You are on page 1of 3

Bateri Ujian Sebanyak 6 jenis elemen ujian Tunas Gemilang telah diwujudkan bagi pelaksanaan di peringkat sekolah.

Elemen-elemen Tunas Gemilang terdiri daripada pengukuran terhadap antropometrik, ketangkasan, kekuatan, kepantasan, kuasa eksplosif serta daya tahan fizikal. Berikut adalah di antara bentuk ujian kemahiran motor yang digunakan :i) Berat OBJEKTIF : Mendapatkan bacaan berat badan. PERALATAN : Alat penimbang berat badan. PROSEDUR : Mesin penimbang hendaklah diletakkan diatas permukaan lantai yang rata. Uji mesin penimbang menggunakan objek pemberat dan pastikan bacaan mesin berada pada kedudukan 0 apabila pemberat di angkat. Subjek dikehendaki berdiri tegak di tengah mesin penimbang dan memandang ke hadapan. Dapatkan bacaan berat subjek. NOTA: *Sekiranya menggunakan mesin penimbang berat yang biasa, pastikan jarum pengukur tidak bergerak sebelum bacaan diambil.

ii) Tinggi OBJEKTIF : Mendapatkan ukuran ketinggian individu. PERALATAN : Pita pengukur,pembaris tiga segi PROSEDUR : Pita pengukur dilekatkan di permukaan dinding yang rata setinggi 2 meter. Subjek dikehendaki membelakangkan dinding dengan kepala, badan, punggung serta tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding dengan belakang badan berada di tengah-tengah pita pengukur tanpa memakai alas kaki. Subjek dikehendaki menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke hadapan dengan kaki rapat. Ukuran tinggi diambil dari bahagian atas kepala hingga ke dasar tapak kaki. Gunakan pembaris segi tiga untuk mendapatkan bacaan ketinggian dengan meletakkan pembaris segi tiga rapat pada dinding dan di atas kepala. Bacaan akan diambil hampir kepada 0.1 cm.

iii) Baling Bola Keranjang OBJEKTIF : Keupayaan membuat balingan bola keranjang pada jarak maksimum ke arah hadapan dengan kedua-dua belah tangan dalam posisi duduk melunjur di atas lantai. PERALATAN : Pita Ukur, Kon, Masking Tape, Bola keranjang saiz 7 dan Tepung PROSEDUR : Pita ukuran dilekatkan diatas dinding dengan angka siaf (0) bermula dari bawah dinding. Subjek duduk dengan posisi belakang badan meyandar pada dinding. Posisi kepala, bahu dan bahagian pinggul belakang rapat ke dinding dan kedua-dua belah kaki melunjur lurus serta rapat. Pegang bola keranjang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan pada paras dada. Bola

hendaklah dibaling ke hadapan sejauh mungkin apabila isyarat diberikan. Catatan ukuran diambil dari bahagian dasar bola yang bersentuhan dengan permukaan lantai dari lantunan yang pertama oleh pegawai penanda. Subjek diberi dua (2) percubaan. Balingan yang terbaik adalah semasa balingan pada kedudukan 45 darjah. Balingan kedua adalah berturutan dengan selepas balingan pertama. Pastikan punggung subjek tidak terangkat dan juga bahu tidak bergerak ke hadapan semasa membaling ke hadapan. Catatan diambil hamper kepada 0.5 sm.

iv) 4 x 10m lari ulang alik OBJEKTIF : Mengukur tahap ketangkasan PERALATAN : Pita Ukur, Kon,Masking Tape, Wisel / Jam Randik, dan 2 Bongkah Kayu (3 tinggi x 2 tapak x 1 lebar ) PROSEDUR : Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter. Letakkan 2 bongkah kayu di belakang salah satu garisan 10 meter dengan jarak antara garisan dengan bongkah kayu adalah 30 cm dan pastikan jarak antara dua (2) bongkah kayu adalah lebih kurang 30 cm. Subjek berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut. Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di belakang garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter. Pastikan sebelah kaki subjek melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu. Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyaratmulasehingga subjek melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali).

v) Lompat Jauh Berdiri OBJEKTIF : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar PERALATAN : Pita pengukur, Kon penanda, Masking tape PROSEDUR : Subjek hendaklah berdiri di belakang garisan penanda. Kedudukan kedua-dua kaki subjek hendaklah selari. Subjek membuat lompatan selepas isyarat diberikan. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara berturutan diatas permukaan rata. Padang rumput tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diambil tidak tepat. Ukuran diambil dari garisan penanda hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling dekat dengan garisan permulaan. Bacaan dicatat berdasarkan kepada jarak lompatan yang terbaik. Bacaan akan diambil hampir kepada 1 cm. Nota: *Sekiranya ujian dilakukan di atas trek, langkah yang sama turut digunakan.

vi) 20m Lari Pecut OBJEKTIF : Bagi menentukan kelajuan larian maksimum dan kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan tertentu. PERALATAN : Jam randik, Kon Penanda dan Pita, Pengukur dan Wisel PROSEDUR : Tanda garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20 meter. Letakkan dua (2) kon di garisan permulaan dan dua (2) kon di garisan penamat. Subjek akan memulakan larian di garisan di belakang garis permulaan. Masa diambil apabila peserta melepasi garisan permulaan dan masa ditamatkan apabila subjek melepasi garisan penamat. Setiap subjek diberi dua kali percubaan dan subjek hendaklah memakai kasut. Percubaan kali kedua dibuat setelah selesai ahli kumpulan memulakan larian pada larian pertama. Bacaan diambil hampir kepada 0.01 saat. Bacaan masa terbaik diambil daripada kedua-dua kali percubaan.

You might also like