P. 1
TARIAN

TARIAN

4.77

|Views: 19,216|Likes:
Published by nazilaza

More info:

Published by: nazilaza on Nov 07, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/21/2015

pdf

text

original

1.

Tarian Zapin

Gambarajah 1.1 Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor. Pengenalan Perkataan Zapin berasal dari kata al-zaffan, iaitu gerak kaki. Zapin berkembang dan menghasilkan dua pola tarian yang berbeza iaitu Zapin Arab yang pola gerakannya berbentuk zig-zag dan Zapin Melayu berbentuk huruf “alif” (lurus) . Sejarah Zapin adalah berasal dari Yaman Selatan (Hadramaut) merupakan sejenis irama atau rentak dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang Arab. Pada abad ke 13 tarian ini masuk ke kepulauan Riau yang dibawa oleh pedagang- pedagang Arab. Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara,mereka turut membawa kebudayaan Arab termasuk seni muzik dan tarian.

1

Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah-pendakwah Islam dari negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dan golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga terutamanya setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Jenis Tarian Zapin Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab. Zapin Melayu Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang diadaptasikan dari unsur-unsur Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun dengan hayunan tangan yang lebih kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut Lagu-lagu Zapin Melayu berasaskan syair-syair atau pantun-pantun Melayu. .

2

Gambarajah 1.2.Tarian Zapin Melayu Zapin Arab Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Gerak tari Zapin Arab adalah gagah dengan langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Zapin Arab menggunakan lagu-lagu Arab.

Gambarajah 1.3.Tarian Zapin Arab Instrumen Zapin

Gambarajah 1.4 Alat Muzik Gambus Gambus; Petikan gambus adalah untuk membawakan lagu

3

Gambarajah 1.5 Marwas Marwas; Paluan alatan ini untuk menentukan rentak dan pecahan tarian

Gambarajah 1.6 Biola Biola; Gesekan biola menggabungkan keseluruhan muziknya Diantara alatan muzik lain yang digunakan ialah akordian, dok (gendang panjang) dan rebana.

Gambarajah 1.7 Akordian

Gambarajah 1.8 Gendang (Dok)

Gambarajah 1.9 Rebana

4

Busana Zapin Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum berpunya berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga. Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk orang lelaki yang menarikan Zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima, zamrud atau sebagainya. Bagi kaum wanita pula kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat dengan batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat masa ini busana tersebut boleh sahaja digantikan dengan kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual di pasar. Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk Belanga seperti seutas rantai emas yang sederhana panjang yang disebut sebagai Rantai Belati, sepasang anting-anting telekap yang dipanggil Anting-Anting Kopi dan gelang tangan yang membelit yang dikenali sebagai Gelang Berderai

Gambarajah 1.10 Busana lelaki Penari-penari

Gambarajah 1.11 Busana wanita

Pada peringkat awalnya mereka yang menarikan tarian ini terdiri daripada wanita sahaja. Namun lama-kelamaan persembahan itu kurang menarik kerana lebih sesuai digabungkan dengan penari lelaki

5

Biasanya penari-penari terdiri daripada golongan belia atau remaja. Adakalanya golongan dewasa turut menganggotai kumpulan tarian Zapin ini. Persembahan Zapin Zapin dipersembahkan dalam 3 peringkat: Pertama : Pembuka tirai (dikenali sebagai taksim) iaitu gambus dibunyikan secara solo. Pada peringkat ini, semua penari akan melakukan tarian pengenalan dengan beberapa pergerakan sahaja. Kedua : Tarian, pergerakan dan hayunan. Pada peringkat kedua ini persembahan terdiri daripada pecahan atau gerakan serta lenggang tarian. Peringkat ini merupakan peringkat persembahan utama. Ketiga : Penutup PERKEMBANGAN ZAPIN MELAYU JOHOR MASA KINI Zapin Melayu Johor berkembang dan mengalami perubahan (tokok -tambah) di 5 kawasan di Johor dikenali sebagai: • • • • • 1. Zapin Tenglu dan Zapin Pulau dari Mersing 2. Zapin Lenga dari Muar 3. Zapin Pekajang dari Johor Baru 4. Zapin Koris dari Batu Pahat 5. Zapin Parit Mustar dan Zapin Seri Bunian dari Pontian

6

2. Gendang Melayu Sarawak

Pengenalan Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang. Apakah Bergendang? Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang. Pada majlis itu, kaum wanita akan ditempatkan 'di balik tadbir' (langsir atau

7

kain batik) iaitu sempadan yang memisahkan lelaki dan wanita. Mereka duduk sejajar atau kelompok secara berselerak mengikut keselesaan masing-masing. Seh Gendang Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil "tukang gendang" atau "seh gendang". Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah. Menopeng

Gambarajah 2.1 Menopeng Istilah "menopeng" sebenarnya bermaksud bermain topeng. Ini bermakna ketika menari, masyarakat Melayu Sarawak zaman dahulu memakai topeng. Untuk menggantikan topeng yang sebenamya, lelaki yang menari tadi menutup keseluruhan muka dan badannya dengan kain batik atau pelikat. Pasangannya juga memakai topeng.

8

Bertandak Kadang-kadang aktiviti ini disebut sebagai "bertandak". Bertandak bermaksud menari. Demikian sesetengah tempat menyebutnya sebagai bertandak. Oleh kerana mereka menari dengan menutup muka, maka penari-penari lelaki tadi disebut sebagai "topeng". Sebutan ini kekal hingga ke hari ini. Tujuan penari lelaki menari dengan menutup muka dan badan mereka ialah untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Sesetengah mereka memang pemalu dan segan untuk memperaga diri di khalayak ramai apatah lagi sambiI menari. Dia cuma dapat melihat seh gendang dan anak dara lain di balik tabir melalui celah-celah kain tadi. Bagi yang tidak begitu pemalu, mereka akan menari dalam keadaan biasa-terbuka. Fungsi Gendang Melayu Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan. Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang. Bila bergendang?

Gambarajah 2.2 Bergendang Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu; -Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis

9

bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya. -Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi "disandingkan" di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan. Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga. Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, anak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka. -Bergendang sebelum majlils perkahwinan Biasanya, di kampung-kampung Melayu, semangat bergotong-royong masih kental. Kerja-kerja di majlis kenduri dikendalikan secara gotong-royong tanpa sebarang upah. Bahkah ia menjadi satu keseronokan. Seminggu sebelum majlis perkahwinan, telah diadakan aktiviti berduruk atau bergotongroyong. Pemuda-pemudi akan bergotong-royong mencari kayu di hutan untuk membuat bale atau balai, tempat memasak, mengetong atau menongkat rumah, mencari kayu api, meminjam peralatan dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong-royong mengunting kelambu dan mendirikan pelamin. Untuk memeriahkan majlis serta menghilangkan keletihan, majlis bergendang akan dilangsungkan pada sebelah malamnya. Sehari sebelum majlis persandingan, pemuda-pemudi akan berkumpul di rumah pengantin perempuan atau pengantin lelaki untuk membuat persiapan. Mereka akan melapah lembu, memotong ayam, mengupas bawang, menggilis kari, mengukur nyiur dan sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. la amat meletihkan tetapi seronok. Untuk menghilangkan rasa mengantuk, letih dan bosan, majlis bergendang atau menopeng diadakan. Pemuda-pemuda yang bekerja tadi akan bertandak atau menari sekali-sekala untuk melepaskan penat dan bosan. Selepas itu, mereka akan menyambung semula kerja sambil rakan lain pula bertandak. Dengan cara ini, kerja-kerja akan cepat beres dan rasa bosan dapat dielakkan. Majlis akan diteruskan sehingga kerja-kerja yang dilakukan itu selesai. -Bergendang pindah ke rumah baru Rumah orang Melayu dahulu dibina dengan kayu. Selain memberi kesempatan untuk muda-mudi bersuka ria pada malamnya, kerana tidak terlibat secara total ketika majlis doa selamat diadakan pada

10

waktu siang tadi, majlis bergendang mempunyai tujuan lain. Salah satu sebab mengikut orang tua-tua adalah untuk menguji ketahanan rumah tersebut. Pemuda yang menari ini agak lincah juga walaupun tidak selincah tarian muda-mudi pada zaman sekarang. Ketika menari, kita akan berasa rumah itu bergoyang kerana binaannya kurang kukuh (utuh). Sekiranya binaan utuh dan mempunyai semar yang cukup rumah itu tidak akan bergoyang dengan kuatnya. Inilah tujuan lain majlis itu diadakan. -Bergendang sebagai majlis publisiti Selain itu, bergendang juga diadakan untuk mengongsikan sesuatu kejayaan bersama-sama jiran tetangga. la membolehkan semua orang gembira dengan apa saja kejayaan yang diraih. Kejayaan ini termasuklah bertunang, mendapat laba atau anak baru dan sebagainya. Selalunya ia diadakan setelah doa selamat selesai dibaca. Dengan ini, masyarakat sekitar akan maklum tentang perkara yang berlaku di dalam kampung sekaligus berkongsi kegembiraan tersebut. Peralatan Bergendang i. Gendang Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian, menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang disimpai atau diketatkan dengan rotan

11

dan sidak.

Gambarajah 2.3Gendang Sarawak ii. Sidak: Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar bunyi gendang itu kuat ketika dipukul. Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambingakan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar diperolehi. iii. Biola :

12

Gambarajah 2.4 Bermain biola Biola diperlukan sekiranya ada penggesek. iv. Akordian : Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada atau tidak ada yang mahir menggesek biola. Gong : Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk berpadu irama dengan paluan gendang.

Gambarajah 2.5 Gong v. Tabir :

Tali yang direntang melintang untuk meyidai kain batik atau sebagainya, bagi menyempadani kaum wanita dan lelaki.Tabir ini dua tingkat. Tingkat pertama setinggi tiga kaki dari lantai untuk menutup bahagian bawah. Tingkat kedua menutup bahagian atas dengan memberi ruang dua hingga tiga kaki di antaranya, untuk melihat apa yang berlaku di dalam atau di luar tabir. Bagaimanapun, keadaan tabir berubah mengikut masa. Pada zaman dahulu, tabir ini tidaklah terbuka begitu luas. Di antara tabir atas dan tabir bawah, cuma sekaki jaraknya. pemandangannya juga begitu terhad. Tetapi selepas hari ini, ruang itu semakin luas. Tertib Bergendang Bergendang mempunyai tertibnya tersendiri. Sekiranya kita melanggar tertib atau peraturan ini, kita dianggap kurang sopan dan boleh menimbulkan perselisihan. a. Memulakan majlis Majlis dimulakan dengan seh gendang dan penggesek biola mengalunkan irama tanpa pantun. Ketika inilah topeng boleh mula masuk bertandak. Apabila topeng sudah bertandak, seh gendang akan melafazkan pantun. Biasanya pantun akan ditujukan kepada topeng yang masuk menari tadi. Contohnya:

13

Api apa di Tanjung Batu, Api Pak Jenal tukang perahu, Anak sapa bertandak itu, Rupa kenai nama sik tau. b. Memotong giliran Apabila ada pasangan lain yang hendak masuk menari, mereka mesti masuk secara betul. Kalau silap, mereka mungkin menimbulkan perselisihan faham. Biasanya pasangan baru boleh memotong apabila pantun sudah habis rangkapnya. Jangan memotong ketika seh gendang belum habis pantunnya iaitu ketika beliau melafazkan pembayang maksud pantun. Contohnya pantun ini: Asam paya buah di hutan, Dalam sepompong masak sebiji, Sungguh kacak wajahmu tuan, Dalam kampung payah dicari. Sekiranya kita potong di tengah-tengah pantun ini, pasangan pertama tadi akan berkecil hati kerana pantun itu ditujukan khas untuk mereka. Apabila hendak memotong, kita mesti bertepuk tangan sebagai isyarat hendak memotong. Pasangan pertama akan tahu ada orang hendak memotong dan mereka mula beredar. Ia juga sebagai isyarat kepada seh gendang agar menukur pantun untuk topeng yang baru masuk. c. Cara Menari

Gambarajah 2.6 Salah satu cara tarian

14

Terdapat pelbagai cara menari ketika menopeng. Cara biasa ialah melangkah ke hadapan dan ke belakang serentak, bagi pasangan yang menari dengan tangan dihayun secara sederhana seperti dalam rajah A. Apabila salah seorang pasangan mahu menukar posisi, dia akan memberi isyarat kepada rakannya dengan menggangkat bahagian sikunya·tinggi sedikit sambil berpusing. Ada kalanya, pasangan itu akan memberi isyarat untuk berpusing dengan dia melangkah ke arah bertentangan seperti rajah B. Apabila rakan kita menukar cara bertandak, pasangannya mesti mengikut agar tampak seragam. Kadang-kala rakannya mengubah langkah dengan bercekak pinggang sambil menyembang dan membongkok seperti kapal berpusing, pasangannya mesti ikut sarna. Sejenis tarian yang agak menarik ialah tandak sasi. Tandak sasi dilakukan dengan meletakkan kedua-dua belah tangan bersilang ke belakang sambil penari membongkok. Mereka akan berpusing separuh bulatan ke kiri dan kanan dan kadangkadang satu bulatan penuh secara bertentangan dengan pasangan mereka. Mereka bersiuk ke kanan dan ke kiri seperti ayam jantan yang hendak bersabung. Tumit kasut dengan hujung kasut dihentak berselang-seli dengan cepat dan berbunyi kuat tetapi penuh tertib untuk mengiringi rentak gendang. Ada kalanya mereka bercekak pinggang. d. Menyidak Gendang Sebelum majlis bergendang bermula, gendang perlu disidak atau ditegangkan. Ada kalanya doa dibaca ketika menyidak gendang, khusus untuk menghindari majlis daripada segala intangan. Gendang yang dipalu atau dipukul oleh seh gendang akan menjadi lembik setelah berjam-jam dipalu. Untuk menengangnya, seh gendang menyuruh salah seorang topeng menyidaknya semula. Di sinilah topeng mesti ada kemahiran. Sekiranya gendang yang disidak tadi lembik bunyinya apabila dipukul, ia akan memalukan topeng tadi. Topeng yang tidak biasa akan menghindarkan diri daripada mencari bala. Apabila seh gendang mahu berhenti menyidak gendang, dia akan memberi isyarat dengan pukulan gendang. Pukulan gendangnya akan lebih cepat dengan lebih banyak bunyinya "pak" nya. Dia akan berhenti berpantun. Itu isyarat yang melarang topeng daripada masuk bertandak. Ada kalanya si gendang menggunakan pantun untuk memberitahu topeng yang mereka mahu berehat dan menyidak gendang. e. Bermukun Bermukun bermaksud berbalas pantun. Aktiviti bermukun biasanya diadakan pada penghujung aktiviti bergendang. Ia dimulakan dengan seh gendang mendendangkan pantun: Bukan mukun sebarang mukun Mukun kamek berisi beras, Bukan pantun sebarang pantun, Pantun kamek minta dibalas.

15

Daripada makna pantun itu, kita tahu bahawa seh gendang mahu pantunnya dibalas oleh penari lelaki atau topeng tadi. Apabila topeng membeli pantun tersebut, maka terjadilah jual beli pantun dengan irama gendang, gesekan biola serta rentak tarian yang tersendiri. Aktiviti bermukun ini kadangkala berlarutan hingga ke subuh apabila seh gendang dan si topeng tidak mahu mengaku kalah. f. Berzapin Kalangkala aktiviti bergendang disusuli dengan aktiviti berzapin. Berzapin biasanya dilakukan pada larut malam. Untuk menukar irama gendang dan rentak tari, seh gendang akan memukul gendangnya dengan rentak zapin. Topeng yang mendengar rentak ini juga akan menukar rentak dan cara tarinya dengan bentuk zapin. lnilah keunikan dan kemahiran yang dipusakai oleh orang melayu yang mempunyai maksud yang tersirat. Irama Pantun lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun orang tua-tua ahulu mempunyai irama yang di sebut Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang, Air Pasang dan Lela Majnun. Contoh irama Labuan: Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut, Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh, Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut, Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh Contoh irama Asam Paya: Asam paya buah di hutan, Dalam sepompong masak sebiji, sungguh kacak wajahmu tuan, Dalam kampung payah dicari Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang: Apa dijeruk buah belimbing, Kurang masin tambahlah garam, apa dijenguk di luar dinding, Kalau sudi masuklah ke dalam.

16

Satang kecil si Satang besar, Sama timbal Pulo Sempadi Dari kecil sampai ke besar, Belum pernah memungkir janji. Sudah pasang air di laut, Obor-obor tidak bertulang, Sudah datang malaikat maut, Dalam kubur rasa nak pulang. Api apa di Tanjung Batu, Api Pak Jenal tukang perahu, Anak siapa sidak dua itu, Rupa kenal nama tak tahu. Sudah datang kapal sepeti, Singgah di pasar membeli benang, Sudah datang si buah hati, Perut lapar menjadi kenyang. Ke darat berlumba kuda, Ke Satok Jambatan Gantung, Bila kulihat wajah kekanda, Hati beramuk dengan jantung. Pantang Larang Terdapat beberapa pantang-Iarang ketika hendak mengadakan majlis bergendang. Ia dilihat sebagai menghormati agama, jiran dan suasana. Oleh itu, pada malam Jumaat majlis bergendang biasanya tidak akan diadakan sebagai menghormati malam tersebut. Begitu juga pada malammalam yang sepatutnya diadakan majlis keagamaan seperti bulan Ramadan, Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj. Sekiranya ada saudara mara dalam kampung atau kampung-kampung berdekatan terkena kematian, sakit tenat dan halhal yang sedih, bergendang tidak akan dilangsungkan bagi menghormati jiran dan suasana. Begitu jugalah apabila terdengar azan subuh, majlils bergendang mestilah diberhentikan.

17

Yang Menarik Ketika Majlis Bergendang Terdapat beberapa insiden atau perkara-perkara lucu yang sering terjadi ketika majlis bergendang. Hal-hal begini berlaku pada zaman dahulu. Ini dapat kita kaitkan dengan aktiviti berbentuk hiburan pada zaman dahulu yang berkurangan. Ini menyebabkan perasaan suka dan gelorat (melonjak-Ionjak) untuk mendapatkan hiburan timbul dan mewujudkan suasana yang menghiburkan dan kadang-kadang lucu. i. Bercampak

Bercampak bermaksud membaling (mencampak). la bermaksud mencampak sesuatu ke dalam tabir ketika menari. Untuk itu, para topeng kadangkala akan mencampak wang syiling ke dalam tabir kerana terlalu seronok dipuji oleh she gendang dengan pantun-pantun yang menikam perasaan. Kadangkala, topeng akan menyidai wang kertas di tabir sambil menari. Wang ini akan dikumpul oleh tuan rumah dan akan diserahkan kepada seh gendang pada akhir majlis. Peristiwa bercampak ini jarang berlaku. ii. Berenang menyeberang sungai Oleh kerana keinginan untuk hadir ke majlis bergendang, topeng sanggup menyeberangi sungai dengan berenang, sekiranya rumah tersebut berada di seberang sungai dan tidak ada perahu untuk ditumpangi. Mereka akan berenang dengan meletakkan pakaian di atas kepala. Apabila mereka hendak balik pada subuhnya, mereka akan meminjan perahu tanpa memberitahu tuan punya perahu yang terdapat di pangkalan untuk menyeberangi sungai. iii. Lela Suara Lela Suara bermaksud kemerduan suara seh gendang. Ada yang mengaitkan kemerduan ini dengan jampi serapah dan amalan tertentu memakan sirih jampi tiga kemoyang. Kemerduan suara inilah selalunya memikat hati topeng hingga sanggup datang dari jauh untuk hadir ke majlis tersebut. iv. Pakaian Pakaian topeng pada zaman dahulu, pelbagai. Terdapat topeng, yang memakai seluar dan baju tuwit (tweed), baju pelanin, bengkung, kasut lenet dan coir (sapu tangan di saku baju). Tidak kurang pula yang berpakaian kebangsaan. Tetapi yang lebih menyeronokkan ialah topeng akan berbekal dua tiga pasang baju untuk menghadiri majlis bergendang. Mereka akan menukar pakaian sepanjang majlis itu agar sentiasa kelihatan segak.

18

Gambarajah 2.7 Gendang kebiasaannya dimainkan oleh kaum wanita

3. Makyong

19

Gambarajah 3.1 Tarian Makyong Pengenalan Negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai jenis tarian tradisional yang diwarisi turun temurun sejak zaman berzaman dan kini menjadi seni kebanggaan negara kita. Antara permainan tarian yang masih lagi mendapat perhatian dan sambutan daripada penduduk setempat ialah makyong, wayang kulit, menora, main petri, wau, gasing, kertuk, rebana ubi dan lain-lain lagi. Di kalangan masyarakat silam, kebanyakan tarian ini dipersembahkan pada waktu kelapangan sebagai salah satu cara untuk menghibur dan juga di majlis-majlis perayaan seperti sambutan hari keputeraan diraja dan upacara perkahwinan. Adakalanya sesetengah daripada tarian ini dipersembahkan ketika menyambut kedatangan pemimpin ataupun meraikan majlis bersejarah. Makyong merupakan salah satu tarian tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini ianya dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan selepas sahaja orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Makyong dapat didefinisikan sebagai satu bentuk drama-tari Melayu yang mengabungkan unsurunsur ritual, lakonan dan tarian yang ‘distailais’, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Pattani dan Kelantan.

20

Persembahan makyong biasanya dimainkan atau dilakonkan oleh sekumpulan pemain yang profesional. Kumpulan Sri Temenggung merupakan kumpulan yang terawal dan termasyur di Kelantan. Lain-lain kumpulan yang wujud selepas itu termasuklah kumpulan Tiong Emas, Kumpulan Hiburan Dagang dan banyak lagi kumpulan-kumpulan yang terkenal. Kebiasaan dalam Persembahan Makyong Persembahan makyong biasanya berlangsung selama tiga atau lima malam, dimulai lebihkurang pada pukul 8.30 malam dan berakhir hingga lewat tengah malam. Ada juga cerita memakan masa selama 45 malam iaitu cerita ‘Anak Raja Gondang’. Dalam semua persembahan makyong beberapa perkara yang menjadi kebiasaan haruslah diperhatikan. Penyediaan panggung hendaklah dibina terlebih dahulu. Panggung atau bangsal makyong ini dibuat dari buluh atau kayu. Panggung ini mestilah dalam keadaan pentas yang terbuka agar penonton mendapat keselesaan menontonnya. Lantainya pula dihampar dengan tikar. Ukuran panggung lebih kurang 12 kaki lebar dan 16 kaki panjang. Ketinggiannya antara tiga kaki atau lima kaki dimana ia dapat memenuhi kehendak penonton melihat dengan jelas. Orkestra yang mengiringi muzik diatur rapi mengikut susunan. Biasanya pemain rebab duduk di sebelah timur berhampiran tiang tengah atau tiang seri. Kedudukan ini bagi membolehkan pelakonpelakon wanita mengadap ke sebelah timur dalam tarian pembukaan iaitu ‘Mengadap Rebab’. Lain-lain kebiasaan ialah yang berhubung dengan acara memulakan permainan orkestra dan beberapa pantang larangnya. Alatan lain selain rebab tidak boleh dibunyikan dahulu. Semasa persembahan, semua pelakon mestilah berada di atas pentas. Didalam persembahan makyong, biasanya terdapat peralatan seperti rotan yang melambangkan tongkat atau keris kesaktian raja. Rotan digunakan sebagai isyarat raja kepada pelakon lelaki supaya tidak berkelakuan melebihi batas atau supaya menjaga kesopanan. Ini dilambangkan dengan raja mengangkat rotan sama paras dengan bahunya dan dijatuhkan lurus ke paras lutut. Padamasa dahulu setiap persembahan yang hendak dijalankan terlebih dahulu acara memadah atau menjemput pasukan yang dikehendaki supaya memberi persembahan diadakan. Ini biasanya untuk menyambut majlis perkahwinan atau upacara ritual. Memadah ini hendaklah dilakukan dengan penuh adat sopan di mana ‘tuan rumah’ menjemput sesebuah pasukan dengan menghantar pulut kuning terlebih dahulu. Tetapi sekarang tidak lagi diamalkan hanya memadai dengan meninggalkan duit cagaran sahaja. yang dipersembahkan

21

Muzik dan Peralatan. Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsifungsi seperti berikut:

Gambarajah 3.2 Rebab

Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton. Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap-tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.

• •

Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Peralatan muzik Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.

Rebab 3 tali

Rebab 2 tali

22

Pemalu gong

Gong ibu dan anak

Canang

Penggosak Rebab

Serunai

Cara memainkan rebab

Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang. Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh. Alat-alat Pembukaan Panggung Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar. Cara Makyong dimainkan

23

Setelah segala-gala peralatan seperti telah disediakan, ia kemudiannya diletakkan dihadapan Tok Bomoh dan dibaca mentera-menteranya sambil diiringi dengan geseran rebab yang perlahan-lahan hingga sampai kekemuncak dan disertai dengan semua alat-alat muzik yang lain seterusnya.

Gambarajah 3.3 Gambar penari-penari makyong Setelah upacara pembukaan panggong telah selesai, lagu bertabuh, dimulakan dengan diikuti dengan lagu-lagu yang lain tanpa nyayian. Kemudian lagu makyong (Sang Gendang) dinyanyikan. Serentak dengan itu, Pak Yong akan turun sambil diiringi oleh Mak Yong yang berada di belakang dan terus duduk. Acara yang diikut kemudiannya ialah permainan lagu mengadap rebab yang dinyanyikan oleh Pak Yong serta diikut dengan Dondang-Dondang yang dinyayikan oleh Mak Yong beramai-ramai yang berfungsi sebagai pemuzik. Setelah itu diikuti dengan lagu-lagu Kabar Ke Abang(Se Dondang Makyong) dengan tarian-tariannya sekali, lagu Jarah Bilik Awang(Sedayong Pak Yong) yang dinyanyikan oleh Pak Yong, lagu Kisah Barat yang juga dinyanyikan oleh Pak Yong. Dan akhirnya lagu Barat Anjor dinyanyikan.

24

Selepas itu pengasuh-pengasuh akan dipanggil dengan menyanyikan sebuah lagu yang dinamakan lagu Barat Cepat. Kemudiannya Raja dan Perang akan menyanyikan lagu Berkabar. Selepas itu pengasuh iaitu Awang akan keluar dengan menyanyikan salah sebuah lagu Saudara ataupun lagu Sindong. Ini diikuti oleh upacara pengasuh kedua keluar dengan Barat Cepat. Kedua-dua pengasuh kemudiannya berjalan dengan menyanyikan sebuah lagu Saudara. Perang kedua kemudiannya keluar mengadap Raja. Raja akan menyanyikan lagu Pak Yong Muda Kabar sambil memberitahu kepada kedua-dua pengasuhnya supaya mengadap ayahanda Tengku Puteri Ucana Muda Raja dan menyuruh pengasuh pertama supaya memanggil isterinya mengadap. Setelah isterinya mengadap, Raja berkata bahawa dia hendak balik dalam negerinya. Sebelum Raja Gunung Beritan berangkat, baginda berpesan kepada menantunya Raja Bongsu Sakti, jika anakanda sampai ke Telok Mati Angin Pulau Mati Anak jangan sekali anakanda berhenti di situ kerana di situ ada seekor Jin Selangkah Tunggal yang selalu mengacau orang-orang yang lalu di situ.

Gambarajah 3.3 Setelah itu Raja dan angkatannya keluar dari istana dengan menyanyikan lagu Barat dan lagu Belang-belang Berjalan. Apabila sampai di laut lalu semuanya naik ke atas kapal. Maka layar dinaikkan dan sauh diangkat sambil puja memuja kepandaian masing-masing. Penari-penari yang ada di dalam pelayaran itu kemudiannya menari dan menyanyikan lagu Mengulik Burung Jerijik beramai-ramai dan kedua-dua pengasuh akan bermain wayang kulit. Suasana di atas kapal itu begitu meriah sekali. Tiba-tiba kapal itu berhenti. Raja mengarahkan anak-anak kapalnya supaya mengayohkan kapal itu, tetapi tidak juga bergerak. Kemudian dicuba pula untuk mengalah, juga tidak bergerak. Akhirnya Raja ber0pesan kepada anak-anak kapalnya supaya bersiap sedia dan memasang talong kecil dan besar supaya berjaga-jaga. Raja dapat mengetahui bahawa ini adalah angkara Jin Selangkah Tunggal. Tiba-tiba Jin Selangkah Tunggal membuat kelumunannya dengan menghembus asap daripada mulutnya kepada kapal Raja. Disebabkan oleh asap itu maka semua anak-anak kapal dan Raja itu telah jadi mengantuk lalu terus tertidur.

25

Setelah itu Jin Selangkah Tunggal telah membawa lari Tuan Puteri Ucana Muda ke Gua Batu sambil menyanyikan lagu Perang. Apabila Tuan Puteri Ucana Muda tersedar daripada tidurnya ia lalu menjerit ketakutan melihat Jin Selangkah Tunggal dan ia menyumpah-yumpah akan Jin itu. Lalu Tuan Puteri berkata kepada Jin itu bahawa kalau ia seorang yang berani kenapa ia membawa dirinya lari kalau sekadar ingin menjadikan dirinya seorang isteri kerana ia lebih rela mati daripada menjadi isterinya. Kemudian Tuan Puteri menyuruh Jin itu menghantar semula dirinya ke kapal itu. Tetapi Jin itu hanya ketawa terbahak-bahak sehingga bergegar di dalam Gua Batu itu. Tersebutlah kisah ada seekor Amir Putih Raja Kera yang sedang bertapa di atas Gunung Tersinar. Dia telah ternampak Jin itu membawa lari Tuan Puteri Ucana Muda itu daripada kapal Raja, lalu ia terbang ke Gua Batu untuk mendapatkan semula Tuan Puteri Ucana Muda. Apabila ia sampai ke Gua Batu, pergaduhan yang sengit di antara Jin Selangkah Tunggal dengan Amir Putih Raja Kera. Tetapi malang bagi pihak Amir Putih Raja Kera kerana ia tidak mampu untuk mengalahkan Jin itu. Setelah menyaksikan pergaduhan itu, lalu Tuan Puteri berkata kepada Amir Putih Raja Kera supaya jangan meneruskan pergaduhan itu, sebaliknya ia memberi gelang tangannya kepada Amir Putih Raja Kera dan menyuruhnya lekatkan gelang itu di ekornya dan pergi di atas kapal suaminya, Raja Bongsu Sakti. Ia menyuruh Amir Putih Raja Kera memberitahu kepada suaminya bahawa ia ada di sini dan suruh suaminya datang dengan segera untuk menyelamatkannya. Lalu Amir Putih Raja Kera pun terbang menuju kepada kapal Raja Bopngsu Sakti dan ia terus menaiki kapal itu. Digoncang olehnya tiang kapal itu sekuat-kuat hatinya untuk mengejutkan anak-anak kapal serta Raja itu tetapi usahanya gagal sama sekali. Ia dapat mengagak ini tentu angkara Jin Selangkah Tunggal. Dengan menggunakan saktinya dan meniup, ia telah dapat mengejutkan semua anak-anak kapal dan Raja di dalam kapal itu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila mereka menyedari bahawa Tuan Puteri Ucana Muda telah hilang daripada kapal itu. Dalam keadaan yang kecoh itu, Amir Putih Raja Kera telah mengoncangkan tiang layar kapal itu sekuat-kuat hati sehingga hendak patah tiang itu hanya untuk memberitahu kepada anak-anak kapal dan Raja itu apa yang telah terjadi kepada Tuan Puteri Ucana Muda.

Gambarajah 3.4

26

Kemudian Raja pun berangkat dengan pengasuh-pengasuhnya ke Gua Batu untuk menyelamatkan Tuan Puteri. Setelah raja sampai kepada destinasinya maka berlakulah satu peperangan yang besar di antara Raja Bongsu Sakti dengan Jin Selangkah Tunggal. Raja Bongsu Sakti telah menggunakan segala kesaktian sehingga Jin tersebut tidak dapat melawannya lagi. Kemudian Jin itu berkata sambil merayu kepada Raja Bongsu Sakti supaya jangan membunuhnya dan ia bersedia untuk mengambil Tuan Puteri dan membawanya kepada Raja Bongsu Sakti. Sebenarnya ini hanyalah satu tipu helah daripada Jin tersebut. Setelah ia pergi mengambil Tuan Puteri itu, ia tidak membawanya kepada sRaja tetapi telah membawa Tuan Puteri itu masuk ke dalam Gua Batu yang lebih dalam lagi. Setelah mengetahui rancangan Jin itu, maka Raja Bongsu Sakti telah turun ke dalam gua yang paling dalam sekali di mana air di dalam gua ini hingga ke paras tengkuk. Maka berlaku satu lagi pergaduhan yang sengit di antara Raja Bongsu Sakti dan Jin Selangkah Tunggal yang mana pergaduhan ini telah berakhir dangan kekalahan di pihak Jin. Sambil merayu Jin itu berkata supaya jangan dibunuhnya dan berilah dia nyawa. Ia sanggup untuk menjadi hamba kepada Raja dan berjanji tidak akan menggangu lagi sesiapa yang lalu ke kawasan itu. Tetapi terdapat satu permintaan daripada Jin itu, iaitu dia hendak merasa masakan mentah yang disediakan oleh Tuan Puteri Ucana Muda. Permintaan ini telah ditunaikan oleh Raja. Setelah semuanya berakhir maka Raja Bongsu Sakti pun membawa naik Tuan Puteri ke atas bersama-sama pengasuh kedua sehingga di depan pintu Gua Batu. Setelah sampai di depan pintu Gua Batu, Tuan Puteri pun mengucapkan dalam bahasa saktinya dengan lagu Barat Cepat seterusnya Sal, lalu keluarlah satu hidangan makanan mentah di dalam talam dan terus diberikan kepada Jin itu. Jin itupun makan dengan lahapnya sambil menyanyikan lagu Hala sehingga habis kesemua makanan itu. Setelah segala-galanya selesai, Raja pun menghalau Jin itu keluar dari situ. Raja dan Tuan Puteri serta Pengasuh kedua itupun kembalilah ke kapalnya dengan menyanyikan lagu Barat Cepat. Apabila sampai sahaja ke kapal, anak-anak kapalnya begitu gembira kerana Raja mereka telah berjaya menyelamatkan Tuan Puteri tersebut. Mereka pun berlayarlah dengan laju menuju ke negeri bondanya. Setelah sampai mereka telah disambut dengan meriahnya oleh segala rakyat jelata di dalam negeri bondanya dengan persembahan-persembahan tarian Asyik, bersilat dan sebagainya yang berkenaan bagi sesuatu majlis Diraja. Serentak dengan itu juga Raja Bongsu Sakti telah dilantik oleh bondanya menjadi Raja bagi negeri Pelenggang Cahaya bagi menggantikan ayahandanya Raja Gondang yang hilang entah ke mana. Tuan Puteri Ucana Muda pula telah dilantik menjadi Tengku Permaisuri. Sesudah itu Perang Tua pun berkata yang dia bersyukur bahawa segalanya telah selamat dan menyuruh semua rakyat jelata yang ada di situ pulang ke rumah masing-masing.

27

Oleh kerana gembiranya hati Raja Bongsu Sakti, beliau menyanyikan lagu Barat Anjor sambil dijawab oleh orang ramai yang terus mengadap ke depan untuk menyembah kepada Raja baru mereka dan diiringi oleh taburan beras kunyit yang dilakukan oleh bomoh. Asal Usul Makyong Mengikut setengah kajian, makyong ini berasal dari Sumatera dan amat popular sebagai permainan di dalam istana dan diasaskan oleh orang Batak. Oleh kerana itulah dalam hikayat makyong selalu disebut ‘Maharaja Batak’ dan sebagainya yang ada kaitan dengan nama-nama kaum di Sumatera. Sejarah Makyong memang panjang tetapi wajarlah disebut di sini, apabila berlaku peperangan di Sumatera, salah seorang raja yang tewas akan melarikan diri. Dalam rombongan itu ada pemain makyong dan pasukannya. Rombongan itu telah mendarat di Terengganu iaitu di padang Raja, sebab itulah tempat itu dipanggil Padang Raja. Dari sini permainan makyong dipelajari oleh orang Kelantan dan terus berkembang di negeri itu. Permainan makyong adalah permainan istana. Setiap kali raja hendak bermesyuarat terlebih dahulu dipersembahkan permainan makyong ini. Asal Usul Dewa Muda Dewa Muda telah dilahirkan setelah isteri Raja Jawa iaitu Tuan Puteri Selindung Bulan memakan pinang yang diidamkan olehnya. Pinang itu telah dicari oleh pengasuh yang didapati di dalam lautan yang mana buah pinang ini hanya sebelah sahaja. Cerita Dewa Muda Sesudah Dewa Muda dewasa, beliau telah mendapat satu alamat mimpi di mana di dalam mimpinya ia berjumpa dengan seorang tua yang menyuruh beliau mengikutnya ke suatu tempat yang tertentu. Kalau Dewa Muda tidak mahu mengikutnya, maka ia akan mendapat bahaya. Dewa Muda mengikut alamat di dalam mimpinya walaupun ia telah di larang oleh ayahandanya. Di situ Dewa Muda telah mendirikan sebuah istana yang dinamakan Istana Kedil yang hanya didiami oleh Dewa Muda dan seorang pengasuhnya. Di tempat inilah Dewa Muda telah disudi oleh Tuan Puteri Rakna Mas yang mengakibatkan Dewa Muda telah terkena jeratnya sendiri yang dipasang semasa memburu kijang. Oleh sebab itu Dewa Muda telah tersesat di dalam hutan. Dewa Muda sekali lagi disudi oleh Tuan Putera Rakna Mas semasa Dewa Muda hendak meminum air di kolam mengakibatkan Dewa Muda terpaksa mengikut semua kata-kata yang ditulis oleh Tuan Puteri Rakna Mas di atas kelopak bunga. Dewa Muda ingin membunuh diri apabila

28

ayahandanya tidak mahu memberikannya wau kerana wau itu dapat melepaskan niat Dewa Muda. Akhirnya dengan pujukan dari Dewa Muda, ayahandanya berlembut hati juga untuk memberikannya wau itu. Lalu pergilah Dewa Muda kepada Tuan Puteri Rakna Mas untuk menunaikan hajatnya. Semasa sakit, Tuan Puteri Rakna Maslah yang merawat Dewa Muda dan apabila sembuh mereka berdua pun berkahwin. Cerita ini selesai dengan perkahwinan itu.

4. Tarian Joget

29

Gambarajah 4.1 Tarian Joget Pengenalan Tarian Joget amat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan mudah untuk dipelajari. Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, Tarian Joget Lambak begitu terkenal . Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Asal-usul Tarian Joget Tarian Joget dipercayai berasal dari tarian Kaum Bugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagulagu seperti Jngkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai “ronggeng” asal daripada perkataan “wrong geng” kerana ditarikan secara berpasangan iaitu lelaki dan wanita.

30

Cara Persembahan Dalam Tarian Joget, gerak geri kaki lebih penting dari pergerakan tangan.Tempo Tarian Joget yang sederhana ialah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri daripada orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget. Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar barjoget dengannya. Tetapi dalam persembahan Joget diatas pentas terdapat tiga atau empat pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan. Contoh langkah Tarian Joget

× SETEMPAT – Dilakukan setempat ↑↓ MAJU – Bergerak ke hadapan dan undur semula

31

BULATAN – Dilakukan dalam bulatan kecil. Dimulakan dengan arah kanan lakukan juga pada kiri

arah

╗╔ BENTUK L – Bergarek ke hadapan dan undur ke kiri. Maju ke hadapan sebagaimana mula. Bergerak ke hadapan dan undur ke kanan. Lakukan sebagaimana mula.

MAJU DAN BULATAN SETAMPAT – Maju ke hadapan lau membentuk bulatan setempat. Undur semula dan membentuk sekali lagi bulatan

.

S TERBALIK – Bergerak ke hadapan. Membentuk C terbalik dengan setengah jarak pada pergaaerakan pertama dan balas balik dengan bentuk C.

32

BENTUK D – Bergerak ke hadapan dan membentuk bentuk C terbalik iaitu kembali ke bentuk asal. Bergerak ke hadapan dan buat bentuk C juga balik ke tampat asal.

BENTUK L SEKALI – Bergerak ke arah hadapan dengan kiraan empat ke arah kiri dan undur dengan kiraan empat. Undur semula dengan cara pusingan ke tempat kedua dan buat bentuk C untuk kembali ke tempat asal.

MAJU BULATAN DAN S TERBALIK – Maju ke hadapan kemudian buat bulatan setempat dan pergerakan kedua buat C terbalik lalu dibalas dengan C sampai ke tempat asal.

33

PETIK – Buat bulatan dengan tangan kanan ke bawah manakala tangan kiri ke atas. Balas ke kiri dengan tangan kanan ke atas dan tangan kiri ke bawah.

TERANCANG – Tangan kanan dan kiri mencekak pinggang. Dengan keadaan melompat kaki kanan ke hadapan lalu dimasukkan secara bersilang pada kaki kiri. Ulang pada kaki kiri disilang pada kaki kanan pula.

GILA-GILA – Tangan mencekak pinggang, kaki kanan sentiasa disilang kiri dan kaki kiri sentiasa disilang ke kanan.

BENTUK V – Tangan kiri dan kanan mencekak pinggang sambil kaki kanan diangkat. Buat pergerakan 45 darjah diikuti kaki kiri. Buat berulang. Undur semula. Buat sebagaimana permulaan Cuma tukar kea rah kiri 45 darjah.

34

TERANCANG KIRI KANAN – Tangan kanan dan kiri mencekak pinggang. Pusing kanan 90 darjah gerakan kaki kanan disilang pada kaki kiri. Pusing 90 darjah lagi, gerakan kaki kiri disilang pada kaki kanan. Buat seterusnya sampai ke tempat asal. Habis empat arah balas semula dan pergerakan masih sama. Pakaian Joget Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping. Sementara pakaian bagi penari wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepalanya. Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget

5. Tarian Poco-Poco

35

Gambarajah 5.1 Tarian yang popular pada masa kini. Pengenalan. Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ini adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain. Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan. Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru

36

lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan dalam tarian ini. Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan, tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan.

Gambarajah 5.2 Tarian poco-poco yang ditarikan oleh kakitangan polis Bermula di majlis-majlis yang dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja dan para VIP, Poco-poco tarian yang dianggap eksklusif untuk golongan atasan itu akhirnya menjadi ikutan di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Mendengar intronya yang bergemerencing, dengan irama mirip muzik reggae, boleh membuatkan kepala dan kaki bergerak. Lantas suara Yopie Latul melantun ke seluruh ruang. "Balenggang pata-pata, (Jalannya berlenggang) Ngana pe goyang... pica-pica, (Goyangan badan mu... lincah) Ngana pe bodi... poco-poco, (Tubuhmu yang berisi dan lincah) cuma ngana yang kita cinta, (Hanya kamu yang ku cinta) cuma ngana yang kita sayang, (Hanya kamu yang ku sayang)

37

cuma ngana suka bikin pusing. (Hanya kamu suka buat aku pening)..." Demikian rangkap pertama lagu poco-poco yang tariannya terkenal bukan sahaja di kalangan dewasa, bahkan juga kanak-kanak di seluruh Malaysia pada masa kini. Asalnya ialah sejenis tarian tradisi yang diperturunkan oleh nenek moyang masyarakat Yospan di daerah Papua dan juga masyarakat Wayase di daerah Ambon. Gerak tubuh yang berbeza antara dua masyarakat ini akhirnya dicantum dan dikembangkan tanpa nama dan lebih dikenali sebagai 'tarian ramai-ramai' . Nama poco-poco itu ditampilkan oleh seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette. Beliau melihat seorang gadis sedang menari tarian itu dengan lincah di satu pesta. Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah, terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco. Arie menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah. lagunya yang turut dinamakan poco-poco. Setelah Arie berhijrah ke Jakarta pada tahun 1995, lagunya popular ke seluruh Indonesia apabila dinyanyikan pula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul. Poco-poco bukan sekadar tarian biasa. Berasal dari daerah kecil Ambon di bahagian Sulawesi Utara, Indonesia, tarian ini digemari oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia. Daripada kanak-kanak, dewasa, nenek, ketua-ketua jabatan dan juga golongan VIP, ia menembusi segenap kampung dan daerah, pejabat-pejabat, hotel berbintang dan seluruh Malaysia. Tidak cukup dengan itu, ia juga dibariskan sebagai satu agenda untuk titipan kenangan manis di penghujung majlis. Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, jika pun anda sekeras kayu, sekurang-kurangnya langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing. Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal.Bagaimanapun, menurut isteri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Ibu Made Darsini Rusdihardjo, gerakan poco-poco bukanlah terhad kepada enam langkah itu sahaja, tetapi dikembangkan dengan dinamik hingga kini wujud sekitar 50 gerakan. Malah iringan muziknya juga beraneka. Ada yang berentak dangdut, poco-poco house music (disko) dan juga cha cha "Tarian ini selalunya dijadikan sebagai alat untuk mengukuhkan perpaduan. Malah, sebelum popular, ia juga diketahui ramai apabila dibawa keluar dari Ambon oleh pasukan tentera yang pernah bertugas di sana. Mereka menarikannya sebagai satu cara berhibur beramai-ramaibagi mengubati kesunyian kala berjauhan daripada keluarga. Ia menjadi satu budaya di jabatan-jabatan kerajaan atau persatuan yang

38

ramai ahlinya dengan satu tujuan, iairumenger:i:ill silaturahim. Ini kerana, keasyikan menari poco-poco ialah apabila setiap penari yang berbaris dalam satu barisan dapat menyamakan langkah mereka mengikut rentak. Ia umpama line dance yang banyak menerapkan unsur tarian-tarian rakyat dari negara Latin dan Barat.

Gambarajah 5.3 Tarian ini ditarikan di majlis kenduri Dahulu sebelum adanya poco-poco, ada 1agi satu tarian yang diselitkan sebagai line dance di Indonesia, iaitu Sajojo. Bagaimanapun; tarian asal dari Papua ini hanya dikenali di Indonesia sahaja. Tidak seperti poco-poco yang popular hingga ke peringkat antarabangsa. Kini, ia bukan sekadar satu tarian tradisi, tetapi atas daya kreativiti sesetengah pihak. poco-poco dijadikan sebagai salah saru gerakan senamrobik. Muziknya disusun agar kedengaran lebih rancak dan bertenaga. "Pergerakan yang diulang-ulang selama lebih 20 minit itu mampu mengeluarkan peluh dan menjadi senaman yang baik buat mereka yang kurang bertenaga" jelasnya. Ibu Made berpendapat, ia juga telah berjaya membuka pintu rezeki buat tenaga pengajar poco-poco sama ada versi tarian atau pun versi senamrobik. Oleh kerana tarian ini sering menjadi alat penghubung dan pengerat silaturahim antara diplomat Indonesia dan diplomat asing. ia menjadi satu acara terpilih billit mereka yang memperkenalkan kebudayaan Indonesia.Ber mula di majIis-majIis yang dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja dan para VIP, tarian yang dianggap eksklusif untuk golong atasan itu akhirnya turut menjadi ikatan di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.

39

Gambarajah 5.4 Salah satu maanfaat tarian ini ialah untuk senaman Apatah lagi, dengan adanya persatuan-persatuan seperti Wanita Malindo (Wanita Malaysia-Indonesia) dan Dharma Wanita iaitu persatuan isteri-isteri petugas kedutaan Indonesia di Malaysia, tarian poco-poco menjadi antara aktiviti pilihan mereka sewaktu mengadakan pertemuan. Penangan poco-poco nampaknya bukan hanya sekadar sebuah tarian. Orang boleh lupa dan asyik menari hingga tidak sedar waktu berlalu. Malah, seperti di Indonesia juga, ia semakin popular di kalangan anak muda tempatan apabila dijadikan satu bentuk gerakan senam robik. "Apa yang pasti, menarikan poco-poco tidak sesukar menarikan tarian Bali dan Jawa yang tinggi nilai seni dan estetikanya. Penari tidak memerlukan bakat untuk bergoyang poco-poco. Gerakannya sama dan tetap. Paling utama, kita berasa gembira, sihat, erat dan mesra setelah menari poco-poco," jelas Ibu Made. Membuktikan kata-katanya bahawa ia mudah dipelajari, bersamasama ahli Dharma Wanita, penulis turut sama mengatur langkah bergoyang poco-poco.Ya, mudah bangat! Tetapi sesekali langkah yang diatur pincang juga di permulaannya. Selepas puas menari poco-poco, wanita-wanita ini turut menarikan tarian Sajojo dan Goyang Dombret (Jawa Tengah) dan sebuah tarian rakyat bagi melengkapi pertemuan pada hari itu. Pun begitu tarian ini semakin menular di jabatan-jabatan kerajaan dan juga sektor awam yang lain. Tarian ini lebih kurang senam erobik dan juga ada background muzik nyanyian Yopie Latul (POCO-POCO). Berikut adalah gerakan tarian poco-poco versi hari keluarga jabatan aku yang diedarkan dalam pamplet hari keluarga: Gerakan Poco-poco 1. Bergerak ke kanan dua langkah

40

2. Bergerak semula ke kiri dua langkah 3. Bergerak ke belakang dua langkah 4. Bergerak ke hadapan dua langkah 5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah

Gambarajah 5.5 Salah satu contoh langkah poco-poco

Gambarajah 5.6 Tarian ini dijadikan salah satu acara bagi sesuatu majlis Tarian ini satu hari nanti akan menjadi satu tarian wajib apabila menari di kenduri kawin dan tentunya ini menjadi pesaing sengit joget lambak.Jadi selamat berpoco-poco. Pakaian untuk tarian Tarian ini tidak memerlukan pakaian yang khas, cukup sekadar apa yang kita pakai. Malahan pakaian untuk ke pejabat boleh digunakan. .

41

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->