P. 1
Kajian Terhadap Minat Membaca Di Kalangan Murid-siap

Kajian Terhadap Minat Membaca Di Kalangan Murid-siap

5.0

|Views: 779|Likes:
Published by Nicole Debbie Maa

More info:

Published by: Nicole Debbie Maa on Jan 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2014

pdf

text

original

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

KAJIAN TERHADAP TAHAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN MURID SK LOK YUK BT. 1 KUDAT

ABSTRAK Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti tahap minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja dan saiz sampel adalah berskala kecil, hanya 50 responden daripada 359 orang murid diambil kira untuk menjawab 6 soalan soal selidik yang berkaitan dengan aktiviti membaca. Responden terdiri daripada muridmurid yang belajar dalam darjah 2 hingga darjah 6 dan terdiri daripada murid yang tahu membaca. Pemilihan murid sekolah rendah sebagai responden kerana mereka merupakan antara golongan yang aktif dalam pengambilan bahan-bahan bacaan. Fokus kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi tahap sebenar amalan membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt 1 Kudat. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soalan soal selidik dan sampel kajian diperolehi melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel diperolehi secara rawak di kalangan murid darjah 2 hingga darjah 6.

PENGENALAN 1

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Murid-murid di peringkat sekolah rendah merupakan antara golongan yang sedang menjalani proses asas pembinaan jatih diri. Di peringkat inilah segala elemen-elemen asas kehidupan mula disemai dan dipupuk. Pelbagai pendekatan dilakukan di peringkat ini untuk membimbing murid-murid untuk mengenal dan memahami kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Sebagai langkah pengukuhan bagi kemahiran tersebut, murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca bagi membolehkan mereka menerokai bidangbidang ilmu pengetahuan baru dari masa ke semasa. Membaca bukan sekadar ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia juga menjadi kunci ke arah peningkatan kemhiran dalam sesuatu bidang ilmu. Minat membaca dapat merapatkan jurang pengetahuan murid dengan tahap pengetahuan terkini. Dengan kata lain, murid yang minat membaca sentiasa dapat mengemaskini pengetahuannya mengikut peredaran ilmu dari masa ke semasa. Kertas kajian ini akan membincangkan dapatan kajian yang dapat mengukur dan meninjau sejauh mana minat membaca murid, khususnya murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Bahagian awal kajian ini adalah untuk membincangkan tentang kepentingan membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya. Kertas kajian ini juga akan membentangkan data hasil soal selidik yang dijalankan terhadap 50 responden dan seterusnya menilai kecenderungan minat murid-murid terhadap aktiviti membaca. Di peringkat akhir kertas kajian ini akan menghuraikan tentang hasil kajian dan mengemukakan beberapa cadangan atau pendekatan yang dapat meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid di SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

2

membaca merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penggunaan minda secara optimum dengan mentafsir makna yang terdapat di dalam teks yang dibaca dan aktiviti membaca seharusnya bersifat aktif iaitu bukan sekadar menyerap idea yang dilontarkan oleh penulis tetapi lebih bersifat berdialog antara pembaca dengan penulis. ia mampu menjadikan seseorang individu itu seorang celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Selain itu. seorang tokoh psikolingusitik mengatakan bahawa proses membaca perlu dianggap sebagai proses interaksi antara pembaca dan bahasa yang bertulis. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke alam pengetahuan manusia. Melalui aktiviti membaca. 3 . Perkataan ”Iqraq” (Bacalah) telah diulang sebanyak dua kali (dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat keempat perkataan ”Bacalah” telah dikaitkan dengan ”Aklam” (pena). Bagi Yahya Othman (2004). Frank Smith (1971) menerangkan bahawa proses membaca ialah satu proses kognitif. Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar di dunia menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk dibaca. memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis. ini seperti ungkapan ”Membaca menjadikan seorang itu berisi” (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris. dalam Shahrom TM Sulaiman(2002). pembacaan adalah proses yang dinamik.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 MEMBACA DAN KEPENTINGANNYA DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. membaca juga dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina makna daripada teks bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca. Oleh yang demikian. dengan erti kata lain membaca. Di samping itu. Islam sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila ayat pertama diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari ilmu. Goodman (1970). Pelbagai tafsiran yang diberikan dalam menyatakan maksud membaca. Membaca merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu.

terdapat golongan remaja yang lebih tertarik dan berminat membelek-belek majalah hiburan namun tidak mampu membelinya. Timbul pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi ini. perpustakaan dan kedai buku semata-mata merupakan antara alasan yang sering didengar. menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku teks sehingga menganggap adalah membuang masa membaca buku-buku lain selain buku teks. Beliau juga menekankan sistem pendidikan hari ini yang terlalu berorentasikan peperiksaan. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan 9 juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku. masyarakat pada zaman dunia tanpa sempadan kini sering berlumba-lumba 4 mengejar kemewahan dan berkemungkinan hanya berkesempatan membelek-belek akhbar dan hanya . secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. institusi pengajian tinggi. Persepsi atau tanggapan membaca hanya ketika di sekolah. Hal ini sudah semestinya menyumbangkan kepada berlakunya situasi ini. Menurut Amin Shakib (1997). buku-buku ini dijual dengan harga yang mahal terutamanya buku ilmiah yang diimport membuatkan pembeli berfikir dua kali untuk membelinya. Antara alasan yang paling kerap didengar ialah berkenaan buku-buku yang terdapat di pasaran tidak menawan hati pembaca.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Rentetan daripada itu. situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Terdapat juga golongan pelajar yang berminat membeli bahan bacaan yang berbentuk komik ringan kerana memaparkan gambar dan cerita sekali gus sebagai cara untuk mereka menghilangkan seketika tekanan belajar. Buku-buku yang dijual di kedai buku kebanyakannya menjual buku teks dan buku rujukan. salah satu alasan menarik yang dikemukakan ialah para pelajar terlalu sibuk dengan pelajaran serta aktiviti sekolah sehingga menyebabkan tidak ada masa untuk mereka menjadikan tabiat membaca sebagai hobi. sikap masyarakat di negara ini yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Selain itu. Jika terdapatpun. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi lantas memaksa mereka membuat salinan fotokopi buku tersebut jika menjadi rujukan utama.

Masyarakat kini sudah mempunyai banyak alternatif lain iaitu menerusi buku elektronik yang boleh dicapai melalui internet. capaian nota-nota kuliah yang disediakan dalam laman web penulis-penulis buku teks antarabangsa. terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada kurangnya tabiat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini khususnya golongan remaja. video. artikel-artikel yang berkaitan boleh diperoleh atas talian melalui jurnal-jurnal antarabangsa. satelit dan seumpama dengannya yang menyebabkan semakin kurang golongan yang membaca.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 membaca berita yang menarik sahaja. Senario ini jelas menunjukkan corak pembacaan masyarakat pada masa ini tidak lagi tertumpu kepada pembacaan buku semata-mata dan hal ini secara tidak langsung mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Natijahnya. Demikian juga dengan pembangunan pesat teknologi pada masa kini yang lebih banyak mendedahkan masyarakat kepada televisyen. 5 . masyarakat di Malaysia dewasa ini sering kedapatan lebih seronok menggunakan telefon bimbit sama ada membuat sistem pesanan ringkas ataupun bermain permainan video yang terdapat dalam telefon bimbit mereka ketika berada di dalam bas atau di manamana sahaja berbanding dengan mengisi masa kosong tersebut dengan membaca buku. perolehan maklumat dan ilmu pengetahuan tidak hanya terbatas melalui pembacaan semata-mata. Bahan– bahan ini boleh diperoleh dengan mudah dan kos yang jauh lebih rendah berbanding dengan membeli buku untuk dibaca. Dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini. Misalnya. Sinergi pelbagai pihak adalah perlu dalam usaha memupuk minat membaca khususnya kepada golongan ini tanpa menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.

1 Kudat. Safiah Osman (1990) menyatakan bahawa betapa penting faktor motivasi kendiri dalam memupuk murid dengan tabiat membacanya. atau untuk melaksanakan sesuatu tugas yang memerlukan kita membaca. termasuk orang dewasa sendiri.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 PENYATAAAN MASALAH Masalah kekurangan minat membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah semakin kritikal pada masa kini. Persepsi bahawa membaca hanya perlu apabila adanya keperluan sememangnya telah lama bertapak dalam minda masyarakat pada masa kini. malah ini juga berlaku hingga peringkat umur yang lebih tinggi. Kesedaran tentang pentingnya memupuk minat membaca perlu difahami oleh semua golongan masyarakat. atau lebih jelas lagi. Perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dengan amat pantas dan 6 . kita tidak dapat memaksanya untuk membaca. seperti kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Keadaan demikian juga berlaku di SK Lok Yuk Bt. membuat tugasan. masyarakat pada masa kini boleh diibaratkan sebgai “illiterate literates”. Ini membuktikan bahawa purata buku yang dibaca oleh murid sekolah ini sangat rendah iaitu 1. Jika seseorang itu tidak berminat untuk membaca. iaitu kita hanya membaca sekiranya perlu. untuk menduduki peperiksaan. namun begitu.5 buah buku setiap seorang. Menurut Mahzan Arshad (2003). Berdasarkan rekod perpustakaan sekolah bagi tahun 2011. seramai 359 orang murid telah mendaftar sebagai ahli dan menerima hampir 70 peratusan kunjungan daripada ahli-ahlinya setiap minggu. khususnya murid-murid di peringkat sekolah rendah. Sementara itu. Purata peminjaman buku yang rendah menunjukkan masih ramai murid yang tidak peka terhadap kepentingan membaca sebagai tunjang perkembangan ilmu pengetahuan mereka secara amnya. hanya 557 buku yang telah dipinjam sepanjang tempoh Januari 2011 hingga November 2011.

Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda baca? 3. Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu? 4.1 Kudat. Apakah faktor / sebab yang menghalang anda membaca? 7 . kertas kajian ini dijalankan khusus bagi meninjau sejauh manakah minat membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? 6. PERSOALAN KAJIAN Berpandukan kepada tujuan kajian di atas. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca? 2. Kajian juga ini juga dapat memberi gambaran secara menyeluruh tentang tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah disamping dapat menjawab persoalan terhadap mengapakah murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah untuk menyemai minat membaca dalam kehidupan harian mereka. maka beberapa soalan yang bekaitan telah dipilih dan dikenalpasti bagi mengesan tahap minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini juga memberi tumpuan terhadap sejauh manakah murid-murid sekolah ini meletakkan kegiatan membaca dalam sesi pembelajaran dan kehidupan harian mereka.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 ini menagih keprihatinan murid-murid untuk meningkatkan kadar bacaan mereka agar tidak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini. Di antaranya adalah seperti berikut: 1. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt. Apakah tujuan anda membaca? 5. Memandangkan betapa pentingnya tabiat membaca di kalangan muridmurid sekolah.

BATASAN KAJIAN Penyelidikan ini hanya menumpukan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terhadap budaya membaca mereka. 1 Kudat terhadap budaya membaca. objektif kajian ini juga adalah untuk melihat tahap minat murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini juga hanya tertumpu kepada Perpustakaan SK Lok Yuk Bt. Responden yang diambil pula hanya seramai 50 orang sahaja yang terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6. menjaga. 1 Kudat membudayakan tabiat membaca. OBJEKTIF KAJIAN Kajian dilakukan adalah bagi melihat kesedaran murid-murid SK Lok Yuk Bt. Hasil kajian akan di gunakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menggalakkan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat juga dijadikan sumber maklumat bagi mengenalpasti sama ada sumber bacaan di perpustakaan sekolah ini dapat mempengaruhi minat membaca di kalangan murid sekolah ini. 1 Kudat mendapatkan sumber bacaan yang mana perpustakaan ini merupakan tempat bagi murid-murid memperolehi sumber maklumat. rekod keahlian perpustakaan SK Lok Yuk Bt. serta mengawal hasil yang akan diperoleh nanti. Kajian juga dilakukan untuk memahami. 8 . 1 Kudat sebagai pusat murid-murid SK Lok Yuk Bt.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 Selain itu. Selain itu juga. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmana tabiat membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt. Responden daripada murid darjah 1 tidak menjadi responden kerana mengambil kira tahap kematangan dan tahap kemahiran kefahaman membaca masih kurang. 1 Kudat.

dapat di ketahui peringkat tahap kesedaran membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat ini minat membaca atau sebaliknya dapat diketahui. Melalui perbandingan. tindakan yang sewajarnya bolehlah di jalankan. Melalui kaedah 9 . 1 Kudat tidak minat membaca melainkan atas sesuatu sebab. Melalui hasil kajian didapati kebanyakan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat adalah penting kerana dapat mengetahui kecenderungan minat membaca mereka. Kesahihan dapat di peroleh melalui hasil kajian yang di jalankan. 1 Kudat kurang minat untuk membaca. Persepsi muridmurid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat sama ada baik atau sebaliknya. Melalui kajian ini juga pihak sekolah dapat mengesan batasan atau kekangan yang menyebabkan murid-murid SK Lok Yuk Bt. Setelah permasalahan sudah di kenal pasti tindakan yang selanjutnya bolehlah di jalankan. 1 Kudat dilakukan. Setelah hasil kajian di perolehi. 1 Kudat berbanding dengan murid-murid di sekolah-sekolah lain. maklumat sama ada murid-murid SK Lok Yuk Bt. Kajian juga membolehkan perbandingan terhadap kesedaran membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terhadap budaya membaca di buktikan melalui kajian yang sistematik dan mengandungi bukti-bukti yang sahih. proses perbandingan boleh dijalankan dengan membandingkan tahap kesedaran membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt. maka langkah-langkah untuk menggalakkan dan membudayakan tabiat membaca perlu dilaksanakan. Setelah hasil kajian di perolehi.

Oleh itu. Hasil kajian juga penting kerana data-data serta maklumat-maklumat yang di peroleh dapat di simpan dan di gunakan oleh generasi akan datang untuk di jadikan rujukan. Justeru. Borang Soal Selidik Dalam kajian ini. Kelebihan dalam menggunakan kaedah borang soal selidik iaitu setiap responden disoal dengan soalan yang sama. 1. Faedah lain pula ialah kaedah ini akan 10 . Kaedah ini adalah merupakan antara kaedah yang paling digemari oleh para penyeldik dalam mendapatkan dan mengumpul maklumat yang dikehendaki. KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian ini bermula dengan rekabentuk kajian.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 kajian yang di gunakan jawapan terhadap sesuatu masalah dapat di perolehi. kaedah borang soal selidik telah digunakan. Kaedah ini sangat digemari oleh ramai pihak kerana sangat ringkas dan mudah digunakan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesedaran dan tahap minat murid-murid SK Lok Yuk Bt. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian.1 Kudat terhadap budaya membaca. Borang soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain. pemilihan sampel. instrumen yang digunakan dan juga analisis data. data yang dikumpul akan menjadi lebih mudah untuk diproses dengan menggunakan komputer.

Borang soal selidik merupakan sejenis cara berstruktur yang dijalankan secara bertulis oleh sampel yang dikaji. Hanya 50 sampel diambil daripada 359 orang murid yang terdapat dalam populasi ini. Pemilihan secara rawak ini mencerminkan secara keseluruhan populasi tersebut.1 Kudat ialah satu set borang soal selidik. pemilihan secara rawak adalah kunci kepada pencapaian matlamat bagi kajian ini. Populasi Dan Sampel Kajian Populasi yang menjadi sasaran dalam kajian tabiat membaca ini adalah terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6 yang sedang belajar di SK Lok Yuk Bt.1 Kudat sebagai medium utama dalam mencari populasi untuk digunakan dalam kajian ini. 2. Persempelan secara rawak bermaksud setiap responden dalam kajian ini mempunyai peluang samada dipilih atau tidak dipilih. Populasi di perpustakaan tersebut meliputi penuntut lelaki dan perempuan yang akan di pilih secara rawak. Sampel dipilih berdasarkan penetapan atau pembatasan keatas aspek-aspek seperti murid mesti di antara darjah 2 hingga darjah 6 dan boleh membaca. Aras soalan yang dipilih adalah sangat rendah. Sampel kajian diperoleh melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel dipilih secara rawak atau kebetulan. Oleh yang demikian. Instrumen Kajian Instrumen kajian atau alat kajian yang di gunakan untuk pengumpulan data dalam kajian tabiat membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt.1 Kudat. ini disesuaikan dengan aras kematangan responden. Soalan-soalan yang akan di berikan kepada responden terdiri daripada soalan tertutup. iaitu di kalangan 11 . 3. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu menandakan pada mana-mana pilihan jawapan yang sesuai dengan diri mereka. Pemilihan secara rawak ini dapat memberikan asas untuk membuat anggaran yang paling dekat dengan ciri-ciri populasi. Kajian juga memfokuskan kepada Perpustakaan SK Lok Yuk Bt.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul adalah berkualiti. Responden hanya perlu memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan.

kategori atau klasifikasi bahan bacaan. BAHAGIAN A Dapatan kajian dalam Bahagian A bertujuan untuk mengumpul data berkaitan dengan peratusan responden lelaki dan perempuan mengikut darjah dan tahap kebolehan membaca bagi mereka yang terlibat. Kajian sebenar telah dilaksanakan oleh penyelidik dan dibantu oleh beberapa ahli PUSTAKAWAN pada bulan Oktober 2011. iaitu jenis bahan yang dibaca. sumber mendapatkan bahan bacaan. Bahagian A : 2. iaitu Jantina.2 Bahagian B Bahagian ini terdiri daripada enam perkara yang berkaitan dengan kegiatan membaca. Darjah atau Kelas semasa responden dan kebolehan membaca responden. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian yang utama. Responden diberi peluang untuk memilih pilihan jawapan yang berkaitan dengan diri mereka dan responden tidak diwajibkan untuk menjawab mana-mana jawapan yang dianggap tidak relaven dengan diri responden. Taburan sampel diperolehi daripada lokasi yang sama. tujuan membaca. iaitu:1. 12 Latar Belakang Responden. Maklum Balas Responden tentang enam persoalan . iaitu:3.1 Bahagian A Bahagian ini merupakan bahagian yang memerlukan responden untuk memberikan beberapa butiran ringkas tentang diri mereka.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 murid sekolah rendah. 3. Set soal selidik yang dijalankan melibatkan 2 bahagian utama. iaitu semua responden adalah murid darjah 2 hingga darjah 6 SK Lok Yuk Bt. Bahagian B: utama berkaitan minat membaca. 1 Kudat. kekerapan membaca dan faktor yang menghalang aktiviti membaca.

Jantina Jadual A1 di atas menunjuk taburan jantina responden yang terlibat dalam pelaksanaan soal selidik tentang tahap minat membaca. Peratusan murid yang paling ramai menjadi responden kajian ini ialah kelas darjah 5 (30%). Bilangan murid perempuan yang menjadi responden lebih tinggi berbanding murid lelaki. Jadual A2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut kelas atau darjah. Darjah Peratus 1 0% 2 10% 3 12% 4 20% 5 30% 6 28% Jadual A2: Bilangan Responden Mengikut Darjah. iaitu 64% perempuan dan 36% lelaki. diikuti darjah 6 (28%). Berdasarkan dapatan jadual A3. Murid darjah 1 tidak diambil sebagai responden kajian kerana penyelidik mengambil kira tahap kematangan menjawab soalan berbentuk soal selidik masih rendah dan tidak sesuai dijadikan responden. Bilangan responden perempuan lebih ramai kerana bilangan murid perempuan sekolah ini adalah lebih ramai berbanding lelaki. darjah 3 (12%) dan darjah 2 (10%). darjah 4 (20%). semua responden yang 13 . Jadual A3 menunjukkan peratusan tahap kebolehan membaca di kalangan responden yang terlibat. Peratus Ya 100% Adakah anda boleh membaca? Tidak 0% Jadual A3: Bilangan Responden Mengikut Tahap Kebolehan Membaca.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 Lelaki Perempuan Peratus 36% 64% Jadual A1: Responden Soal Selidik Berdasarkan Jantina.

Peratus Komik 64% Buku teks 60% Buku agama 58% Internet 54% Majalah hiburan 52% Majalah akademik 38% Surat khabar 34% Buku rujukan akademik 32% Risalah 14% Iklan 14% JADUAL B1: Jenis-jenis Bahan Bacaan Yang Dibaca Oleh Responden. 1 Kudat. Jadual B1 menunjukkan taburan kekerapan bagi jenis bahan bacaan yang dibaca oleh murid-murid SK Lok Yuk Bt. Risalah(14%) dan Iklan(14%). Bahan bacaan lain seperti 14 . surat internet (54%). Keseluruhan Bahagian B adalah terdiri daripada soalan soal selidik yang memfokuskan kepada 6 soalan utama seperti yang telah dinyatakan dalam Persoalan Kajian ini. BAHAGIAN B Dapatan dalam Bahagian B bertujuan untuk mengumpul data tentang tahap minat membaca bagi semua responden yang terlibat. Berdasarkan data dalam jadual B1. khususnya dalam penguasaan kemahiran 4M. buku majalah rujukan hiburan(52%). 1 Kudat. ia mengambarkan bahawa murid-murid di peringkat usia 8 hingga 12 tahun masih memilih bahan bacaan yang berunsur hiburan dan bergambar sebagai bacaan utama. iaitu bahan yang selalu dibaca kerana ia merupakan bahan utama dalam pembelajaran di sekolah dan sekolah agama. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca? akademik(32%). peratusan bahan bacaan yang paling banyak dibaca ialah buku komik (64%). diikuti buku teks (60%). Berdasarkan dapatan kajian di atas. buku agama (58%).TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 terlibat adalah murid yang boleh membaca dan ini juga merupakan gambaran awal terhadap kebolehan sebenar murid-murid SK Lok Yuk Bt. khabar(34%). Majalah akademik(38%). diikuti dengan buku teks dan buku agama.

Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda baca? Peratus Bahan berkaitan dengan hiburan. 4 1 3 2 5 Peratus jam 10% jam 12% jam 12% jam 18% jam ke atas. 48% JADUAL B3: Tempoh Kekerapan Bacaan Responden Dalam Seminggu. Bahan berunsur akademik dibaca semata-mata untuk memenuhi keperluan dalam pembelajaran harian dan persediaan untuk peperiksaan sahaja. 52% JADUAL B2: Klasifikasi Bahan Bacaan Yang Dibaca oleh Responden. Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu? Jadual B3 menunjukkan tempoh kekerapan bacaan responden dalam masa seminggu. 48% daripada responden membaca melebihi 5 jam seminggu. diikuti dengan bahan-bahan berkaitan dengan akademik. Peratusan ini adalah dipengaruhi oleh faktor usia responden yang masih muda dan masih mementingkan bahan-bahan yang berunsur hiburan dalam aktiviti harian mereka. ini mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran keluarga yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan atau mereka yang mempunyai capaian internet di rumah dan mempunyai kemampuan untuk membeli majalah-majalah berunsur hiburan. iaitu 52%. iaitu sebanyak 64%. Berdasarkan Jadual B2.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 dalam internet dan majalah hiburan juga mempunyai peratusan yang tinggi. klasifikasi buku yang paling kerap dibaca oleh responden adalah bahan-bahan bacaan berkaitan dengan hiburan. Lambakan suratkhabar dan rujukan berunsur akademik dalam talian juga menyebabkan ramai di antara responden kurang berminat membaca surat khabar cara lama. diikuti 15 . 64% Bahan yang berkaitan dengan akademik. Bahan bacaan lain seperti risalah dan iklan merupakan bahan yang paling kurang dibaca.

Manakala hanya 16% responden yang menganggap membaca adalah untuk mengisi masa lapang dan golongan ini merupakan antara responden yang membaca buku melebihi 5 jam seminggu. Mengetahui maklumat. Peratusan responden yang membaca melebih 5 jam dianggap kurang memuaskan kerana bilangannya yang tidak sampai separuh. majalah dan internet. hanya 36% responden mengetahui berpendapat tujuan membaca untuk maklumat. manakala 12% responden hanya membaca antara 1 jam dan 2 jam seminggu. Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? Perpustakaan Pinjam Beli sendiri 16 Peratus 68% 60% 46% . Peratus 48% 36% 16% Berdasarkan Jadual B4. semua responden yang terlibat adalah murid-murid sekolah yang anggap golongan yang aktif dalam pengambilan bahan-bahan bacaan. kumpulan responden merupakan mereka yang selalu mengambil bahan bacaan seperti surat khabar. Mengisi masa lapang. dan selebihnya sebanyak 10% responden membaca 4 jam seminggu. JADUAL B4: Tujuan Responden Membaca.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 18% responden membaca selama 2 jam seminggu. Seramai 48% responden berpendapat bahawa tujuan mereka membaca adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan dalam pembelajaran harian seperti membaca untuk menyelesaikan tugasan sekolah dan untuk persediaan bahawa bagi menghadapi utama peperiksaan. Apakah tujuan anda membaca? Pendidikan / Peperiksaan / Membuat tugasan sekolah. jadual aktiviti harian yang banyak mungkin mendorong kepada peratusan ini dan selebihnya mungkin dipengaruhi oleh sikap responden sendiri yang lebih tertumpu kepada aktiviti riadah lain seperti bersukan dan sebagainya.

60% berpendapat bahawa bahan bacaan mereka diperolehi dengan meminjam daripada pihak-pihak lain. 50% responden memilih sebab kekurangan masa dan halangan bahasa menjadi punca yang menghalang mereka membaca. ditambah dengan 17 . Kekurangan masa. selain 30% responden membaca dalam talian internet dan sebanyak 28% mendapat bahan bacaan daripada hadiah. Persekitaran yang tidak menggalakkan untuk membaca.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 Internet Hadiah Sewa JADUAL B5: Sumber Bahan Bacaan Bagi Responden 30% 28% 0% Jadual B5 menunjukkan sumber bahan bacaan yang diperolehi oleh para responden. ini mungkin disebabkan kebanyakan responden terpaksan menghabiskan masa yang lama untuk menyelesaikan kerja sekolah dan ditambah dengan tugas-tugas sampingan di rumah. Sebanyak 68% memilih perpustakaan sebagai tempat bagi mereka untuk mendapatkan bahan bacaan. 66% responden berpendapat bahawa harga bahan bacaan yang mahal menjadi faktor utama yang menghalang mereka membaca. Tidak minat dan kurang bermotivasi untuk membaca. 46% responden membeli sendiri bahan bacaan. ini mungkin disebabkan kebanyakan buku yang dibaca oleh responden adalah buku pelajaran sekolah ataupun buku teks dan ini memungkinkan kepada peratusan ini. ini disebabkan oleh tempoh pembelajaran di sekolah yang lama. Manakala 54% responden berpendapat bahawa bebanan kerja yang banyak menghalang mereka membaca. JADUAL B6: Faktor Yang Menghalang Responden Membaca. Tiada sumber bacaan yang diperolehi melalui kaedah sewaan. Banyak kerja. Sebab ini mungkin boleh diterima kerana semua responden merupakan golongan yang tiada sumber pendapatan sendiri dan semuanya masih dibawah tanggungan ibu bapa ataupun penjaga. Peratus 66% 54% 50% 50% 44% 28% 24% Berdasarkan jadual B6. Halangan bahasa. Tiada keperluan untuk membaca. Apakah faktor / sebab yang menghalang anda membaca? Harga bahan bacaan mahal.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 kegiatan kokurikulum. 44% responden berpendapat bahawa pengaruh persekitaran selalu menghalang mereka untuk membaca. Manakala 28% responden menganggap membaca bukan suatu keperluan dan 24% yang tidak minat membaca dan tiada dorongan serta motivasi yang menggalakkan mereka membaca. ruang tempat tinggal yang sempit dan tidak selesa. Ini secara tidak langsung menghadkan sumber bacaan mereka. 18 . cina dan sebagai. keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan. Halangan bahasa terutamanya bagi murid-murid yang kurang fasih dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris. tusyen dan bagi murid yang beragama Islam mungkin akan mengikuti kelas-kelas agama selepas waktu sekolah. persekitaran yang bising.

Buku komik contohnya merupakan antara bahan bacaan yang paling banyak dibaca dan diikuti dengan majalah-majalah hiburan dan bahan-bahan bacaan dalam talian internet. Murid-murid masih dibebani dengan pelbagai aktiviti yang tidak mendorong minat membaca yang sebenar. tidak hairanlah jika bahan bacaan utama adalah bahan bacaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah atau bahan bacaan yang terdapat dalam perpustaan sekolah. Klasifikasi bahan bacaan murid sekolah ini lebih kepada bahan yang berunsur hiburan dan akademik. Dapatan kajian berkenaan dengan tempoh masa membaca dalam seminggu mendapati murid yang membaca 5 jam dan ke atas dalam kurang daripada 50%. ramai di antara murid sekolah ini lebih cenderung kepada bahan bacaan yang berunsur hiburan dan bergambar. Malahan ada dikalangan ibu bapa yang langsung tidak menggalakkan anak-anak mereka 19 . Bahan bacaan akademik seperti buku teks dan buku agama sememangnya menjadi bahan bacaan utama. satu soal selidik telah dijalankan terhadap 50 orang murid untuk menjawab 6 soalan utama kajian ini. tetapi ini tidak mencerminkan minat membaca yang sebenar. Daripada dapatan yang diperolehi. Soalan pertama yang diajukan adalah untuk mengetahui jenis bahan bacaan yang selalu dibaca oleh murid-murid sekolah ini. namun ini memberi gambaran bahawa tabiat suka membaca masih di peringkat yang rendah dan perlu ditingkatkan lagi. Peratusan ini walaupun dianggap tinggi jika dibandingkan dengan pilihan lain. membaca hanya ditekankan untuk tujuan peperiksaan dan menjawab soalan. Oleh yang demikian. 1 Kudat.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 PERBINCANGAN Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti tahap sebenar minat membaca di kalangan murid-murid Sk Lok Yuk Bt. Untuk tujuan tersebut. kegiatan kokurikulum dan aktiviti riadah yang lain menyebabkan tempoh masa untuk aktiviti bacaan semakin kurang. Persepsi bahawa membaca hanya untuk mengumpul maklumat dan membuat persediaan untuk tugasan sekolah dan peperiksaan sebenarnya telah lama disemai di kalangan murid pada masa kini. Pengisian waktu sekolah yang panjang dan ditambah dengan aktiviti luar yang banyak seperti kelas Agama.

Menerusi pembacaan. Lebih rumit lagi bagi murid-murid yang mempunyai keluarga yang miskin dan kurang berkeupayaan dari segi sumber kewangan. seseorang pelajar dapat mempelbagaikan Seseorang paradigma yang tentang cemerlang bidang yang akan diceburi kelak. Kajian ini sebenarnya telah memberi peluang kepada kita untuk mengesan tahap minat membaca di kalangan murid-murid sekolah dan memberi ruang kepada kita untuk cuba memahami situasi persekitaran yang menghalang minat membaca di kalangan murid sekolah ini. mengembangkan minda. Walau bagaimanapun. Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan minat membaca di kalangan murid-murid itu sendiri agar mereka sedar dan dapat meningkatkan kekuatan yang ada dan mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data yang diperlihatkan. serta meluaskan pandangan agar dapat meningkatkan prestasi dalam bidang atau kerjaya yang diceburi. Persekitaran sebegini sememang tidak menggalakkan murid untuk melakukan aktiviti berunsur peribadi seperti membaca. Keadaan ini menjadi lebih rumit lagi jika prestasi akademik murid yang dimaksudkan tidak memuaskan.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 untuk membaca buku-buku yang bukan berunsur akademik. 20 . seperti majalah dan novel contohnya. KESIMPULAN Membaca amat penting dalam usaha memajukan diri. Murid-murid kadang kala terpaksa melupakan masa untuk aktiviti membaca semata-mata untuk meluangkan masa bagi membantu ibu bapa dalam tugasan harian. dapat pelajar akademiknya seharusnya memperlihatkan bahawa mereka mempunyai minat yang mendalam dalam kegiatan membaca dan dengan itu dapat meninggikan mutu ilmu yang dipelajarinya. Seperti yang kita sedia maklum bahawa murid-murid adalah golongan yang masih belum mempunyai pendapatan sendiri dan sumber kewangan mereka sepenuhnya masih dibawah tanggungan ibu bapa ataupun penjaga. Harga bahan bacaan yang tinggi seperti buku dan majalah pada masa kini sebenarnya menghalang murid-murid untuk membaca.

Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Ed. Kuala Lumpur: Utusan.). (1994). Fakulti Pendidikan. Keupayaan metapemahaman dalam pembacaan dan pendengaran di kalangan pelajar tingkatan empat. Pemahaman dan kesedaran pemahaman di kalangan pelajar-pelajar Melayu tingkatan tiga. (2001). (1989). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan. Budaya membaca masih rendah. (1998). Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Mohammad Haron. Fakulti Pendidikan. (1993). Disertasi Sarjana M. 30 Jun 2001. tidak diterbit. Muthusamy. (1990). Berita Harian. M. Safiah Osman (Ed.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesan dua strategi metakognisi terhadap pemahaman bacaan teks ekspositori. Kuala Lumpur: Benta. Tesis Ph. Dalam Pendidikan di Malaysia: Arah dan cabaran.D tidak diterbit. Mohammad Haron. 21 . Membaca: Satu pengenalan. Universiti Malaya. MahzanArshad. Penekanan-penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran KBSM Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Universiti Malaya. Nor Afzan Mohammad Yusuf. Kuala Lumpur.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 Lampiran SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG KAJI SELIDIK FOKUS KAJIAN TAHAP AMALAN MEMBACA DI KALANGAN MURIDMURID SK LOK YUK BT. 1 KUDAT 22 .

Adakah anda boleh membaca? 1. 23 2. .TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 1. Jantina Lelaki Perempuan Darjah 1 2 3 4 5 6 Ya Tidak 2. BAHAGIAN B: (MAKLUM BALAS RESPONDEN) PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. 3. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca? Tandakan (  ) Surat khabar Buku teks Majalah hiburan Majalah akademik Komik Iklan Risalah Buku rujukan akademik Buku agama Internet PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. Bahan yang berkaitan dengan akademik. Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda Tandakan (  ) baca? Bahan berkaitan dengan hiburan. BAHAGIAN A ( LATAR BELAKANG RESPONDEN ) PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan.

PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. Pendidikan / Peperiksaan / Membuat tugasan sekolah. Kekurangan masa. PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. Banyak kerja. Tidak minat dan kurang bermotivasi untuk membaca. Mengetahui maklumat. 5. Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? Tandakan (  ) Perpustakaan Beli sendiri Pinjam Internet Hadiah PANDUAN: Sila tandakan (  ) bagi ruangan yang berkenaan. Apakah faktor / sebab yang menghalang anda Tandakan (  ) membaca? Harga bahan bacaan mahal. Halangan bahasa. Tiada keperluan untuk membaca. Persekitaran yang tidak menggalakkan untuk membaca. Apakah tujuan anda membaca Tandakan (  ) Mengisi masa lapang. 6. Tandakan (  ) 4. Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu? 1 jam 2 jam 3 jam 4 jam 5 jam ke atas.TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369 3. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJAWAB! 24 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->