P. 1
Pintar Cerdas

Pintar Cerdas

|Views: 110|Likes:

More info:

Published by: Nor Shafrizal Zulkifli on Jan 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/13/2013

pdf

text

original

T

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI

2006). berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Ini bermakna kanakkanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. pandai. cerdik. Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum. Menurut Kamus Dewan edisi keempat. banyak akal. Kewujudan golongan individu luar biasa .Topik 1: Apa Itu Pintar Cerdas. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. pandai serta pintar. cerdik. Kreatif dan Berbakat? Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal. kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut. membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. menghasilkan. Dalam Kamus Dewan edisi keempat . Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi. Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. 1. Ini bermaksud kanakkanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi. seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke.

3. membaca dengan kerap dan baik). di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yang baik. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan. Disokong oleh penemuan psikometrik 8. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal 6. ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Operasi teras yang boleh dikenalpasti 4. . mengakui kesalahan yang telah dilakukan. dan kebanyakan sekolah membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D. di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai prestasi yang menyerlah. Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999). memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. mempunyai minat yang umum kepada dunia). Disokong dari kajian psikologi 7. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan 5. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut.A. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang . Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial. menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya. 2003). Menurut Moira Thomson (2006) pula. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik. Walaupun begitu. Walaubagaimanapun.

Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. kreatif dan artistik alam. tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto. terdapat juga definisi berdasrkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas. Kanakkanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung kepada arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu trhadap pintar cerdas tetapi memberi langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya pintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan . 1999). Dalam definisi Marland.memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan/atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. (2) akademik spesifik. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan sematamata. Public Law 91-230 telah mendefisikan seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) manyatakan bahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaan yang sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembangan proses perkembanan bakat individu tersebut. Di Amerika Syarikat menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan bahawa kecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis kecerdasan iaitu (1) intelektual. (4) seni pertari dan visual. terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru. Selain itu. (5) kepimpinan dan (6) psikomotor. menurut Jane Piirto (1999). (3) kreatif.

kreatif dan berbakat Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas. Ciri-ciri pintar cerdas. kreatif dan berbakat. sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang. memberi makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yng luar biasa. dapat mengenalpasti bahawa individu tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan. tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan. (4) Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran . Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada beberapa bidang yang khusus sahaja. tingkah laku dan komunikasi.mereka. fizikal. kreatif dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu. berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongan sosial dan emosional. mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukan pengecualian dalam hubungan dengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza untuk individu pintar cerdas. membenarkan pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas. akademik. Aspek Kognitif Ciri-ciri (1) Ingatan yang kuat (2) Tahap pemikiran tinggi (3) Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda (4) Memproses maklumat dengan cepat Akademik (1) Berprestasi tinggi dalam pencapaian (2) Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah (3) Berkebolehan dalam penyelesaikan masalah. Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek kognitif.

hakikatnya golongan pintar cerdas ini mempunyai masalah mereka sendiri. mereka sememangnya sering mendapat keputusan yang cemerlang. Dalam akademik pula. Oleh itu. Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Tetapi. Potensi yang tinggi yang ditunjukan mereka dalam akademik sudah semestinya membuatkan para ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga dan . Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru disamping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripada kanak-kanak normal yang lain bagi mengelakan proses pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu. Rakan-rakan sebaya Mereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara.Fizikal Tingkah laku (1) Kebolehan fizikal dan mental yang berbeza (1) Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat (2) Pengamatan yang luar biasa (3) Rasa humor yang tinggi (4) Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa Komunikasi (1) Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur (2) Penguasaan bahasa yang tinggi Jadual 1: Ciri-ciri pintar cerdas Masalah yang sering dialami kanak-kanak pintar cerdas Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas merupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa ada sebarang masalah. Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka.

menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka. Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik tetapi kebanyakkan rakan-rakan disekeliling selalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada kuantiti rakan . Dari segi tingkah laku pula. Dari segi perkembangan fizikal. Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain. Kanak-kanak yang pintar kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja. Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugas lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan dan kemudiannya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Golongan pintar cerdas dan mencari persahabatan Kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronoligi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama. 2006). golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari segi fizikal. Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan tetapi bukan untuk populariti semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yang lain. Kebanyakkan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. kebanyakkan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek yang lain dengan baik. Sebagai contoh. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. Mereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-kanak biasa. Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Cerdas Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah hampir sama tetapi masih berbeza. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke. Ini menunjukan bahawa kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Dari segi emosi pula. emosi dan sosial. kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan. Topik 2: Perkembangan Fizikal.

Tahap ketiga ini merupakan ciri-ciri yang boleh dilihat pada seseorang yang berumur antara 9 hingga 11 tahun. pendapat dan keyakinan mereka. Selepas itu. satu peringkat yang memerlukan seseorang untuk mereka berkongsi minat yang sama. Seseorang yang pintar cerdas sememangkan memandang hubungan persahabatan dengan serius dan tidak mmemandang remeh sesuatu hubungan yang telah mereka bina. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai rakan. Tahap pertama merupakan tahap awal sesebuah persahabatan itu berlaku. kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat. tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain. kepercayaan. Pada peringkat ini mereka tidak lagi mementingkan teman bermain tetapi seseorang yang boleh dibawa mendengar luahan mereka. Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang merangkumi perkaitan peringkat umur. hubungan persahabatan memberi sokongan. Terdapat lima peringkat persahabatan . Tahap yang kedua pula akan kelihatan antara umur 7-9. Tahap keempat ialah empati yang mana pada masa inilah kanak-kanak itu menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk memberi keselesaaan dan sokongan antara satu sama lain. Tahap ini juga merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi masalah serta akan membina hubungan rapat dengan orang lain. Bagi mereka.mengikut tahap umur. Pada tahap ini teman bermain adalah penting yang mana mereka memerlukan kawan dan saling membenarkan sesama sendiri berkongsi barang mainan.mereka. menyokong dan menggalakkan.keselesaan. 2002). Tahap yang terakhir ialah satu tahap yang memerlukan satu tempat yang boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat. harapan dan kepercayaan mereka terhadap persahabatan menjadi semakin komplek apabila umur semakin meningkat (Gross. . seorang rakan adalah seseorang yang boleh membantu. tahap inis erring berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 11 atau 12 tahun. Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan. Pada masa ini juga mereka akan menyedari bahawa persahabatan itu merupakan satu hubungan yang mendalam dan berpanjangan yang melibatkan kepercayaan. kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri. pada tahap ini.

Cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka sendiri: ‘saya tidak bagus dalam semua benda’ 4. Takut untuk mencuba sesuatu perkara baru 6. Sentiasa mengkritik kesalahan diri sendiri 3. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mencukupi untuk merasa puas hati. Merasa sangat rendah diri dengan orang lain . telah merumuskan kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila mereka mempunyai tanda-tanda seperti berikut: 1. Apabila berada di dalam satu kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan. Menurut Patricia Schuler (2002). Schuler juga menekankan bahawa sikap mementingkan kesempurnaan ini boleh dilihat sebagai teliti secara sihat ataupun neurotik. Sifat mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan kearah pencapaian yang cemerlang.SIKAP-SIKAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Mementingkan kesempurnaan Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkan mereka amat mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain 5. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri. Tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang tidak sempurna: ‘saya lebih suka buat ini sendiri’ 7. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi 2. Mereka lebih suka untuk menjadi seseorang yang teliti dari pelajar yang sederhana.

Ibu bapa seharusnya memberi rasa sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanak pingtar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah. Kebanyakkan ibu bapa masa sekarang sering memuji anak-anak mereka contohnya paling cantik. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung perkara ini. Sentiasa guna perkataan ‘Itu adalah perkara yang tidak baik untuk dilakukan’ daripada menggunakan ‘Kamu tidak baik’. Ibu bapa perlu sentiasa menasihati mereka untuk membuat yang terbaik supaya mereka menggunakan usaha dalam melakukan sesuatu perkara selain daripada memberitahu mereka bahawa sesuatu kejayaan itu hasil daripada usaha yang gigih. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada kanakkanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka sombong tetapi memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar cerdas tersebut. paling pandai atau paling berjaya yang secara tidak langsung akan menimbulkan jangkaan yang tidak realistik dan menyebabkan mereka akan meninggi diri apabila bersama-sama dengan rakan mereka.8. Ibu bapa juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya mengambil berat dengan pandangan orang lain. Cenderung untuk berasa tertekan dan akan merasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan dalam suatu perkara yang mereka lakukan. Dalam akademik. paling bijak. melindungi dan mengawasi anak-anak walaupun mereka merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas tetapi mereka tetap seorang kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran dan pengalaman dalam membuat sesuatu keputusan. Setiap perkara dan dorongan daripada ibu bapa sering memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak yang pintar cerdas ini. Dalam konsep kendiri. Adalah menjadi satu kepentingan ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membimbing. ibu bapa tidak boleh menjadi terlalu melindungi anak-anak mereka supaya mereka. kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-sama kanak-kanak pintar biasa. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan tingkahlaku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau pujian dari diri mereka sendiri. Keadaan ini akan mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu. kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat . Walaupun begitu. Walaupun begitu.

Selain itu. Dalam akademik. Dari segi sosial pula. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan penampilan mereka contohnya pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan yang langsing dan sebagainya. mereka juga sensitif dari konsep kendiri fizikal. kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit sentitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka.kesan positif atau negatif bergantung kepada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri. Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik. Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. kanak-kanak itu akan berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. . sosial dan fizikal mereka.

. Sousa D. London: SAGE Publications Ltd.M.. California: Corwin Press. London: Paul ChairmanPublishing.United States of America: Prentice-Hall. Inc Thomsom N. TX:Prufrock Press. How the gifted Brain Learns. (2003). The Sosial and emotional development of gifted children:What do we know? (pp. M. Schuler P. (2008).(1999) 2nd ed.). A. Robinson & S. N.Bibliografi Piirto J. Waco. Reis.Neithart. Talented Children And Adult ‘Their Development And Education’. Developing the gifted and talented young learner.Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School. Sutherland M.71-79). Perfectionism in gifted children and adolescents. Moon (Eds. In M. (2002).Inc. M. (2006). S.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->