You are on page 1of 9

Aplikasi Komputer

BAB 1: Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat


Definisi:
Istilah Komputer

Adalah mesin elektronik digunakan untuk


•Menerima input/data
•Memproses
•Mengeluarkan output

Alat pengira (berasaskan kpd perkataan “computer”)

Teknologi Maklumat

Teknologi yang digunakan untuk menerima, memproses, menyimpan dan


memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik.

SEJARAH KOMPUTER

1. Penggunaan Abakus
• Alat mengira mekanikal.
• Untuk operasi tambah dan tolak sahaja

2. Tetulang Napier
Abakus
• Dibina oleh John Napier
• Menggunakan batang-batang logam atau tetulang untuk menghasilkan
jadual algoritma.
• Batang logam disusun untuk
mendapatkan hasil darab.

Tetulang Napier
3. Pascaline
• Mesin hitung mekanik yang pertama didagangkan
• Di kembangkan oleh Peranchis Blaise Pascal. (Ahli Matematik)

Pascaline

4. Difference Engine
• Dibina oleh Charles Babbage
• Dapat menyelesaikan persamaan dengan mengira perbezaannya.
• Namun beliau menemui kekurangan terhadap mesin tersebut.
• Oleh itu beliau membina mesin baru iaitu ‘Analytical Engine’.

5. Analytical Engine
• Mampu melaksanakan pelbagai kiraan.
• Mesin ini mempunyai ciri-ciri komputer zaman sekarang iaitu:
- Peranti input
- Storan sekunder
- Pemproses
- Unit kawalan
- Peranti output
* Oleh itu Charles Babbage dikenali sebagai ‘father of the computer’
Augusta Ada Byron
• merupakan pengaturcara komputer yang pertama
• membantu Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi
mesin ‘Analytical Engine’
6. Herman Hollerith
• membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses
pengiraan banci pada tahun 1890.
• Perbezaan antara mesin Hollerith dan Babbage ialah:
Mesin Hollerith menggunakan elektrik manakala Babbage menggunakan
kuasa mekanikal.

7. Watson dari IBM


• Thomas J.Watson mengetuai IBM pada tahun 1924-1956
• Pada peringkat awal, IBM tertumpu kepada pembekal mesin kira
kemudian beralih kepada pembangunan komputer.
• Dalam tahun 1936, Howard Aiken mula memikirkan mesin yang moden
patut dibina.
• Mendapatkan tajaan daripada IBM sebanyak 1 juta.
• Hasilnya Harvard Mark 1.

8. Eckert dan Mauchly


• Kedua-dua tokoh sejarawan komputer ini bergabung tenaga untuk
menghasilkan mesin yang digelar ENIAC (komputer tujuan am
yang pertama).
• Mereka menghasilkan pula sebuah mesin lagi iaitu UNIVAC 1
(komputer pertama direka bertujuan untuk diperdagangkan).

9. John V.Atanasoff dan Clifford Berry


• Tokoh sejarawan komputer yang berjaya membangunkan komputer
digital pertama yang dinamakan komputer ABC.
Generasi Komputer

Generasi Pertama ( 1951-1957)


Komputer dibina dengan tiub hampagas. Tiub ini merupakan tiub elektronik yang
diperbuat dari kaca dan bersaiz lebih kurang mentol lampu.

Generasi Kedua (1958-1963)


Komputer dibina dengan transistor. (Transistor- peranti kecil yang menukarkan
isyarat elektronik melintasi resistor) Transistor adalah lebih kecil, menggunakan
kurang kuasa dan menghasilkan kurang haba berbanding tiub hampagas.
Komputer generasi ini lebih cepat, kecil dan boleh dipercayai.

Generasi Ketiga (1964-1969)


Komputer generasi ini menggunakan litar bersepadu (IC). Litar bersepadu ialah
litar elektronik yang lengkap yang dibina daripada cip yang kecil dan diperbuat
daripada silicon. Penghasilan komputer ini adalah murah, boleh dipercayai dan
padat.

Generasi Keempat (1970-1990)


Generasi ini menggunakan mikropemproses, iaitu cip khusus yang dibangunkan
untuk ingatan komputer dan logik. Ini telah merubah industri komputer dimana
satu komputer peribadi yang kecil boleh dibina.

Generasi Kelima (1991- ke hari ini)


Generasi ini lebih merujuk kepada ‘generasi penghubung’. Penigkatan
keupayaan internet telah membina laluan maklumat yang menakjubkan yang
membolehkan perhubungan antara satu sama lain tanpa sempadan.
Klasifikasi Komputer

Komputer boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut ukuran fizikal dan
keupayaan. Ianya terdiri daripada:-

i. Supercomputers
ii. Mainframes
iii. Minicomputer
iv. Microcomputer

Supercomputers

Komputer yang berkuasa tinggi dan terbesar di antara senarai yang ada. Ia
berkapasiti tinggi iaitu mampu untuk memproses berbillion arahan persaat
(BIPS). Digunakan oleh agensi-agensi besar untuk tujuan penyelidikan dan juga
oleh kerajaan pusat sesebuah negara bagi menyelesaikan masalah saintifik yang
rumit dan canggih.

Mainframes

Komputer yang bersaiz besar memenuhi satu bilik yang diwayar khas dan
berhawa dingin. Ianya berkeupayaan memproses data yang banyak dengan
pantas dan tepat. Walaubagaimanapun, keupayaannya adalah kurang
berbanding dengan supercomputers. Ia mampu memproses berjuta-juta arahan
persaat (MIPS). Digunakan oleh pihak-pihak pentadbiran swasta mahupun
awam seperti bank, syaraikat, jabatan-jabatan kerajaan dan pengusaha kilang.
Minicomputer
Merupakan mesin bersaiz meja. Syarikat bersaiz sederhana atau jabatan di
syarikat besar menggunakan komputer ini untuk tujuan tertentu.

Mikrokomputer
Merupakan komputer yang paling banyak digunakan pada hari ini.
Mikrokomputer termasuk PC, komputer meja, komputer buku dan pembantu
digital peribadi (PDA). PDA merupakan pakej komputer yang sangat kecil yang
mengandungi pen sebagai alat input, pengecaman tulisan, alat organisasi
peribadi dan berupaya berkomunikasi.

Komponen Sistem Komputer


Terdapat lima komponen komputer yang utama:
i. hardware (perkakasan)
ii. software (perisian)
iii. people (manusia)
iv. procedure (prosedur)
v. data

Hardware (Perkakasan)
Merupakan komponen asas kepada komputer. Perkakasan merujuk kepada
mesin, peranti atau alat yang dapat melakukan fungsi terhadap sistem
komputer. Perkakasan terdiri daripada peranti input, peranti output, peranti
storan sekunder, unit sistem dan peranti komunikasi.

Software (Perisian)
Merupakan salah satu aturcara komputer yang terdiri daripada jujukan arahan
yang terperinci dan direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan
fungsi-fungsinya tertentu. Perisian terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian
system dan perisian aplikasi.

Ianya terbahagi kepada dua iaitu perisian sistem (system software) dan perisian
penggunaan (application software).

People (Manusia)
Merupakan bahagian terpenting dalam sistem maklumat. Manusia juga
merupakan pengguna yang membeli dan menggunakan perisian komputer.
Dalam perniagaan, pengguna dikenali juga sebagai end-users (pengguna akhir),
kerana mereka merupakan orang yang terakhir dalam “computer line” (bidang
komputer).

Procedure (Prosedur)
Merupakan peraturan atau garis panduan yang perlu diikuti oleh manusia ketika
menggunakan perisian, perkakasan dan data. Lazimnya prosedur
didokumenkan dalam bentuk manual yang ditulis oleh pakar komputer. Manual
juga disediakan oleh pengeluar perisian dan perkakasan bersama-sama produk
meraka.

Data
Terdiri daripada bahan mentah yang belum diproses termasuk teks, angka, imej
dan bunyian. Contoh fakta mentah ialah jumlah jam bekerja dan kadar gaji.
Setelah data diproses oleh komputer, ia dipanggil maklumat. Contoh maklumat
ialah jumlah pendapatan yang patut diterima bagi jumlah jam bekerja untuk
sebulan.
Penyambungan dan Internet
Penyambungan dan internet boleh memperkembangkan peranan teknologi
maklumat dalam kehidupan seharian. Penyambungan merupakan keupayaan
mikrokomputer untuk berkongsi maklumat dengan komputer lain. Data dan
maklumat boleh dihantar melalui talian, kabel telefon, atau melalui udara. Oleh
sebab itu komputer dapat disambungkan dengan komputer yang lain.
PERKAKASAN ( HARDWARE)

Perkakasan terbahagi kepada lima bahagian.

1. Peranti Input (input device)


2. Unit Pemproses (processing)
3. Peranti Output (output device)
4. Storan Sekunder (secondary storage)
5. Peranti Komunikasi (communication device)

PERISIAN ( SOFTWARE)

Terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Perisian Sistem – perisian yang menjalankan komputer


2. Perisian Aplikasi – perisian yang digunakan

You might also like