P. 1
Refleksi Contoh Lo

Refleksi Contoh Lo

|Views: 2,336|Likes:

More info:

Published by: Evanka Wang Yong Fong on Jan 10, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2013

pdf

text

original

23

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan teori mentalis turut disokong oleh ahli-ahli

psikologi yang lain, iaitu Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel,

Bruner Gagne.

Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses

dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka, manusia adalah haiwan,

tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan

informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa

berada dalam keadaan sedar.

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses

mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence),

iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang

merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna

diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang

kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh

membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui

pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu

adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses

ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini

dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah

dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk

berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis

pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-

24

murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan

diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada

peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini

mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan

mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-

hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa

dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan

struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan

kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus

menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan

kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem

bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses

pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa

biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi

termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau

sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan

tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,

penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus

dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam

hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->