P. 1
Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

Sastera Masa Kini, Karya Dan Krayawan (2)

|Views: 421|Likes:
Published by Muhamad Nordin

More info:

Published by: Muhamad Nordin on Jan 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/20/2013

pdf

text

original

PENGENALAN

Kesusasteraan merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.

Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun manusia itu sendiri. Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah.

Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsi ekonominya semakin jelas. Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu peluang dalam bidang pekerjaan.

Graduan yang lahir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan di beberapa sektor khususnya dalam bidang pendidikan seperti guru,
1

2 . Husin dan Siti Hajar (1975). Husin dan Siti Hajar (1986). sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. KESUSASTERAAN 1. lebih baik. karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Husin dan Siti Hajar (1985).-an¶ menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Husin dan Siti Hajar mengatakan bahawa penambahan kata µsu¶ yang bermaksud indah. Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.. iaitu µsastera¶ dan µMelayu¶. lebih berfaedah. Kata sastera Melayu adalah gabungan dua perkataan. Hashim Awang dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. Sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat namun ia juga terlibat dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Menurut Abd. Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Menurut Baharuddin Zainal dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj.penerbitan dan kewartawanan. Halim A.. dan juga dengan penambahan imbuhan apitan µke.0 Pengenalan Kesusasteraan Menurut Hashim Awang dalam buku Kamarudin Hj. kata µsastera¶ berasal daripada kata Sanskrit µcastra¶ yang bererti kitab atau buku.

Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah sajak. novel. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. skrip drama. Contohnya. Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. iaitu prosa dan puisi. iaitu dengan menggunakan tatabahasa mudah. Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa. mantera dan sebagainya. Secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan. melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. lirik. kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen.1. Pada lazimnya. 3 . puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". syair. Dalam kehidupan sehari-harian.1 Definisi dan Konsep Sastera Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. pantun. essei dan sebagainya. Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. seloka. gurindam.

4 . atau novella yang bermaksud µsuatu benda kecil yang baru¶. Penubuhan Angkatan Sasterawan ¶50 (ASAS ¶50) pada 6 haribulan Ogos 1950 telah menjadi tunjang kepada perjuangan para penulis.2 Kesusasteraan Melayu Moden Peralihan dari tradisional ke moden berlaku kepada sastera Melayu pada awal abad ke 20. sama ada yang menuntut kemerdekaan. Dalam kalangan penulis Inggeris dan Amerika pula. 1. Perubahan tersebut jelas dapat dilihat dalam bentuk gaya penulisan dan temanya seringkali tema berkisar tentang isu-isu sosial dan ketidakadilan. Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Novel muncul dan berkembang dalam Kesusasteraan Melayu kira-kira satu abad yang lalu. novel bermaksud menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada suatu saat yang tegang serta pemusatan kehidupan yang tegas.Manakala novel adalah satu bentuk kesusasteraan yang baru dibandingkan dengan genre lain mengikut perkembangan masa secara krononogi. Husin dan Siti Hajar (1979) menyatakan novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Perkataan µnovel¶ berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang bermaksud µbaru¶. Novel adalah karya yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan yang lebih mendalam serta terperinci dan pengajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti. kemunculan novel adalah lebih awal daripada cerpen. Jika dibandingkan dengan cerpen. Karyakarya juga tidak lagi muncul dalam bentuk sastera tradisional. terutama setelah tamat Perang Dunia kedua. mahupun penulis yang ingin menyedarkan masyarakat tentang isu-isu sosial.

A Samad Said.Semangat berkarya ini dapat dijana dan diperkukuhkan kerana di sini jugalah menjadi tempat ramai penulis-penulis hebat di Nusantara bermastautin dan menjadikan Singapura sebagai medan dan juga inspirasi untuk melahirkan karyakarya agung mereka. Novel-novelnya yang ditulis pada tahun-tahun enam puluhan mempunyai latarbelakang negara Singapura. Novel ini menggambarkan kemiskinan. 5 . Selain tema ini. Antaranya ialah novel Salina. Terdapat juga mengandungi unsur-unsur erotik seperti novel pengantin baru. keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk meneruskan kehidupan di tengahtengah kehancuran selepas perang. terdapat juga novel-novel alternatif yang bertemakan cinta. selepas Perang Dunia Kedua. kasih sayang dan perkahwinan yang merupakan bahan bacaan yang popular terutama di kalangan anak-anak muda. pelayan dan rumah ibu ayam ini. Singapura. Kisah-kisah perjuangan bagi meneruskan hidup sebegini bukanlah asing dalam novel-novel Melayu pada waktu itu. yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing. Di antaranya ialah Sasterawan Negara Malaysia.

Sik Kedah. Jika kita perhalusi µShah¶ dalam bahasa Arab maknanya raja dan µNon¶ di sebuah tempat yang jauh. Canberra di bawah pimpinan Prof. Pada tahun 1954. Stelah lulus darjah enam. Malang tidak berbau kakinya telah patah dalam suatu latihan untuknya menyambung pelajaran ketenteraan di England. beliau menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid. dilantik menjadi guru kanan bahasa dan kesusasteraan Melayu hingga 1967.RANJAU SEPANJANG JALAN KARYA SHAHNON AHMAD 1. Shahnon Ahmad pernah dinobatkan sebagai µRaja Novelis Malaysia¶. Shahnon Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sik. Dia terpaksa balik kampong. dia menjadi pegawai kadet Askar Melayu Diraja dengan mengikuti latihan tentera di Port Dickson sehingga Mei 1955. Di kampung dia menjadi penganggur. Benarlah Shahnon menjadi seorang raja yang jauh. panjang atau lama dalam sejarah. Kemudian dia mendapat peluang menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Gunung Alor Star sehingga 1957. Alor Star dan mendapat School Certificate 1953.H. A. kemudian bertukar ke Sekolah Bukit Besar sampai 1960.0 Latar Belakang Karyawan Pada 13 januari 1933 merupakan kelahiran seorang sasterawan besar Malaysia. Suatu perubahan yang radikal dalam hidupnya ialah pada Mei 1968 bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Bahagian Perkamusan di Universiti Kebangsaan Australia.John hingga 1971. Kemudian dia menjadi guru sementara di Kuala Terengganu. yang dilahir di Kampung Banggul Derdap. Bertukar pula ke Maktab Abdul Hamid untuk menjadi guru bahasa sehingga 1963. Peluang inilah 6 . 1942-46. Namanya ialah Shahnon Ahmad.

Tetapi dengan ketiadaan Lahuma. Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir.digunakannya untuk belajar sehingga memperolehi ijazah sarjana muda dalam Pengajian Peradaban Asia Tenggara. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya. 1. Milah. Semek. Dari MPSI itu Shahnon berhijrah ke Universiti Sains Malaysia dan menyiapkan ijazah sarjananya dengan mengkaji sajak-sajak kabur. Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah. padi tidak boleh terkurang. wang. Makanan. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. semuanya datang daripada hasil padi. Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Lebar dan Kiah. serangan ketam dan burung-burung tiak. Padi menjadi segala-galanya bagi mereka. Kemudian pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris selama lapan bulan. Liah. yang hidup pada pertengahan abad ke-20. selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. 7 . Jenab. Walau untuk satu musim.1 Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa. Sebelum itu. Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah.

pakaian serta tempat tinggal kerana keperluan ini sangat berkait rapat dengan kualiti hidup manusia. burung tiak pula datang menyerang. Kemiskinan adalah keadaan dimana berlaku kekurangan terhadap perkara-perkara yang biasa diperlukan oleh seseorang individu seperti makanan dan minuman. Makna lain kemiskinan juga adalah apabila sesutau tempat itu tidak mempunyai jaringan pendidikan dan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup sekumpulan masyarakat. Bila padi mula menguning. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang Jalan.Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. 8 . 1. Banjir. yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan sehingga ke akhir hayat. serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha. Istilah kemiskinan ini adalah sangat subjektif dan komparatif. memakan padi.2 Persoalan Yang Dibangkitkan Dalam Novel Persoalan yang jelas terpapar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah soal kemiskinan masyarakat tani di desa. sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evalutif dan lain lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan. Isu kemiskinan merupakan masalah global yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun pada masa sekarang.

apabila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an apabila keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil. dan kekurangan tenaga. Persoalan kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Shahnon Ahmad juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka 9 . Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Masyarakat Melayu pada masa itu rata-rata terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan.Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung Banggul Derdap. masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Keadaan tersebut jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan. akibat dasar yang diamalkan oleh penjajah. Tetapi hal tersebut sangat jelas bahawa tanpa padi. Persoalan dalam novel ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah. kekurangan modal. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin.

1995:185) Sememangnya bagi penduduk kampung. ³Padi mesti ditanam. kita mesti lawan. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. Makan bergantung kepada sawah..´ ³. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.Anak-anak kita perlu makan siang malam.´ (Shahnon Ahmad. namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguhsungguh untuk hidup. Itulah hidup anak kita. kita wajib melawan. membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Biar datang seribu musuh. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma .. Mati hidup bergantung kepada sawah. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan . Mesti dijaga. anak-anak kita akan mati. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Tidak ada nasi. Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang 10 . Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad.tidak ada sumber untuk dimakan. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Biar siapa datang menyerang. tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. Itulah hidup kita. Dia mesti dipupuk dan dijaga.

kerana keluarganya sendiri miskin. tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. duri. tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani. Persoalan kemiskian menjadi pilihan oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya. onak. Ini kerana. Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Kemiskianan dan keperluan rakyat juga diangkat oleh Shahnon dalam novel-novelnya yang lain seperti novel Seluang Menodak Baung. walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.kecil yang buas. murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini. 11 . dan ranjau yang membunuh. sanak saudaranya miskin.

jelas menunjukkan bahawa Shahnon Ahmad ingin melihat bagaimana sastera dapat berperanan sebagai alat perjuangan masyarakat. 12 . Shahnon Ahmad sering kali membawa pembaharuan dan perubahan dalam membinaan novel-novelnya. kita akan dapati beliau seorang yang sangat peka dengan pergolakan kemasyarakatannya. khasnya novel banyak menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada masyarakat tanah air terutamanya golongan atasan supaya tidak mengeksploit golongan bawahan. tetapi keutamaannya adalah perjuangan. Mengikuti perkembangan penulisan Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad sering menegaskan betapa sayang dan cinta kepada bangsanya. Berdasarkan persoalan yang terdapat dalam novel beliau. Menerusi novel-novelnya. dapat kita lihat bahawa Shahnon Ahmad bukanlah materialistik. Sastera baginya ialah alat yang berkesan untuk membangunkan masyarakat. Beliau begitu peka terhadap masalah kemiskinan orang melayu.1. Kekuatan yang dapat dilihat pada Shahnon Ahmad adalah dari segi perjuangan beliau terhadap masyarakat terutamanya masyarakat melayu sendiri. Bagi Shahnon tiada gunanya sebuah karya besar atau agung kalau tidak mempunyai impak kepada masyarakat. selaras dengan perkembangan masa dan masyarakat. Penampilan Shahnon Ahmad dalam arena karya kreatif. sejak 1960-an. Di sini. Peristiwa negara akan diberinya makna-makna mengikuti tafsiran seorang sasterawan.3 Perjuangan Dan Sumbangan Shahnon Ahmad Dalam Bidang Kesusasteraan Kepada Pembangunan Masyarakat Melayu Sepanjang penglibatannya dalam menghasilkan karya sastera selama lebih kurang 40 tahun.

Isu pembangunan tercerna dalam novel Srengenge. burung tiak dan ketam yang beribu dalam Ranjau Sepanjang Jalan. nanah. kewujudan Negara Belantara dalam novel Patriarch yang tidak berpijak pada latar realistik secara lansung menarik deria analisis penulis untuk mendalami erti kewujudan watak seperti Partriarch. Hasilnya. Shahnon Ahmad membuktikannya sebagai karyawan versatile. politik dan kebudayaan tempatan yang diterjemahkan dengan penuh simbolik. Wak Da. Karya-karya beliau memberi jalan kepada penulis untuk melihat dasar kehidupan. Begitu juga. politik dalam novel Menteri.Kemampuannya menghasilkan karya yang pelbagai menunjukkan kemahiran luar biasanya sebagai penulis. Malah kekuatan bahasa novelnya sangat kuat dan mengasyikkan. Kebijaksanaan Shahnon Ahmad menghadirkan rasa loya penulis sebagai pembaca dengan variasi metafora dan unsur figuratif yang mantap mendorong penulis untuk mengkaji maksud tersirat yang disembunyikan lewat duri nibung. Kita ramai novelis. Shahnon Ahmad sesungguhnya pengarang yang amat luar biasa bakatnya. Shahnon Ahmad mendapati karya-karya beliau membuka ruang untuk penulis menjana pemikiran yang kritis. 13 . mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kejayaan Shahnon Ahmad di dalam penulisan novel tidak ada siapa yang dapat mencabarnya. kemiskinan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. unsur islam dalam al-Syiqaq dan sebagainya. Tidak syak lagi Shahnon Ahmad merupakan puncak kejayaan penulis-penulis novel di Malaysia. Mek Besah dan Jusuh Hitam.

Nilai kedesaan yang ada pada Shahnon sebagai pengarang melayu ini adalah satu perkara penting yang jarang dapat dirasai dalam karya-karya terkini. Jelas sekali. manakala Patrick White lantaran kemampuan beliau mengetengahkan warna setempat dalam karya-karyanya. Shahnon Ahmad menampilkan dirinya sebagai pengarang dan masyarakat desa yang begitu cinta akan desa dan warga desanya sendiri melalui karya kreatif. Tema beliau iaitu kemiskinan. Kemampuan dan keupayaan Shahnon mengungkat permasalahan masyarakat terutamanya dari aspek politik dan kebudayaan melayu sangat mengesankan. Anak kelahiran Banggul derdap. 14 . keupayaan Shahnon Ahmad sebagai lidah masyarakat menjadi antara sebab utama karya-karya sasterawan mapan ini menarik minat meskipun daripada kalangan angkatan pembaca dan sasterawan muda. politik dan budaya menjadi tema sepanjang zaman yang memikat hati khalayak pelbagai generasi. Dalam masa yang sama. mendalami dan menganalisis karya-karya malar segar yang beliau hasilkan. Sik.Pendekatan seperti itu yang dapat ditemukan dalam karya-karya Shahnon memperlihatkan keghairahannya terhadap beberapa pengarang idolanya seperti Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. Hasil tulisan sasterawan Shahnon Ahmad bersifat merentas zaman. agama. Kedah ini mengadunkan pengalaman beliau sebagai anak desa yang melihat kepincangan sistem sosial dan pemerintahan dengan tautan perlambangan-perlambangan alamiah yang meyakinkan. Keupayaan ini adalah satu kekuatan yang dimiliki Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Karya-karya Pramoedya digemari kerana kekuatan ideologi serta bahasanya. Kekuatan sifat itulah menjadikan pembaca generasi baru tidak berasa terpinggir untuk terus membaca.

pembaca dan penulis muda masih mampu menanggapi isu-isu tersirat yang ditampilkan Shahnon Ahmad. Shahnon menjadi suara masyarakat yang diterjemahkan dalam bentuk cereka. Shahnon senang menjadikan karya beliau sebagai medium pemberotakan dirinya sebagai rakyat. Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwaperistiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. pembaca dan penulis muda berpeluang menyimpan maklumat yang diberikan Shahnon Ahmad secara fiksi itu dalam sistem memori. Keunggulan karya-karya Shahnon Ahmad dalam merentas zaman berjaya menarik perhatian pembaca dan penulis muda apabila Shahnon tekal menjadi dirinya sendiri. Hal ini sangat bermanfaat kepada penulis muda apabila berdepan dengan situasi-situasi yang memerlukan penulis memanfaatkan bahan dokumentasi Shahnon Ahmad dalam konteks interteks. Melalui pengalaman demi pengalaman dan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah sistem pemerintahan yang dilihat menindas kaum melayu terutamanya golongan petani. Dalam hal ini. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang 15 .Karya-karya Shahnon Ahmad mampu berdiri sebagai satu bahan dokumentasi yang baik terutamanya dalam konteks kebudayaan dan alam pemikiran melayu. Sungguhpun segala pemberotakan dan rasa tidak puas hati Shahnon ditempiaskan dalam bentuk fiksyen. Melalui perincian dan pemerian Shahnon Ahmad tentang selok-belok kehidupan masyarakat melayu.

Melayu apabila keadaan politik. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia. 16 .manusia riak. bangsa dan negara melalui wacana sastera perdana. Shahnon Ahmad bukanlah seorang pemikir yang mendahului zamannya tetapi beliau tetap merupakan pelopor yang paling sensitif terhadap perubahanperubahan penting yang melibatkan bangsanya. Persoalan inilah yang ingin ditonjolkan sebenar-benarnya oleh Shahnon Ahmad dalam beberapa novelnya. Kewujudan dan sumbangan Shahnon Ahmad dalam dunia sastera negara akan kekal menjadi perbicaraan penting sepanjang zaman. ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969. yakin dengan apa-apa yang ditulis dan mampu menjadi pembela agama. Apa yang paling mengamit atau menyentuh perasaannya adalah manusia itu tidak mampu merasai nilai seperti mana yang seharusnya dirasai dan dinikmati oleh seoarang yang bergelar manusia. Shahnon Ahmad menyuntik semangat penulis muda untuk kenal kewajipan yang dipikul sebagai penulis berhemah dan bertanggungjawab dengan pendekatan sastera kerana Allah. Kesungguhan dan nilai sensitiviti yang tinggi terhadap kehidupan dan persekitarannya menjadikan Shahnon Ahmad memenangi kategori cerpen dengan judul ³Kepikunan´ dan menerima anugerah Mastera 2010. Beliau menjadi teladan kepada pembaca terutamanya penulis muda untuk bangkit menjadi lebih kreatif.

Shahnon Ahmad ibarat permata di tengah sahara dan hanya jauhari yang mengenal manikam. 17 .Lantaran itu.

Shahnon Ahmad merupakan seorang sasterawan yang unggul dalam menhasilkan karya-karyanya. Beliau menitik beratkan soal bangsa melayu iaitu bangsanya sendiri. ekonomi mahupun politik.KESIMPULAN Bidang kesusasteraan masa kini telah membawa impak yang besar dan membuka mata masyarakat melayu terutamanya para pembaca dan karyawankaryawan yang lain. contohnya melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. menekankan soal 18 . Jelaslah bahawa kesusasteraan mada masa kini lebih kepada menekankan soal pembangunan masyarakat melayu samada dari segi sosial. Beliau begitu peka terhadap masyarakat melayu dalam menhasilkan karya-karyanya seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan yang menceritakan tentang kemiskinan masyarakat melayu yang tinggal di kampungkampung. Kesusasteraan ini juga telah membawa para pembaca mengenal erti kehidupan sebenar masyarakat melayu. namun sebenarnya kesusasteraan ini dapat menyedarkan pembaca terutamanya masyarakat melayu pada masa ini yang sedang leka dibawa zaman. Selain menjadi hiburan bacaan di masa yang lapang. Shahnon Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang memainkan peranan dalam bidang kesusasteraan yang masyarakt melayu ini.

Ooi Eng Lye. Dari gerhana ke puncak purnama: Biografi ASAS ¶50.)(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965. No Harvest But A Thorn : Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hizairi. Amin Petaling Jaya: Fajar Bakti Mohamed Pitchay Gani (Ed. Shahnon. (2005).org/wiki/Shahnon_Ahmad 19 . Othman.BIBILIOGRAFI Ahmad. Angkatan Sasterawan ¶50.). Sutan Baginda. Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board. trans. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Ed. S. (2005). 55 tahun dalam persuratan.org/wiki/Portal:Sastera http://ms. Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera. (2000). Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.wikipedia. Ahmad. Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender.wikipedia. A. (1997). (1991). http://ms.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->