PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

oleh Siti Hajar Hj. Abdul Aziz Jabatan Bahasa Melayu Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

ABSTRAK Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. ...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults... Alan Chamberlain (1986)

PENGENALAN

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia

mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi.boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya. Antaranya seperti yang berikut: (a) Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan. (b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. . Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas. Sebaliknya. terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis. pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Di samping itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa objektif yang tentu. Lazimnya. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza.

membunyikan suku kata dan perkataan. huruf. Namun demikian. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Walau bagaimanapun. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini. pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa. pengukuhan dan pengayaan. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Selepas sesuatu pengajaran. aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. mereka dapat menunjukkan kecergasan. gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Namun. Sebagai aktiviti pengayaan. umpamanya pada waktu menjelang tengah hari. akan meransang pelajar untuk bertindak balas. Justeru. pengetahuan dan pengalaman mereka. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. memprotes dan memberikan hujah. pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi. bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. (d) Alat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu. Pelajar di dalam sesebuah kelas. sederhana dan lemah. Bagi pelajar yang cergas pula. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Dengan ini. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan. Dalam permainan. permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran.(c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat. . di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. (e) Alat pemulihan. misalnya kumpulan cergas. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan. mengantuk dan lapar. biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan. mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. pelajar akan merasa bosan.

(e) Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. (c) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Di samping itu. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. permainan bahasa mempunyai kelebihan. permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding.Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi. berfikir. Oleh itu. Ini kerana semasa bermain. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. jeda dan gaya yang betul. mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif. permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan.PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. (d) Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. pelajar akan bertindak balas secara spontan. UNSUR PERMAINAN BAHASA Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. frasa dan ayat) dengan jelas. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan . pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. betul dan tepat. iaitu dengan bertanya. permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. memberikan arahan. tekanan. meneka dan membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar. Sebagai bahan rangsangan. Antaranya seperti yang berikut: (a) Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan. intonasi. (b) Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran.

Permainan memerlukan penyertaan individu. Oleh itu. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. pelajar biasanya menjadi pasif. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran. (d) Kerjasama Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang penuh pertandingan. belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. (c) Pertandingan Permainan bahasa bercirikan persaingan. Pelajar biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Sekiranya digunakan dengan betul. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar. Untuk pelaksanaan teknik permainan yang berkesan. (b) Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Jadi. Sewaktu pelajar memainkan permainan bahasa. masa yang dihadkan. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan. guru harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. latih tubi dan latihan menulis.yang berbeza-beza. . perkaraperkara yang berikut perlu diberikan perhatian: (a) Meningkatkan motivasi Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Dalam permainan. mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian.

(f) Peraturan permainan Dalam permainan bahasa. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. Biasanya. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan. terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya. (g) Penamat permainan Permainan bahasa mempunyai penamat. iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar. terdapat beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta menghentikan permainan mereka.(e) Pembelajaran semula jadi Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. di samping dapat mengredkan permainan itu mengikut nilainilai tertentu. di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan. terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru. PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan. biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain. Biasanya. Keadaan ini mungkin kurang . Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. guru hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan.

Interaksi yang berlaku melibatkan lebih daripada seorang pelajar. Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. pembetul kesalahan dan pengadil. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. Semua pertukaran maklumat adalah melalui guru sama ada menerima.selesa. Pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan. Rajah menunjukkan tiada interaksi antara pelajar secara langsung. Rajah 4: Guru menyelia aktiviti kumpulan. mentor. Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan menunjukkan kesungguhan. Rajah 6: Interaksi atau perbincangan antara guru dengan seorang pelajar. permainan tersebut boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah. Cara ini biasanya dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Pelajar melakukan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Rajah 5: Guru menyelia aktiviti pelajar. pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. Rajah 3: Guru sebagai fasilitator. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Dalam permainan. Biasanya. permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN BAHASA Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding. . Rajah 2: Guru sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar. jika keadaan ini tidak dapat dielakkan. menolak atau mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain. Guru juga turut bertindak sebagai fasilitator dan merancang pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut: Rajah 1: Guru mengatur tetapi tidak mengawal perbincangan kelas. Seorang wakil pelajar berbincang dalam kumpulan lain.

membaca. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut: (a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti penguasaan kemahiran mendengar. Oleh itu. sesuai dengan peringkat penguasaan bahasa pelajar. pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadap bahan. (b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. (d) Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif . menulis dan penguasaan elemen tatabahasa. bertutur. (c) Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa.CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah.

(e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.serta dapat mengekalkan minat mereka. .

selain memilih permainan dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. persediaan yang rapi hendaklah dibuat agar pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Guru juga harus menentukan ada penjaga masa dan hakim sebagai penyelia jika berkaitan. Dalam aspek pengendalian aktiviti. bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain. perkara yang berikut perlu diambil kira. guru . PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. Sebelum memulakan permainan. iaitu: (a) Perancangan Permainan Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Cara pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting. Semasa permainan berlangsung. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya. (g) Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar objektif pembelajaran dapat dicapai. pelajar hendaklah diberitahu tentang nama permainan.(f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami.

Selepas permainan. tempoh masa. Permainan berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi memenuhi minat dan memberikan kepuasan serta keseronokan kepada diri sendiri. Manakala permainan secara individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah. (b) Bentuk Permainan Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan. pertengahan dan . mencari perkataan tersembunyi atau mencari gambar tersembunyi. Penentuan kalah menang dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata. iaitu bentuk pertandingan dan penghayatan kendiri. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk. misalnya permainan teka silang kata.bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan. Permainan bahasa dalam kumpulan kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu. Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru mengawal dan memberikan perhatian kepada setiap murid. ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran. (c) Waktu Pengendalian Permainan Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal. berpasangan atau secara individu.

permainan dijalankan . Pada peringkat awal pengajaran.akhir pelajaran.

Pada peringkat pertengahan. CONTOH PERMAINAN BAHASA Contoh 1 . (e) Arahan dan Peraturan Permainan Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. Manakala pada peringkat akhir. (d) Tunjuk cara Sebelum aktiviti permainan dijalankan. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya. permainan dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah dijalankan. guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut.dalam induksi set. permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. Permainan pada peringkat ini tidak memakan masa yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada tajuk atau kemahiran yang diajarkan.

.. jari manis. tunjuk kepada... kepala. duduk tunjukkan saya... buku lali. sila angkat. kuku.Aspek bahasa: berdiri. mata.Kosa kata: siku. pegang. dahi.Nama permainan : Maka berkatalah Simon Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahan Objektif : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh Kandungan : . mulut. kening .. telinga. jari hantu..Bahagian-bahagian tubuh . hidung.anda . ibu jari. lutut.

Jenis aktiviti : Kelas Prosedur Permainan : i.. Pelajar diterangkan peraturan permainan iii. Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan Simon berkata. Misalnya: Simon berkata berdiri iv. . akan diketepikan daripada permainan. Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan Simon berkata. Pelajar berdiam diri sebentar vi.. Pelajar melakukan aksi yang disebutkan v. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu ii... Guru kemudian berkata duduk vii.

Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas Misalnya: Sekarang hujan lebat.viii. Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang. . Contoh 2 Nama permainan : Salah atau betul Kemahiran : Mendengar dan memahamkan arahan Objektif : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan (ii) Memahami arahan mudah yang didengar Kandungan : Ayat Penyata Jenis aktiviti : Kelas Kumpulan mengikut barisan Prosedur Permainan : i.

Language teaching games and contests. Guru kelas ini seorang wanita. Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang seterusnya. W. (1979). Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.Hari ini hari Selasa. Sebaliknya. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang. iv. W. Nota: Artikel ini dipetik daripada buku penulis sendiri yang bertajuk Permainan Bahasa . (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Games for language learning. Oxford: Oxford University Press. Lee. jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri) ii. RUJUKAN Andrew. R. (1980). England: Cambridge University Press. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul iii.

Bhd. . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.untuk Sekolah Rendah dan Menengah (1996).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful