You are on page 1of 25

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani… “ Sebahagian Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

POTENSI INDIVIDU

Perkataan potensi berasal daripada Bahasa Inggeris yang membawa erti


keupayaan atau kebolehan yang terpendam dalam diri seseorang .Ia juga
membawa maksud melakukan sesuatu atau berkembang maju.Potensi dikaitkan
dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah
manusia.Dengan perkataan lain , potensi merupakan satu kebolehan manusia
melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada pada dirinya.Justeru
itu, Potensi merupakan kebolehan atau bakat yang ada pada diri
seseorang.Potensi manusia boleh ditinjau dari aspek jasmani,rohani ,mental
dan emosinya .

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan


dalam aspek-aspek jasmani,mental ,rohani dan emosi mempunyai tahap Yang
berbeza dari seorang dengan seorang yang lain.Perbezaan ini berlaku kerana
tidak semua orang yang dapat peluang mengoptimumkan potensi mereka dalam
alam kehidupan mereka.Kadang-kadang sesorang tidak tahu potensi mereka
sendiri.

Howard Gardner,seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard,


Amerika Syarikat,berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan dengan
potensinya yang berbeza dalam fitrahnya.Potensi yang dirujuk boleh diukur
dengan darjah kecerdasan.Mengikut Gardner,potensi manusia itu mempunyai
tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan linguistic ,logical matematik ,ruang ,muzik
,tubuh kinestetik ,interpersonal ( sosial ) dan intrapersonal ( kendiri ).
Potensi manusia merupakan aspek penting dalam bidang
pendidikan.Kepentingannya telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara
iaitu “ ……… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek ,rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan.Potensi manusia dan pelajar khususnya boleh dicungkil atau
digilap melalui sistem pendidikan yang berkesan .Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang untuk mengoptimumkan potensi setiap murid

Walau bagaimanapun,potensi setiap individu berbeza mengikut kadar


pertumbuhan dan perkembangannya.Setiap individu adalah berbeza potensinya
daripada individu yang lain.Seorang bapa contohnya akan mendapati potensi
anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua,begitu juga
dengan anaknya yang ketiga dan keempat.Ini menunjukkan setiap individu itu
unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama walaupun individu
tersebut adalah kembar seiras.Justeru itu,potensi individu itu adalah berbeza
mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.

Dalam kajian ini,terlebih dahulu ingin dikupas makna perbezaan individu


itu.Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan potensi individu itu sendiri.Mengikut
Dictionary of Psychology ( 1973),perbezaan individu sebagai “ “variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada sifat-sifat
kognitif,emosi,fizikal ,moral ,tingkah laku ,sosial ,bakat dan lain-lain aspek yang
mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan”.
Mengikut Borick dan Tombari (1997),perbezaan individu ialah
“ Individual differences are the variations we observe among members of any
group in a particular characteristic ,such as temperament ,energy level,
friendship patterns and parent-child attachment”. Daripada definisi ini pula
difahami perbezaan individu itu adalah variasi yang boleh diperhatikan di
kalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu seperti temperanen(tret
porsonaliti yang diwarisi ) ,tahap tenaga ,pola persahabatan dan hubungan ibu
bapa dan anak-anaknya.

Menurut Henson dan Eller (1999),dalam bukunya Educational Psychology


for Effective Teaching,mereka mengatakan kepelbagaian individu itu sebagai ciri
atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan
seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam
persekitaran sekolah. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada
perbezaan individu di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau
mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi ,kadar belajar
,gaya kognitif atau gaya pembelajaran ,etnik ,budaya ,kelas sosial ,bahasa di
rumah ,jantina,bakat dan minat.

Potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan


nyata melalui ransangan dan motivasi yang sesuai. Oleh itu, keadaan sekolah
hendaklah kondusif disamping aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah hendaklah dirancang supaya potensi pelajar dapat dioptimumkan.

Jenis-jenis Potensi pelajar


• Potensi intelek
Potensi intelek dikembangkan melalui aktiviti kognitif. Ini bermakna
potensi intelek akan berkembang jika pelajar terlibat dalam kajian ilmiah
seperti bidang bahasa, matematik, sains dan teknologi.
• Potensi Jasmani
Potensi jasmani merujuk kepada kebolehannya untuk membaiki
koordinasi otot dengan otak.Ini bermakna jika potensi jasmani
berkembang, maka kemahiran seseorang dari segi psikomotor juga akan
bertambah baik.

• Potensi kepimpinan
Potensi kepimpinan merujuk kepada sifat sahsiah seorang pelajar untuk
menjadi seorang pemimpin.Pelajar yang mempunyai potensi ini haruslah
diberi peluang untuk menjadi seorang ketua kumpulan atau pengawas
agar dapat membantu mengembangkan lagi potensi cirri-ciri kepimpinan
pelajar berkenaan.

• Potensi bakat
Potensi bakat juga terdapat pada sesetengah individu. Contohnya, dalam
permainan bola jarring. Ada sesetengah pelajar hanya memerlukan untuk
mempelajari cara permainan tersebut dan sebaliknya.Ini bermakna
keadaan yang sesuai atau kondusif hendaklah disediakan bagi
menggalakkkan perkembangan sesuatu potensi individu itu ke tahap yang
maksimum.

• Potensi afektif
Potensi afektif merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengawal
emosinya atau mengubah sikapnya. Potensi egekti yang sudah
diperkembangkan boleh menyebabkan seseorang mengubah sikapnya
daripada yang negatif kepada positif.
a) Mengenal pasti dua orang murid yang mempunyai potensi yang berbeza
(pencapaian akademik, jasmani, emosi dan sosial)

BIOGRAFI DUA INDIVIDU BERBEZA

INDIVIDU PERTAMA: Jordan Ramon Rauth

Jordan Ramon Rauth merupakan anak sulung .Beliau tinggal bersama


neneknya di Kampung Mesin, Lawas, Sarawak. Neneknya adalah seorang
petani.Ramon ditinggalkan bersama neneknya kerana Ibu bapanya bekerja di
Kem Pembalakan di kawasan pedalaman Lawas.Pendapatan keluarga adalah
sekitar RM 500.00 hingga RM 800.00 sebulan

Dari segi fizikal,Jordan adalah seorang murid yang kurus.Beliau


mempunyai berat badan 23 kg dan ketinggian 128 cm.Jordan berkulit cerah dan
berambut lurus.Jordan dilihat kurang menjaga kebersihan diri.Pakaian yang
dipakainya kelihatan lusuh dan tidak digosok.Rambutnya tidak disikat dan
kelihatan sentiasa kering tanpa berminyak.Kukunya juga panjang tidak dipotong
dan hitam tidak dibersihkan.Selalu tidak memakai stokin ketika ke sekolah.Kasut
juga selalu kotor tidak dicuci.Selalu juga beliau tidak hadir kerana sakit.

Perspektif psikomotornya,Jordan didapati seorang murid yang aktif


,langsang dan degil.Beliau selalu melanggar disiplin sekolah.Tidak patuh
terhadap peraturan sekolah.Suka melawan guru.Beliau cepat merasa bosan dan
jemu terhadap pengajaran guru.Tingkah lakunya sukar diramal.Air mukanya
kelihatan sentiasa risau dan tidak tenang.Beliau selalu bergerak dari satu tempat
ke tempat lain.Beliau selalu mengganggu kawan-kawannya di dalam
kelas.Murid-murid lain benci dan tidak mahu berkawan dengannya.Beliau
mempunyai tabiat suka menghisap jari dan mengigit jari.Selalu juga tidak hadir
ke sekolah dengan pelbagai alasan.Kadang-kadang beliau didapati mencuri dan
berbohong.
Tahap kognitif beliau didapati rendah.Beliau belum menguasai kemahiran
3 M. Beliau belum menguasai kemahiran mengenal suku kata dan membezakan
huruf.mengira opreasi yang mudah, dan belum menguasai kemahiran
membaca.Beliau Keliru tentang konsep ruang dan tidak dapat membuat soalan
konsep pengamatan.Lambat mengelaskan benda-benda mengikut
kumpulan.Sukar mengaitkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang
baru.Tidak dapat mengingat pelajaran yang lepas.Lemah pemahaman dan
lemah perbendaharaan kata.Beliau juga lemah pendengaran bunyi.Tahap
kesediaan belajar amat kurang dan rendah.

INDIVIDU KEDUA : Dayangku Norafiqah Binti Awangku Asmawie

Dayangku Norafiqah merupakan anak sulung daripada 3 orang adik


beradik.Berumur 8 tahun.Bapanya bekerja sebagai peyambut tetamu di sebuah
hotel di Negara Brunei Darussalam.Ibunya bernama Robiah binti Bujang dan
merupakan suri rumahtangga sepenuh masa.Mereka tinggal di kampung
Seberang Kedai,Lawas,Sarawak iaitu lebih kurang 1 kilometer dari Sekolah SK
Ladang Baru.Pendapatan isi rumah lebih kurang RM 800.00 sebulan.Bapanya
tidak bersamanya kerana bekerja di Negara Brunei Darussalam.Beliau tinggal
bersama ibu dan keluarga neneknya.

Dayangku Norafiqah seorang pelajar yang berbadan kurus. Rambutnya


lurus tetapi kekadang kusut masai.Berat badannya 24 kilogram dan
ketinggian134 sentimeter. Penampilan diri kurang kemas dan didapati juga
kurang menjaga kebersihan.Rambutnya kadang-kadang juga tidak disikat.
Dayangku Norafiqah seorang murid yang pendiam ,tidak banyak bercakap
dan lebih suka menyendiri.Di dalam kelas,Dayangku Norafiqah lebih suka
bersikap pasif.Beliau hanya memberi respon apabila diransang atau diarahkan
oleh guru.Tahap penumpuan beliau terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
amat lemah dan kurang.kadang kala beliau tidak mahu menjawab pertanyaan
guru dan menundukkan kepala ke bawah.Dia agak malu apabila ditegur semasa
di dalam kelas atau di luar kelas.

Dayangku Norafiqah jarang memberikan kerjasama secara sukarela.Dia


lebih suka diberikan perhatian dan bukannya menarik perhatian guru.Dia malu
untuk menonjolkan dirinya dan malu mendapat perhatian umum kelasnya.Beliau
tidak suka bergaul bersama rakannya dan kadang kala lebih suka bermain
secara sendirian atau hanya bersama seorang atau dua orang rakannya sahaja
untuk bermain.

Dari segi tahap kognitifnya,Dayangku Norafiqah juga seorang yang lemah


dalam penguasaan 3 M. Tergolong dalam murid pemulihan khas di SK Ladang
Baru.Beliau hanya boleh menguasai kemahiran membatang suku kata mudah
sahaja.Tahap pengiraan hanyalah konsep tambah dan tolak mudah
sahaja.Tahap penumpuan sesi pengajaran dan pembelajaran juga kurang.
ANALISIS PERBEZAAN INDIVIDU KAJIAN

Dua orang pelajar yang menjadi bahan kajian ini merupakan pelajar
pemulihan khas yang dikendalikan saya di sekolah SK Ladang Baru.Walaupun
tahap kognitif antara mereka lebih kurang sama tetapi mempunyai tahap
psikomotor dan afektif yang jauh berbeza.Justeru itu,bidang kajian saya ini
banyak menjurus ke arah perbezaan psikomotor dan afektif antara
mereka.Jurang yang berbeza dari segi psikomotor dan afektif inilah menarik
perhatian saya untuk membuat analisis terhadap mereka berdua

Dalam perkembangan psikomotor antara mereka ia menunjukkan


jurang perbezaan yang amat ketara .Jordan Ramon rauth contohnya mempunyai
tingkaha laku yang ‘hyper aktif’ .Selalu mengacau kawan-kawan ketika di dalam
kelas.Tingkah laku langsang dan tidak suka duduk diam.Selalu menunjukkan
tingkah laku agresif ,Selalu berlari atau bermain di dalam kelas.Keadaan ini amat
jauh berbeza dengan Dayangku Norafiqah yang mempunyai sikap yang amat
pasif. Beliau suka duduk diam di dalam kelas .Beliau sukar mengeluarkan suara
dan sukar bergaul.

Perbezaan dari segi afektif juga dikesan amat jauh berbeza.Jordan Rauth
didapati selalu melawan guru.Beliau dapat mempengaruhi kawannya menjadi
nakal dan mengikutnya.Selalu tidak mendengar kata-kata guru, kawan-kawan
dan nenek serta datuknya.Beliau selalu mengacau kawan-kawannya
menyebabkan kawan-kawannya tidak suka berkawan dengan beliau.Beliau juga
tidak suka dikongkong atau mengikut disiplin atau peraturan sekolah.Semua
perbuatannya tidak boleh ditegur atau dibantah.Situasi ini berlainan dengan
Dayangku Norafiqah yang amat pendiam, Beliau tidak suka bergaul.Tingkah
lakunya pasif dan sukar menjawab pertanyaan guru.Pergaulannya amat
terbatas dan menyukarkan beliau berinteraksi sesama rakan sebaya.
Mengikut Carl Jung dalam bukunya Psychological types ( 1923)
menukilkan bahawa manusia mempunyai 3 personaliti yang berbeza iaitu
ekstrovert,introvert dan ambivert.Personaliti Ekstrovert lebih kepada seseorang
yang bijak bersosial,dapat menyesuaikan diri dengan orang lain,mudah
mesra,suka bergaul,kreatif dan bersikap terbuka.Personaliti introvert lebih
kepada suka menyendiri,kurang menyenangi orang lain,tidak suka berbicara di
depan umum,kurang percaya diri,pemalu dan pendiam.Ambivert pula personaliti
pertengahan antara ekstrovert dan introvert.

Justeru itu,dalam kajian saya ini personaliti Jordan Ramon Rauth


saya simpulkan lebih menyerupai personaliti ekstrovert manakala Dayangku
Norafiqah lebih kepada personaliti Introvert. Mengikut Elliot( 1972),Anthony
(1977) dan Riding (1979),pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert dan
mampu cemerlang dalam bidang akademik.Dalam kajian
lain,Johnson(1997)mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara faktor
personaliti dengan pencapaian akademik. Melalui kajian,pelajar lelaki secara
umumnya dilihat lebih agresif berbanding pelajar perempuan.Kajian awal
Eysenck(1965) ke atas kanak-kanak berumur 7 – 16 tahun telah menunjukkan
kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan.

Justeru itu,terdapat kolerasi yang jelas antara hasil dapatan kajian saya
dengan hasil dapatan pakar psikologi di atas.Justeru itu,adalah signifikan kajian
saya ini ditumpukan ke atas mereka yang mempunyai dua personaliti yang
berbeza.Adalah amat penting bagi saya untuk cuba mengeksploitasi perbezaan
mereka ini menjadikan mereka insan yang berjaya untuk diri sendiri , keluarga
dan negara.
SOALAN B : Jelaskan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti dua
orang murid ini.

KAEDAH –KAEDAH KAJIAN RESPONDEN

1. Pemerhatian yang terkawal

Murid kajian diberikan pemerhatian yang dikawal yang melibatkan


perbandingan antara murid kajian dengan individu lain iaitu rakan-
rakannya.Murid kajian dinilai dan dianalisis perubahan tingkah lakunya dengan
rakan yang lain.Pemerhatian ini melibatkan perkembangan psikomotor ,kognitif
afektif dan semua gerak balas murid kajian terhadap kegiatan seharian di
sekolah.Pihak saya memerhati responden setiap hari melalui sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas .Saya juga membuat pemerhatian persekitaran
responden di rumah melalui lawatan muhibah bersama keluarga kajian .Semua
pemerhatian ini direkodkan secara tersusun dan terancang.Justeru itu,melalui
kaedah ini saya dapat membuat justifikasi yang lebih jelas lagi tentang
perubahan tingkah laku murid kajian secara keseluruhannya.

2. Teknik pengkadaran orang lain.

Pengkadaran di sini bermaksud membuat perbandingan antara individu


dengan individu yang lain.Objek kajian atau responden dikaji dan dibuat tafsiran
kualiti peribadi melalui perspektif orang lain.Tafsiran tingkah laku atau kualiti
peribadi dinilai melalui pandangan ibu bapa ,guru-guru dan rakan-rakan .Pihak
saya telah meminta pendapat mereka secara lisan untuk menilai peribadi atau
personaliti murid kajian itu sendiri .Melalui maklumat dari mereka ini saya
membuat justifikasi kajian ini berdasarkan pihak ketiga .Unsur bias tidak akan
berlaku kerana ia berdasarkan justifikasi orang lain.
3.Maklumat soal selidik

Dalam kaedah ini saya telah menggunakan borang soal selidik dari
responden.Maklumat juga saya dapati dari Sistem Maklumat Murid (SMM) dan
Rekod Profil responden.Melalui maklumat ini saya dapat mengetahui latar
belakang murid secara keseluruhan.Maklumat ini mengandungi latar belakang
diri pelajar seperti jantina , umur ,ketinggian, berat ,hobi ,kesihatan,latar
belakang ibu bapa ,taraf perkahwinan,pekerjaan ,pendapatan keluarga, kaum ,
persekitaran dan prestasi akademik .Melalui maklumat ini ia berguna untuk
saya membuat analisis faktor-faktor yang mempengaruhi potensi atau
perkembangan tingkah laku pelajar itu secara lebih jelas dan terperinci.

4. Teknik Projektif

Teknik ini menilai tahap kognitif pelajar khususnya terhadap sesuatu


ransangan yang diberi.Teknik ini menguji tanggapan atau pengamatan
responden terhadap sesuatu tema khususnya dalam sesi pengajaran
saya.Dalam sesi pengajaran saya terhadap dua responden ini saya telah
menggunakan pelbagai ujian pengamatan seperti main peranan , menafsir
gambar , menyelesaikan masalah matematik mudah , membuat model ,nyanyian
dan lakonan.Melalui aktiviti ini,saya dapat melihat tahap kognitif responden lebih
khusus dan menjurus.

.
(c) Terangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk membantu dua
orang murid ini dalam mengembangkan aspek potensi berkenaan secara
maksimum. Buat justifikasi tentang apa anda telah lakukan dengan
merujuk kepada teori-teori psikologi.

Pengertian Psikologi:
Perkataan “Psikologi” adalah gabungan perkataan Greek untuk minda (psyche)
dan kajian (logos); dengan itu bermaksud “kajian minda”. Ia juga kerapkali
didefinisikan sebagai sains tingkah laku.
• Mengikut William (1960), psikologi ialah satu cabang kajian saintifik
tentang tingkah laku dan aktiviti manusia.
• Menurut pendapat Whittaber (1970) pula, dalam bukunya Introduction to
Psychology menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku.
• Pendapat Fantino (1974), menjelaskan psikologi sebagai ilmu penyelidikan
saintifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan dan
sensasi manusia.
Kesimpulannya, psikologi ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara
saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap,
perasaan,naluri, potensi, kecerdasan,keperluan dan tindak balas manusia
terhadap rangsangan persekitaran sosial. Dengan kata lain, psikologi ialah kajian
saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Contoh, mengkaji kaitan tahap
motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka.
Kegunaan psikologi adalah banyak. Jika seseorang ingin membina
hubungan yang baik dengan rakan-rakan, dia perlu memahami tingkah laku
mereka. Sekiranya dia ingin membantu kanak-kanak mengalami perkembangan
optimum dari segi fizikal, rohani dan mental, dia perlu memperoleh ilmu
pengetahuan psikologi.
Antara kepentingan seseorang guru mempelajari psikologi adalah seperti
berikut:
 Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi
kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah.
 Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental,
fizikal, minat demi membolehkannya mengajar murid-murid
mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti
kumpulan.
 Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar
membolehkan guru mencegah masalah disiplin yang tidak diingini
dalam bilik darjah dengan berkesan.
 Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat
membantu guru membentuk personality mereka yang sihat serta
konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.
 Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan
membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik
darjah.
 Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid
akan membantu menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta
mewujudkan hubungan baik di antara guru dan muridnya.
 Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam
aktiviti pendidikan.

STRATEGI MEMPERKEMBANGKAN POTENSI MURID KAJIAN

Menurut Lester D. Crow dan Alice Crow dalam bukunya Educational Psychology
menyebut bahawa teknik dan pengajaran guru yang pelbagai boleh
menyelesaikan masalah pelajar dalam belajar.

Mengikut Gardner ( 1983),kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang


untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu dalam konteks
budayanya.Dia menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang
dapat dikenal pasti melalui ujian IQ.Gardner berpendapat bukan satu cara saja
untuk menyelesaikan masalah tetapi pelbagai cara iaitu individu menggunakan
beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah.

Gardner telah mengenal pasti 9 jenis kecerdasan yang diperlukan unutk


menyelesaikan masalah.Teori ini dikenali sebagai teori pelbagai kecerdasan
Gardner.Kecerdasan-kecerdasan tersbut ialah kecerdasan logik-matematik,
bahasa- linguastik,muzikal,visual -ruang -spatial , kinestetik badan, interpersonal,
intrapersonal ,naturalis dan eksistensial

1. Kecerdasan bahasa- linguistik


Merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata,
tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

2. kecerdasan logik- matematik


merangkumi kecerdasan mengiradan nombor, menaakul dan memikir
secara kritis untuk membuatkeputusan serta menyelesaikan masalah
matematik.

3. kecerdasan visual ,ruang dan spatial


merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak,
mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati
dunia visual

4. kecerdasan muzikal
merangkumi kecerdasan mengenalpasti bunyi vocal, bunyian alam sekitar
dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi
muzik.
5. kecerdasan kinestetik badan
kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan
anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

6. kecerdasan interpersonal
merupakan kecerdasan interaksi social termasuk semangat kerjasama,
kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

7. kecerdasan intrapersonal
merupakan ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap
agama, refleksi pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kesedaran
terhadap perasaaan diri.

8. Kecerdasan naturalis
Kecerdasan yang cenderung menyintai alam sekitar,gemar meneroka
hutan atau memelihara binatang.

9. Kecerdasan Eksistensial
Kepekaan terhadap kewujudan dan kematian.Memiliki sesnsitiviti yang
kuat terhadap permasalahan manusia.Selalunya adalah mereka yang taat
kepada ajaran agama masing-masing.

1. KAEDAH DEMONSTRASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teori Pelbagai Kecerdasan telah saya terapkan dalam pengajaran dan


pembelajaran saya kerana ia menerima konsep bahawa setiap murid adalah unik
dan belajar dengan cara berlainan.Saya telah menggunakan kecerdasan
kinestetik – badan dalam kaedah demonstrasi untuk mengajar kemahiran
bahasa kepada Jordan.Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu bertajuk mengenal huruf-huruf contohnya,Saya telah membuat
demonstrasi pergerakan kepada Jordan bagi mewakili huruf-huruf yang ingin
saya sampaikan .Setiap pergerakan guru mewakili lambang kepada huruf-huruf
tersebut iaitu huruf a,b,c dan d.

Selepas demonstrasi itu,guru pula meminta Jordan untuk melakukan


pergerakan badan untuk mewakili huruf-huruf tersebut.Beliau rasa seronok dan
gembira melakukan aksi-aksi tersebut.Beliau kelihatan bebas,suka dan tidak
terkongkong dalam meneroka kemahiran tersebut.Apabila guru membuat
pengukuhan lisan dengan menyuruh Jordan membuat pergerakan badan
mewakili huruf-huruf tersebut beliau dapat melakukannya dengan baik dan
betul. Apabila guru membuat peneguhan semula dengan cara meminta Jordan
mengambil huruf yang disediakan berdasarkan pergerakan beliau.Beliau dapat
mengesan huruf tersebut.Didapati Jordan dapat mempelajari huruf itu melalui
pergerakan badan beliau sendiri Keadaan ini berbeza apabila saya
menggunakan kaedah penerangan sahaja . Didapati keadaan Jordan
gelisah,bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada
penerangan.Beliau didapati tidak dapat menumpukan pengajaran kerana
baginya ia amat membosankan.Justeru itu,melalui kecerdasan pelbagai
ini,pengajaran guru didapati dapat menjadikan pengajaran lebih bermakna dan
dapat mengeksploitasi kecerdasan kinestetik Jordan dalam dunia
pembelajarannya.

Kaedah yang sama juga saya terapkan dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik iaitu kemahiran operasi Tambah satu digit yang
mudah.Saya telah menggunakan kaedah yang sama di mana saya mengunakan
Jordan sendiri bersama rakan-rakannya dalam meyelesaikan masalah operasi
tersebut.Saya menyuruh mereka sendiri menyelesaikan operasi tambah seperti
1 + 1 = 2 melalui penggabungan antara mereka sendiri .Mereka dapat membuat
penyelesaian masalah itu dalam situasi sebenar.Melalui operasi pengumpulan
antara mereka,Jordan didapati rasa seronok belajar cara ini kerana
tanggapannya ia sedang bermain sambil belajar.Penggunaan kecerdasan
Kinestitek- badan melalui kaedah demonstrasi ini didapati amat berkesan ke atas
pembelajaran Jordan.Beliau rasa selesa,gembira dan dihargai dalam
pembelajaran.Potensi beliau yang bersifat ekstrovert dapat dijana dan
dikembangkan melalui kaedah ini.

KAEDAH AKTIVITI BERKUMPULAN/ MAIN PERANAN

Aktiviti kumpulan banyak memberikan peluang kepada murid berinteraksi di


antara satu sama lain. Guru perlu berikhtiar merancang dan menguruskan
banyak aktiviti berkumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan
aktiviti seperti lakonan, permainan, pertandingan atau kerja projek secara
bersama-sama di kalangan mereka.

Aktiviti pertandingan seperti syarahan, berbalas pantun, bercerita dan


sebagainya bukan sahaja dapat membantu perkembangan bahasa malahan ia
juga menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis. Dalam hal ini,saya telah
banyak menggunakan aktiviti berbentuk kumpulan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.Sesuai dengan tahap kognitif yang rendah,saya telah menjalankan
aktiviti bermain ular untuk mengajar operasi tambah untuk kelas pemulihan saya.
Murid kajian saya iaitu Dayangku Norafiqah didapati dapat bermain
permainan ini bersama-sama kawannya dalam suasana selesa dan yakin.Melalui
pemerhatian saya,beliau dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara
semulajadi tanpa paksaan.Justeru itu,saya berpendapat melalui melalui aktiviti
berkumpulan ini dapat membina keyakinan diri dan mengasah konsep pergaulan
diri ke atas murid kajian saya ini yang bersifat introvert .Ini bersesuaian dengan
Teori Perkembangan yang dipelopori oleh Psikososial Erikson yang percaya
bahawa kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan sepanjang hayatnya.
Mengikut tahap keempat dari teori psikososial Erikson ini,kanak-kanak
dikatakan akan melalui tahap industri lawan rasa rendah diri.Dalam tahap
ini,pemikiran mereka mulai mencapai tahap operasi konkrit dan mereka
berupaya membuat transformasi antara dua situasi serta mula berfikiran
logik.Pada tahap ini ,kanak-kanak melakukan aktiviti dengan penuh minat dan
tekun.Jika mereka dipupuk dan dibimbing ,meraka akan menjadi rajin dan
sekiranya sebaliknya iaitu dikritik atau dimarah,mereka akan merasa rendah diri
dan kurang berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri.Justeru itu,mengikut teori
ini,kanak-kanak perlu dipupuk rasa keyakinan diri melalui bimbingan dan
dorongan dari guru atau ibu bapa mereka.

MEMPELBAGAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Alat Bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid


serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Walaubagaimanapun alat Bantu
mengajar perlu bersesuaian dengan tahap kanak-kanak bagi menyampaikan
satu-satu konsep. Ini kerana kanak-kanak di sekolah rendah berada di peringkat
operasi konkrit. Mereka masih memerlukan objek-objek konkrit untuk
menyelesaikan satu-satu masalah.

Dalam kajian kes saya ini,penggunaan Alat Bantu mengajar yang


optimum telah saya sediakan.Ini sesuai dengan tahap kognitif murid kajian saya
yang amat lemah.Mereka tidak dapat menerima pengajaran berdasarkan bahan
abstrak.Justeru itu,pengunaan Alat Bantu mengajar memberikan pengajaran
sebenar yang lebih bermakna kepada mereka.Mereka sendiri yang meneroka
pengajaran dan pembelajaran itu supaya lebih bermakna dalam dunia kehidupan
mereka.Ini bersesuaian dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang
berpendapat kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun masih dalam peringkat
operasi konkrit.Ini bermaksud mereka berfikir secara logik dan konkrit .Mereka
belum dapat menguasai konsep abstrak atau tahap hipotetikal.
Mengikut Jean Piaget lagi,kanak-kanak mendapat kefahaman sesuatu
perkara melalui proses adaptasi iaitu melalui dua cara iaitu proses asimilasi dan
akomodasi.Melalui asimilasi,murid dapat menambah maklumat baru serta
menstrukur kognitif sedia ada .Akomodasi pula adalah mengubahsuai skemata
sedia ada kepada maklumat baru.Semua ini melalui pengalaman sebenar
pelajar ke atas apa yang dilaluinya terhadap persekitaran.Justeru itu,sesi
pengajaran mestilah berdasarkan keadaan sebenar apa yang dialami atau
dilaluinya barulah konsep pembelajaran itu bermakna kepada mereka.

Justeru itu,penggunaan Alat Bantu mengajar yang bermakna mengikut


konteks pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak menerima
hasil pembelajaran yang ingin dicapai.Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
saya ke atas murid kajian ini,bahan Bantu mengajar yang saya gunakan adalah
bahan Bantu mengajar sebenar seperti gula-gula, guli , batu ,biji getah dan
daun.Bahan seperti ini merupakan benda yang sudah biasa bagi mereka Oleh itu
,Konsep pengajaran sebenar dapat diterapkan melalui benda sebenar.Dalam
pengajaran matematik contohnya,saya menggunakan benda sebenar ini dalam
menerapkan pengajaran operasi tambah yang mudah.Mereka dapat membuat
operasi tambah itu melalui bahan sebenar.Begitu juga sewaktu pengajaran
kemahiran bahasa terutama pengajaran membaca,saya menggunakan gambar-
gambar sebenar untuk menunjukkan perkataan-perkataan yang diajar.Ini dapat
memberikan gambaran sebenar tentang perkataan-perkataan yang mereka
pelajari.Kefahaman pengajaran dan pembelajaran didapati lebih berkesan dan
mencapai objektifnya.

Alat Bantu mengajar juga didapati dapat menggalakkan murid-murid


melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
dilihat melalui strategi pengajaran saya yang berpusatkan alat Bantu
mengajar.melalui cara ini,saya banyak menggunakan alat Bantu pengajaran
berbentuk permainan.Permainan ular ,permainan sarang labah-labah ,permainan
meneka siapa saya merupakan permainan yang saya reka untuk menggalakan
pelajar belajar dalam bermain.Saya dapati cara ini amat meyeronokkan
mereka.Mereka bermain sambil belajar dalam suasana yang sungguh
bermakna.Guru hanya menjadi pemudah cara dan membimbing mereka ke arah
mencari jawapan.Ini bersesuaian dengan teori pembelajaran Jean Piaget yang
menerangkan bahawa kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun menguasai
pemikiran intuitif.Pada peringkat ini,pemahaman kanak-kanak mengenai sesuatu
objek adalah bergantung kepada cirri-ciri utama yang nampak nyata.( salient
perceptual feature) iaitu bukan proses pemikiran logik atau rasional.

PENGGUNAAN STRATEGI PENEGUHAN

Peneguhan menurut Rachlin(1991) diberikan untuk dua matlamat iaitu untuk


memuaskan kehendak individu dan menggurangkan tekanan dan meransang
otak.Mengikut B.F Skinner,peneguhan di sini terbahagi kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.peneguhan positif bermaksud
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,yang
menyebabkan perlakuan itu diulang atau diperkuatkan lagi.Strategi ini amat
berkesan mellalui pengalaman saya sendiri ke atas murid kajian saya ini.Setiap
kali mereka sudah dapat menyiapkan kerja atau menjawab dengan betul,mereka
diberikan ganjaran berupa gula-gula.mereka kelihatan ghairah untuk membuat
kerja tersebut untuk mendapatkan ganjaran yang akan diberikan.

Selain itu,peneguhan positif ini juga dapat mendorong pelajar


menghasilkan kerja lebih baik. Hasil kerja yang cerrmat,cantik dan kemas
diberikan ganjaran yang sesuai. Walau bagaimanapun,menurut Brophy
(1981),cirri peneguhan positif yang memberi kesan adalah memuji secara
ikhlas,cepat,tanpa pilih kasih,memuji usaha dan cuba jaya,memuji tingkah laku
spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan.Dalam kajian kes saya
ini,Jordan Rauth contohnya selalu meminta ganjaran ini sewaktu sesi
pengajaran.Justeru itu,strategi peneguhan ini amat praktikal ke atas murid yang
sukar mahu belajar seperti beliau.Beliau didapati ingin belajar apabila mendapat
ganjaran tersebut.

TEKNIK LATIH TUBI BERKESAN

Psikologi menyatakan bahawa kanak-kanak berbeza di antara seorang


kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain dari segi keupayaan fizikal dan
mentalnya. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan kognitifnya yang
agak perlahan berbanding rakan -rakan sebayanya perlu diberikan perhatian
yang lebih khusus di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dalam kes kajian saya ini,murid yang lemah dalam kemahiran kognitifnya
di berikan latihan pengukuhan yang berkesan melalui amalan latih tubi.Ini
berdasarkan teori pelaziman Operan Thorndike yang berpendapat pembelajaran
itu belaku hasil dari gabungan antara S-R iaitu Stimulus( ransangan) dan
response ( gerak balas).Thorndike(1913) menyarankan bahawa pembelajaran
manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran.Hukum
pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga hukum iaitu hukum kesediaan ,hukum
latihan dan hukum kesan.
Hukum kesediaan mengikut Thorndike bermaksud seseorang itu perlu
bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan,maka tindakan itu akan dapat
memberikan kepuasan kepadanya.Sekiranya dia dipaksa melakukannya,akan
menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dipaksa melakukannya akan
menghasilkan pembelajaran tidak sempurna.

Hukum latihan menurut Thorndike pula adalah berkaitan antara


ransangan dengan gerak balas tadi yang akan bertambah kukuh melalui latihan
yang berulang-ulang.Seseorang individu akan menguasaai kemahiran itu jika
latihan diadakan.Contohnya pelajar kajian saya ini saya banyak menggunakan
latihan berulang kali sehingga dia dapat menguasai kemahiran tersebut dengan
mudah.Hukum latihan Thorndike pula menyebut bahawa sesuatu tingkah laku
akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.Ini
amat bertepatan tentang konsep latihan pengukuhan yang sering saya gunakan
ke atas murid kajian saya.saya menggunakan konsep latihan berulangan untuk
murid dapat menguasai kemahiran yang diajar.

Hukum kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan itu diikuti
oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,keberangkalian
tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya.Selepas gerak balas
terhasil,pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan ke atas ransangan tadi.Kesan
yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian Ransangan dan gerak balas
tersebut.Begitu juga keadannya dalam sesi pengajaran,jika pengajaran itu tiada
menyeronokkan,pelajar akan tiada tumpuan dan pelajar tidak akan bersedia
untuk belajar.

Dalam kes kajian saya ini.saya banyak mengunakan teknik ganjaran


untuk memberikan ransangan kepada pelajar.Setiap kali sesi pembelajaran
bermula.Saya akan memberikan gula-gula sebagai ransangan.Gerak balasnya
pula adalah hasil kerja dan kemahuan untuk belajar pelajar saya.Diselitkan juga
aktiviti pengukuhan yang berulang-ulang.Ini amat sesuai dan memberikan impak
yang berkesan kepada pelajar untuk memberikan motivasi mereka untuk
belajar.Peneguhan berbentuk pujian , senyuman ,penghargaan dan pemberian
hadiah juga selalu diterapkan.Semua ini menjadikan motivasi untuk mereka
belajar.
d) Buat satu laporan refleksi tentang usaha anda dalam membantu kedua-
dua orang murid tersebut.

Sepanjang saya menjalankan kajian ke atas dua orang murid ini.saya boleh
simpulkan bahawa pengusaan ilmu psikologi pendidikan merupakan aspek
terpenting untuk saya membuat justifikasi terhadap kajian ini.Semua aspek yang
terangkum seperti asas-asas psikologi,teori-teori psikologi,perkembangan
manusia.psikologi pembelajaran dan teori pembelajaran merupakan elemen
penting untuk semua guru menilai keberkesanan pengajarannya dan seterusnya
memperkembangkan potensi anak muridnya.

Aspek perbezaan indivdu adalah perkara asas dalam kajian ini .saya
menumpukan dua orang personaliti yang berlainan sifatnya iaitu ekstrovert dan
introvert.Selama saya menjalankan kajian hampir dua bulan ,saya dapat melihat
terdapat perubahan yang ketara terhadap perkembangan psikomotor ,afektif
dan kognitif murid kajian ini.

Jordan Rauth contohnya,sudah menguasai kemahiran mengenal huruf


dan membatang suku kata mudah.Ini dapat saya perhatikan melalui ujian lisan
dan kerja bertulis yang saya berikan kepada beliau.Kemahiran ini dapat dikuasai
melalui kemahiran peneguhan dan latih tubi yang berterusan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Penguasaan kemahiran matematik beliau juga didapati semakin


meningkat.Beliau sudah memahami operasi asas tambah yang
mudah.Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dapat memberikan
kefahaman yang mudah kepada beliau mengusai kemahiran tersebut.
Bagi Dayangku Norafiqah pula,sifat instrovert beliau yang amat menebal
dapat dikikis secara perlahan-lahan.walaupun personaliti ini amat sukar dikikis
tetapi melalui aktiviti berkumpulan keyakinan beliau terhadap diri sendiri semakin
meningkat.Peneguhan melalui bimbingan dan pujian dapat memberikan
keyakinan terhadap kebolehan diri beliau.Ransangan yang bersifat positif dapat
menjadikan beliau seorang murid yang bertambah aktif dan berfikiran
positif.Saya selaku guru pemulihan memberikan perhatian yang khusus terhadap
beliau yang masih kurang berkeyakinan terhadap kemampuan diri sendiri .

Justeru itu,saya amat berkeyakinan jika mereka ini yang mempunyai masalah
pembelajaran atau gangguan perkembangan kendiri ini diberikan perhatian yang
lebih khusus.Potensi diri mereka akan dapat diperkembangkan secara teratur
dan terancang .Potensi diri yang terpendam dikalangan mereka dapat
ditonjolkan.Sebenarnya pengaruh persekitaran dan baka yang menjadikan
perkembangan kendiri mereka ini terganggu.Justeru itu, komitmen yang amat
tinggi diperlukan oleh seorang guru untuk menggatasi dan membimbing murid ini
ke arah perkembangan kendiri yang positif.justeru itu,seseorang guru perlu
mendalami ilmu psikologi pendidikan dalam menanggani masalah-masalah
potensi diri yang pelbagai ini.

Sekian,terima kasih.

You might also like