You are on page 1of 12

GAYA PEMBELAJARAN

Pengertian

Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara pembelajarannya.Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Seterusnya, menurut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid. Selain itu, Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisen seorang pelajar dalam cara ia belajar.

Kesimpulannya, gaya pembelajaran bermasksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza-beza. Teori hubungan gaya pembelajaran menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman pembelajarean bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang pelajar itu hebat atau pintar. Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran manusia dan hasil kajian mereka adalah berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran. Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan memproses maklumat dalam cara yang berbeza.

Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti 1. visual 2. auditori 3. taktik/kinestetik, 4. aktivis 5. reflektor 6. teoris 7. pragmatis

1. Murid visual

Murid yang menggunakan gaya pembelajaran

jenis visual (pandang) belajar

dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri. Murid yang berkelompok visual ini lebih mudah terangsang dan terdorong unutk memberi penumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan bahan-bahan visual yang menarik. Selapas diperlihatkan bahan bahan visual, murid boleh meneruskan aktiviti mambaca, mencatat dan perbincangan untuk menyerap maklumat.

2. Murid auditori

Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid auditori. Murid-murd seperti ini suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan

perbincangan. Tetapi bagi pelajar auditori, intonasi suara, pitch, kelajuan dan butiranbutiran lain sangat penting bagi mereka memahami makna tersirat apabila mereka

mendengar sesuatu. Oleh hal demikian, murid ini biasanya mendapat manfaat yang paling banyak melalui aktiviti bercerita, membaca teks secara lantang dan menggunakan pita rakaman.

3. Murid taktik/kinestetik

Jenis gaya pembelajaran bagi murid taktik/kinestetik di mana murid-murid belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif persekitarannya. Mereka belajar dengan cara yang paling berkesan melalui pendekatan hand-on, yakni meneroka dan menyiasat secara aktif persekitaran fizikal mereka. Apabila mereka berinteraksi dengan ruang sekitar, meraka dapat mengingat dan memproses maklumat. Muridmurid ini juga lebih cenderung hand-on dan suka belajar secara

penemuan(Solomon,1998).

4. Aktivis

Murid yang belajar dengan cara aktivis suka mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya. Ini kerana, murid ini biasanya akan melibatkan diri secara rela dalam prosese pembelajarn. Oleh itu, guru tidak perlu menggunakan paksaan untuk melibatkan mereka dalam proses pembelajaran. Murid aktif hanya melibatkan diri jika guru melibatkan setiap dalam proses pembelajaran dan keperluan individu diambil kira.

5. Murid reflektor

Murid reflektor suka berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud. Mereka kan menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum wujud. Oleh itu, murid refleksi dapat menambah lebih maklumat untuk masa jangka panjangnya. Namun demikian, guru perlu bijak mengendalikan murid-murid golongan ini kerana kadang kala proses renungan terlalu banyak dan panjang boleh merugikan

masa dan kurang mencapai hasil pembelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. Hal ini juga boleh mendatangkan kekeliruan dalam pembelajaran.

6. Murid teori

Murid yang digolongkan sebagai teoris sentiasa menganalisis dan mencari buktibukti supaya dapat membuat generalisasi hukum atau teori. Murid ini juga sentiasa mencuba manganalisis dan mensintesiskan data, mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.

7. Pragmatis

Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah. Pembelajaran berlaku secara aktif semasa reka melalui proses meyelesaikan masalah. Murid pragmatik mampun menyelesaikan masalah. Murid pragmatis mampu menyelesaikan masalah secara bijak.

Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Pendidikan

Gaya pembelajaran telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara ini. Kesan yang dapat dilihat adalah dalam sistem kurikulum iaitu guru perlu meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberi alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

Selain itu, implikasi gaya pembelajaran ialah daripada segi bimbingan daripada seorang guru. Jadi guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk

menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan uji kaji. Guru boleh mendedahkan murid dengan

pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyian, muzik, visual, pergerakan, malah perbualan dan percakapan.

Disebabkan gaya pembelajaran seseorang pelajar berbeza, penilaian perlulah dijalankan keatas semua pelajar. Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberi fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran.

Seperti yang diketahui bahawa, setiap manusia mempunyai perbezaan. Tetapi yang berlaku dalam kehidupan seharian ialah kita masih mahu sesuatu perlakuan pada anggapan positif, kekal dan diamalkan oleh semua orang. Gaya pembelajaran menentukan pencapaian dalam peperiksaan. Apabila seseorang anak atau anak murid tidak mahu belajar, guru atau ibu bapa akan fokus pada IQ, masalah emosi, konflik dalam personaliti, daripada memahami bahawa setiap individu yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Tumpuan yang keterlaluan terhadap alasan seseorang anak enggan belajar telah mengetengahkan lebih banyak punca masalah daripada cara membantu anak ini belajar mengikut gayanya yang tersendiri.

Menurut Hunt dan Sullivan (1974) mecadangkan agar guru atau ibu bapa memerhati seseorang anak dari saluran yang memudahkan dari aspek kognitif, motivasi, nilai dan orentasi sensori. Mereka berpendapat bahawa mengenali murid melalui pendekatan dan saluran yang mudah akan membolehkan guru mendekati dan menyesuaikan startegi pengajaran dengan gaya pembelajaran murid tersebut.

Perbezaan Individu Dalam Gaya Pembelajaran Terdapat beberapa perbezaan inidividu yang dapat dilihat dengan jelas iaitu

1. Tempoh masa belajar 2. Pembelajaran kendiri 3. Tumpuan 4. Reaksi terhadap situasi yang baru
1. Tempoh masa belajar

Seseorang murid yang lambat memberikan tindak balas tidak bermakna tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran seperti murid yang cepat bertindak balas. Tindak balas yang lambat berpunca daripada beberapa elemen, antaranya kurang tumpuan dan kurang aktif yang ada kaitan dengan tingkah laku pembelajaran. Sehubungan itu, guru perlu berusaha untuk mencari cara yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan murid.

Guru tidak boleh mengandaikan bahawa semua murid mampu menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan, ada dalam kalangan murid yang memerlukan masa yang lebih panjang berbanding rakan-rakanya yang lain. Guru perlu akui bahawa tempoh masa belajar dalam kalangan murid adalah tidak sama. Tempoh masa tersebut tidak sepatutnya menjadi alasan sehingga hasil pembelajaran tidak tercapai. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada murid perlu sesuai dengan gaya pembelajaran murid dan dengan itu hasil pembelajaran akan mudah tercapai.

2. Pembelajaran kendiri

Guru akan mendapati bahawa antara perbezaan individu dalam gaya pembelajaran ialah cara murid itu belajar. Sesetengah murid dapat belajar bersendirian

tanpa memerlukan banyak bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Tetapi, terdapat juga murid yang tidak mampu belajar secara sendirian sebaliknya sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru. Ada juga murid yang memerlukan bantuan guru pada waktu-waktu tertentu sahaja. Pengetahuan guru berhubung dengan hal ini akan menjadikan guru lebih bersedia dan mampu mengendalikan pengajaran dengan berkesan kerana mengenali murid dan tahu tindakan yang wajar berdasarkan perbezaan murid-muridnya.

Sehubungan itu, guru perlu merancang pengajarannya dengan kelas dan teliti bagi memastikan bahawa semua muridnya memperoleh ilmu dan kemahiran. Pada waktu guru memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan bimbinganya, guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang sesuai kepada muridnya yang pantas dan cepat dalam menyiapkan tugasan mereka.

3. Tumpuan

Kapasiti tumpuan setiap individu adalah tidak sama. Sesetengah murid mampu memberikan tumpuan dalam jangka masa yang panjang, manakala sesetengahnya pula tidak mampu bertahan lama. Terdapat juga perlakuan murid yang berbeza-beza yang bergantung pada suasana dan masa. Ada murid yang mudah hilang tumpuan apabila menerima gangguan walaupun gangguan tersebut sebenarnya kecil. Selain itu, terdapat juga murid yang mula lena dan tidak kurang juga ada yang fikiranya melayanglayang entah ke mana.

Guru perlulah sentiasa sedar akan hal tesebut sekiranya hal begitu berlaku. Guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada di dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan. Antara tindakan guru dalam mengatasi perkara ini ialah:-

a) Sebut nama murid yang didapati sudah lama hilang tumpuan. b) Berhenti seketika daripada meneruskan pengajaran, beri masa kepada murid untuk relaks atau beri mereka masa peluang untuk memenuhi keinginan mereka untuk tahu pemilik bunyi tapak kaki yang sedang menuju kearah kelas mereka. c) Mengemukakan soalan-soalan yang menyebabkan murid berasa teruja untuk menjawab. d) Ajak murid menyanyi, kuiz atau guna kartun untuk memulihkan tumpuan murid yang sudah mula hilang. e) Suara guru harus lantang dan ulang beberapa kali fakta yang dirasakan tidak diberikan tumpuan oleh murid. f) Menyediakan tugasan yang berbeza mengikut kapasiti tumpuan murid. Tugasan yang panjangan dan agak banyak sesuai kepada murid yang kapasiti tumpuanya panjang. Bagi kumpulan yang kapasiti tumpuan terhad dan mudah diganggu, elok diberikan tugasan yang dipecah-pecahkan atau bilangan tugasan yang kecil pada suatu waktu dan ditambah lagi dengan tugasan seterusnya setelah murid menyiapkan tugasan sebelumnya.

4. Reaksi terhadap situasi yang baru

Reaksi murid terhadap situasi baru turut mempengaruhi proses pembelajaran mereka. Reaksi murid terhadap situasi baru berlaku apabila murid naik kelas pada setiap awal tahun, murid bertukar bilik darjah, murid bertukar sekolah atau murid bertukar aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, guru perlu sedar tentang perlakuan muridnya apabila berlaku situasi baru, antaranya sejauh mana situasi baru itu meninggalkan kesan terhadap murid.

Dalam hal ini, guru boleh mengambil beberapa pendekatan bagi membentuk kerisauan murid yang berdepan dengan situasi baru kerana sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung akan menjejaskan pembelajaran murid tersebut. Antara yang boleh dilakukan oleh guru ialah:-

a) Memperkenalkan situasi baru dengan perkara-perkara lama yang telah biasa kepada murid, seperti meletakkan murid berdekatan dengan rakan lamanya. b) Membenarkan murid menggunakan buku-buku yang pernah digunakan pada tahun sebelum ini. c) merancang aktiviti kesukaan murid d) mengabungkan aktiviti lama yang penuh diikuti oleh murid dengan aktiviti baru. e) Memberikan perhatian kepada murid apabila murid diperkenalkan dengan subjek baru. Oleh itu, guru perlulah memainkan perananya agar murid yang kurang bersedia untuk menghadapi subjek baru akan segera menyesuaikan diri f) Guru perlu bersikap adil kepada muridnya dan meberikan masa yang cukup untuk murid menyesuaikan diri dengan situasi baru serta menguasai

pembelajaran subjek baru.

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Faktor-faktor genetik dan persekiataran telah mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di antara satu sama lain. Ini telah menunjukkan bahawa setiap orang pelajar di dalam bilik darjah adalah unik yang berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru.

Oleh itu, guru haruslah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti berkumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebgainya untuk melayan pelajar yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosialnya. Sehubungan itu, guru perlu mengkaji perbezaan muridmuridnya dan menentukan perkara-perkara yang berikut menurut tahap pelajarnya iaitu

1. Penentuan hasil pembelajaran 2. Kepelbagaian starategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran 3. Kepelbagaian bahan dan peralatan mengajar 4. Penyampaian guru

1. Penentuan Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid. Di dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang cerdas dan mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat juga kumpulan sederhana yang akan memahami isi pelajaran sekiranya guru mengajar berbentukan alat-alat bantu mengajar seperti gambar, klip, video atau pita rakaman. Selain itu, guru juga akan berdepan dengan murid yang tidak berminat terhadap sesi pengajaran gurunya, cepat berasa bosan dan tumpuan terhadap pengajaran sangat pendek. Kumpulan ini memerlukan guru yang penyabar dan penyanyang, dimana guru perlu mendekati mereka dan memberikan tunjuk ajar secara individu atau secara kumpulan kecil.

Guru tidak boleh sama sekali mengharapkan hasil pembelajaran kumpulan ini sama dengan hasil pembelajaran kumpulan cerdas.Maka, seseorang guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dengan muridnya, iaitu mengikut kemampuan murid. Hasil pembelajaran bagi murid yang cerdas perlu lebih tinggi arasnya berbanding kumpulan yang lemah. Guru boleh menyediakan tugasan murid yang pelbagai aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat.

2. Kepelbagaian Strategi Dan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Perbezaan murid menentukan kesediaan mereka menghadapi pembelajaran. Sesetengah murid kurang bersedia kerana kurang minat dan tidak bersemangat. Manakala sesetengah pula sangat teruja untuk belajar dan bersemangat menguasai pengetahuan dan kemahiran. Walau apa sekalipun keadaan yang berada di dalam kelas, seseorang guru perlu mempunyai kekuatan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Guru yang sentiasa kreatif menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing. Bagi murid yang kurang berminat belajar, guru boleh menggunakan pelbagai aktiviti bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sebenarnya sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik.

3. Kepelbagaian Bahan Dan Peralatan Mengajar

Bagi murid yang kurang berminat belajar, guru boleh mendorong pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik. Kanak-kanak gemar menyanyi dan berlakon. Sediakan aktiviti lakonan dengan merakamkan lakonan atau nyanyian murid. Setelah itu, murid dipertonton atau diperdengarkan dengan rakaman tersebut. Murid pasti gembira dan sentiasa mahu mengambil bahagian tanpa disedari mereka sedang belajar berkomunikasi dan wujud unsur peneguhan berbahasa. Pada masa sekarang, guru mempunyai peralatan ICT untuk menarik minat belajar dalam kalangan muridnya. Malahan, guru boleh mendorong murid sendiri menghasilkan bahan pengajaran mereka.

Guru boleh mewujudkan pusat pembelajaran di satu sudut di luar bilik darjah di mana bahan-bahan hidup seperti daun, bunga, ikan, burung atau arnab yang terdapat di pusat pembelajaran dapat dimanfaatkan. Elemen-elemen persekitaran seperti awan, matahari, langit, bukit-bukau dan sebagainya mampu mendorong murid berfikir dan belajar.

4. Penyampaian Guru

Guru wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berbakat. Dalam mata pelajaran saster dan bahasa, seseorang guru sepatutnya mengasah bakat mereka untuk bercerita, berseloka, bersyair dan berpantun. Dalam mata pelajaran Sains dan Matermatik, guru sepatutnya mampu menjadi seorang magician dan saintis. Sekiranya, guru mampu mempelbagiankan penyampaian, murid-murid akan mendapat manfaat walaupun wujud perbezaan antara murid.

You might also like