P. 1
KONSEP PROFESIONALISME

KONSEP PROFESIONALISME

|Views: 531|Likes:

More info:

Published by: Hasnaziha Ahmad Ahya on Jan 10, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/19/2014

pdf

text

original

KONSEP PROFESIONALISME Profesionalisme ialah satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai dalam sesuatu profesion

. Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak mementingkan diri sendiri juga menunjukkan ciri profesioanalisme. Menurut Sufiah Hussein dalam Esah Sulaiman (2003), menakrifkan sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang dalam mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan kebertanggungjawaban. Menurut Hedderdof dalam Esah Sulaiman (2003) pula, profesionalisme bermaksud satu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawanya dengan penuh dedikasi dan tidka mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Pelaksanaan tugas dengan bersungguhsungguh dan tidak terlalu berkira dalam menjalankan tugas. Bagi profesion perguruan, seorang pengetua/guru besar perlu berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke semasa dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik. Menurut Lieberman (Sufiah Hussein, 1996) dalam Esah Sulaiman (2003), ciri sesuatu profesion itu ialah perkhidmatan yang diberikan adalah unik dan penting serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Menurutnya lagi, semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan. Menurut Parkay (1990) dalam Esah Sulaiman (2003), ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan dan mempunyai banyak peluang membuat keputusan tentang pekerjaan mereka. Ini disebabkan ahli profesional dibenarkan mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan. Peranan yang besar sebagai ‘pendita di atas pentas’ kepada mentor. Dengan ini.Menurut Intan. Sesuatu tugas yang dilaksanakan bukan bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. . PERANAN PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP PROSES PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Perubahan teknologi yang pantas lagi mencabar telah menuntut pengetua/guru besar yang sememangnya memainkan peranan paling penting dalam menggerakkan visi dan misi sesebuah sekolah supaya lebih kreatif dan inovatif. menggunakan keupayaan intelek. mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. dedikasi terhadap pekerjaan dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. Konsep pembelajaran non-linear menjadikan setiap pengetua/guru besar sentiasa sedar tentang maklumat-maklumat dan konteks baharu yang wujud dari semasa ke semasa. profesioanalisme juga dilihat dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan. 1995 dalam Esah Sulaiman (2003). serta bermatlamtkan sumbangan untuk masyarakat dan negara. semua ahli profesion hendaklah bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang diambil. Seseorang profesioanl hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan. ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oelh organisasi profesion yang terlibat. menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika profesion. mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Selain itu. dedikasi menjalankan tugas. profesionlisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan.

Dengan perubahan maklumat kini yang sentiasa bergolak memerlukan seseorang pengetua/ guru besar lebih terbuka kepada maklumat-maklumat baru serta sanggup mengubah set minda mereka yang lama mengikut keperluan dan konteks semasa bagi meningkatkan kualiti sekaligus mengekalkan profesionlisme perguruan. pengguna teknologi. . beliau juga perlu terlibat dalam kursus-kursus formal dan menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran tidak formal yang berterusan dengan lain. Selain sokongan yang jitu perlu ada pada seorang pengetua/guru besar dalam penggunaan teknologi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran. pengambil risiko dan pembelajaran seumur hidup menjadi kayu ukur dalam meningkatkan lagi profesionlisme guru pada perspektif pengetua/guru besar. pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan yang sentiasa berubah mestilah dilaksanakan dengan jayanya agar perkembangan profesionalisme keguruan terus meningkat dari semasa ke semasa. Perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tegas perlu sentiasa bersemadi dalam setiap diri pengetua/guru besar dalam memajukan profesion keguruan dalam konteks pengurusan dan pembangunan pendidikan berasaskan sekolahn sekaligus memantapkan lagi profesionlisme guru. seminar. bengkel. seorang pengetua/guru besar harus sentiasa terbuka kepada setiap perubahan. mesyuarat dan majlis-majlis bagi meningkatkan kualiti dalam pengurusan sesebuah sekolah. pembaharuan dan inovasi baharu dalam pelbagai aspek seperti pengurusan sekolah. pengajaran dan pembelajaran murid. Oleh dengan demikian. Pendedahan kepada idea baharu yang dimainkan oleh pengetua/guru besar amatlah penting dalam memberikan peningkatan terhadap profesioanlisme keguruan dengan menghadiri kursus-kursus jangka pendek.penyelidik. Selain itu. penghasil pengetahuan.lain profesional yang berkongsi minat dan prihatin. penggunaan teknologi maklumat atau ICT dan sebagainya. pengurusan murid. Pengetua/guru besar mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Proses penyelesaian masalah perlulah bersifat harmoni dan tidak autokratik. kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung pada kewibawaan dan tanggungjawab seorang pengetua/guru besar yang berkesan. pengurusan melalui mesyuarat. kebijaksanaan. pengurusan kualiti pembelajaran. murid dan masyarakat terhadap halhal yang berkaitan dengan pendidikan sekarang.Pengetua/guru besar perlulah bersifat mesra. pertimbangan dan fleksibiliti dalam pentadbiran dan perancangan pendidikan yang dikelolakan oleh pengetua/guru besar perlu diambil kira dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul dan isu-isu di luar dugaan. pengurusan tanpa cacat. pengurusan maklumat dan sebagainya merupakan pendekatan pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh pengetua/guru besar bagi menjamin kualiti sekolah selaran dengan penekanan kepada kualiti pendidikan yang ditekankan kini dan seterusnya meningkatkan lagi tahap peningkatan profesionalisme guru. Dasar-dasar pendidikan yang memberikan masalah kepada masyarakat dan murid perlu dinilai dan diubahsuai bagi mengatasi dan menangani konflik antara idealisme dan pentadbiran dengan teliti yang dihadapi. menguruskan kerja kumpulan. . penilaian dan kurikulum dan pengurusan kualiti menyeluruh. pengurusan berasaskan objektif. Oleh itu. Kesimpulannya. mudah dan disenangi. pengurusan kualiti peperiksaan. pengurusan kualiti pengajaran. Pengetua/guru besar harus sentiasa peka dengan guru-guru. Pemantauan keakuran spesifikasi dalam pengawalan kualiti seperti program pengawalan kualiti ISO 9000. Ini termasuk pengurusan kepakaran yang ada padanya atau profesionalisme guru. Pengurusan dan pentadbiran tidaklah seharusnya terikat pada karenah birokrasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->