You are on page 1of 11

JABATAN ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

ALEA 2201: TEORI ANTROPOLOGI SOSIOLOGI

SOALAN : MENURUT EMILE DURKHEIM, IKATAN SOSIAL YANG LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT BOLEH MEMBAWA KEPADA MUSIBAH. BINCANGKAN.

NAMA : 1) HAFIZ ARIF BIN GHAZALI 2) FIZATUL AKMA BINTI HAMEN SEMESTER / TAHUN : SEMESTER 1 SESI 2011/ 2012 NAMA PENSYARAH : DR. SITI NOR AWANG

PENGENALAN

Emile

Durkheim

dilahirkan

pada

tahun

1858

di

Epinal

iaitu

sebuah

perkampungan Yahudi di bahagian Timur Perancis dan beliau meninggal dunia pada tahun 1917. Emile Durkheim merupakan seorang ahli sosiologi Perancis yang berbangsa Yahudi dan seorang yang kuat beragama. Beliau ialah seorang pelajar di dalam bidang undang-undang, falsafah dan juga sains sosial. Beliau banyak menulis tentang sosiologi agama, pembahagian kerja dan kajian yang sistematik tentang bunuh diri. Karyanya yang terkenal ialah The Division of Labour in Society, Rules of Sociological Method, Suicide dan The Elementary Forms of Religions Life. Beliau juga merupakan orang yang pertama menjadi Profesor Sosiologi di Universiti Bordeaux. Semasa hayatnya, beliau pernah pelajar di Jerman dalam kaedah penyelidikan dan falsafah sosial. Kesepaduan sosial merupakan satu situasi di mana anggota kelompok atau masyarakatnya bersatu padu akibat daripada wujudnya interaksi dan ikatan sosial yang tertentu. Durkheim melihat bahawa seseorang individu hidup dan dipengaruhi masyarakat dan seseorang individu tidak boleh hidup bersendirian dalam keadaan yang individualistik. Emile Durkheim melihat dalam kes keadaan normal, sekiranya

masyarakat saling membantu, penyatuan yang erat akan wujud dalam kalangan masyarakat tersebut. Sekiranya setiap peraturan dituruti dan masyarakat saling

menghormati, sesebuah masyarakat tersebut akan hidup dalam suasana yang harmoni. Pada hakikatnya norma yang merupakan peraturan bagi tatacara dan kelakuan dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Norma adalah sebahagian daripada `masyarakat`, dicetuskan dalam proses kehidupan sosial, dan menentukan skop serta batasan

kelakuan dalam kehidupan sosial manusia. Namun, jika keadaan tersebut berlaku di

sebaliknya, maka keharmonian yang utuh sukar untuk dicapai dalam kalangan sesebuah masyarakat dan sekiranya keadaan ini berterusan, ianya akan membawa kepada penyimpangan. Penyimpangan paling mudah ditakrifkan sebagai perlakuan yang tidak selaras dengan norma sosial. Penyimpangan tidak wujud secara semula jadi dalam tindakan tertentu, tetapi ditakrifkan secara sosial. Sama seperti sesuatu tindakan dianggap sebagai penyimpangan dalam satu masyarakat dan tidak dalam satu

masyarakat lain, begitu juga satu tindakan boleh jadi atau tidak mungkin merupakan penyimpangan dalam sebarang masyarakat mengikut keadaan sosial dan situasi itu berlaku. Durkheim membezakan masyarakat kepada dua aspek iaitu iaitu kesepaduan mekanikal dan kesepaduan organik. Perbezaan nilai persetujuan dan struktur integrasi dalam masyarakat ini telah di distrukturkan semula oleh Durkheim dengan

menggunakan terminologi yang khusus. Kesepaduan mekanikal didasari oleh ikatan emosional dan kebersamaan masyarakat iaitu perpaduan yang datang dari rasa kebersamaan yang tinggi kesan daripada cara hidup yang mementingkan antara satu sama lain. Masyarakat dalam kumpulan ini ditandai oleh ikatan sosial yang didasarkan pada persepsi bahawa mereka adalah sama dan memiliki kebersamaan yang kuat. Setiap individu dalam masyarakat ini sering terlibat dalam kegiatan bersama dan menghayati pola hidup kebudayaan yang sama. Kesejahteraan masyarakat ini dapat diwujudkan apabila adanya keseimbangan antara keperluan dan hak individu dengan keperluan dan hak masyarakat secara kolektif. Masyarakat jenis ini wujud pada masyarakat pra-industri di mana kehidupan bersama dihayati dan dipegang serta dipelihara oleh tiap-tiap anggota masyarakat tersebut. Dalam aspek kesepaduan

mekanikal, pembahagian kerja dalam masyarakatnya adalah rendah dan hal ini

membawa kepada kesedaran kolektif yang tinggi dan sikap individualistik yang rendah. Mereka mementingkan nilai bersama dan penyimpangan yang berlaku dihukum oleh masyarakat. Keadaan ini menyebabkan sifat saling bergantungan antara satu sama lain adalah tinggi. Seterusnya, kesepaduan organik pula terbentuk akibat dari wujudnya perbezaan antara individu di mana ia berlaku kesan daripada pembahagian kerja yang menjadikan individu kurang mementingkan orang lain. Masyarakat dalam kumpulan ini iaitu masyarakat industri ditandai oleh sikap saling bergantungan antara individu yang terlibat dalam kegiatan yang dikhususkan di mana sifat saling kebergantungan dalam kalangan masyarakatnya adalah rendah. Pembahagian kerja yang tinggi dalam

masyarakat menyebabkan seseorang individu hanya terlibat dalam satu bidang sahaja manakala bidang yang lain dilakukan oleh individu lain. Hal ini menyebabkan kesedaran kolektif dalam masyarakatnya adalah rendah serta terbatas dan membawa kepada sikap individualistik yang tinggi di mana masyarakatnya mementingkan nilai individu. Penyimpangan yang berlaku dalam masyarakat ini dihukum oleh organisasi yang formal.

IKATAN SOSIAL YANG LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT MEMBAWA KEPADA MUSIBAH.

KES PEMBUANGAN BAYI.

Durkheim menganggap masyarakat yang terlalu longgar ikatan sosialnya akan membawa kepada keadaan yang tidak baik. Keadaan ikatan sosial yang rendah membawa kepada nilai hidup yang rendah dan masyarakatnya menjadi lemah.

Durkheim melihat keadaan tersebut sebagai anomi iaitu suatu keadaan di mana normanorma dan nilai-nilai dalam masyarakat menjadi sangat lemah sehingga terdapat individu dalam kalangan masyarakat tersebut kehilangan hala tuju dan pegangan

hidup. Durkheim melihat bahawa keadaan ini seterusnya membawa kepada fenomena bunuh diri. Istilah pembunuhan diri bermakna tindakan mengambil nyawa diri sendiri secara sengaja dan sukarela. Dalam kajiannya yang klasik, Suicide, Durkheim (1897) membahaskan bahawa manusia membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat, bukan sebab individu. salah satu keadaan masyarakat ini dikenali sebagai anomi iaitu satu keadaan yang tidak ada norma atau peraturan dan nilai-nilai serta peraturan tradisional telah tidak dipatuhi oleh ahli-ahli masyarakat. Dalam kajian Durkheim pada tahun 1897 di Eropah, beliau telah membuktikan bahawa kadar pembunuhan diri adalah tinggi pada zaman perubahan ekonomi. Kadar tersebut bukan sahaja tinggi pada zaman ekonomi meleset tetapi juga pada zaman kegemilangan ekonomi. Konsep Konsep ini anomi telah mula-mula diperkenalkan dalam sosiologi oleh perubahan daripada segi Durkheim. dan

mengalami

banyak

pengertian,

digunakan dalam berbagai cara untuk meliputi berbagai situasi sosial yang dicirikan dengan disorganization, keruntuhan norma, nilai dan lain-lain. Pada umumnya konsep anomi ini menggambarkan satu situasi sosial di mana norma-norma sosial telah hilang atau menjadi lemah, atau norma-norma sosial itu kurang jelas ataupun bertentangan di

antara satu sama lain. Individu yang terperangkap dalam keadaan anomi biasanya kehilangan pegangan moral, kawalan sosial dan menjadi serba salah. Konsep anomi digunakan Durkheim dalam perbincangannya mengenai bentuk pembahagian kerja yang bersifat pathological dan kesan-kesannya. Menurut Durkheim, pembahagian kerja yang semakin tinggi selalunya dituruti dengan penyelarasan yang kurang lengkap di antara kelompok-kelompok dalam masyarakat, konflik di antara kelas dan ikatan sisial yang longgar. Situasi yang berterusan ini membawa kepada kurangnya hubungan di antara anggota dalam kalangan masyarakat dan tidak mengembangkan satu sistem nilai dan norma bersama. Keruntuhan nilai dan norma bersama ini mengakibatkan disintegrasi sosial serta keruntuhan perpaduan sosial masyarakat dan membawa kepada anomi. Dalam kajian Durkheim mengenai pembunuhan diri, beliau mengelaskan

pembunuhan diri kepada tiga kategori iaitu egoistik, altruistik dan anomi. Pembunuhan diri egoistik berlaku apabila tingkah laku yang tidak normal tidak dapat tidak dapat dikawal oleh masyarakat. Dalam kajian Durkheim, individu tidak mengambil berat tentang masyarakat atau komunitinya. Pembunuhan diri altruistik pula berlaku

disebabkan perasaan tanggungjawab kepada masyarakat. Adat `sepuku` atau hara-kiri yang dilakukan oleh askar-askar Jepun pada masa Perang Dunia Kedua adalah contoh pembunuhan diri altruistic. Dalam kalangan orang-orang Jepun, pembunuhan diri adalah tingkah laku pengorbanan diri sendiri yang dipandang tinggi. Hal ini sama juga seperti pengintip-pengintip semasa peperangan di mana mereka rela mengambil nyawa sendiri daripada membocorkan rahsia negara kepada musuh. Seterusnya, pembunuhan diri anomi berlaku disebabkan oleh kegagalan

masyarakatnya untuk mengawal tingkah laku ahli-ahlinya. Hal ini juga adalah sama situasinya dengan masalah sosial yang wujud seperti kes pembuangan bayi yang dilakukan oleh sesetengah individu dalam kalangan masyarakat.

Gejala pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat Malaysia kini semakin serius sehingga kerajaan terpaksa meminda beberapa akta termasuk kanun keseksaan bagi menjatuhi hukuman mati mandatori terhadap pesalah yang menyebabkan kematian bayi yang dibuang. Gejala ini yang menular secara berleluasa kini mula menular dalam masyarakat. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke - 4, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, menghilangkan. Perkataan bayi pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan. Makna pembuangan bayi bermaksud perbuatan mencampak atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke meratarata tempat tanpa ada sifat belas kasihan. Gejala pembuangan bayi merupakan perlakuan ``Devian`` dalam istilah

sosiologi, yang bermaksud sebarang tingkah laku atau sifat atau penampilan fizikal yang bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku yang tidak terkawal ini merupakan agitasi budaya songsang seks bebas yang menular ke dalam masyarakat seterusnya menjerat golongan remaja ke dalam kancah hamil di luar nikah dan mendorong mereka melakukan jenayah pembuangan anak. Tindakan tersebut satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan merosakkan sistem tamadun manusia yang diamalkan selama ini. Perilaku Devian boleh dikawal melalui mekanisme sekatan formal seperti penguatkuasaan undang-undang yang ketat terutama hukuman penjara, denda dan hukuman berat sekalipun tidak menjamin keberkesanan dalam masa yang singkat, namun bentuk kawalan sosial yang sedia ada mampu mengawal gejala ini daripada merebak. Perilaku Devian dalam gejala pembuangan bayi tidak menunjukkan ciri-ciri tata laku yang ketara dan agak terpencil, namun mendorong kepada

kepincangan sosial dan memberi kesan besar kepada negara dari aspek kemanusiaan dan produktiviti.

Punca

yang utama ialah kurangnya pendekatan secara Holistik daripada

masyarakat sekelilingnya. Kekurangan pendidikan agama atau dipengaruhi budaya luar yang tidak menjaga batas susila dan norma pendidikan holistik menyebabkan remaja mudah terjerumus dalam kancah seks bebas dan dalam masa yang sama juga turut dipengaruhi oleh pengetahuan seksologi yang lemah. Akhirnya, hal ini menyebabkan mereka terjebak dalam masalah sosial dan melahirkan anak luar nikah yang

menyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Sekiranya setiap ahli masyarakatnya memainkan peranan, masalah sosial ini berkemungkinan dapat dibendung di peringkat awal lagi hasil daripada bimbingan, nasihat dan pemantauan daripada masyarakat. Faktor penerimaan masyarakat merupakan faktor penting. Masyarakat akan terus mencemuh jika remaja terlanjur dan terus dinikahi dalam usia yang muda. Pergaulan bebas salah satu sebab berlakunya masalah sosial yang semakin membimbangkan. Remaja kini dilihat semakin berani dan tidak berfikir panjang akan apa yang mereka lakukan. Pemencilan masyarakat terhadap golongan ini menyebabkan mereka terasing sehingga mereka sanggup melakukan masalah sosial tersebut yang jelas terpesong daripada nilai dan norma masyarakat. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor penularan masalah

sosial ini. Kerenggangan ikatan sosial di antara keluarga seperti ibu bapa yang sibuk bekerja, bercerai, bergaduh dan lain-lain situasi menyebabkan anak-anak menagih kasih sayang daripada pihak lain iaitu rakan-rakan sebagai tempat mengadu. Rakan sebaya merupakan pembimbing kepada berlakunya peningkatan kes pembuangan bayi. Keputusannya dapat dilihat bahawa gejala pembuangan bayi mempunyai kaitan dengan ikatan sosial yang longgar dalam masyarakat. Anak gadis yang telah terlanjur akan melahirkan perasaan takut dan bimbang akan perbuatannya itu diketahui oleh ibu

bapa atau kaum keluarga seterusnya masyarakat sekitarnya. Hal ini kerana ibu bapa memegang norma masyarakat yang kuat, sekiranya perkara tersebut diketahui ibu bapa atau keluarga mereka akan menanggung malu. Bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui maka berlakulah kes bunuh dan pembuangan bayi tanpa belas kasihan. Hal ini kerana individu yang terbabit tidak sanggup berhadapan dengan tomahan dan cacian daripada segelintir masyarakatnya. Dalam keadaan tertekan dan fikiran yang bercelaru maka tindakan yang kurang bijak seringkali dilakukan bagi dan norma masyarakat. menjaga nilai

KESIMPULAN

Kesimpulannya,

dapat dirumuskan bahawa sekiranya tingkat kesepaduan yang

tinggi wujud, maka anggota dalam kalangan masyarakat tersebut akan mempunyai perasaan kekitaan atau esprit de corps di antara satu sama lain dan ia juga melibatkan kesepakatan berhubung dengan matlamat, nilai, norma dan peranan sesuatu kelompok. Pada asasnya, Durkheim mengatakan bahawa pembahagian kerja merupakan faktor utama yang mengikat individu dan mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat. Kesepaduan sosial merupakan satu angkubah utama dalam menentukan gerak geri manusia dan ikatan sosial yang kukuh dapat berperanan sebagai ``sokongan psikologi`` kepada ahli masyarakat untuk menghadapi pelbagai krisis kehidupan. Ikatan sosial yang kukuh seterusnya dapat meringankan kegelisahan dan tekanan hidup dan seterusnya mengurangkan krisis ke atas individu berkenaan. Namun, jika ikatan sosial yang longgar wujud dalam kalangan masyarakat, ia boleh menyebabkan segelintir ahli dalam kelompok tersebut tersasar hala tuju hidupnya akibat daripada tiadanya sokongan moral daripada masyarakat sekeliling dan pegangan hidup yang kukuh. Sekiranya hubungan yang akrab wujud dalam kalangan masyarakat, setiap individu akan cuba menjaga norma-norma masyarakatnya dan saling membantu dalam menyelesaikan segala kerumitan yang timbul. Seharusnya setiap individu dalam masyarakat perlu memastikan nilai normanya sentiasa terpelihara dan memberi

sokongan moral serta membantu ahlinya yang mungkin telah sedikit tersasar normanya bagi mengelakkan individu tersebut dari terus hanyut dengan perlakuan yang negatif.

BIBLIOGRAFI

Lukes, Steven, Emile Durkheim, his life and work : a historical and critical study, London: Allen Lane, 1973.

Nisbet,Alexander A. , The sociology of Emile Durkheim , New York ; London : Oxford University Press, Heinemann, 1974.

Noran Fauziah Yaakub, Pengantar Sosiologi, Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. , 1987.

Macionis, John J., Sociology, 30th ed, Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall/Pearson Education, 2010.

Rahimah Abdul Aziz, Idea-idea Utama Dalam Sosiologi : Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993.

Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993.

Thomson, Kenneth, Emile Durkheim, London : Routledge, 2002.

You might also like