You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN HARI SUKAN TTDI (I) JULAI 201I (YDP PIBG)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kehidupan yang indah ini serta terima kasih kepada penganjur Hari Sukan Sekolah Semerbak sesi 2010 yang telah memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam buku program ini. Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang mementingkan sukan adalah orang yang tahu makna kehidupan. Dengan bersukan kehidupan lebih sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan di kalangan murid-murid yang baru hendak bercambah ini. Sukan sebahagian daripada kehidupan. Sukan juga merupakan satu industri. Dunia yang semakin mencabar ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya yang amat menarik. Kita bukan sahaja bersukan untuk menyihatkan badan tetapi jika bakat yang ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak mustahil pada satu hari nanti ada di kalangan anakanak didik TTDI (1) akan menjadikan bidang sukan ini sebagai satu kerjaya pilihan. Di ruang yang agak terhad ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga Semerbak terutama guru-gurunya yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Hari Sukan Sekolah ini. Kepada anak-anak didik TTDI (1), kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang belum lagi menang, masa masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada tahun hadapan. Sekian, wassalam. En. Megat Azuar YDP PIBG TTDI (1)

PERASMI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan pada untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke- Sek Keb Taman TUn Dr Ismail 1, Kuala Lumpur. Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga difahamkan bahawa institusi sekolah yang bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang akademik malah cukup cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga iltizam SKTTDI (1).

perasmi

You might also like