You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LUNYING D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN 94800 SIMUNJAN, SARAWAK.

Kertas Kerja Latihan Dalam Perkhidmatan Penyebaran KSSR Dan PBS Tahun 2 2012-Dunia Muzik

Pengenalan: Latihan Dalam Perkhidmatan Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 2 2012-Dunia Muzik merupakan satu slot yang memberi pendedahan kepada para guru akademik Sekolah Kebangsaan Lunying tentang program pembelajaran baharu dalam bidang muzik. Slot ini juga bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak dapatan peserta kursus semasa menghadiri kursus kepada rakan sekerja. Rasional: Latihan Dalam Perkhidmatan Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 2 2012-Dunia Muzik ini diadakan bertujuan untuk memperluaskan lagi pemahaman guru-guru terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam bidang muzik di sekolah. Ini sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Objektif: Di akhir kursus ini diharapkan guru-guru dapat: 1. Lebih berkeyakinan untuk melaksanakan dasar KSSR di sekolah. 2. Mengetahui langkah-langkah terbaru yang ditekankan didalam dasar KSSR. 3. Boleh membimbing rakan dalam melaksanakan dasar KSSR. Kumpulan Sasaran: Semua guru SK Lunying seramai 12 orang.

Ahli Jawatan Kuasa: Pengerusi : Hasan Bin Haji Jamil Penyelaras: Abdul Kadir Setiausaha: Abang Azizzuddin Bin Abg. Zainal Abidin AJK: Semua guru SK Lunying Penceramah: Huston Anak Inggit

Pelaksanaan: Masa: 1 jam. Tarikh pelaksanaan: 25 Ogos 2011 Waktu: 2:00 petang-3:00 petang Tempat: Kelas Tahun 6

Perbelanjaan: 1. Minum petang RM2.00 x 12 orang = RM24.00 Jumlah kos keseluruhan = RM24.00

Peruntukan: Disediakan oleh PIBG SK Lunying

Tarikh Kertas Kerja diedarkan: 12 ogos 2011

Di sediakan oleh:

Di sahkan oleh:

.. (Huston Anak Inggit)

.. ( Hasan bin Hj Jamil Guru Besar SK Lunying )

You might also like