You are on page 1of 4

NISBAH TANGGUNGAN : Kes negara Malaysia.

Kesan penuaan penduduk terhadap ciri-ciri demografi dan status sosioekonomi. 1. Proses penuaan memberi kesan yang besar terhadap ciri-ciri demografi dan status sosioekonomi. Antaranya: (a). Penurunan kadar kesuburan dan kadar kelahiran. Penuaan penduduk yang meningkat berkait rapat dengan penurunan kadar kesuburan. Trend kadar kesuburan yang semakin menurun turut mempengaruhi kadar kelahiran yang rendah. Pada 2004 kadar kesuburan menurun kepada 2.9 anak bagi setiap wanita berbanding 3.4 pada 1990. (b). Perubahan struktur umur penduduk. Peningkatan peratusan warga tua telah diikuti dengan penurunan peratusan penduduk muda. Ini menunjukkan pada masa hadapan, Malaysia akan mengalami pengurangan bilangan penduduk muda. (c). Kepanjangan jangkaan hayat. Peningkatan penuaan penduduk dikaitkan dengan kemajuan perubatan dan kemudahan kesihatan yang baik. Kadar kematian yang menurun menyebabkan purata tempoh hayat di Malaysia meningkat. Purata jangkaan hayat semasa kelahiran di Malaysia pada tahun 2000 ialah 72.6 tahun (atau 70.2 tahun untuk lelaki dan 75.0 tahun untuk perempuan) dan ia diunjurkan akan meningkat secara puratnya 76.6 tahun pada tahun 2020. (d). Perubahan struktur jantina. Satu ciri umum penduduk di seluruh dunia majoriti warga tua ialah wanita dan perkadaran mereka meningkat seiring dengan peningkatan umur. Kadar kematian yang tinggi di kalangan lelaki pada umur tua telah menyumbang ke arah corak ini. Nisbah jantina (bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan) di kalangan warga tua di Malaysia ialah 91.4 pada tahun 2000. (e). Nisbah tanggungan. Penuaan penduduk juga telah memberi kesan terhadap penurunan nisbah tanggungan. Nisbah tanggungan menurun daripada 82.6 pada tahun 1980 kepada 64.3 pada tahun 2000. Ini adalah mungkin disebabkan oleh penurunan dalam kadar kelahiran semasa transisi demografi di samping angka pembawah yang lebih besar bagi nisbah tanggungan. Walau bagaimanapun, nisbah tanggungan ini dijangka meningkat pada tahun 2020 kepada 67.3 disebabkan oleh kenaikan perkadaran penduduk warga tua. (f). Sosioekonomi. Penduduk tua dianggap tidak memberi sumbangan kepada ekonomi dan merupakan kumpulan yang tidak berdikari dan beban kepada negara. Kerajaan terpaksa memperuntukan perbelanjaan yang tinggi setiap tahun untuk menyediakan keperluan untuk warga tua seperti pusat jagaan, bantuan perubatan, pencen dan sebagainya. Di semua negara, warga tua hanya mencatatkan perkadaran yang kecil bagi keseluruhan tenaga buruh. Selain itu, peningkatan penduduk tua menyebabkan berlakunya perubahan nilai sosial dalam masyarakat. Sejarah menunjukkan bahawa ahliahli keluarga yang tinggal secara bersama bertanggungjawab dalam penjagaan warga tua, iaitu warga tua bergantung kepada mereka yang tinggal bersamanya.. Walau bagaimanapun, pembentukan keluarga yang lebih kecil memberi kesan ke atas peranan keluarga sebagai penjaga (care-givers) kepada warga tua.

PIRAMID PROGRESIF

Bentuk Kon. Puncak Tajam Tirus Dan Tapak Lebar. Cerun Yang Cekung. Negara : Negara Asia Tenggara (Sedang Membangun) Termasuk Malaysia, India, Pakistan, Indonesia, Ciri -Ciri 1. Tapak Lebar - Kadar Kelahiran Tinggi, Kadar Kematian Rendah (Bayi) Faktor - Kegagalan Amalan Perancangan Keluarga - Perkahwinan Muda - Keperluan Kepada Tenaga Buruh Manusia - Peningkatan Kemudahan Kesihatan 2. Bilangan Penduduk Muda - Kerajaan Terpaksa Berbelanja Besar Untuk Kemudahan Golongan Muda - Menyediakan Kemudahan Klinik Desa - Keperluan Pendidikan Awal (Tadika) - Keperluan Pendidikan - Biasiswa - Kemudahan Riadah Untuk Golongan Muda 3. Jangka Hayat Rendah - Kadar Kematian Penduduk Tua Tinggi - Purata Jangka Hayat 65 Tahun Faktor : - Kurang Kemudahan Kesihatan Dan Perubatan Untuk Rawatan Penyakit Kronik Yang Lazim Menyerang Golongan Tua - Amalan Penjagaan Makanan, Kesihatan Dan Kesejahteraan Di Tahap Rendah 4. Nisbah Tanggungan Tinggi - Golongan Dewasa Yang Produktif Adalah Sedikit Berbanding Golongan Muda - Saiz Keluarga Besar Menyebabkan Taraf Hidup Rendah (Pendapatan Perkapita Rendah) - Namun Jumlah Penduduk Muda Yang Ramai Menjadi Aset Untuk Tenaga Buruh Pada Masa Akan Datang. 5. Tahap Sosioekonomi Yang Rendah - Kebergantungan Kepada Sektor Ekonomi Primer - Pertanian Intensif Buruh. - Kebergantungan Kepada Teknologi Tradisional - Cangkul, Haiwan, Tenaga Manusia - Pembangunan Sumber Alam Amat Perlahan - Sumber Yang Banyak Hanya Tersimpan Sebagai Stok 6. Tahap Pembangunan Sosial Yang Rendah - Kesan Daripada Tahap Kesihatan Dan Pendidikan Yang Rendah - Namun Sesetengah Negara Mencatatkan Peningkatan Seperti Negara Di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Brunei) - Pembangunan Sektor Ekonomi Moden Mula Berkembang (Malaysia, Thailand) - Pembangunan Sosial Mula Meningkat (Malaysia, Indonesia, Filipina)

PIRAMID REGRESIF / PERALIHAN

Mewakili Negara Negara Seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom Pada Tahun 60-An. Pada Masa Kini Hanya Singapura Yang Mengalami Piramid Regresif. Ciri-Ciri 1. Saiz Tapak Sempit - Kadar Kelahiran / Kematian Bayi Rendah Faktor: - Status Quo - Perkahwinan Lewat - Keberkesanan Program Perancang Keluarga - Penglibatan Wanita Dalam Kerjaya Berprofil Tinggi - Dasar Kerajaan (Mengecilkan Saiz Keluarga) - Kecenderungan Setiap Keluarga (Berdasarkan Pertimbangan Ekonomi Dan Sosial) 2. Puncak Lebar - Jangka Hayat Tinggi (Purata Jangka Hayat Melebihi 80 Tahun) Faktor: - Amalan Pemakanan Seimbang - Kesedaran Kepada Gaya Hidup Sihat Dan Berkualiti - Kejayaan Dalam Bidang Perubatan - Kesedaran Terhadap Keadaan Persekitaran Yang Baik Dan Bersih 3. Cerun Cembung - Golongan Dewasa (Produktif) Lebih Ramai Daripada Kanak Kanak Kesan - Nisbah Tanggungan Rendah - Pendapatan Perkapita Tinggi - Taraf Hidup Meningkat - Kadar Pengangguran Rendah 4. Tahap Sosioekonomi Tinggi 5. Teknologi Yang Tinggi (Dalam Sektor Industri Untuk Menampung Kekurangan Tenaga Buruh)

PIRAMID PENDUDUK STABIL/ MANTAP Contoh Negara - Jepun, Sweden, Us, Uk , Perancis, Denmark PIRAMID yg berbentuk tegak /hamper tegak Ciri Ciri 1. Kadar Kelahiran Dan Kematian Rendah 2. Telah Mencapai Penduduk Optimum 3. Pembangunan Sosioekonomi Yang Mantap 4. Ekonomi Sektor Industri Dan Perkhidmatan 5. Tahap Pembangunan Sosial Tinggi - Kadar Pembandaran Tingggi

You might also like