You are on page 1of 28

Analisis Karya 3 Dimensi Kanak-kanak

Disediakan oleh : Amaliah Nur Amira Hanaterah Nur Hazwani

Bentuk 3D
Merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit ,ruang tampak pula ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak. Bentuk organik ( haiwan , buah-buahan) tidak mempunyai sifat yang sama dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi


Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

ORIGAMI

Jenis-jenis Bentuk Origami


Tumbuh-tumbuhan Haiwan Permainan Barang perhiasan

Alat dan Media


Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna Kertas Washi  Berkualiti tinggi daripada Jepun  Buatan tangan dengan teknik yang istimewa  Corak elegan seperti fabrik broked  Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap Kertas Kerajang  Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain  Kadangkala bercorak timbulan dan licin  Permukaannya berkilau dan berkilat

Kertas Sepasang Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik Spray adhesive untuk melekatkan pasangan kertas Origami dibentuk Kertas Bungkusan Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

Analisis Karya
Unsur asas seni reka dan prinsip rekaan diterapkan dalam karya-karya ini. Bentuk merupakan perkara dominan yang ditonjolkan dalam karya ini.

BONEKA

Definisi
Boneka berasal daripada bahasa Portugis iaitu boneca yang membawa maksud sejenis permainan yang terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia dan haiwan.

Pengenalan
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka dan pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarangan dialog.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Ia akan melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka juga didedahkan kepada para pelajar untuk bekerjasama secara kumpulan.

Analisis Karya
Unsur asas seni reka dan prinsip rekaan diterapkan dalam karya-karya ini. Bentuk merupakan perkara dominan yang ditonjolkan dalam karya ini.

TOPENG

Cara-cara Membuat Topeng


Lakar gambar topeng tersebut dan kemudian scan n print terus pada kad manila. Murid mewarna topeng mengikut kreativiti sendiri. Murid memotong topeng tersebut dari kad manila mengikut garisan yang telah ditetapkan. Buatkan lubang untuk mata dan hidung bagi memudahkan murid melihat dan bernafas semasa memakai topeng tersebut. Akhir sekali gunakan gelang getah untuk mengikat topeng pada telinga.

Analisis Karya
Unsur asas seni reka dan prinsip rekaan diterapkan dalam karya-karya ini. Bentuk merupakan perkara dominan yang ditonjolkan dalam karya ini.

MODEL BINAAN

Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

Analisis Karya
Unsur asas seni reka dan prinsip rekaan diterapkan dalam karya-karya ini. Bentuk merupakan perkara dominan yang ditonjolkan dalam karya ini.

Teknik-Teknik
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Biasanya teknik-teknik dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan

      

Kelebihan Bahan 3D
Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik

Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Sekian Terima kasih ;)

You might also like