You are on page 1of 19

Lampiran A

GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR LUAR NEGARA

1.

TUJUAN 1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan tatacara pengurusan kebajikan pelajar yang menggariskan langkah-langkah yang perlu dijadikan panduan kepada pejabat Education Malaysia Malaysia di Luar Negara dalam urusan kecemasan.

2.

LATAR BELAKANG 2.1 Panduan ini disediakan sebagai langkah-langkah bersistematik mengenai kaedah-kaedah dalam pengurusan krisis khususnya ketika berhadapan dengan kejadian bencana alam, kemalangan yang melibatkan kecederaan serta kematian pelajar. Dalam mengendalikan kes-kes tertentu pada masa sekarang, pengurusan krisis dikendalikan mengikut pengalaman serta tindakan pegawai sahaja. Justeru itu, adalah wajar bagi Education Malaysia mempunyai satu manual yang boleh dijadikan panduan ketika menguruskan krisis. Krisis dalam manual ini ditafsirkan seperti berikut: Bencana Alam a. Gempa Bumi b. Tsunami c. Banjir d. Letusan Gunung Berapi e. Tanah runtuh f. Puting Beliung g. Kemarau h. Perubahan peningkatan dan penurunan suhu yang luar dari kebiasaan. i. Ribut dan taufan j. Kebakaran hutan k. Ribut Salji Kemalangan a. Kemalangan jalan raya b. Kemalangan ketika perkhemahan c. Kemalangan kampus (uji kaji makmal, runtuhan bangunan dan lain-lain) Kebakaran Kematian Peperangan Letupan Bom 1

2.2

2.3

2.4 2.5 2.6 2.7

2.8 2.9 2.10 3.0

Ancaman Pengganas Gangguan / Ancaman Keselamatan Diri Insiden Keganasan

PERSEDIAAN DAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PELAJAR 3.1 Setiap pelajar sama ada pelajar tajaan atau pelajar persendirian, perlu memaklumkan kepada pihak penaja, Education Malaysia atau Kedutaan Malaysia mengenai hasrat mereka untuk melawat ke Luar Negara. Education Malaysia Luar Negara boleh dihubungi melalui laman web yang boleh didapati di alamat www.mohe.gov.my. Maklumat yang perlu dimaklumkan adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. 3.2 Nama Institusi Pengajian Bidang dan Tahun Pengajian No. Perhubungan (Tel / Emel) Tarikh (pergi dan balik) Destinasi Bilangan ahli keluarga yang terlibat

Pelajar adalah dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat seperti nama pegawai dan alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang ingin dilawati. Pelajar juga diingatkan supaya melaporkan diri di Kedutaan/Perwakilan Malaysia di Negara yang dilawati dan memaklumkan tempoh tinggal /pengajian serta alamat penginapan mereka.

3.3

4.0

PERSEDIAAN AWAL 4.1 Education Malaysia hendaklah menubuhkan Jawatankuasa bencana mengikut zon-zon yang telah dikenal pasti. Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah untuk : i. Merancang dan membuat persediaan sekiranya berlaku bencana alam. Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun pengajian, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat dan dimaklumkan ke Education Malaysia terdekat. Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon 2

4.2

ii.

iii.

kakitangan Education Malaysia serta Kedutaan Besar Malaysia di Luar Negara. iv. Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan. Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contohnya setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa pasport, tuala, alatan mandi, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuasi. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya. Memaklumkan segera kepada Pengarah/Pegawai/Education Malaysia/Kedutaan/Perwakilan Malaysia, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.

v.

vi.

vii.

4.3

Langkah-Langkah Semasa Menghadapi Bencana i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sistem pesanan ringkas atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah. Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan Education Malaysia/Perwakilan/Kedutaan. Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti dan Simpan dokumen penting seperti pasport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan dokumen-dokumen lain yang penting ke dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.

ii.

iii.

iv.

5.0

BENCANA ALAM 5.1 GEMPA BUMI 5.1.1 SEKIRANYA ANDA DI DALAM BANGUNAN i. ii. Terus berada di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan objek-objek yang berat serta boleh menggelongsor dan jatuh. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh. Ambil sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak atau kadbod untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca. Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas. Padamkan semua api.

iii.

iv.

v. vi.

vii.

viii.

5.1.2 SEKIRANYA ANDA DI LUAR BANGUNAN i. Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati dan jauh daripada wayar elektrik, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Jauhi daripada talian elektrik yang jatuh. Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti. 4

ii. iii.

5.1.3 SEKIRANYA ANDA DI DALAM BANGUNAN YANG SESAK i. Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang. Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objekobjek yang mungkin jatuh.

ii.

iii.

5.1.4 SEKIRANYA ANDA DI DALAM BANGUNAN TINGGI i. Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

ii.

iii.

iv.

v.

5.1.5 SEKIRANYA ANDA DI LALUAN PEJALAN KAKI DEKAT BANGUNAN i. Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

5.1.6 SEKIRANYA ANDA DI DALAM KERETA YANG BERGERAK i. Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. 5

ii.

Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk menilai situasi anda. Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

iii.

5.2

BANJIR i. Segera memaklumkan kepada Pengarah Education Malaysia atau mana-mana pegawai Kedutaan/Perwakilan ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini. Mengambil barang-barang keperluan asas. Mengunci pintu bilik dan pintu rumah. Berada di tempat tinggi sekiranya tidak sempat berpindah. Matikan semua punca elektrik dan gas. Jangan mengharungi air yang dalam dan deras. Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara. Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari semasa ke semasa. x. Pelajar-pelajar lelaki perlu membantu pelajar-pelajar perempuan dalam proses evakuasi. xi. Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin kepada kaum keluarga di Malaysia. xii. Pastikan makanan yang diambil bersih dan minum air yang telah dimasak. xiii. Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikhuatiri deman panas atau deman denggi.

5.3

CARTA ALIRAN KERJA MENGHADAPI BENCANA ALAM

Mendapat maklumat mengenai bencana alam daripada pihak berkuasa / universiti / media / pelajar Pengarah EM - Maklum Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Luar Negara / Kedutaan / Perwakilan. - Maklum Bahagian Education Malaysia, JPT - Bentuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam di peringkat kedutaan - Lantik Ketua Pegawai Operasi Atase Pendidikan/Penasihat Pelajar (agensi) - Sediakan maklumat pelajar berdasarkan lokasi bencana - Kumpul bilangan sebenar, maklumat peribadi pelajar dan gambar di lokasi dan selaraskan dengan pangkalan data pelajar. - Hubungi Presiden / Pengerusi Persatuan/Kelab pelajar - Hubungi Pejabat International Student Office di Universiti berkenaan. Tentukan status serta bilangan pelajar Malaysia terlibat - Selamat / cedera / mati Tak dapat dikesan Semak pendaftaran pelajar dan dapatkan maklumat dari Universiti / Penaja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam (JPBA) - Menentukan kaedah bantuan menyelamat mangsa - Menentukan semua persediaan dan pengurusan pertolongan cemas, pengangkutan, penginapan, makanan dan pakaian Tetapkan tarikh/ masa/ tempat untuk usaha menyelamat mangsa - Masa ditentukan mengikut ketentuan JPBA Menyediakan maklumat terkini situasi daripada masa ke semasa dan melaporkan ke agensi terlibat - Bilangan dan status ( selamat/cedera/mati ) mangsa terlibat. Uruskan pengangkutan mangsa ke Pusat Penyelamat / Penempatan mangsa bencana - Rekod Bilangan mangsa terlibat Urusan penghantaran pelajar balik Ke Malaysia (Jika perlu) - Menghubungi semua agensi berkaitan. - Jika melibatkan kematian sila ikut peraturan terpakai semasa.

5.4

LANGKAH-LANGKAH PROAKTIF SEBELUM BENCANA ALAM

Mendapat maklumat mengenai kemungkinan bencana alam Pejabat EM Maklum Pelajar Malaysia mengenai langkah-langkah perlu menghadapi bencana - Bekalkan maklumat yang disediakan oleh Kerajaan di Luar Negara melalui emel dan Persatuan pelajar EM sentiasa ada maklumat terkini pelajar/keluarga - Maklumat pelajar berdasarkan lokasi - Bilangan sebenar pelajar di lokasi beserta maklumat peribadi o Alamat terkini Pelajar dan waris terdekat o Nombor telefon terkini o Rakan serumah/bilik - Hubungi Ketua/AJK pertubuhan pelajar - Maklumat dari pihak universiti untuk dapatkan nama pegawai perantara Tubuh Jawatankuasa Pengurusan Krisis Suruhanjaya Malaysia (STM) / Kedutaan / Konsulat Jeneral - Menentukan langkah-langkah penyelamatan pelajar - Pengangkutan, penginapan dan makanan Tinggi

Maklum pada pelajar mengenai persediaan awal perkara-perkara berikut: - Dokumen-dokumen penting yang perlu di simpan bawah kawalan pelajar: o Sijil lahir/pasport/lesen memandu o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan o Gambar keluarga Keperluan makanan: o Keperluan air untuk tiga hari o Keperluan makanan / bahan mentah untuk 3 hari o Bahan kegunaan peribadi harian Kit Kecemasan: o Bateri/lampu suluh o Radio/telefon bimbit o Selimut/sleeping bag

Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis diperingkat Persatuan Pelajar - Keahlian : Presiden, Setiausaha, Bendahari Persatuan Pelajar Sarjana Muda / Pasca Siswazah - Cadangan Tempat Perhimpunan untuk usaha menyelamat pelajar Menyediakan maklumat terkini situasi setiap 2 jam kepada pelajar - Melalui e-mail/facebook

6.0 i.

KEMALANGAN Hubungi Pengarah EM atau pegawai dan sahabat untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan yang perlu. Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumat berkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis daripada anda, serta pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan dan lain-lain. Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan. Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau orang ramai yang berada di tempat kemalangan.

ii.

iii.

iv.

v.

6.1

LANGKAH-LANGKAH PELAJAR

KETIKA

BERLAKU

KEMALANGAN

Mendapat maklumat mengenai Pelajar/Pihak Berkuasa / Universiti

kejadian

daripada

Maklum Pihak Kedutaan Malaysia kemalangan seperti berikut: - Nama pelajar yang terlibat - Lokasi kejadian - Jenis Kemalangan - Tahap kecederaan - Penaja/Waris pelajar

mengenai

butir-butir

Dapatkan pengesahan dari pihak Universiti, Polis dan Hospital - Tentukan Pegawai EM hadir di lokasi kejadian - Maklum situasi semasa Bekal maklumat terkini pelajar/keluarga pada Suruhanjaya Tinggi (STM) / Kedutaan / Konsulat Jeneral dan KPTM - Maklumat pelajar berdasarkan lokasi - Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi o Alamat terkini Pelajar dan waris terdekat o Nombor telefon terkini o Rakan serumah/bilik o Nama penaja - Dokumen-dokumen penting yang perlu o Sijil lahir/passport o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan Kematian Ya

Urusan penghantaran balik ke Malaysia o Pegawai pengiring o Kos Pengurusan dapatkan maklumat/kelulusan dari KPT o Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

Tidak

Uruskan penghantaran ke hospital untuk rawatan lanjut o Urusan insuran dan nasihat guaman o Maklum keluarga / waris o Laporan lengkap kepada KPT

10

7.0

KEMATIAN i. Sila maklumkan segera kepada Pengarah EM atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar. Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai EM tiba untuk pengurusan lengkap jenazah. Hubungi keluarga / waris terdekat untuk mendapatkan keputusan pengurusan jenazah. pemakluman dan

ii.

iii.

iv.

Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti. Membantu EM menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia. Membantu EM menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

v.

vi.

11

7.1

LANGKAH-LANGKAH KETIKA BERLAKU KEMATIAN

Mendapat maklumat kematian pelajar daripada polis / universiti / Persatuan Pelajar Malaysia / hospital Maklum pihak Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral butiran kematian Nama pelajar Lokasi kematian Punca kematian Penaja / alamat dan telefon waris pelajar Dapatkan pengesahan dari pihak polis, hospital dan universiti Tugaskan pegawai EM dilokasi kejadian Maklumat insuran dari pihak university / penaja Maklum situasi semasa Membuat persiapan pengurusan jenazah Hubungi funeral home berdekatan dengan hospital Buat persiapan memindahkan mayat dari hospital ke funeral home Hubungi Islamic Center bagi jenazah pelajar Muslim Hubungi pihak MAS Kargo untuk penghantaran pulang Dapatkan kos pengurusan jenazah, tambang kargo dan pegawai pengiring Uruskan dokumen-dokumen kematian Pasport pelajar Sijil kematian dikeluarkan oleh pihak hospital Embalming Certificate dari funeral home Surat pengesahan kematian dari Kedutaan Malaysia Dokumen-dokumen lain dari funeral home Uruskan penghantaran balik ke Malaysia Tugaskan pegawai pengiring Kos pengurusan dapatkan maklumat/kelulusan dari KPT / Penaja Maklum balas dari keluarga/waris pelajar Penyerahan jenazah Maklum intinerari kepada waris dan KPT Wakil KPT menerima jenazah di terminal Kargo KLIA Urusan pengkebumian oleh pihak waris pelajar Laporan lengkap kepada Kedutaan Malaysia dan KPT

12

8.0

KEBAKARAN i. ii. Pastikan setiap rumah dilengkapi dengan alat pemadam api. Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan. Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya. Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera. Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari tempat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi. Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan. Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal. Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat. Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan pastikan berada jauh dari kawasan kebakaran. Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

13

8.1

LANGKAH-LANGKAH KETIKA BERLAKU KEBAKARAN

Mendapat maklumat kebakaran dari pelajar/pihak berkuasa / universiti Maklum pihak Kedutaan Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral mengenai butiran kebakaran seperti berikut: Maklumat mangsa kebakaran yang terlibat Lokasi kejadian dan punca kebakaran Penginapan sementara mangsa Lapor kes kecederaan atau kematian Dapatkan pengesahan dari pihak universiti, hospital dan polis Tugaskan pegawai EM di lokasi kejadian Maklum situasi semasa

Salur maklumat terkini mangsa pada Kedutaan Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral dan KPT seperti butiran berikut: Maklumat pelajar berdasarkan lokasi Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi Alamat terkini pelajar dan waris terdekat Nombor telefon terkini Rakan serumah/bilik Nama penaja Dokumen-dokumen penting yang perlu o Sijil lahir/pasport o Maklumat visa dan insuran

Kematian

Urusan penghantaran balik ke Malaysia Pegawai pengiring Kos Pengurusan dapatkan maklumat / kelulusan daripada KPT / Penaja Maklum balas dari keluarga/waris pelajar Uruskan penghantaran ke hospital untuk rawatan lanjut Urusan insuran Tabung bantuan kecemasan (tabung amanah) Nasihat insuran Laporan lengkap kepada KPT

14

9.0

PEPERANGAN i. Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran. Hubungi Pengarah EM atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut. Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai. Tunggu arahan lanjut daripada pihak EM dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak EM. Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan. Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secara sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku. Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan. Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah. Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar. Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak EM dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

10.0

INSIDEN KEGANASAN i. Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi media dan berita perdana tempatan. Mengelakkan diri dari kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan. 15

ii.

iii.

Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah. Melaporkan pada pihak EM, penaja, universiti dan rakan-rakan sekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancam keselamatan pelajar Malaysia.

iv.

v.

11.0

GANGGUAN / ANCAMAN KESELAMATAN DIRI i. Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana anda berada. Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi terutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang digunakan oleh orang ramai. Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutama golongan remaja. Gunakan laluan alternatif dan jangan hiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan. Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka pada keadaan di sekeliling anda.

ii.

iii.

iv.

16

12.0

MAKLUMAT EDUCATION MALAYSIA HUBUNGI SEMASA KECEMASAN 1.

LUAR

NEGARA

UNTUK

DI

Education Malaysia United Kingdom & Eire Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : 30 34 Queensborough Terrace London W2 3 ST 00 44 20 7985 1252 00 44 20 7221 5615 Prof. Madya Dr. Rosman Bin Abdullah 00-44-20-79851250 00-44-7919415601 director@masduke.net

2.

Education Malaysia Australia Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : 67, Victoria Road, Bellevue Hill NSW 2023 Australia 00612 9327 7565 , 00612 9327 7596 00612 9363 1257 Dr. Jumiati Binti Ismail 00612-93277565 00614-50322301 dr.jumiati@msda.org.au

3.

Education Malaysia New Zealand Alamat Pejabat : 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422 Wellington 6002 New Zealand 00-644-385 2439 00-644-384 7339 Dr. Rosli b Mohammed 00 64 4 381 3167 00-64-21 868801 pmsd@xtra.co.nz

No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel 4.

: : : : : :

Education Malaysia Indonesia Alamat Pejabat : Kedutaan Besar Malaysia JI. H.R. Rasuna Said, Kav. X/6 Kuningan, Jakarta Selatan Indonesia 006221 5224938 / 5224267 / 5224203 006221 5224958 Encik Ludinata bin Misnun 006221 5224947/38 0062-87877999123 shouganai77@gmail.com 17

No Telefon No Faks Atase Pendidikan Pejabat Telefon Bimbit Emel

: : : : : :

5.

Education Malaysia Kaherah Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : No. 21, El-Anab Street, Mohandessein Giza, Egypt 002 02 37610013 / 19 / 68 / 73 002 02 37610192 / 7622395 Prof. Madya Dr. Hj. Suaidi bin Dato Hj Safei Ext: 113 002-01-68841160 Profmadyadrhjsuaidi@gmail.com

6.

Education Malaysia Washington DC Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : 3516 International Court, NW Washington DC 20008, Amerika Syarikat 001202 572 9700 001202 572 9784 Prof Madya Dr. Posiah Mohd. Isa 001-202-572-9714 001-202-215-8823 drposiahmsd@aol.com

7.

Education Malaysia Los Angeles Alamat Pejabat No Telefon No Faks Atase Pendidikan Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : 550 South Hope Street, Suite 400 Los Angeles, CA 90071 001 213 - 9550182 001 213 9559175 Puan Norhayati Binti Daud 001-213-955-0157 001-213-2551839 Nhd2020@mohe.gov.my jpmla@pacbell.net

8.

Education Malaysia Kanada Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pegawai Pejabat Telefon Bimbit E-mel : : : : : : : 60 Boteler Street, Ottawa Ontario K1N 8Y7 Canada 001613 241 5182 (AM) 001613 241 1213 001613 241 4723 Puan Veronica Carasco / Puan Rozalah Hashim 001-613 2411213 vee@primus.ca

18

9.

Education Malaysia Chicago Alamat Pejabat No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel : : : : : : : 820 Davis Street, Suite # 510, Evanston Illinois 60201, Amerika Syarikat 001847 328 2440 / 2516 / 2526 001847 328 2517 Dr. Roslan b. Jamaludin 00-1-847-328-2440 00-1-847-309-2442 jroslan97@gmail.com

10.

Education Malaysia Jordan Alamat Pejabat : No. 24, Mohd Baseem Al-Khammash Street Sweifieh, P.O.Box 143310 Amman 11185 Jordan 00962 6 5927766 / 5922998 00962 6 5921880 Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar 00962 6 5922 998 00962 79 715 4805 azidan@msdjordan.jo

No Telefon No Faks Pengarah Pejabat Telefon Bimbit Emel

: : : : : :

13.0

PENUTUP

Panduan ini hendaklah dijadikan sumber rujukan yang dapat memberikan panduan serta langkah yang perlu dijadikan satu peraturan kepada semua pegawai serta pelajar dalam pengurusan krisis semasa bencana alam, kemalangan, kebakaran, kematian, peperangan, letupan bom, ancaman pengganas, gangguan atau ancaman keselamatan diri dan insiden keganasan. Perancangan yang teliti menjadikan kebajikan pelajar terjaga dan langkah menghadapi krisis dapat dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. Garis panduan ini diharapkan dapat membantu pegawai serta pelajar dalam menguruskan sebarang krisis yang timbul.

19

You might also like