You are on page 1of 6

PENGENALAN MATLAMAT OBJEKTIF TARIKH 5 September 2007 sehingga 7 September 2007 MASA Ujian amali ini dimulakan pada

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. TEMPAT Tempat pelaksanaan bagi pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak adalah di padang. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran adalah murid-murid Tahap 1, berumur antara 7 tahun sehingga 9 tahun dan murid-murid Tahap 2 berumur antara 10 tahun sehingga 12 tahun.

KATEGORI PERMAINAN : SASARAN (AYAM DAN MUSANG) Tempat Pemain Alatan Masa : : : : Kawasan lapang 2 kumpulan (5 orang 1 kumpulan) bola, 1 bakul raga, jam, kertas catatan 10 minit

CARA PERMAINAN 1. Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan ayam dan kumpulan musang. Ibu ayam dan Ibu musang mempunyai 4 orang anak masing-masing. 2. Kumpulan ayam perlu menyasarkan bola ke dalam bakul, manakala kumpulan musang akan cuba merampas bola. 3. Semasa permainan dijalankan, bola perlulah sentiasa dilantun dan anak ayam tidak boleh berpecah dari kumpulannya. 4. Jika bola terlepas, anak ayam dan anak musang yang terakhir akan cuba merebut bola tersebut. 5. Permainan akan diteruskan jika kumpulan ayam berjaya mendapat bola. Namun, jika kumpulan musang yang berjaya merebut bola, ahli kumpulan ayam yang terakhir dikira mati. 6. Permainan akan diteruskan oleh kumpulan ayam sehingga semua anak ayam dikira mati. 7. Permainan akan ditamatkan juga dalam masa 10 minit, walaupun tidak semua anak ayam mati. 8. Kemudian, kumpulan musang dan kumpulan ayam akan bertukar peranan (musang menyasarkan bola ke dalam bakul). 9. Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan mata. Jika mendapat mata seri, pemenang ditentukan berdasar bilangan anak yang masih hidup. 10. Keputusan adalah muktamad.

SYARAT PERMAINAN 1. Anak ayam dan anak musang mestilah sentiasa berada dalam kumpulan masing-masing kecuali semasa merebut bola. 2. Setiap pemain tidak boleh melepasi kawasan permainan yang telah ditetapkan. 3. Anak musang yang terakhir sahaja yang boleh merebut bola dari anak ayam yang terakhir. 4. Jika ada pemain yang terkeluar dari gelanggang, pemain tersebut dihukum keluar selama 2 minit. 5. Jika bola terkeluar secara tidak sengaja, secara automatik bola akan menjadi milik kumpulan yang menyasarkan bola.

PELAN PERMAINAN SET 1

Anak musang terakhir

Ibu musang

Ibu ayam

Anak ayam terakhir

Kumpulan musang

Kumpulan ayam

SET 2

Anak ayam terakhir

Ibu ayam

Ibu musang

Anak musang terakhir

Kumpulan ayam

Kumpulan musang

RUMUSAN Keseluruhannya permainan kanak-kanak adalah sesuai bagi murid-murid sekolah rendah. Murid-murid seharusnya boleh bermain mengikut peraturan yang ditetapkan. Aktiviti ini juga dapat melihat kreativiti setiap murid-murid dalam menghasilkan sesuatu permainan. Saya berharap agar aktiviti ini dapat memberi kesan positif kepada perkembangan fizikal, mental, kognitif dan sosial muridmurid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KOLABORASI Tarikh Perkara Tandatangan pensyarah 2/9/2007 Taklimat kerja kursus. Tandatangan ahli kumpulan

Pembahagian tugas dan 3/9/2007 penyenaraian pergerakan asas.

Perbincangan tentang 4/9/2007 kerja kursus bersama ahli kumpulan.

5/9/2007

Latihan permainan kanakkanak. Demonstrasi permainan

6/9/2007

kanak-kanak dijalankan. Menyiapkan kertas kerja.

You might also like