You are on page 1of 2

TUGASAN I PAK (JANUARI 2011)

atie6602@yahoo.com

TAJUK TUGASAN 1. Belakangan ini, permainan komputer telah menjadi satu kegilaan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja serta telah membawa pelbagai kesan kepada mereka. Bincangkan. 2. Proses urbanisasi bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan banyak warisan negara terjejas. Bincangkan. 3. Pengamalan teknologi hijau amat bermanfaat kepada dunia. Bincangkan. 4. Pemuliharaan persekitaran marin yang mempunyai potensi yang besar kepada pembangunan negara itu masih perlu ditingkatkan. Bincangkan pernyataan ini. 5. Kemiskinan bukanlah penyebab utama kegagalan pelajar dalam bidang akademik. Bincangkan pernyataan ini. 6. Sebahagian besar negara Malaysia diliputi oleh hutan hujan tropika. Manusia dan hutan saling bersandaran secara semulajadi untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Bincangkan. 7. Produk pelancongan seperti pelancongan perubatan semakin berkembang pesat dan menarik minat pelancong asing dan pelancong tempatan. Keadaan ini telah mendatangkan banyak faedah kepada negara Malaysia. Bincangkan. 8. Kemiskinan berupaya meruntuhkan peradaban sejagat sekaligus menarik dunia kembali kepada zaman batu meskipun dikelilingi hutan konkrit. Bincangkan punca masalah kemiskinan dan sarankan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah kemiskinan ini. 9. Kepelbagaian bahan picisan dalam pasaran menimbulkan pelbagai kesan kepada masyarakat. Huraikan kesan buruk jika bahan berbentuk picisan berleluasa dalam masyarakat kita. 10.Rukun Negara merupakan tonggak perpaduan rakyat Malaysia. Huraikan objektif prinsip-prinsip Rukun Negara. 11.Jerebu adalah satu masalah bersifat sejagat yang membimbangkan masayarakat dunia. Bincangkan punca-punca jerebu dan kesan buruk jerebu. 12.Penyakit mental kini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perubahan gaya hidup merupakan punca utama timbulnya gejala ini di samping faktor lain. Jelaskan. 13.Kawasan terumbu karang di negara ini penting untuk menjamin kemandirian hidupan. Namun, pelbagai ancaman terhadap kawasan ini telah menjejaskan kestabilan ekosistem marin. Bincangkan. 14.Fenomena harga melakat merupakan istilah yang digunakan untuk penjual yang menaikkan harga barangan dan terus bertahan pada harga tersebut, walaupun faktor pendorong seperti kenaikan harga minyak telah kembali normal. Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena tersebut dan langkah yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengatasinya. ARAHAN: 1. Setiap kumpulan dikehendaki mencari jawapan bagi soalan terpilih dan menyenaraikan sekurangnya-kurangnya 5 isi dengan 4 huraian.

TUGASAN I PAK (JANUARI 2011) atie6602@yahoo.com 2. Jawapan hendaklah disediakan secara bertaip disertakan bersama dengan 1 artikel sekurang-kurangnya 3 mukasurat. 3. Jawapan hendaklah dihantar sebelum 17 Januari 2012 bagi semakan kali pertama. 4. Jawapan akhir hendaklah dihantar pada atau sebelum 30 Januari 2012.

You might also like