You are on page 1of 9

Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Reka bentuk instruksi atau reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi menterjemah atau memindahkan prinsip-prinsip umum sesuatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi proses penganalisis peringkat awal, membangunkan bahan pembelajaran serta aktiviti yang berkaitan, proses pengujian dan penilaian untuk keseluruhan pembelajaran dan juga aktviti pelajar yang berkaitan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kemahiran dalam reka

bentuk instruksional amat pening bagi guru kerana ia membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan kaedah serta media yang sesuai. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjahdan bukan merangkumi satu skop reka bentuk yang luas. ASSURE bermaksud memastikan sesuatu berlaku. komponen. A S S U R E Analyze Learners (Menganalisi Pelajar) State Objectives (menyatakan Objektif) Select Methods, Media and Materials (Memilih Kaedah, Media, dan Bahan) Utilize Media and Materials (Menggunakan Media dan Bahan) Require Learner Participation ( Menggalakkan Penglibatan Pelajar) Evaluate anf Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian) Model ASSURE terdiri daripada enam

1. Menganalisis pelajar (Analyze Learners) Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan bahan pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Smaldino et. al (2005) menyatakan bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik.

Pengenalpastian kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar serta kajian umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menyampaikan tajuk berkaitan mengenali kepelbagaian negara kita, saya memastikan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai

kepelbagaian warisan budaya masyarakat. Dengan ini, saya mendapati bahawa muridmurid pernah melihat persembahan alatan muzik pelbagai kaum serta mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai kepelbagaian alatan muzik tradisional masyarakat Malaysia. Dengan sejurusnya, saya membawa kompang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dan memeberi peluang kepada murid untuk menghayati alat muzik tradisional tersebut secara langsung. Saya turut memberi peluang kepada murid untuk pmengulas pendapat mereka berkenaan alat muzik tersebut.Berdasarkan daripada jawapan murid, saya boleh mengenalpasti pengetahuan murid dengan lebih teliti dan membantu saya untuk menyambung isi kandungan pelajaran secara terperinci. 2. Menyatakan Objektif (State Objectives) Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Gur harus menyatakan objektif pelajaran yang perlu dicapai dan ia harus sesuai dengan kehendak pengguna. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid dama ada tingkah

laku positif atau negative yang akan terhasil pada akhir sesuatu pembelajaran perlu ditetapkan.

Dengan sejurusnya, saya telah menetapkam tiga objektif atau hasil pembelajaran yang akan dimahiri oleh murid pada akhir pembelajaran tajuk Alat Muzik Tradisional
Masyarakat Malaysia

di bawah tema Kenali Budaya Malaysia. Antaranya

objektif

pelajarannya adalah seperti berikut. 1. Menjelaskan asal usul alat muzik tradisional. 2. Menghasilkan peta minda asal usul alatan muzik tradisional 3. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia. Saya telah menetapkan objektif pelajaran ini berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dan kemampuan murid untuk memahami isi kandungan serta sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, tema keempat. Maka saya akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menarik agar para murid dapat menguasai obkektif pelajaran ini pada akhir pembelajaran.

3. Memilih Kaedah dan Media ( Select Methods, Media and Materials) Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai kaedah dan media yang sesuai dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri model ASSURE. Media atau kaedah pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Selain itu, memilih kaedah menyampaikan maklumat yang sesuai dengan kehendak murid serta isi kandungannya penting bagi menjamin kelancaran proses penyampaian sesuatu maklumat. Dalam proses pemilihan bahan dan kaedah saya telah memastikan seberapa aspek-aspek di bawah.
y

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Maka saya telah memilih penggunaan media seperti video berikutan dengan sedutan powerpoint dalam menyampaikan isi kandungan. Di samping itu, bagi tajuk ini, kaedah pengajaran yang dipilih adalah main peranan. Selain itu, penggunaan video dalam penyampaian isi kandungan dapat membantu merealisasikan kaedah pengajaran konstruktivisme di mana, murid akan menjana idea berdasarkan penggunaan media berkenaan.Dengan kata lain murid akan membuat penerokaan auntetik dalam memahami konsep yang diajarkan. 4. Menggunakan Media dan Bahan ( Utilize Media and Materials) Fasa ini melibatkan penggunaan media dan ada seperti grafuk, teks, audio dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran, saya telah menggunakan sedutan powerpoint yang meliputi aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Ia turut, audio, teks yang menayangkan jenis dan asal-usul alat alat muzik tradisional masyarakat Malaysia. Sedutan powerpoint serta video klip ini mampu memberi gambaran jelas tentang penggunaan alat muzik oleh masyarakat Malaysia berbilang kaum kepada para murid. Bahan media ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan. 5. Menggalakkan Penglibatan Pelajar (Require Learner Participation) Model ASSURE turut meniktiberatkan penlibatan murid secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori

kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Demi mencapai objektif pembelajaran saya telah menggalakkan pembelajaran secara hands on di mana para murid akan menyertai sepenuhnya dalam aktviti di langkah kedua dan ketiga. Di sini, saya akan menekankan kaedah

konstruktivisme di mana para murid dilibatkan untuk mempersembahkan lagu menerusi memainkan peranan alat muzik secara kreatif. Selain itu, para murid juga akan diminta untuk mengulas pendapat mereka berdasarkan sedutan powerpoint. 6. Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian (Evaluate and Revise) Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iatu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam akhir pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengadakan penilaian jenis permainan kuiz agar para murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Selain daripada itu, secara tidak langsung penilaian yang berterusan ini akan memberi gambaran pemahaman murid terhadap topic pengajaran tanpa pengetahuan mereka. Di samping itu, saya juga melakukan sesi refleksi bersama murid-murid supaya mendapat tahu apa yang diperolehi oleh murid daripada sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi refleksi ini boleh membantu saya untuk menilai dan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya.

BIBILIOGRAFI
Model ASSURE Dalam p&p diperolehi pada (5 September 2011) http://www.docstoc.com/docs/54742316/model-ASSURE-dlm-p-n-p

Model ASSURE p diperolehi pada (5 September.2011) http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html

Model ASSURE diperolehi pada (5 September 2011) http://ipislam.edu.my/kplir/hypermart.net/LAMan%20Pandu%20Utama/tp/model_assure. htm

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6 September 2011) http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtml.htm

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6. Septeber 2011 http://www.slideshare.net/nortex/model-assure

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6 September 2011) http://www.scribd.com/doc/53060210/MODEL-ASSURE

Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan Courseware Pengajaran dan Pembelajaran diperolehi pada ( 7. September 2011) http://geoandyou.com/kajian_model_assure.pdf

Audio lagu Warna-Warna Malaysia diperolehi pada 8 September 2011 http://www.jpnin.gov.my/audio;jsessionid=8D871CC96938BFCA02F0779D917F7062?p _p_id=56_INSTANCE_ozp9&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_ p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2

Blog Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan ( 2011). Alat muzik kaum di Malaysia, diperolehi pada 15 Ogos 2011 daripada http://gamelanukm.blogspot.com/2005/09/gamelan-alat-alat-gamelan-terengganu.html

Scribd (2011). Soalan Tahun 5 Sivik ,diperolehi pada 16 Ogos 2011,daripada http://www.scribd.com/doc/3971993/Soalan-Thn-5-Sivik-Julai

Video alatan Tongunggak ( 2011)diperolehi pada 8 September 2011

http://www.youtube.com/results?utm_source=navclient&rlz=1T4ADFA_enMY374MY376 &search_query=togunggak

Bahan Ilmiah
Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Zakaria SyedAhmad (2009); Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Oxford Fajar., Selangor Huraian Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jamalluddin Harun, Zaidatun Tasir. Dr (2009); Multimedia dalam Pendidikan, Penerbitan Oxford Fajar., Selangor Vivi Lachs , Muhammad Asyraf Mustaffa (2009); Multimedia di Dalam Darjah, Penerbitan Attin Press Sdn. Bhd, Selangor

You might also like