.aqidah dan
syariat. Oleh itu, pendidikan Islam yang bersistematik dan cemerlang merupakan medium
penting dalam menuju matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang dan sepadu sama
ada dari segi mental, jasmani, rohani, dan juga emosi. Sehubungan dengan itu, profession
pendidikan Islam sewajarnya mampu membentuk insan yang bersih kognitif, berpersonaliti,
berkarisma, dan mempunyai budi pekerti mulia dan murni pergaulan sosialnya sehingga
seseorang hamba itu mampu mengabdikan diri kepada Allah taala sepenuhnya dalam semua
urusan hidup.

Dalam menentukan hala tuju dan kejayaan pendidikan, guru-guru memainkan peranan
penting sebagai contoh yang boleh diteladani oleh pelajar-pelajar mereka. Sifat-sifat yang harus
ada pada seorang guru agama Islam seharusnya sifat mahmudah agar barisan pendidik ini
menjadi contoh yang baik dan mereka sendiri dihormati oleh pelajar-pelajar mereka.

120

Terdapat banyak pendapat tentang sifat-sifat yang harus ada pada seorang guru. Antaranya
ialah pendapat yang diutarakan oleh Abd. Halim Muhammadi dimana sifat-sifat yang terpuji dan
sewajarnya dimiiki oleh guru pendidikan Islam ialah:
y Zuhud: iaitu menyanpaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-muridnya tanpa
mengharapkan balasan kebendaan atau penghormatan yang diberikan masyarakat
kepadanya, tetapi pengajaran dan pembelajaran yang diberikan semata-mata
mengharapkan redha Allah S.W.T.
y Kebersihan Diri: bersih jiwanya daripada segala kekotoran adat dan syarak dan
berperibadi mulia, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah, dan lain-lain.
y Mempunyai kehebatan dan kehormatan diri: mempunyai sifat rendah diri, serta pandai
melayani hati orang lain dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam
suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sebagai seorang guru, samada
dari segi pakaian,perbuatan atau percakapan.
y Bersifat keibuan dan kebapaan: mengasihi anak didik dibawah jagaannya seperti mereka
mengasihi dan menyayangi anak mereka sendiri.
y Memahami tabiat muridnya: memahami dan meneliti dengan jelas latar belakang dan
kemampuan murid yang diajarnya supaya dapat menysuaikan bahan dan cara
penyampaian.


Ciri-ciri guru yang baik bagi Abdullah Ishak pula ialah:
y Memiliki ilmu dan Qaedah Pengajaran yang berbagai.
y Mempunyai ketokohan, berkeperibadian dan berkewibawaan.sebagai seorang guru.
y Memberi ilmu semata-mata kerana Allah.
y Kebijaksanaan dan kematangan
y Bersifat kasih sayang, pemaaf, bertaqwa dan bertanggungjawab

121

Abdul Kipli menyenaraikan kriteria yang seharusnya ada pada seorang guru yang baik dan
berkesan pengajarannya:
y Bersemangat dan Berkeyakinan.: Pantulan suara yang jelas,lantang dan bersemangat
dibantu oleh gerak geri yang menarik perhatian pelajar.
y Bersifat Cemerlang.: Sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri dan
sekolah.
y Keupayaan Memimpin.: Perlu sentiasa menunjukkan kebolehan dan kemampuan
sebagai seorang pemimpin untuk mengarah dan mengawal suasana pengajaran dan
pembelajaran sepanjang masa.
y Kaedah Pengajaran.: Mudah menerima dan menghayati serta boleh mengaplikasikan P
& P yang berkesan dalam suasana kehidupan seharian.
y Peka: Memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di dalam dan di luar
kelas serta berupaya menilai kemampuan dan kelemahan murid.
Yaakub Isa melalui penulisannya menyatakan cirri-ciri guru yang baik berdasarkan rumusan
yang dikemukan oleh Frank. W Hart dalam kajiannya pada tahun 1993 di Amerika:
y Sentiasa memberi bantuan dalam kerja-kerja sekolah
y Periang, gembira, berperawakan menarik dan mempunyai sifat jenaka dan boleh
menerima jenaka
y Berperikemanusiaan, mesra, pengasih dan bersikap sebahagian daripada kami.
y Berminat dan memahami sikap murid-murid
y Boleh menjadikan kerja di sekolah seronok
y Tegas tetapi dihormati dan adil
y Tidak panas baran, pendendam, merungut atau memerli.
y Kaedah pengajarannya mudah difahami oleh murid
y Berkeperibadian yang menyenangkan


122

Menurut Atan Long seorang guru haruslah menunjukkan sifat yang baik dan sifat
yang digemari oleh murid sebagai pemimpin atau pembimbing yang berkesan. Sifat-sifat yang
digemari oleh murid mampu memajamin rangsangan dan suasana pembelajaran yang effektif dan
kondusif dapat dicapai. Antara sifat-sifat yang dikatakan dapat menarik perhatian dan digemari
oleh pelajar ialah:
y Seorang guru mestilah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.
y Badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.
y Mempunyai tahap kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakkan orang.
y Mempunyai pemikiran yang kreatif, imiginasi tinggi dan juga berdaya saing.
y Mempunyai akhlak dan suara yang sopan.
y Bertatatertib, bertimbang rasa, sabar, jujur, ikhlas dan tegas.
y Menepati masa dan merupakan seorang pengurus yang baik.
y Mengamalkan sikap positif dan selalu menggalakkan.
y Demokratik dalam member bimbingan.
y Sentiasa menjaga profesionalisme perguruan.

Imam Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti
dan tugas seorang guru yang cemerlang.
y Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka
sebagaimana anaknya sendiri.
y Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan
atas perkhidmatan yang diberinya.
y Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas
kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara
tersebut.
y Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut,
bukannya dengan memarahi mereka.
123

y Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-
muridnya.
y Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak
sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.
y Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian
dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.


Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah
merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
124

7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental

1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal
125

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih

Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara
negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar. Antara
sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut :

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
126

16. Boleh membezakan intan dari kaca
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala

You might also like