You are on page 1of 1

DASAR BAHASA

Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat, Bahasa Melayu
dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi
bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa
ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi
peringkat oleh Bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam


perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa : “ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undag-undang
Parlimen…”

Profesor Asmah Hj. Omar dalam bukunya “Perancangan Bahasa” dengan rujukan
khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia telah mengistilahkan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara.
Berdasarkan definisi ini, kita pasti Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar
kerana ia menjadi lambang persatuan dan kedaulatan negara.

You might also like