You are on page 1of 23

1

1.0 PENGENALAN

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi generasi kini dan akan datang. Pendidikan seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah serta merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Pendidikan seni visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia

yang celik budaya kesenian. Keperluan individu dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran proses, teknik dan media serta pembentukan nilai. Fieldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pelajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan ialah seni visual yang meliputi catan, arca, seni bina, kraf, reka bentuk industri, fotografi, filem,televisen dan seni komputer. Pendidikan seni visual mengkaji fungsi dan setiap bentuk objek dihasilkan. Pendidikan seni visual merangkumi pelbagai kaedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil individu.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA

Aktiviti seni Malaysia awal bermula di Pulau Pinang apabila Pulau Pinang dikuasai British pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia Timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang suka melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi di Pulau Pinang. Golongan imigran Cina turut menyumbang kepada perkembangan seni Tanah Melayu seperti pendatang dan pelawat Cina Xu Beihong yang bermastautin di Pulau Pinang selama beberapa tahun. Pendatang Cina telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Namun tujuan perhijrahan orang Cina ke Tanah Melayu kebanyakkan semata -mata untuk diutamakan. Namun apabila mereka semakin kukuh dan berjaya di Tanah Melayu, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik. Ada yang terlibat dalam pendidikan seni dan ada menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Pada tahun 1920-an studio seni mula didirikan di Pulau Pinang oleh Yong Mun berkerja ekoran pelbagai masalah di tanah air. Oleh itu, seni halus tidak

Seng. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran pendidikan seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek pendidikan seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo Pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Mereka dilatih di akademi seni di Shanghai, Canton dan Amoy dan telah didedahkan

kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Tanah Melayu dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep barat dan timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain. Pendudukan Jepun pada 1941, telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan - kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945, kesenian di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay Hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York.. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni. Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur. Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal. Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan. Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran -pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur

oleh Peter Harris. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di Britain yang memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal. Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh golongan ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis SeMalaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Thursday Art Gruop. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru - guru yang berminat

dalam bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama se tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant- garde di negara ini. Institusi seni lukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Pada tahun 1967 penubuhan Institut Teknologi Mara telah melahirkan sekumpulan

tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an

3.0 3.1

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual

3. 1.1 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual. Skop pelajaran PSV di sekolah rendah tidak meliputi bidang seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. PSV memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Oleh sebab murid di sekolah rendah masih dalam membina perkembangan minda yang kreatif, ekspresif dan aktif, PSV berperanan dalam membantu memperkembang ciri-ciri ini

melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran murid-murid. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis aktiviti seni visual akan membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Kesannya murid dapat membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. PSV sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dan mengaitkan dengan mata pelajaran lain. PSV turut

menekankan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang mana murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

3.1.2 Matlamat

Matlamat mata pelajaran PSV sekolah rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis,

kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Pendidikan Kebangsaan.

negara, selaras dengan hasrat Falsafah

3.1.3 Objektif

Objektif kurikulum PSV ialah: murid menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, (II) murid melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, (III) murid menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, (IV) murid akan mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, (V) mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, (VI) murid membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, (VII) murid dapat memupuk nilai-nilai

kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, (VIII) murid akan mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, (IX) murid menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan (X) murid melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

3.1.4 Organisasi kurikulum

Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Melalui pengalaman seni dalam p & p, murid dapat memperkembang dan

menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual yang akan menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Seterusnya murid

akan

menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.

Antara

pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni serta sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni,

menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama iaitu: I. pemerhatian secara aktif II. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan III. apresiasi seni visual secara mudah IV. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif berlaku sepanjang p & p. Pemerhatian merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, fokus dan terperinci yang akan menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan murid, pemerhatian juga melibatkan deria lain melalui kajian perbandingan. Melalui kajian yang dilakukan, dan imaginasi murid ditingkatkan. Contohnya, pemahaman dan perkembangan emosi

murid akan dilatih membuat pemerhatian

terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kesan aktiviti ini murid akan dibantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Tujuan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan untuk menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung dan mengenali perubahan yangmereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyayian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni agar dapat memperoleh nilai menghargai sumbangan mereka.

Murid sekolah rendah akan dipupuk dengan nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah dalam

memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

3.1.5 Kandungan Kurikulum

Sukatan pelajaran PSV

sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu

menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

3.1.5.1 Mengambar Dalam kegiatan mengambar, menekankan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan yang dijalankan dalam kelas ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Aktiviti menggambar menekankan

perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid melalui penerokaan kesan seni yang mana murid akan mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Selain itu, melalui kegiatan

10

menggambar, guru -guru PSV akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran turut menjadi fokus dalam kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Oleh itu, murid dapat menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Pembelajaran bidang mengambar Tahap 1 bermula dengan asas mengambar, menggambar dan meneroka teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Manakala Tahap 2, murid akan mempelajari pengunaan asas seni reka dalam mengambar melalui imaginasi, tema, pengalaman dan fantasi pelajar serta pengunaan komputer.

3.1.5.2 Membuat corak dan rekaan

Bagi membuat corak dan rekaan, murid akan mempelajari cara membuat corak, mereka corak dan didedahkan beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak bagi Tahap 1. Pada tahap 2 mereka akan mempelajari asas seni reka dalam membuat corak dan rekaan, dan menggunakan imaginasi serta memaplikasi penghasilan corak dan rekaan dengan menggunakan komputer. Oleh itu, murid akan diberi peluang memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan boleh dipadankan

kepada pelbagai hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara sama ada corak tidak terancang atau corak terancang. Contoh hasilan corak tidak terancang ialah pualaman tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan. Manakala contoh corak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan, resis, kolaj dan kaligrafi.

Hasil pembelajaran membuat corak dan rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini juga

11

memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik yang telah dinyatakan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3.1.5.3 Membentuk dan membuat binaan

Kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Kesannya murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Guru akan mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Oleh itu, murid berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti arca timbul, asemblaj, mobail, strabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Murid Tahap 1 akan mempelajari asas membentuk dan membuat binaan, membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan pelbagai bahan dan meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membentuk dan membuat binaan. Murid Tahap 2 pula pada akhir pembelajaran akan mengetahui cara menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat binaan da membentuk dan membuat binaan secara manual dan berbantukan komputer berdasarkan imaginasi murid.

3.1.5.4 Kraf Tradisional Kraf tradisional ialah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh sesuatu masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional dalam seni alat domestik, alat permainan,

12

ala pertahanan diri, perhiasan diri, perhiasan diri (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Oleh itu, murid sejak di peringkat awal telah diperkenalkan kraf tradisional negara dengan mempelajari fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Di akhir pembelajaran kegiatan tradisional murid akan mengenali kraf tradisional dan motif dalam penghasilan kraf tradisional serta tatacara dan disiplin kerja semasa di akhir Tahap 1. Murid Tahap 2 pula akan mengenali pengunaan alat, bahan, teknik dan proses dalam kraf tradisional, membuat kraftangan seperti batik, ukiran, tenunan, tembikar dan ayaman serta didedahkan guru untuk membentuk dan membuat binaan secara manual menggunakan komputer berdasarkan imaginasi murid.

3.2 Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual

3.2.1 Pengenalan PSV sekolah menengah menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. PSV sekolah menengah memberi penekanan dalam kegiatan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman penghayatan dan kritikan pelajar. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar.

Oleh itu, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai-nilai dalam kurikulum PSV yang merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraftradisional. Pelajar akan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik atau aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek tersebut, pelajar akan menghayati warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar juga akan

13

didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu serta dapat menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

3.2.2 Matlamat

Matlamat PSV sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Melalui kurikulum yang dipelajari iaitu rasa syukur terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara dapat dipupuk dalam diri pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

3.2.3 Objektif

PSV di sekolah menengah bertujuan untuk pelajar menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, ( I) memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual, (II) meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran pelajar dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya (III) menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti, ( IV) membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual (V) pelajar mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain (VI) pelajar akan menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa (VII) pelajar akan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya (VIII) pelajar menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan (IX) membina jati diri pelajar ke arah pembentukan negara bangsa.

3.2.4 Organisasi Kurikulum

Kurikulum PSV disusun berdasarkan dua bidang iaitu penghasilan seni visual serta sejarah dan apresiasi seni visual. Kedua-dua bahagian ini membantu pelajar dalam menguasai pelbagai

14

kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai pelajar melalui PSV ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

Guru akan mengintegrasikan kedua-dua bidang dalam p & p bagi membolehkan murid menguasai kemahiran -kemahiran tersebut. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajiankajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini dilakukan untuk menerapkan budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar.

Kedua-dua bidang ini juga menjurus kepada matlamat PSV dan

matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. P & p PSV dijalankan dalam bentuk teori dan praktika. Pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikan agar tiga domain iaitu, pengetahuan,

kemahiran dan nilai dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Perkara yang ditekankan dalam penghasilan seni visual ialah kegiatan kreatif yang melibatkan benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi oleh pelajar bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.

Seterusnya fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan. Bidang sejarah dan apresiasi seni visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali identiti seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

15

3.2.5 Kandungan kurikulum

Kurikulum PSV sekolah menengah disusun dan dibahagikan kepada penghasilan seni visual dan sejarah dan apresiasi seni visual.

3.2.5.1 Penghasilan Seni Visual

Penghasilan seni visual menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasi kefahaman mereka dalam menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri,

penghasilan ini menekankan

masyarakat dan nilai kenegaraan. Sehubungan itu, latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni. Bidang ini meliputi asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan, seni halus (lukisan, catan, arca dan cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (rekabentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan dimensi baru.

3.2.5.2 Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

Manakala dalam sejarah dan aspresiasi seni visual, pelajar diberi peluang

membuat kajian

pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan. Pelajar akan dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni. Bidang sejarah dan apresiasi seni visual meliputi perkembangan seni visual di Malaysia iaitu mengenai seni halus tentang gerakan seni halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan serta kraf tradisional dan pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan, peralatan, alat permainan iaitu gasing, wau dan alat muzik tradisional, seni bina (kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman), kenderaan

16

(darat dan laut atau sungai), pakaian (baju kurung, baju melayu, baju kedah,baju cekak musang dan lain-lain) dan perhiasan (ornamen) hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang.

4.0 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 6

4.1 Matlamat Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran seni visual bagi membolehkan pelajar dapat mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi dan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya selepas tamat persekolahan.

4.2 Objektif

Objektif sukatan pelajaran PSV tingkatan 6 adalah untuk membolehkan pelajar (I) memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan, (II) memahami cara-cara memperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan, (III) memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupan secara menyeluruh, (IV) memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan persekitaran mempengaruhi penghasilan karya dan rekaan seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsur pengembangan idea dalam

penghasilan, (V) memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritis pelbagai karya dan rekaan seni visual yang berbentuk komunikasi bukan verbal, (VI) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses

penerokaan dan penghasilan karya dan rekaan seni visual, (VII) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedah seni dalam penghasilan karya dan rekaan seni visual, (VIII) mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual dengan menggunakan laras bahasa seni visual.

17

4.3 Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran Seni Visual ini mengandungi dua aspek utama, iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan), Lukisan dan Projek Penghasilan Karya.

4.3.1 Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)

Teori Seni Visual merangkumi apresiasi seni visual dan teori penghasilan yang terbahagi kepada tiga tajuk yang utama iaitu pengenalan seni visual, bahasa seni visual dan pendekatan sejarah dan kritikan seni visual. Masa yang ditetapkan bagi subtajuk ini adalah sebanyak 23 waktu. Dalam pengenalan seni visual perkara yang perlu dijelaskan oleh seorang guru kepada pelajar adalah pengertian seni visual. Seni visual terbahagi kepada dua, iaitu pengkaryaan dan perekaan. Dalam bidang pengkaryaan lebih menumpukan kepada bidang seni halus, iaitu seperti lukisan,catan, cetakan arca. Manakala dalam bidang perekaan pula terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Reka bentuk persekitaran merangkumi landskap dan hiasan dalaman.

Selain perkara yang dinyatakan di atas, guru haruslah menerangkan kepada pelajar mengenai peranan seni visual. Dalam peranan seni terdapat dua bahagian iaitu psikologi dan sosiologi. Bagi bidang psikologi terbahagi pula kepada empat, iaitu kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi. Manakala bidang sosiologi seni visual berperanan terhadap nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual, pengeluaran dan perniagaan dan perdagangan. Perniagaan dan perdagangan ini dapat dijelaskan apabila hasil seni visual itu dijadikan sebagai barang yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan amalan nilai murni dalam kehidupan.

18

4.3.2 Bahasa seni visual

Tajuk kedua adalah tentang bahasa seni visual. Masa yang diperuntukkan adalah 34 waktu. Dalam bahasa seni visual ini terdapat dua perkara yang perlu diberi penekanan iaitu aspek formal dan makna, fungsi dan konteks. Dalam aspek formal, terdapat pula beberapa aspek yang diperjelaskan oleh guru kepada pelajar iaitu, tentang unsur seni, prinsip rekaan, media dan teknik. Unsur seni merangkumi garisan, jalinan rupa, bentuk dan warna. Bentuk terbahagi kepada tiga bentuk iaitu, dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. Dalam aspek warna pula, guru menjelaskan kepada pelajar tentang jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna.

Dalam prinsip rekaan, terdapat pelbagai aspek iaitu, harmoni, kepelbagaian, keseimbangan, kadar banding, dominan, kontra, dan ekonomi. Dalam menjelaskan tentang bahasa visual, guru juga perlu menjelaskan tentang media kepada pelajar. Terdapat dua media iaitu, media konvensional dan media baru. Kefahaman dalaman menggunakan media dapat digunakan untuk pengkaryaan dan perekaan iaitu cara atau kesesuaian menggunakan media tersebut. Selain itu, dalam menerangkan bahasa seni, teknik diajar oleh guru agar pelajar dapat menghasilkan sesebuah karya seni merujuk kepada kaedah, gaya dan pengolahannya agar sesebuah karya seni itu memberi kepuasan kepada pengkarya. Terdapat dua teknik iaitu, teknik konvesional dan teknik baru. Kedua-dua teknik ini dapat digunakan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Dalam makna, fungsi dan konteks pula, menerangkan tentang aliran, kebudayaan dan nilai.

4.3.3 Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual

Tajuk ketiga dalam bahasa seni visual adalah tentang pendekatan sejarah dan kritikan seni visual. Masa yang ditetapkan bagi tajuk ini adalah sebanyak 57 waktu. Dalam tajuk ini terdapat subtopik yang kecil iaitu konsep dan kaedah sejarah seni, konsep dan kaedah kritikan seni. Dalam subtopik kecil tersebut terdapat pula alemen-elemen yang perlu dijelaskan oleh guru kepada pelajar.

19

4.3.4

Lukisan

4.3.4.1 Pengenalan Lukisan

Dalam tajuk pengenalan lukisan ini, aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan, penggunaan bahan dan pengolahan teknik lukisan akan dijelaskan kepada pelajar yang mana seterusnya akan menyentuh mengenai bentuk, kedudukan objek, skala dan kadar banding serta pencahayaan dan juga struktur. Bentuk seperti permukaan, keluasan dan ketinggian serta jisim.

Kedudukan objek seperti melintang, menegak dan sendeng. Manakala pencahayaan pula seperti cahaya dan bayang, cahaya dan bentuk serta cahaya dan suasana. Struktur pula, ialah seperti strutur jelas dan struktur tidak jelas. Penggunaan bahan dalam penghasilan lukisan seperti pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan pensel warna turut akan diterangkan dibawah tajuk ini. Selain itu, di dalam pengolahan teknik lukisan akan menyentuh mengenai cara lorekan, silang pangkah (cross hatching), teknik titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur dan juga garisan tidak menentu.

4.3.4.2 Penggubahan

Tajuk penggubahan berfokus untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkara yang mewujudkan kesan terhadap hasil karya atau lukisan. Oleh itu, dalam mewujudkan kesan, guru akan menekankan aspek ruang, suasana dan ciri-ciri serta sifat objek. Ruang yang akan diajar oleh guru adalah seperti ruang rata, ruang cetak dan ruang dalam. Bagi suasana pula adalah seperti panas, sejuk, tenteram dan riang. Manakala ciri-ciri dan sifat objek adalah seperti keras, lembut, halus, licin, pejal, kasap, kasar dan juga lut sinar.

20

4.3.3 Projek Penghasilan Karya

Penekanan dalam aspek pengkaryaan ini adalah bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai seni halus yang mempunyai pelbagai jenis karya dan komunikasi visual. Bagi bidang seni halus, guruperkara utama yang ditekankan ialah menerangkan pelbagai jenis karya yang terdapat seperti lukisan, catan, seni cetak dan arca. Pada masa yang sama turut menjelaskan media yang digunakan dalam pengkaryaan seni halus seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Manalaka seni cetak mempunyai pelbagai teknik seperti seni cetak timbulan, seni cetak benaman dan seni cetak serigrafi.

Seni arca pula diterangkan mengenai kepelbagaian jenis atau teknik menghasilkan arca seperti relief, free standing, kinetik dan instalasi. Selain itu, aspek komunikasi visual juga turut disentuh iaitu grafik dan multimedia. Grafik adalah seperti tipografi, identiti korporat, poster, ilustrasi, pembungkusan dan reka tanda di samping mengaitkan juga bidang multimedia seperti interaktif, liner, animasi dan laman web. Guru juga menjelaskan beberapa reka bentuk teknologi seperti industri, automobile, seramik, fesyen dan tekstil. Berlainan pula dengan reka bentuk teknologi, guru juga menyentuh mengenai reka bentuk persekitaran untuk keseimbangan. Misalnya, landskap dan hiasan dalaman.

5. 0 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN KHAS KPM sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas perlu diberi peluang yang sama dengan pelajar aliran perdana di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka. Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif ialah kurikulum khusus, sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), masalah pembelajaran tahap satu, terdapat lima mata pelajaran iaitu pengurusan

21

kehidupan, asas 3M (membaca, menulis, mengira), seni kreatif, pendidikan Islam atau Moral dan pendidikan jasmani. PSV dan pendidikan muzik merupakan komponen dalam mata pelajaran seni kreatif. Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu. Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.

6.0 KESIMPULAN Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain telah berusaha untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni ke tahap yang sewajarnya. Usaha yang melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya jelas. Isi kandungan pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras melalui sukatan pelajaran dengan harapan PSV dapat

memenuhi wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha melaksanakan pengajaran, menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dan berkualiti suapay PSV benar- benar menarik, berkualiti dan bermakan dari perspektif pelajar

22

RUJUKAN

Md. Nasir Ibrahim & Prof Madya Ibrahim Hassan. 2003. Pendidikan Seni untuk Maktab & universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Majlis Peperiksaan Malaysia. Seni visual sukatan pelajaran dan soalan contoh. 1-37 http://www.mpm.edu.my/documents/10156/4ac8cce2-1ec9-4f30-a0bb-f133021906bb [21Disember 2011] M y z i z i . 2 0 0 9 . S e j a r a h a w a l s e n i ( i i ) . http://esenivisual.blogspot.com/2009/07/sejarahawal-seni-visual-ii.html [3 Nov 2011] Kementerian Pelajaran Malaysia.2008. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&Itemid=71 [ 3 November 2011] Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Sukatan pelajaran psv kbsm. Panitia Seni Visual SMK Serian. https://sites.google.com/site/panitiasenivisualsmkserian/sp-psv-kbsm [16 / 12 /2011] Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Kurikulum Alternatif untuk Murid Istimewa

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html [30 Oktober 2011]

23

You might also like