You are on page 1of 5

REFLEKSI

Alhamdulillah, segenap kesyukuran kepada Allah yang telah memberi kesempatan ruang, peluang serta ilham yang melimpah ruah untuk menyiapkan kerja kursus Geometri telah berjaya disempurnakan jua. Jutaan terima kasih kepada pensyarah yang terlibat, Puan Norliha bt Jemain atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan dalam mata pelajaran ini serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Pelaksanaan tugasan ini antara lain menjadi rentetan kepada pelajaran yang lampau di mana umum sedia maklum kami dikehendaki untuk melaksanakan 4 tugasan yang merangkumi topik- topik dalam geometri. Refleksi Tugasan 1 Tugasan yang pertama yang perlu dilaksanakan ialah merangkumi tajuk Teselasi Satah. Saya dikehendaki untuk menghasilkan dua rekaan teselasi dengan menggunakan GSP dan juga secara manual(Jenis Escher). Antara kekuatan yang saya dapat lihat sewaktu proses menyelesaikan tugasan yang pertama ini kefahaman yang jelas tentang teselasi satah yang telah diajar oleh pensyarah dan diaplikasikan untuk membuat rekaan baru ini. Selain daripada itu saya ada merujuk laman web yang berkenaan tentang teselasi dan belajar tentang membuat teselasi dengan menggunakan perisian GSP. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat sewaktu pelaksanaan kerja kursus ini ialah kesukaran untuk mencari idea tentang idea untuk rekaan yang kedua iaitu secara manual dengan menggunakan kaedah Escher. Saya mengambil masa yang lama untuk mencari corak yang sesuai untuk digunakan. Oleh yang demikian, masalah ini mendorong saya untuk fokus melihat persekitaran di sekeliling saya. Selain daripada itu, teselasi yang kedua saya menggunakan rekaan ikan dan burung. Saya melihat kebanyakan rekaan Escher kebanyakannya berdasarkan gambar haiwan. Saya mencari kelainan dengan mencari dengan menggabungkan corak ikan dan burung, Disini saya diperlukan untuk lebih kreatif untuk menghasilkan corak yang menarik. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tugasan pertama memberi manfaat kepada saya. Dengan membuan rekaan teselasi ini, saya akan menjadi lebih kreatif untuk membuat alat bantu mengajar, Selain daripada itu, sekiranya saya perlu menjadi

seorang guru pendidikan seni kelak, saya mempunyai bahan pengajaran yang menyeronokkan bagi murid. Ini kerana selain murid belajar seni akan tetapi secara tidak langsung murid juga turut mengaplikasikan konsep matematik dalam seni tanpa mereka sedari. Refleksi Tugasan 2 Tugasan yang kedua pula merangkumi tajuk Pepejal Sekata dan Separa Sekata. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Kami perlu membuat 3 jenis pepejal iaitu pepejal platonik, pepejal Archimedes dan pepejal Kepler- Poinzoit. Setelah membuat undian bersama- sama kumpulan lain, kami telah terpilih untuk membuat pepejal Stella Octangula( gabungan daripada dua pepejal tetrahedral), Rhombicuboctahedron dan juga pepejal Great Dodecahedron. Walaupun

kesuntukan masa, akhirnya kami dapat juga menyiapkan ketiga- tiga pepejal ini. Antara kelebihan yang saya dapat lihat dalam menyiapkan tugasan ini ialah pengorbanan yang tidak berbelah bagi dari semua ahli kumpulan kerana sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan tugasan ini. Selain daripada itu, saya juga mendapati ahli kumpulan saya tidak mudah berputus asa untuk menyiapkan tugasan ini kerana untuk menyiapkan pepejal tersebut dengan mounting board yang mempunyai struktur kertas yang tebal menyukarkan lagi untuk kami melipatkan kertas tersebut. Kami juga banyak melakukan cuba jaya terutama dalam membuat pepejal Kepler- Poinzoit yang mempunyai banyak bucu yang sukar untuk dibentuk. Antara kelemahan yang saya dapati dalam tugasan yang kedua ini ialah kami terlalu banyak menggunakan bahan- bahan seperti mounting board, gam, kertas warna dan sebagainya. Ini kerana dalam membina setiap satu pepejal kami menginginkan pepejal yang dibina itu dalam keadaan kemas dan cantik. Oleh yang demikian banyak bahan yang diperlukan untuk kami untuk membina tiga pepejal yang terbaik. Oleh yang demikian, kami atasinya dengan menggunakan sepenuhnya bahan- bahan seperti mouting board supaya tidak berlaku pembaziran. Justeru itu, saya dapat merumuskan bahawa tugasan kedua ini, sangat menguji kesabaran kami dalam pembuatannya. Saya juga berpendapat bahawa dengan adanya pepejalpepejal yang ada dalam bentuk maujud ini dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan untuk guru- guru. Dari segi aspek geometri pula, pepejal merupakan objek yang ada di persekitaran kita. Tanpa kita sedari, terdapat unsur-

unsur matematik dalam pepejal- pepejal yang berikut. Oleh alasan yang sedemikian, sebagai guru kita perlu menerapkan nilai- nilai matematik dalam diri murid- murid. Refleksi Tugasan 3 Pembentangan refleksi tugasan ketiga merangkumi tajuk Pembinaan Model Geometri. Setiap individu dikehendaki untuk 1 rekaan kad ucapan dengan menggunakan teknik asas pop-up. Tugasan pada kali ini memerlukan saya berfikiran secara kreatif dalam membina kad yang mempunyai teknik- teknik asas pop- up. Kelebihan yang saya dapat lihat melalui tugasan ini ialah kemudahan- kemudahan yang ada di beberapa laman web seperti tutorial berkenaan cara- cara membuat kad yang menarik yang mengandungi unsur- unsur pop- up. Sebagai contoh, saya telah mengambil idea untuk membuat kad pop-up daripada laman Youtube iaitu House of love. Dengan kemudahan- kemudahan seperti ini, memudahkan kami untuk mendapat idea dalam membuat kad yang menarik dan cantik. Manakala kelemahan yang saya dapati dalam membina kad pop-up ini ialah kekeliruan dalam menggunakan teknik pop-up. Seperti mana kad yang saya telah bina, pada awalnya saya dapati kad ini tidak terdiri dalam beberapa teknik pop-up. Akan tetapi, mujurlah rakan- rakan saya yang lain meyakinkan saya bahawa kad yang saya bina ini menggunakan teknik angle fold. Saya akui bahawa tindakan saya membina kad secara melulu tanpa mengenal pasti jenis teknik pop-up yang ada merupakan satu kelemahan saya yang ketara. Secara kesimpulannya, saya dapati bahawa tugasan ini sangat menarik kerana saya boleh mengaplikasikan pengetahuan membina kad yang menarik yang sedia ada ini untuk kegunaan saya pada masa akan datang. Sebagai contoh ialah saya boleh menghadiahkan kad- kad pop-up ini kepada setiap pelajar menjelang ulang tahun mereka. Hal ini akan memberikan kegembiraan kepada mereka dan semangat untuk mereka untuk terus belajar di dalam kelas saya. Refleksi Tugasan 4 Terakhir sekali tugasan ke empat juga merangkumi topik pembinaan Model Geometri. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Kami dikehendaki

menghasilkan satu buku cerita dengan menyatupadukan teknik- teknik pop-up yang berbeza dan pelbagai. Melalui tugasan ini, terdapat beberapa kelebihan yang saya telah perhatikan. Antaranya ialah pengetahuan sedia ada saya mengedit gambar

menggunakan software Photoshop. Dalam tugasan ini, kumpulan kami mengambil idea daripada kartun Pooh, untuk dijadikan sebagai watak- watak dalam buku cerita kami. Oleh yang demikian, tugas saya untuk mengambil gambar- gambar kartun Pooh di internet untuk dijadikan latar belakang dan bahan untuk dijadikan sebagai pop-up. Tugasan untuk mencari gambar- gambar yang bersesuaian dengan jalan cerita buku ini, lebih mudah dengan adanya kemahiran sedia ada saya mengedit gambar dan mengubah suaian imej yang dikehendaki dalam setiap muka surat. Selain daripada itu, saya juga dapati kerjasama yang tidak berbelah bagi, ahli- ahli dalam kumpulan mengeluarkan idea, seterusnya melaksana tugasan tanpa karenah. Manakala, kelemahan yang saya dapati dalam menjalani tugasan ini ialah buku cerita yang kami hasilkan tidak kreatif disebabkan kelemahan kami sendiri kerana tidak pandai mereka jalan cerita buku cerita sendiri, tetapi hanya dengan mengambil idea daripada kartun yang telah sedia ada. Selain daripada itu, kami juga mengakui bahawa untuk mengubah gambar- gambar untuk dijadikan pop-up mengambil masa yang sangat lama untuk difikirkan dan dilaksanakan, maka dengan ini pengorbanan masa yang dilakukan oleh kami semua telah berjaya menghasilkan satu buku cerita yang mengandungi beberapa jenis pop-up. Dengan ini saya dapat simpulkan untuk menghasilkan satu buku pop-up dapat menjana kreativiti diri sendiri. Selain itu, ia juga dapat membina satu semangat kerjasama antara kumpulan khususnya dalam ahli kumpulan saya. Setelah menjalani keempat- empat tugasan ini, saya mendapati tugasantugasan ini sangat bermakna kerana selepas ini kami generasi guru yang baru akan meneruskan kesinambungan guru-guru yang terdahulu. Kami perlu kreatif mempelbagaikan cara untuk mengajar pelajar- pelajar tentang geometri. Selain daripada itu, kami juga tahu untuk mencipta aktivti- aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Saya akhiri dengan kata-kata bijak pandai dari Mann Horrace tentang guru yang baik: Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi yang dingin

Oleh itu, sebagai guru matematik, kita seharusnya lebih berfikiran kreatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran kerana keperluan dan kehendak pelajar dalam matematik pada masa sekarang telah jauh berubah dan berkembang.

You might also like