You are on page 1of 32

SIRI PENERBITAN PERCUMA BIL.

(25)

PANDUAN QIAMULLAIL
Dipetik dan disusun oleh : Haji Yaakub b. Hj. Hasan Dikeluarkan oleh : Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Firman Allah Taala :

(55 :
Firman Allah Taala :

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut

(79 :

Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

MUQADDIMAH QIAMULLAIL
1. Galakan

Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail, yang sangatsangat digalakkan dalam Islam. Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Maksud ayat 79 Al-Isra') Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya. 2. Kelebihannya. Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :

, , , (18-15 : ) ,

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-

hambaNya yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala :

, , (64-63: )
Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala. Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

, , (16-15 : )
Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji

Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullailberibadat di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di antaranya ialah sebagaimana berikut : Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah, berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya : "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi) Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :

"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orangorang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan". Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata : Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak memintaminta) dari manusia. 3. Waktunya Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengahtengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang

kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua. Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam. Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampirhampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orangorang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi) Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari) Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu. 4. Bilangan rakaatnya Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus, dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya, yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani) Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeketdeket beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi. Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-

mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaatrakaat sembahyang itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah : Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur !(Bukhari dan Muslim) 5. Tahajjud, Sunat Muakkadah Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud. Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang Fardhu, ialah sembahyang di tengah malam. Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam". 6. Qadha' Tahajjud Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud. Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat. 7. Berniat Ketika Hendak Tidur Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail. Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah) 8. Kejutan Famili (keluarga) Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya. Rasulullah SAW telah bersabda : "Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud) 9. Beribadat sekadar Minat Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan. Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq 'Alaih)

Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim)

ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL


1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca :

, , , , , , . , .
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku mengingatinya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

, ,

Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu, dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi. 2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran Bila selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit, atau jika di dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil itu-jikalau tidak berhadas besar-bacalah ayat-ayat seratus sembilan puluh (190) hingga ayat dua ratus (200) dari surah Ali Imran , Iaitu :

(190)

(191)

(192)

(193)

(194)

(195)

(196)

(197) (198)

(199) . (200) .
Makna dan Maksud ayat-ayat : 190-Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 191-(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula

memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 192-Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; 193-Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; 194-Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 195-Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". 196-Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). 197-(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. 198-Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih

bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). 199-Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 200-Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 3. Ketika Pakai Pakai Kain Ketika memakai kain bacalah doa ini :

. .
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian ini pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan dariku. Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau kebaikan pakaian ini, dan kebaikan tujuannya, dan aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan kejahatan tujuannya. 4. Qadha Hajat Kemudian daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka pergilah ke tandas dengan memakai alas kaki dan tutup kepada. Sewaktu memasuki tandas hendaklah didahulukan langkah kaki kiri. Ketika hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya bacalah :

.
Maksudnya : Dengan Nama Allah. Hai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau dari kejahatan dan tipu daya syaitan. Hamba berlindung dengan Engkau dari kekotoran yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan yang terkutuk. Dan ketika keluar dari tandas hendaklah dengan mendahulukan kaki kanan. Sebaik-baik sahaja keluar darinya bacalah :

Maksudnya : Ya Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan apa yang menyakiti aku dan mengekalkan apa yang manafaat bagiku. Selepas beristinjak bacalah pula :

Maksudnya :Wahai Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura (Nifaq) dan peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang keji. Masa duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam jamban atau tandas pun elok juga diamalkan begitu, jika boleh. 5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal Kemudian daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air di rumah, maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau berwudhu'- di rumah sendiri daripada melakukannya di Masjid atai lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci hendaklah bersuci dengan cara yang paling sempurna , iaitu dengan berbuat segala sunat dan adab-adabnya. Sesudah selesai bersuci bacalah :

, . .
Maksudnya : Wahai Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang yang bersuci, dan jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh. Maha suci Engkau , wahai Tuhanku ! Dan dengan kepujian Engkau aku mengakui tiada tuhan melainkan Engkau. Aku pohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan telah memberi rahmat oleh Allah di atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan telah memberi selamat sejahtera. Selanjutnya bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :

.
Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah keluasan bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku, dan janganlah Engkau memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah ketepikan daripadaku. 6. Dua Rakaat Sunat Wudhu' Berikutnya, sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat wudhu'. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya berniat juga sunat tahiyat Al-masjid. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini bacalah :

(64 :

Maksudnya : Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Kemudian membaca (3 kali) : daripada Allah. Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. ertinya : Aku pohon ampun

Iaitu

hingga akhirnya. Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula :

(110 :

Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 7. Wirid Lepas Sunat Wudhu' Selepas memberi salam sunat wudhu' ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak sepuluh kali tiap-tiap satunya iaitu : 1) 2) Allah Maha besar Segala puji itu bagi Allah

3) 4) 5) kepujianNya

Tiada Tuhan melainkan Allah Aku mohon ampun kepada Allah Maha Suci Allah dan dengan segala

Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa 6) pemerintahan tertinggi, lagi Maha Quddus. 7) Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kesempitan hidup di dunia dan daripada kesempitan pada hari kiamat. Peringatan Selanjutnya bacalah : Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali Imran jika masih belum dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi. 8. Sembahyang Witir Apabila selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu salam. Lafaz niatnya ialah :

Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala. Bagi yang ke sebelas :

Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala. 9. Bacaan-bacaan Dalam Witir Bacaan-bacaan dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan di dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah, tahiyat, tasbih dan lain-lainnya. Manakala bacaan ayat-ayat pula terserahlah kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing jua, tetapi yang sebaik-baiknya bagi yang hafal (hafaz) Quran hendaklah dibaca pada tiap-tiap rakaat itu dua atau tiga maqra' atau lebih ataupun kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh juzu' itu dalam beberapa malam. Yasin, Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah yang panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan diulang-ulang sebanyak sepuluh kali atau lebih ataupun kurang mengikut sekira-kira minat dan cergasnya jua. Apa yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun tiga rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa yang warid jua, iaitu sayugialah pada rakaat yang kesembilan dibaca surah Al-A'la ( ) , pada rakaat yang kesepuluh surah Al-Kafirun ( ) dan pada rakaat yang terakhir surah Al-Ikhlas ( ) dan juga iaitu kedua. dua 10. Baca Qunut Pada satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat "witir" itu elok dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini adalah dikira elok serta diamalkan oleh satu kumpulan ulamak, manakala setengah ulamak lain pula mengatakan sunat dibaca qunut witir itu hanya pada malam-malam setengah yang akhir daripada bulan ramadhan sahaja. 11. Bacaan Sunat Sebagaimana di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan diabaikansegala bacaan-bacaan sunat, termasuk bacaan-bacaan tambahyang pada hujung doa iftitah, tasbih, rukuk, sujud dan sebagainya. Di antaranya. a) Bacaan dihujung doa iftitah -

, , . .
b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya

, .

, , , .

c) Bacaan dalam I'tidal

.
d) Bacaan dalam sujud kemudian daripada tasbihnya tiga kali

, . , , , .
e) Bacaan di Akhir Tasyahhud

, .

. . ,

.
Perhatian : Di dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa permohonan yang diingini , lebih daripada yang tersebut di atas, kerana sehampir-hampir hamba Allah kepada Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud. Segala zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca pada tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau tidak mampu dibaca di dalam rukuk dan sujud kerana ada penyakit atau sebagainya, maka janganlah pula dijadikan alasan sampai tidak berwitir langsung, malah buatlah setakat yang termampu. 12. Bacaan Selepas Witir Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir itu bacalah :

(3

kali

) , ,

, .
Dan kemudian selepas itu bacalah lagi : empat pulut

) .(kali

13. Jaminan Keampunan Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Allah Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa yang berdoa kepada Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta, akan Aku beri, sesiapa yang meminta ampun kepadaKu akan Aku ampunkannya". Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini. Seterusnya berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan dan mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan dikabulkan Tuhan. Segala doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas Rasulullah, demikian juga pada penutupannya. Perhatian : Segala amalan sunat tersebut itu jika ada kemudahan di rumah- elok dan lebih akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala nawafil atau sembahyang sunat tambahan di rumah itu adalah lebih afdhal kerana tertutup dari pandangan ramai dan lebih terjamin dari dilanda perasaan riya' atau bangga diri. Bagaimana pun hal ini terserahlah kepada keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat, bolehlah di Masjid. 14. Keluar Masjid Selepas itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke Masjid dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :

. . , , .

.
Maksudnya : Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu dari aku ini menjadi seorang yang sesat atau disesatkan, atau aku terpesong atau dipesongkan, atau aku menzalimi atau dizalimi, atau menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi hak orang-orang yang memohon dan demi hak orangorang yang meminati Engkau, perjalananku ini adalah menuju kepada Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini bukanlah sebagai orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi, seorang yang bangga diri (riya') dan bukan pula seorang yang mencari kemegahan, bahkan aku keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan kerana menuntut keredhaanMu. Aku mohon semoga Engkau lindungi aku dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke dalam syurga. 15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :

. .
Maksudnya : "Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya yang Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan yang terkutuk. Segala puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku ! rahmatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad itu dan sejahterakanlah. Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku segala pintu rahmatMu , dan mudahkanlah juga bagiku memasuki segala pintu rezekiMu !. Kemudiannya sambil membaca Bismillah ... masuk ke dalam masjid dengan langkah kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada masjid pun dibaca bagaimana bacaan di atas juga , kecuali

Itu ditukar dengan

,
Yang bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah aku dari angkara syaitan dan bala tenteranya. 16. Niat I'tikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat i'tikaf. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah diulangi lagi membaca :

,
Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid dua rakaat sebelum lagi duduk. 17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah : 100

) .(kali

Maksudnya : "Ya Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat lagi amat mengasihani". Selepas itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan fajar atau bang subuh. 18. Menjawab Azan Apabila mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang

serupa seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu, melainkan pada katanya

Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata

Begitu juga bila muazzin kata :

Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :

Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata

Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata

Manakala ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan muazzin itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri sendiri dan oleh orang-orang di sebelah menyebelahinya sahaja. 19. Doa Selepas Azan Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :

. . . (136:
20. Sembahyang Sunat Subuh Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas fatihah rakaat yang pertama ayat :

Seterusnya

bacalah hingga akhirnya.

hingga

akhirnya

dan

Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :

(64 :
hingga akhirnya dan

Seterusnya dibaca pula hingga akhirnya.

Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca pada rakaat yang pertama dan yang kedua. 21. Zikir Selepas Sunat Subuh Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah : pada rakaat

tiga kali Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan ditambah

Iaitu

...
Hingga akhirnya dan kemudian baca

, (3 kali)

Dan kemudiannya baca pula

. .
Kemudiannya baca 40 kali Dan kemudiannya lagi : 100 kali Jika ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian di rumah, bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap satunya sepuluh kali iaitu :

Maksudnya : Maha Suci Allah

Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah

Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah

Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah 22. Menjawab Iqamat Bila mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh, maka jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang diucapkan oleh juru iqamat seperti pada jawab azan juga, kecuali bila juru iqamat kata :

Maka yang mendengarnya menjawab :

Dan kemudiannya membaca :

, . . . . .
23. Bacaan-bacaan Sunat hingga akhirnya. Dan Kemudiannya baca seterusnya kerjakanlah sembahyang fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi Imam atau bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan sunat- disamping bacaan-bacaan wajib seperti doa iftitah, tasbih-tasbih rukuk dan sujud serta doa-doa hujungnya dan lain-lain zikir lagi hendaklah seberapa boleh dibaca kesemuanya.

24. Bacaan Selepas Sembahyang Selepas memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi salam sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :

, (10 kali) (7 kali) (3 kali)


Dan seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah

(3 kali) , . . . , . . ,

. .
Dan kemudiannya

(33 kali) (33 kali) (33 kali) . (100 kali)


Bagaimana pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun uzur, maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas. Iaitu dibaca:

(sebanyak 11 kali sahaja)


Peringatan : Berikutan dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan, elok juga diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang, iaitu yang bermula dengan 25. Penutup Selepas itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa doa jua bagi memohon apa-apa kehendak bagi kepentingan dunia dan akhirat. Dan jika mengikut imam, maka berwiridlah mengikut wirid imam dan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu. Sekian, Wallahua'alam hingga berakhir bertahlil itu.

You might also like