1.

0 PENGENALAN

1.1 KONSEP FALSAFAH Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Philos (bermakna mencintai) dan sophia (kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. ( Mok Soon Sang ; 2009)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m.s 406), falsafah ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu ± ilmu lain.

Russell (1946) dalam Ilmu Pendidikan untuk KPLI (2009 ; 1) mentakrifkan falsafah sebagai suatu fahaman di antara teologi dan sains kerana falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D. Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah diertikan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Secara ringkasnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas dan pemikiran ini dihasilkan melalui usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran serta dijadikan pedoman untuk perkara yang penting dalam kehidupan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1

1.2 KONSEP PENDIDIKAN

Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya.

Menurut Yusuf al-Qardawi (1980), pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan, dan kepahitan.

Confucius (551-479 SM), seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di China berpendapat, pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang mulia.

John Dewey (1859-1952), seorang pakar pendidikan dari Amerika Syarikat mengatakan pendidikan ialah satu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.

Berdasarkan pentafsiran tokoh-tokoh tersebut, pendidikan dapat dirumuskan sebagai suatu proses untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang serta menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi faedah dan kemajuan dalam kehidupannya.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2

1.3 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN Tokoh-tokoh pendidikan berpendapat pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut. 1) Proses sosiolisasi - Pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain supaya mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak. 2) Pembentukan budaya - Pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. 3) Penempatan sosial - Pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akedemik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan. Secara umumnya, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas yang berhubungan dengan pendidikan. Sebagai contoh, falsafah pendidikan akan membantu seseorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pendidikan. Pengetahuan ini seterusnya akan mempengaruhi amalan sebagai seorang guru iaitu pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik mengajar perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, falsafah pendidikan sebenarnya membantu guru untuk memupuk jenis guru yang diidamkan serta murid yang ingin dibentuk. Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pada abad ke-21 ini, kita harus menggubal satu falsafah dan epistemologi baru yang sesuai bagi generasi anak muda kita. Di samping itu, pendidikan adalah bermatlamat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu usaha untuk memupuk pemahaman pengantarabangsaan serta menyemai perasaan cintakan kemanusiaan dalam kalangan anak muda kita.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3

Secara umumnya. EDU 3101 . falsafah pendidikan Islam berteraskan atau berasaskan ajaran al ± Quran. setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam dapat ditakrifkan sebagai perihal mendidik agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. sains gunaan serta teknologi. Selain daripada itu. m. Terdapat tujuh perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam yang telah dinyatakan oleh Hassan Langgung.2. alam sekitar. bahasa Arab serta Sastera dan disiplin kognitif yang merangkumi kemanusiaan. kepercayaan pesuruh ± pesuruhNya. kepercayaan kepada wahyu ± wahyu Tuhan kepada Nabi ± nabi. 1979 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. m.s 134) iaitu disiplin agama yang merangkumi ajaran Al ± Quran.s 134) iaitu keesaan Tuhan atau Tauhid. manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian. metafizik. ilmu Islam masa kini merangkumi dua disiplin yang utama menurut Syed Muhammad Al ± Naquib Al ± Attas (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 4 . kehidupan keduniaan serta akhirat dan persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam. teologi.

Dikenali oleh ahli falsafah barat sebagai Avicenna. Contohnya ilmu akhlak (etika) dan falsafah politik. Ibn Sina (980-1037AD) . . matematik. m. Ilmu akhirat ± badan manusia tidak rohnya dihidupkan yang lagi. .Gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Ilmu wahyu termasuk makhlukmakhluk rohani yang membawa wahyu dan cara bagaimana wahyu disampaikan. II. -Menceburi bidang kehakiman (Qadi).Nama sebenar ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi.1 KONSEP FALSAFAH ISLAM Menurut Sheikh Mustafa Abd. II. sains. ilmu fizik. . Contohnya ilmu matematik. . . logik.Seorang ahli falsafah. Farab (Turkistan) pada 870 AD. fiqh.. kemudian guru. Al ± Razak (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Dilahirkan di Wasij.´ Ahli falsafah Al ± Farabi (870-950 AD) .hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik.Menamatkan pengajian awal di Farab dan Bukhara. EDU 3101 . dan perubatan. Pengertian Falsafah Islam Falsafah boleh dilihat dari dua sudut : I. Falsafah amalan ± mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan..Meninggal pada 950 AD di Damascus. ahli sains serta pakar bahasa.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 5 .falsafah Islam berkembangan di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam. Falsafah di kategorikan kepada: I. kemudian pendidikan tinggi di Baghdad.Mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri.. . .2..s 88) ada menyatakan : ³.Pengajian peringkat awal di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. itu maka akan dan abadi seksa mengalami kesenangan. metafizik dan sebagainya. Falsafah teori ± mengetahui sesuatu yang ada.

beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang bertakwa berlandaskan al ± Quran dan as ± Sunnah. EDU 3101 . mendidik roh supaya halus dan sempurna.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 6 . kesucian dan keikhlasan serta amalan ± amalan yang mulia.3 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam mempunyai dua matlamat berdasarkan tujuan ± tujuan tersebut seperti membentuk dan memperkembangan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu.2. membiasakan diri murid dengan adab ± adab yang mulia. aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat. terhormat dan muli. Selain itu. melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT hidup dalam masyarakat dengan harmoni. beriman. 2. membiasakan murid dengan kebersihan. mengasuh murid melakukan yang baik.2 TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM Terdapat beberapa tujuan Pendidikan Islam berpandukan pada takrifan oleh para ± para ahli falsafah Islam seperti mendidik murid supaya berakhlak mulia.

jasmani. falsafah pendidikan Islam merupakan usaha perlaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan.2. akhlak. Menurut Al ± Syaibany. keibubapaan dan kemasyarakatan. kepimpinan. rohani. EDU 3101 . mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi seorang insan yang soleh (berteraskan roh Islam). kandungan dan dasar pendidikan Islam. Justeru. Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. ibadah.Aqiliyah (pendidikan mental) Terdapat beberapa ahli falsafah mentakrifkan makna falsafah pendidikan Islam dan antara salah seorang ahli falsafah tersebut ialah Al ± Syaibany (1979). Berteraskan prinsip ± prinsip berikut. Dengan kata lain.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 7 . keterampilan. maka perkara ± perkara yang penting dalam Falsafah Pendidikan Islam mencakupi bidang ± bidang Pendidikan Islam seperti bidang akidah. falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek ± aspek seperti muamalat.4 BIDANG PENDIDIKAN ISLAM Al Nafsiyah (pendidikan jiwa) Al Imaniyah (pendidikan iman) Al Khuluqiyah (pendidikan akhlak) Al Jinisiyah (pendidikan seks) PENDIDIKAN ISLAM Al Ijlimaiyah (pendidikan sosial) Al Jismiyah (pendidikan jasmani) Al .

bidang kemanusiaan dan kesusasteraan adalah antara mata pelajaran kritikal yang diberi tumpuan kerana mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan mesin. matematik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah unsur rasionaliti yang penting untuk disemai dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Dari aspek jenis kurikulum yang digunakan. ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah. abadi dan tidak mempunyai had masa.1 FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT 3. peranan murid dan kaedah mengajar. Bagi ahli perenialisme. seni dan sains. Dalam konteks tumpuan perenialisme. Matlamat pendidikan adalah bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat.1 Perenialisme Perenialisme berasal daripada perkataan asas. peranan guru. falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme. 3. Antara mata pelajaran yang disyorkan yang dapat memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan ialah bahasa.0 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Falsafah pendidikan barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Manakala.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 8 . sastera. ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. perennial yang bermaksud tidak berubah.1. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme. pendidikan haruslah berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubahubah. Oleh itu. rekonstruktivisme dan eksistensialisme. EDU 3101 . Menurut ahli-ahli perenialisme. hanya empat aspek yang ditumpukan iaitu jenis kurikulum yang digunakan.3.

Berbanding dengan mazhab perenialisme. peranan guru. sejarah. tumpuan dalam kurikulum diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca. Berbeza dengan perenialisme. fahaman esensialisme ini juga sama seperti fahaman perenialisme yang mementingkan empat aspek iaitu jenis kurikulum. EDU 3101 . Perkara-perkara asas ini pula boleh berubah dari semasa ke semasa. dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. seni dan muzik merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan di atas. Sains. mazhab ini lebih menumpukan kepada perkara-perkara asas sahaja. Pada dasarnya. Dari segi tumpuan pula. Kaedah pengajaran yang ditekankan ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa pertanyaan sebarang soalan. Kaedah ini juga lebih dikenali sebagai µone-way communication¶. mengira dan menulis (3M). Untuk itu. Guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak murid mereka. Tugas guru ialah untuk menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincangan kumpulan serta mendisiplinkan murid. mazhab falsafah ini bersifat konservatif iaitu tidak mudah menerima perubahan tetapi telah berubah kepada sifat praktikal dan pragmatik ( mementinglan kesan sebenar daripada ciri teori). peranan murid dan kaedah mengajar.1.2 Esensialisme Esensialisme bermula sebagai satu pergerakan falsafah yang sistematik dalam bidang pendidikan pada tahun 1930an. bidang sastera dan kemanusiaan hanyalah dianggap sebagai mata pelajaran sampingan. 3. iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Berdasarkan konsep tersebut. Murid pula perlu berusaha untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. mereka dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh guru.Guru memainkan peranan sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam dunia pendidikan dan pengetahuan.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 9 . matlamat pendidikan esensialisme ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari.

2 FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT 3.Guru pula disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Ilmu dikatakan bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini dan tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya kerana masih boleh diubah. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing apabila berpeluang untuk mempelajari apa yang diminati. aliran progresivisme ini mempunyai pandangan yang tersendiri dari segi aspek tumpuan jenis kurikulum. Oleh itu. Murid pula memainkan peranan untuk menumpukan perhatian dan berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.1 Progresivisme Falsafah progresivisme ini telah berkembang daripada falsafah pragmatisme. manusia adalah bersifat baik. . ilmu hanya merupakan satu keterangan tentatif yang berpadanan dengan realiti masa kini. kaedah yang digunakan adalah kaedah didaktik. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang hanya membuang masa sahaja. peranan guru.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 10 .2. murid diberi kebebasan dalam memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Dari segi kaedah mengajar. Berdasarkan pegangan tersebut. Berpegang kepada konsep di atas. Menurut ahli progresivisme. peranan murid dan kaedah mengajar Pada dasarnya. EDU 3101 . Pandangan falsafah ini terhadap peranan sekolah adalah jauh berbeza daripada falsafah pendidikan barat tradisional. Bagi ahli progresivisme. Mereka mahir dari segi kawalan bilik darjah serta menjadi teladan atau role-model kepada murid mereka. 3. maka pendidikan bermatlamat untuk menyediakan murid yang mampu untuk mengakomodasi iaitu berupaya untuk melakukan penyesuaian dengan perubahan dalam kehidupan seharian. mereka melihat perubahan sebagai intipati realiti.

3.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 11 . sekolah adalah satu landasan yang amat sesuai untuk membentuk masyarakat baru kerana dapat mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya. Kaedah ini memberi penekanan kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti. Kaedah mengajar yang ditekankan ialah pendekatan induktif yang memberi peluang kepada murid untuk memberikan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah. pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.Dalam aliran ini. guru berperanan sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan.2 Rekonstruktivisme Menurut ahli rekonstruktivisme. sekolah merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Kaedah mengajar yang digunakan adalah berpusatkan murid. mengemukakan soalan dan membimbing murid ke arah yang produktif. di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Sehubungan dengan itu. main peranan dan simulasi. sumbangsaran. Oleh itu. EDU 3101 . Murid-murid pula harus mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan. Murid pula harus berperanan untuk mencari keterangan masingmasing bagi menjelaskan soalan yang diberi oleh guru. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan membantu anak murid mereka untuk menangani sebarang masalah dalam persekitaran yang sentiasa berubah.2. Kurikulum falsafah ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan.

falsafah eksistensialisme lebih berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Kaedah mengajar yang digunakan adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Oleh itu. falsafah eksistensialisme tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Berpegang kepada konsep tersebut. Dari aspek kurikulum.3 Eksistensialisme Berbanding dengan falsafah rekonstruktivisme. EDU 3101 . Guru pula hanya memainkan peranan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. Seseorang individu perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Sejajar dengan kaedah mengejar tersebut. sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan kepada murid. mata pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah masih dianggap sebagai relevan. Namun. matlamat pendidikan tidak digariskan.2.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 12 . murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang telah disediakan.3.

Guru : Pemangkin ilmu. ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah . Tidak digariskan EDU 3101 . TUMPUAN Kurikulum : Bidang kemanusiaan dan kesusateraan. Kaedah Mengajar : Induktif Murid : Mencari ilmu dan bersifat aktif.3.ubah Perenialisme MATLAMAT PENDIDIKAN Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi Mengajar ilmu dan budaya yang asas sahaja. Kurikulum : Bidang sains sosial Guru : Agen perubahan Kaedah Mengajar : Berpusatkan murid Murid : Berani mencuba dan bersifat aktif. Guru : Penyampai ilmu yang pakar.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 13 . MODEN KONSEP MATLAMAT PENDIDIKAN Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Kaedah Mengajar : Didaktik Murid : Menerima ilmu yang bersifat pasif Kurikulum : Kemahiran asas (3M) Guru : Penyampai ilmu yang mahir. Kaedah mengajar : Berpusatkan murid dan aktiviti Murid : Penerima ilmu yang bersifat aktif. TUMPUAN Kurikulum : Kebebasan memilih matapelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum : Bidang estetik dan falsafah. Guru : Pembimbing dan pengurus. Kaedah Mengajar : Didaktik Murid : penerima ilmu yang bersifat pasif Esensialisme Penekanan diberi kepada perkara ± perkara asas.3 BANDING BEZA ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL DAN MODEN BARAT TRADISIONAL KONSEP Secara semulajadi. Progresivisme Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan Rekonstruktivisme Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru Mengasaskan corak budaya baru Eksistentialisme Manusia bertanggungjawab keatas diri sendiri.

Prinsip ketiga yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan timur ialah setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana. kita akan membuat kebaikan dan mengelak daripada membuat kejahatan.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 14 . Menurut ajaran Buddha. sifu atau tok guru. Falsafah Pendidikan Timur telah menggariskan beberapa prinsip dalam falsafah pendidikan mereka. Kedua. Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru masing-masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seorang nabi. sekirannya kita hidup semata-mata untuk mengejar kebendaan sahaja. Oleh hal yang demikian. secara automatik. agak mustahil untuk kita bahagia.0 FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR 4.4. Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah kebahagiaan hidup sesudah mati. Hal ini dapat dilihat dalam ajaran Buddha. Nirvana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1082 bermaksud µdalam keadaan yang lenyap langsung dan aman sesudah mati yakni dalam agama Buddha¶. EDU 3101 . sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagian. Pertama. Ini bermakna bahawa refleksi kendiri atau muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap tuhan dan keinginan untuk bertaubat. kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Apabila kita sudah menjadi bijak. Manakala prinsip yang seterusnya ialah manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka.1 PRINSIP Falsafah pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membina sesebuah negara dan ia merupakan satu proses aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan falsafah negara tersebut.

Matlamat pendidikan menurut falsafah pendidikan Confucius pula adalah untuk menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi. menggubal undang-undang 4. Sejarah dan Kod serta Tatacara Kelakuan yang Baik. iaitu Konfusianisme dan Taoisme (China).2 FUNGSI Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Pendidikan dari Negara Cina dan India. kebijaksanaan (zhi). Antara nilai-nilai yang ditekankan dalam Pendidikan Moral ialah hormat kepada ibu bapa (xiao). mata pelajaran yang ditekankan ialah Muzik. Menurut Falsafah Pendidikan Cina dan India. Peranan guru mengikut falsafah pendidikan Confucius adalah sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita (ti). dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.3 FALSAFAH PENDIDIKAN DI CHINA Falsafah Pendidikan Timur digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama. falsafah pendidikan Confucius mengfokuskan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Moral. Falsafah Pendidikan Timur mempunyai beberapa fungsi seperti untuk membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan. Kesusasteraan. Hinduisme dan Buddhisme (India). Selain itu. tanpa mengambil kira status sosio-ekonomi ataupun kedudukan sosial.4. guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberi. EDU 3101 . dan keberanian (yong). kesetiaan (zhong). Untuk itu. tolak ansur (rang). Puisi. mengekalkan struktur kekeluargaan. Falsafah pendidikan Confucius berkonsepkan kepada pendidikan adalah untuk semua. Dari aspek kurikulum. ketekunan (min). jimat-cermat (jian). Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasas dari pemikiran Confucius (551479) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289).FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 15 . Nasionalisme dan Internasionalisme (India). Xunzi (313-238) dan Hanyu (768-824) dari Negara China.

antara falsafah yang paling berpengaruh ialah Hinduisme dan Buddhisme yang menekankan ajaran agama. Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Falsafah di India boleh dihayati daripada penulisan tertua yang dikenali sebagai Vedas. pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat. Karma yang menentukan kedudukan manusia dalam masyarakat adalah berdasarkan siste kasta iaitu Brahmin (sami dan sarjana).Di samping itu. Oleh itu.4 FALSAFAH PENDIDIKAN DI INDIA Di India. mereka percaya bahawa manusia adalah diidkat dalam dalam kehidupan melalui karma. Oleh itu. Penganut agama Buddha menyebutnya sebagai nirvana. Beliau juga Maka. Di samping nirvana. bermakana ilmu suci. beliau mengajar muridnya mengikut untuk kebolehan individu. Kshatriga (pahlawan dan pentadbir). kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Taoisme juga berkembang sebagai aliran pemikiran semasa kontemporari Confucius yang dikatakan pernah meminta tunjuk ajar daripada pelopor Taoisme Lao Zi. guru juga perlu mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka. EDU 3101 . Ramai penganut Hinduisme dan Buddhisme percaya bahawa manusia hanya dapat dilepaska daripada penderitaan selepas berhidup secara kebijaksanaan dan melepaskan diri daripada nafsu keduniaan dalam kehidupannya. Pengasas Buddhisme aialah Siddharta Gautama. Moksa merupakan idea Hindu yang diperkembang daripada Vedas. dan seterusnya mengekalkan kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan. Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati. untuk memperoleh hidup yang sempurna. menggunkan mengikut strategi falsafah perbincangan menyampaikan pelajaran. Menurut huraian Vedas. membawa makna kelepasan daripada penderitaan. 4.Menurut Lao Zi. Konfusianisme. iaitu prinsip tindakan manusia menentukan kejadiannya. Vaisya (saudagar dan pedagang) dan Sudra (hamba dan buruh). dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Selain daripada Konfusianisme. cara yang terbaik ialah bertindak berlandaskan fitrah diri sendiri.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 16 . Taoisme mengutamakan hidup etika berdasarkan ilmu komprehensif terhadap realiti semulajadi.

Seterusnya. Antara mata pelajaran yang disyorkan ialah Muzik. Kurikulum falsafah pendidikan Rabindranath Tagore pula menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. aliran fahaman yang ketiga untuk Falsafah Pendidikan timur ialah Nasionalisme dan Internasionalisme yang telah diasaskan oleh Rabindranath Tagore. seorang ahli falsafah dan penyair dari India. Sejarah serta Pendidikan Alam Sekitar. EDU 3101 . Kesusasteraan. intelek. Manakala matlamat pendidikan beliau adalah untuk menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dalam persekitaran. guru berperanan sebagai fasilitator serta pemangkin bagi megerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid. Menurut falsafah pendidikan Rabindranath Tagore. Seni. seperti aspek fizikal. Beliau mentafsirakan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Drama dan Tarian.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 17 . berupaya mencapai segala aspek kehidupan.

2. Intelek serta Sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan turut dilaksanakan. 1. Mereka harus bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) baru untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. nilai-nilai murni turut diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Program pendidikan ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi Jasmani. Implikasi Kepada Golongan Pendidik Setiap pendidik harus beriltizam dan berusaha untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). EDU 3101 .5. Setiap pendidik perlu untuk mencipta inovasi dalam sistem pendidikan dan sentiasa berfikiran positif dan dinamik.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 18 . BARAT DAN TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 5. kesepaduan dan keseimbangan ditekankan dalam sukatan pelajaran dengan mengutamakan unsur penggabungjalinan (penyatuan kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi). rohani dan sosial. budaya sains dan teknologi turut dipupukkan untuk mengelakkan pelajar daripada menjadi buta ICT.0 PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM. Selain itu. Implikasi Terhadap Kurikulum Dalam falsafah pendidikan Islam. Rohani. emosi.1 ISLAM Terdapat beberapa pecahan implikasi falsafah pendidikan Islam terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia seperti implikasi terhadap kurikulum serta implikasi kepada golongan pendidik. Emosi. Dalam sistem kurikulum juga.

dapat dirumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. keluarga dan negara. berketrampilan. jasmani dan sosial adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana dapat dihayati di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melalui Pendidikan Agama. Oleh yang demikian. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat. jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia dinyatakan dalam menentukan arah haluan.´ Dalam Falsafah Pendidikan Islam. EDU 3101 . Apabila setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka lahirlah muslim yang soleh.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 19 . ia menekankan perkembangan individu dari segi intelek. asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. rohani. Moral. ³ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. emosi dan agama. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. berakhlak mulia. emosi. rohani. KBSR dan KBSM yang mencerminkan ciri ± ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu. khasnya dari segi rohani. serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. emosi.

maka falsafah pendiidkan di Malaysia juga mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.5. Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan kepada falsafah progresivisme. setia kepada Negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan Negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kedua-duanya menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran. membolehkan pelajar berinteraksi. sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen. berakhlak mulia. EDU 3101 . pembelajaran 3M (membaca. Di dalam tempat belajar pula. Dari segi sistem pendidikan pula. Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme. berkerja dan hidup dalam kumpulan. Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada Tuhan. kurikulum sekolah juga merangkumi pendidikan teknik dan vokasional iaitu mata pelajaran yang dititikberatkan dalam falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan belajar untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu.2 BARAT Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 20 . Falsafah pendidikan di Malaysia turut dikatakan mengandungi unsur esensialisme yang bercorak tradisional. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. bertanggungjawab. menulis dan mengira) dititikberatkan dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru.

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Cina dan India. dan pendidikan diberi keutamaan.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 21 . falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme iaitu semua falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. 5. berketrampilan. intelek dan jasmani di mana kebijaksanaan dalam bidang muzik. rohani. seni. kod dan tatacara. Sama seperti Falsafah Negara kita dimana para pelajar diajar mata pelajaran-mata pelajaran yang tidak teras seperti Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Falsafah Pendidikan Confucius iaitu ahli pemikir dan tokoh pendidik dari Negara Cina mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi ataupun kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Antara aspek-aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Timur adalah. aspek emosi. Di Negara Malaysia. banyak sekolah pendidikan khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa seperti kanak-kanak normal supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakarian Kasa (1994) dalam Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (2009 :28) merumuskan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa aspek yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Timur dan diubahsuai mengikut keperluan Negara Malaysia. sejarah. drama dan tarian. puisi.3 TIMUR Falsafah pendidikan timur memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. berakhlak mulia. EDU 3101 . kelakuan yang baik. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. kesusasteraan. Pada masa ini. pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang kurang upaya. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.

berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh bermakna. iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menembusi semua kehidupan. tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal. mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. haiwan. Impaknya kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. toleran. jelas. Falsafah Pendidikan Timur menekankan Pendidikan Moral iaitu nilai-nilai seperti ketekunan (min) dan kesetian (zhong). Sharifah Alwiyah Alsagoff. dan manusia. saintifik. tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. bersih. cekap. seseorang murid yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah murid yang bukan sahaja berfikiran cergas. pendidikan harus menjadi suatu proses yang hidup. dan supaya dapat mengikuti perkembangan serta perubahan sains dan teknologi dan menzahirkan perasaan taat setia. berpandangan saintifik. dinamik serta realistik. tumbuhan. serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif. Falsafah Pendidikan Negara mengandungi unsur-unsur seperti menanam semangat mahu belajar seumur hidup. Untuk mempraktikkan nilainilai ini. patriotik.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 22 . Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas. Menurut beliau. liberal dan adil serta nilai budaya yang tinggi dengan harapan supaya mereka hidup aman dan damai. EDU 3101 . progresif. dalam bukunya falsafah pendidikan (1984). berani. dan bebas serta pendidikan kerohanian akan bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya. menunjukkan implikasi pendidikan untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am. iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku. (Kamarudin Haji Kachar dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia :5) Menurut ahli falsafah dan pendidik serta penyair dari bumi India pula iaitu Rabindranath Tagore mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna.Selain itu. berani dan bebas. dan berkemahiran.

Selain itu. salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan mengikut Rabindranath Tagore adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara bertepatan dengan falsafah pendididkan kebangsaan dalam usaha melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan. berakhlak mulia. demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. EDU 3101 . Selain itu. pendidikan adalah untuk perkembangan individu yang bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya selaras dengan falsafah pendidikan negara malaysia untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. rohani. nasionalisme dan internasionalisme. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 23 . berketerampilan. Ini boleh dihayati daripada falsafah pendidikan konfusianisme. masyarakat dan negara. emosi dan jasmani.Seterusnya.

Antara bidangbidang Pendidikan Islam ialah Al-imaniyah. salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang dari segala aspek. jasmani dan rohani insan berasaskan nilai-nilai Islam. EDU 3101 .Ijlimaiyah dan Al-Jinisiah. ibadah. Barat dan Timur turut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Jismiyah. melatih dan mendidik akal.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 24 .Nafsiah. guru bertindak sebagai pemangkin dan agen perubahan manakala pelajar sebagai penerima ilmu yang bersifat aktif. Pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan bertujuan untuk mengubah. Al-Aqiliyah. Falsafah pendidikan tradisional iaitu perenialisme dan esensialisme menggunakan kaedah didaktik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru berperanan sebagai penyampai ilmu yang mahir dan murid sebagai penerima ilmu yang bersifat pasif. sebahagian unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam. Timur dan Barat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Falsafah Pendidikan di Malaysia. Al.6. Ahli Falsafah Timur yang terkenal ialah Confucius dan Rabindranath Tagore.Al. Sebagai contoh. Falsafah Pendidikan Islam juga mengcakupi bidang-bidang pendidikan islam dan komponen-komponen lain seperti aqidah.ketrampilan dan kepimpinan. Al-Khuluqiyah.0 PENUTUP Falsafah Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Barat pula dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Menurut Falsafah Pendidikan Timur pula pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi seseorang baik di dunia dan akhirat. Dari segi perkembangan falsafah pendidikan di Malaysia. Berbanding dengan falsafah pendidikan moden. Falsafah Pendidikan Timur hanya menekankan aspek rohani dan emosi sahaja tanpa membicarakan tentang aspek jasmani. Al.

Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakarian Kasa (1994) dalam Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (2009 :28) merumuskan.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 25 . Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan di sekolah. Timur dan Islam. Kesimpulannya. Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat. pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat. Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan terhadap para pelajar. perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERI di mana tata tertib. EDU 3101 . falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme iaitu semua falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.html.pdf 8) Perkembangan Falsafah pendidikan Barat. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.7. 5) Mok Soon Sang (2009).blogspot. 2) Kamarudin Hj kachar. Diambil pada 20 Mac 2011 dari http://notapismp. (2010). Bhd. (2009).com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%205%20%20Implikasi%20Falsafah%20Terhadap%20Perkembangan%20Pendidikan %20Di%20Malaysia. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia.amaljaya.0 RUJUKAN 1) Choong Lean Keow. Diambil pada 21 Mac dari http://dadwayne. Kuala Lumpur : teks Publishing Sdn Bhd.com/2010/03/perkembangan-falsafah-pendidikanbarat. Diambil pada 21 Mac 2011 dari http://www. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. 6) Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Timur Dan Islam. Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. 7) Nordin Tahir. (1989).blogspot. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.) (2005).com/2009/02/falsafah-pendidikan-barattradisional.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 26 . Bhd. (4th ed. 4) Mok Soon Sang. 3) Kamus Dewan. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd.html EDU 3101 .

Setiap falsafah menekankan matlamat pendidikan yang berbeza. Barat. Barat dan Timur. membekalkan murid dengan budaya dan ilmu serta menyediakan murid dengan penyesuaian perubahan dalam kehidupan. pendidikan adalah untuk menghapuskan penyakit sosial. ³ Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan Islam. Dalam falsafah pendidikan Islam. EDU 3101 . ibadah. ia turut mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Islam. matlamat yang ditekankan adalah untuk membentuk insan supaya menjadi muslim yang berilmu dan beramal serta melahirkan insan yang taat kepada Allah. Namun. Falsafah pendidikan Timur pula bermatlamat untuk menghasilkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Tuagasan yang perlu dilakukan ialah ³ Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam.REFLEKSI (NUR ADAWIYAH BINTI MUHAMAD AJOS) ³Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang´ Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dan ahli kumpulan. Falsafah pendidikan Timur pula menganggap pendidikan adalah sesuatu yang sangat penting baik di dunia mahupun di akhirat sana. keterampilan dan kepimpinan. Nur Fahana bt Muda dan Noor Adnin Othman dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini dengan jayanya.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 27 . Barat dan Timur. Bagi falsafah pendidikan barat pula. falsafah pendidikan di Malaysia mempunyai ciri yang tersendiri. dan Timur Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Falsafah pendidikan Islam mencakupi bidang-bidang Pendidikan Islam dan komponen-komponen lain seperti akidah. Falsafah pendidikan barat pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden.

Nabi sendiri menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan. Akhir sekali. Tugasan ini telah membuka perspektif baru kepada saya dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan maklumat serta mengenai matlamat pendidikan itu sendiri. ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu bukan sahaja duniawi tetapi juga ukhrawi.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 28 . saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Guru bertindak sebagai pemangkin untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kehidupannya. apa yang saya dapat simpulkan ialah ketigatiga falsafah menekankan tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Sesungguhnya. EDU 3101 .Sebagai bakal pendidik.

Dalam menyiapkan tugasan ini. Barat dan Timur terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia´. saya luaskan pandangan saya lalu muatkan di dalam tugasab kerja kursus ini. EDU 3101 . emosi. saya juga dapat menimba ilmu serta mengetahui bahawa setiap falsafah mempunyai matlamat.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 29 . rohani. intelek serta sosial bagi mendapat insan yang seimbang dari semua aspek tersebut serta harmonis untuk masyarakat. Selain daripada konsep serta asas sebuah falsafah tersebut. Di dalam tajuk ini. fungsi serta tujuannya yang tersendiri yang merangkumi aspek ± aspek jasmani. Pelbagai informasi yang saya perolehi dan sebagai contohnya mengenai perkembangan falsafah pendidikan Islam terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Segala maklumat yang saya perolehi sama ada pada buku rujukan mahupun melalui sumber internet.REFLEKSI (NOOR ADNIN BINTI OTHMAN) Saya Noor Adnin binti Othman dari kelas Pendidikan Khas Pendidikan Jasmani / Bahasa Melayu bersama dua ahli kumpulan lagi iaitu Nur Farhana binti Muda dan Nur Adawiyah binti Muhamad Ajos telah diberikan suatu tugasan kerja kursus iaitu bertajuk ³Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam. saya telah mendapat pelbagai maklumat dan ilmu dengan lebih mendalam mengenai ³Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam. keluarga serta negara. Barat dan Timur terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia´ di mana perlu dihantar tepat bertarikh 31 Mac 2011. Semua falsafah ini dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya pemikiran ± pemikiran tokoh yang ternama dan dipercayai. saya dapat mengetahui konsep serta asas sebuah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bercirikan Falsafah Pendidikan Islam serta Falsafah Barat dan Timur.

Oleh itu. EDU 3101 .FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 30 . penting bagi setiap guru seperti saya dalam memahami serta menghayati konsep ± konsep serta matlamat suatu falsafah dalam memperkembangkan pendidikan di Malaysia yang mempunyai nilai murni yang mulia serta sedia melaksanakan strategi proses pengajaran dan pembelajaran baru dan kreatif bagi melahirkan insan yang seimbang serta optimis.

Oleh itu.REFLEKSI (NUR FAHANA BINTI MUDA) Pendidikan adalah teras pembangunan Negara. Pendidikan islam merupakan satu proses yang berterusan bertujuan untuk mengubah. Oleh itu. Saya ingin menjadi guru yang berperanan sebagai fasilitator dan pemangkin bagi mengerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid. Dalam falsafah pendidikan islam. Untuk itu.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 31 . Seterusnya ialah falsafah pendidikan timur. jasmani dan rohani insan yang berasaskan nilai-nilai islam. Timur dan Barat. beberapa ahli falsafah Islam seperti Al. saya perlu mengajar murid mengikut EDU 3101 . melakukan perkara yang baik. Oleh itu.W.Khindi.T. kesucian dan keikhlasan serta amalan-amala yang mulia seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan Islam. Tetapi. Timur dan Barat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan di Malaysia. saya ingin menekankan tentang peranan guru menurut falsafah Confucius dan Rabindranath Tagore iaitu guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Falsafah pendidikan timur ini merupakan panduan untuk saya apabila menjadi pendidik kelak. Hal ini kerana untuk menjadi seorang guru yang cemerlang saya perlu mendidik murid berakhalak mulia. sebagai bakal guru apa yang saya peroleh daripada falsafah pendidikan islam adalah untuk menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu ukhrawi. Falsafah Pendidikan Islam. melatih dan mendidik akal. Falsafah pendidikan timur berasaskan falsafah cina dan India dan ia hanya menekankan aspek intelek dan rohani sahaja tanpa mengambil kira aspek jasmani. Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. AlFarabi dan Ibnu Sina telah mengemukakan takrifan mengenai falsafah pendidikan islam mengikut pemikiran masing-masing. Seterusnya Negara Malaysia dapat melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggunjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S. Perkembangan pendidikan di Malaysia mempunyai beberapa aspek yang dicedok daripada Falsafah Pendidikan Islam. saya perlu memberi sepenuh komitmen terhadap tugas dan tanggugjawab yang diberi. Selain itu. terhormat dan mulia serta mengasuh murid dengan kebersihan.

Sesungguhnya. Apa yang saya dapat ambil daripada salah satu mazhab dalam falsafah pendidikan barat ini ialah menjadi bakal pendidik yang mampu dan mahir untuk mengawal bilik darjah kelak serta menjadi teladan dan role model kepada anak-anak murid. rekonstruktivisme dan eksisitentialisme. ia merangkumi mazhab tradisional dan moden Falsafah tradisional barat ialah perenialisme dan esensialisme manakala falsafah moden barat ialah progresivisme. gemilang dan terbilang. kemahiran asas seperti membaca. Oleh itu.FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 32 . keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. rohani. Dalam Falsafah Pendidikan Barat pula. Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai masyarakat untuk membawa kestabilan. guru disisfatkan sebagai seorang yang berwibawa dan mahir dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. EDU 3101 . Ilmu-ilmu yang diperoleh akan saya guna pada suatu hari nanti untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. mengira dan menulis (3M) dititikberatkan. Bagi falsafah esensialisme. terlalu banyak pengetahuan dan panduan yang saya peroleh daripada tugasan ini untuk menjadi seorang bakal pendidik yang cemerlang.tahap dan kebolehan mereka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful