You are on page 1of 16

SIMPULAN DAN IKATAN PENGENALAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya.

Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan.

i. Simpulan (knotting) Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak

iii. Sambat (splicing) Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

iv. Mematikan hujung tali (whipping) Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.

SIMPULAN MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet.

SIMPULAN BUKU SILA Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian, penyambung kepada khemah.

SIMPULAN RAMA-RAMA Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan.

SITUASI PENGGUNAAN

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut, tempat pinggan mangkuk, ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. I. IKATAN BUKU SILA Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

II.

IKATAN BUNGA KETI Kegunaannya :

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

III.

IKATAN BUNGA KETI BERGANDA Kegunaannya :

Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat

IV.

IKATAN LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Kegunaannya :

Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya

V.

IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch) Kegunaannya :

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

VI.

SIMPULAN PENGAIL (Fishermans Knot) Kegunaannya :

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin

VII.

IKATAN SIMPUL PULIH Kegunaannya :

Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

VIII.

IKATAN LILIT BALAK Kegunaannya :

Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

STRATEGI PELAKSANAAN

Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah, tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri).

i. Kaedah Kuliah Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik, guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video, paparan slaid, grafik animasi dan sebagainya. Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar.

ii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara, teknik, objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video, grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik.

iii. Berasaskan Pelajar (Kendiri) Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan, namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. Semasa pelajar melakukan tugasan, guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza.

iv. Penemuan Terbimbing Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar, pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones, 1968). Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri.

Ikatan Buku Sila... Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz, kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang dibuka semula.

10

Ikatan Bunga Keti... Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.

11

Simpul Manuk... Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit... Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh) ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka semula ikatannya.

Simpul Pulih... Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

12

Simpul Tindih Kasih... Simpulan ini amat sesuai untuk kerja - kerja menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat.

13

Ikatan Seraya... Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut.

Ikatan Silang...

14

Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!

Ikatan Silang Tungku...

15

KESIMPULAN Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki, kehidupan seharian, memancing, seni, pengakap, mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya.

16

You might also like